E_2_nilai-etika.doc

9
NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 1. Jelaskan cirri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi Jawapan: Ikhlas; Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan ; dan Dedikasi Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya; Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara 2. ‘Akauntabiliti’ merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan ‘akuntabiliti’ Jawapan: Tindakan-tindakan bagi meningkat ‘akuantabiliti’: i.pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawab ii.sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya iii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undang-undang, prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik; iv. system kawalan kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaiitu: system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia,asset dan perkhidmatan mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemaskini v. system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannya vi. penguatkuasaan hendklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan vii. akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,cekap dan amanah dan sebagainya.

Transcript of E_2_nilai-etika.doc

Page 1: E_2_nilai-etika.doc

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

1. Jelaskan cirri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi

Jawapan:

Ikhlas; Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas

kepada pegawai-pegawai atasannya Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk

dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan ; dan

Dedikasi Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia

menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya;

Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan

Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara

2. ‘Akauntabiliti’ merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan ‘akuntabiliti’

Jawapan:

Tindakan-tindakan bagi meningkat ‘akuantabiliti’:

i.pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawabii.sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanyaiii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undang-undang, prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik;iv. system kawalan kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaiitu:

system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan

mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia,asset dan perkhidmatan

mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemaskini

v. system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannya

vi. penguatkuasaan hendklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan

vii. akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,cekap dan amanah dan sebagainya.

3. ‘Tonggak 12’ telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. “Ketekunan membawa kejayaan” merupakan salah satu daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan positif yang memperlihatkan nilai berkenaan.

Jawapan:

Pengertian;Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu.

Page 2: E_2_nilai-etika.doc

Amalan positif:i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencagarii. rajin dan sintiasa berusahaiii. tekun dalam menjalankan tugasiv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaanv. berpandangan jauhvi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang

diarahvii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasiviii. sanggup berkorbanix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugasx. tidak patah semangatxi. bercita-cita tinggi

4. Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 ‘Teras perkhidmatan’. Huraikan lima daripada tujuh ‘teras perkhidmatan’ tersebut.

Jawapan:

i. berazam meninggikan mutu perkhidmatan

seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latiah-latiahn tertentu, pembacaan,perbincangan dan lain-lain lagi.Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji

ii. bekerja dengan penuh bertanggungjawab

setiap pekerja dikehendaki bertabnggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh organisasi

iii. berusaha mengikis sikap mementingkan diri

kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri.

Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.

iv. berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan

negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelnbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibbah dan kemesraan

v. bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat

adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.

vi. bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh-musuh negara

semua pihak adalah terlibat dalam uasaha membenteras kelemahan negara seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea rah pembangunan yang menyeluruh

vii. berpegang teguh kepada ajaran agama

berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.

5. Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali murni dan etika kerja dalam

Page 3: E_2_nilai-etika.doc

pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.

a. akauntabilitib. integritic. profesionalisme

Jawapan:

a. Akauntabiliti

Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian matlamat serta ibjektif tugas-tugas tersebut.

Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Undang-undang yang berkuatkuasa, prosuder dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.

b. Integriti

Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur,kebolehpervayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri,.Dalam kontek pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama

c. profesionalisme

bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat

dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

6. Berdasarkan kepada ‘tonggak 12’ huraikan amalan-amalan positif dan negative yang berkaitan dengan tonggak “kemuliaan kesederhanaan”

Jawapan:

Amalan positif:

Jelas dan jitu dalam pemikiran,penulisan dan percakapan

Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan Tidak membazir di dalam perbelanjaan pejabat Bersifat pemaaf di dalam pergaulan Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Menepati janji Sedia menerima cadangan dan nasihat Jujur dan ikhlas Merendah diri Bijaksana dalam membuat pertimbangan Bermaruah dan berhemah tinggi Berjimat cermat Cermat dalam kata-kata Tidak memperagakan kemewahan Mesra dalam pergaulan Senang didampingi oleh semua pihak

Amalan negative :

Menonjol-nonjolkan diri Bercakap dengan menggunakan perkataan

bombastic Mengada-ngada Sombong dan meninggi diri Menyukarkan persoalan yang mudah Memperbesarkan perkara kecil

Page 4: E_2_nilai-etika.doc

Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi

Berlebihan dalam mengampu ketua Memperagakan kemewahan dan kedudukan Kerap menghias diri di pejabat Membazir dan merosakkan harta benda kerajaan Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua

hal.

7. Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya.

Jawapan:

Nilai-nilai yang perlu dihayati oleh pegawai-pegawai kerajaan ialah

i. adilii. amanahiii. bertanggungjawabiv. ikhlasv. dedikasivi. tekunvii. berdisiplinviii. bekerjasamaix. berbudi muliax. bersyukurxi. jujrxii. baik hatixiii. rajinxiv. menepati masa

8. Huraikan pengertian tiga daripada nilai-nilai berikut :

a. amanahb. bekerjasamac. berdisiplind. bertaggubgjawab

a. Amanah

Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.

b. Bekerjasama

Kita masing-masing memerlukan dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua peringkat, semua perkhidmatan dan semua Kementerian.kerjasama juga penting antara sector awam dan sector swasta

c. berdisiplin

akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan

d. bertanggungjawab

bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawaqbkan olehnya. Akauntabiliti adalah merupakan antara cirri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa sanggup dirinya dinilai dan diperiksa.

9. Nyatakan sebab-sebab mengapa etika perkhidmatan awam diwujudkan dan berikan tujuh amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah agensi kerajaan bagi melaksanakan etika tersebut.

Page 5: E_2_nilai-etika.doc

Jawapan:

a. sebab-sebab etika perkhidmatan awam diwujudkan

Permintaan rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan

Adanya tuduhan bahawa terdapat penyelewengan di dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan

Kerajaan berazam untuk meninggikan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam

Disebabkan factor-faktor luar seperti kemorosotan ekonomi, ancaman keselamatan kepada rantau ini dan kemunculan gejala-gejala social yang kurang sihat.

b. amalan-amalan yang boleh dilaksanakan

pemberian penghargaan mengadakan dialog serta perbincangan untuk

menerangkan cara perlaksanaan etika perkhidmatan awam

menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social

mengeluarkan berita jabatan mengadakan majlis jamuan minum the dan sebagainya menganjurkan majlis syarahan / ceramah agama memberi kakitangan kursus / latihan mengadakan pertandingan pejabat terbersih mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir

perjalanan kerja-kerja pejabat menyediakan manual kerja penyediaan buku panduan mewujudkan perpustakaan jabatan menyediakan pekerja contoh bulanan

10. Berikut adalah di antara etika perkhidmatan yang terkandung di dalam tonggak 12 yang menjadi teras kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan prestasi masing-masing:

i. menghargai masaii. keseronokan bekerja

iii. pengaruh teladaniv. kewajipan menjalankan tugas

Jawapan:

i. menghargai masa

setiap kakitangan kerajaan haruslah berusaha kea rah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari.

Tepat pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus dimulakan, bisakan dan dikekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya rasa hormat pada orang lain.

ii. keseronokan bekerja

konsep kerja sebagai ibadat akan menimbulkan dedikasi,ketekunan,amanah,bertanggungjawab dan ikhlas

kerja akan menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru.

iii. pengaruh teladan

sifat merendah diri memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang mempunyai sifat ini dihormati pejerjanya dan lebih mudah mengawal organisasi

ketua yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi serta lebih mudah dicontohi.

iv. kewajipan menjalankan tugas

sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan

tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan boleh diharap untuk menyempurnakan tugas.

Page 6: E_2_nilai-etika.doc

11. Huraikan 5 (lima) nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya.

Jawapan :

Ikhlas; Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas

kepada pegawai-pegawai atasannya Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk

dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan

Dedikasi Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia

menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya;

Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan

Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara

Amanah

Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.

Bekerjasama

Kita masing-masing memerlukan dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua

peringkat, semua perkhidmatan dan semua Kementerian.kerjasama juga penting antara sector awam dan sector swasta

berdisiplin

akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan

bertanggungjawab

bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawaqbkan olehnya. Akauntabiliti adalah merupakan antara cirri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa sanggup dirinya dinilai dan diperiksa.

Adil

berlaku adil dalam semua tindakan bijaksana dalam membuat pertimbangan adil dalam memberikan imbuhan / ganjaran

Tekun tekun dalam menjalankan tugas gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar bersemangat dalam melaksanakan tugas yang

diarah sentiasa berusaha sentiasa bertanggunjawab terhadap tugas yang

diberikan

Berbudi mulia cermat dalam kata-kata bermaruah dan berhemah tinggi merendah diri mesra dalam pergaluan bersifat pemaaf di dalam pergaulan

bersyukur

Page 7: E_2_nilai-etika.doc

tidak memperagakan kemewahan tidak tamakkan pangkat dan kedudukan bersyukur dengan apa yang ada tidak tamakkan pangkat dan kedudukan

jujur segala kerja dilakukan dengan niat yang baik dan

murni sentiasa berfikiran bersih di atas apa juga tugas

yang dilakukan tidak menyalahgunakan kuasa tidak sombong dan angkuh bersih dari segi moral ataupun fizikal

baik hati sanggup menolong tanpa mengharapkan balasan sentiasa memberi perkhidmatan yang ramah lagi

mesra

rajin bekerja tanpa berkira masa dan kos boleh diharap untuk menyempurnakan tugas mudah dicontohi sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang

diberikan

menepati masa setiap kakitangan kerajaan haruslah berusaha kea

rah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari.

Tepat pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus dimulakan , biasakan dan kekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya rasa hormat pada orang lain.

12. Huraikan pengertian etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.

Jawapan (Rujuk kepada Nom. 5 )

13. Huraikan pengertian etika kerja berikut dalam konteks pengurusan organisasi.

a. akauntabilitib. integritic. profesionalisme

14. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam iaitu rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai.

Kenyataan di atas adalah tonggak yang kedua belas iaitu nikmat mencipta dalam Tonggak 12.

a. berikan empat(4) amalan positif dan negatif bagi nikmat menciptab. berikan tiga (3) contoh beserta huraian bagi setiap amalan positif dan negatif tersebut.