Drama

9
SINOPSIS PENGAJARAN WATAK DAN PERWATAKAN GAYA BAHASA LATAR CEMPAKA BERDARAH (A. Rahim Abdullah) NILAI MURNI TEMA DAN PERSOALAN DRAMA

Transcript of Drama

Page 1: Drama

SINOPSIS

PENGAJARAN

WATAK DAN PERWATAKAN

GAYA BAHASA

LATAR

CEMPAKA BERDARAH(A. Rahim Abdullah)

NILAI MURNI

TEMA DAN PERSOALAN

DRAMA

Page 2: Drama

SINOPSIS BABAK 1

Mak Jah dan anak angkatnya, Cempaka berasa risau kerana Zaman tidak pulang ke kampung. Ketika itu, Prof. Peter datang dan memperkenalkan diri sebagai pensyarah Zaman. Menurur Prof. Peter, pelajaran Zaman amat baik, tetapi bersikap keras hati dan besar kepala. Kemudian Prof. Peter terpandang wajah Cempaka yang terletak di dinding rumah.

Page 3: Drama

SINOPSIS BABAK 2

Cempaka menemani Zaman mengambil buah bidara dan akar kayu. Ketika itu Prof. Peter dan Malik datang. Prof. peter menjelaskan keinginan mengambil semula Cempaka, adik kandungnya yang ditinggalkan ibunya di tebing sungai Bukit Putih sebelum oang Jepun menyerang dan membunuh kedua-dua orang tuanya. Menurutnya, dia sudah lama mencari adiknya tetapi baru hari ini bertemu. Mak jah menegah hasrat Prof. Peter. Masing-masing mempertahankan hak. Dalam kekecohan itu, Prof. Peter tertembak Cempaka, kemudian Prof. Peter melarikan diri.

Page 4: Drama

GAYA BAHASA

SinkopeTuan nak

buat apa di sini?

Kata ganda betul-betul, lihat-lihat

PeribahasaKeras hati, keras kepala

Page 5: Drama

TEMA & PERSOAL

ANKeberanian

mempertahankan hak dan maruah keluarga

daripada dirampas oleh orang luar.

Persoalan kasih sayang sesama insan tidak

mengenal agama dan keturunan.

Persoalan pendidikan penting untuk

mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.

Persoalan mempertahankan hak

dengan cara yang betul.

Persoalan peperangan yang menyebabkan

perpisahan antara ahli keluarga

Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa

perang Jepun.

Page 6: Drama

MAK JAH

•Ibu kepada Zaman yang sudah kematian suami. Dia menjaga Cempaka, anak pegawai Inggeris yang ditinggalkan ketika Perang Dunia Kedua.Dia menyayangi Cempaka dan berusaha mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh abang kandungnya, Prof. Peter.

ZAMAN

•Anak Kandung Mak Jah yang menuntut di sebuah universiti. Menurut Prof. Peter, Zaman cemerlang dalam pelajaran tetapi keras hati dan besar kepala. Dia mempertahankan Cempaka, adik angkatnya daripada diambil semula oleh Prof. Peter yang mengaku Cempaka itu adik kandungnya.

CEMPAKA

•Anak angkat mak Jah. Menyayangi Mak Jah dan abang angkatnya. Di tembak oleh Prof. Peter

PROF. PETER

•Pensyarah Zaman di sebuah universiti. Mengaku Cempaka adik kandungnya. Berusaha untuk mengambil semula Cempaka tetapi tertembak akibat sikap terburu-burunya.

WATAK & PERWATAKAN

Page 7: Drama

• Masyarakat yang mempertahankan hak.

• Masyarakat yang penyayang

• Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita

• Masyarakat yang prihatin

LATAR MASYARAK

AT

• Di rumah Mak Jah.• Di pinggir belukar

dalam kampung

LATAR TEMPAT • Pada sekitar tahun

60-an• Pada waktu

menjelang tengah hari

• Pada waktu petang

LATAR MASA

LATAR

Page 8: Drama

Kasih sayan

g

Semangat bermasyarakat

Menghargai Kerajinan

NILAI MURNI

Page 9: Drama

PENGAJARAN

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus

dibelenggu kemiskinan.

Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi

hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

kerana perbuatan itu membahayakan kita.

Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat

mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.

Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain

kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka.

Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.

Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar

hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.