Draf Buku Program

9
UCAPAN ALUAN GURU BESAR Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama- sama menghadiri “Majlis Anugerah Cemerlang’, SK Bandar Easter bagi tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis yang diadakan pada hari ini. Kuntum Melati cantik dihias, Tumbuh Melata Di Tepi Kali, Anugerah Cemerlang 2011 , Murid-Murid Bertuah Kita Hargai Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Selain memberi pengiktirafan, majlis ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing dalam pelajaran. Memperkasa pelbagai ilmu pengetahuan menjadi agenda utama sekolah ini dibantu guru yang penuh komited terhadap tugas demi merealisasikan impian menjadi sekolah cemerlang daerah Kota Tinggi . Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Dengan ini nanti, SK Bandar Easter akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang. Bertepatan pula dengan Falsafah Pendidikan Negara, kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang daripada segi akademik semata-mata, sebaliknya melahirkan murid- murid yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi, serta berketrampilan, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

description

a

Transcript of Draf Buku Program

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang, SK Bandar Easter bagi tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis yang diadakan pada hari ini.

Kuntum Melati cantik dihias,

Tumbuh Melata Di Tepi Kali,

Anugerah Cemerlang 2011 ,

Murid-Murid Bertuah Kita Hargai

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Selain memberi pengiktirafan, majlis ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing dalam pelajaran.

Memperkasa pelbagai ilmu pengetahuan menjadi agenda utama sekolah ini dibantu guru yang penuh komited terhadap tugas demi merealisasikan impian menjadi sekolah cemerlang daerah Kota Tinggi . Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman.

Nilai-nilai agama dan moral inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran. Dengan ini nanti, SK Bandar Easter akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang. Bertepatan pula dengan Falsafah Pendidikan Negara, kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang daripada segi akademik semata-mata, sebaliknya melahirkan murid-murid yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi, serta berketrampilan,

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan menjadikan SK Bandar Easter lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh semua murid.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada murid yang telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2011 ini. Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan danbakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini. Di samping itu, saya juga berharap semoga semua murid dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.Wassalamlam.

Sekian, terima kasih.