edu 3

8
Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Pengurusan Dan Proses Pengajaran Dan pembelajaran Dalam Bilik Darjah. Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Ini memberi cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu, implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum tersirat. Oleh itu, semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam implikasi tersebut. 1. Guru Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional dalam pekerjaannya. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persikataran bilik darjah dengan berkesan. Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat menjadikan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah,

description

sekolah

Transcript of edu 3

Page 1: edu 3

Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Pengurusan  Dan Proses Pengajaran Dan pembelajaran Dalam Bilik Darjah.

Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Ini memberi cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu, implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum tersirat. Oleh itu, semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam implikasi tersebut.

1.      Guru

Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran kepada guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional dalam pekerjaannya.Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persikataran bilik darjah dengan berkesan. Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Ini dapat menjadikan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya.

Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina antara satu sama lain  dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti

Page 2: edu 3

pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.

Guru juga perlu memberi ruang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran selain daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara satu sama lain. Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah pembelajaran yang mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama. Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan anak-anak muridnya.

2.  Murid

Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah. Perbezaan antara satu sama lain seringkali mendesak guru untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dilakukan dengan betul dan tepat. Mahu tidak mahu, murid perlu meneruskan pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat.

Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini dapat direalisasikan sekiranya murid dapat membuang sikap prejudis terhadap latar belakang murid lain dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh setiap murid perlu dihormati bagi memastikan proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Sikap hormat dan menghormati di antara satu sama lain berupayauntuk menyemai semangat saling percaya mempercayai di dalam jiwa murid dan secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan seterusnya membentuk individu yang toleran ke arah pemacu pembangunan negara.Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. Penggunaan dan pengamalan bahasa standard akan menambahkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru juga perlu bertanggungjawab dalam mengingatkan murid dan memperbetulkan bahasa murid agar tidak melarat ke dewasa.

Page 3: edu 3

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang di kalangan murid. Interaksi yang berterusan di antara murid akan menimbulkan rasa sayang, hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. Guru juga boleh menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi, bercakap dengan lembut dan sopan, menegur kesilapan murid dengan cara yang berhemah dan sebagainya. Ini akan ditiru dan diguna pakai oleh murid dalam komunikasinya dengan orang lain. Ini dapat menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. Guru perlu memastikan budaya bilik darjah dibentuk bagi menarik minat murid supaya berusaha untuk mengembangkan potensi diri ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya perlu bagi mendisiplinkan  diri untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk berusaha. Murid perlu sentiasa untuk berusaha demi mempertingkatkan keupayaan dirisendiri di samping menjaga  perhubungan dengan murid lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat

 PENGENALAN Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan

Pembelajaran (EDU3106), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai

isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang

iaitu dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di

Malaysia. Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi

mengenai saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks

kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta membuat

penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Jadi, dalam konteks

pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat

budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas iaitu

mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang,

adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai

anggota masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam

sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang

etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi

Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti.

Maka, secara tidak langsung setiap etnik mempunyai sosiobudaya berbeza yang diwarisi

dari nenek moyang yang terdahulu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula

menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga

bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan.

Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini sudah tentu akan

Page 4: edu 3

memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara

umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Oleh yang demikian, gabungan yang

mantap antara guru, murid dan sekolahlah yang memainkan peranan penting untuk

menjayakan sistem pendidikan di Malaysia ini.

2. ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN YANG BAKAL DIHADAPI “DALAM TEMPOH SEDEKAD AKAN DATANG DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KONTEKS BILIK DARJAH DI MALAYSIA” Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah tentu kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi salah satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya iaitu terutamanya dalam konteks bilik darjah yang melibatkan suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khasnya. Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah inilah yang akan memberi impak tersendiri terhadap penimbulan isu dan cabaran yang bakal dan perlu dihadapi oleh saya sendiri dalam tempoh sedekad akan datang. Jadi, sudah tentu kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan bilik darjah meliputi implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosialbudaya inilah yang akan menyebabkan sistem pendidikan menjadi tidak seimbang dan iklim pembelajaran yang berkesan kepada semua murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang juga tidak dapat diwujudkan. Oleh yang demikian, mengikut norma, golongan pendidik iaitu guru merupakan agen terpenting yang mampu membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan dalam diri sendiri, bangsa dan agama. Guru bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Jadi salah satu cabaran mengenai tanggungjawab inilah yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai perpaduan. 3. Sesungguhnya cabaran yang lain ialah dari segi kerenah murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya. Seterusnya, di dalam ruang lingkup bilik darjah juga, sudah tentu saya juga perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang sesi pengajaran kerana Malaysia menggunakan kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Sebagai seorang guru, perkara ini perlu diketahui kerana setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza- beza. Jadi, jangkaan haruslah bersuaian dengan kelas sosial tanpa sebarang unsur ‘bias’ atau pelabelan murid. Malah sudah tentu dalam tempoh sedekad akan datang perkara ini turut akan menjadi isu kerana kemungkinan besar taraf sosio ekonomilah yang menjadi jurang sistem pendidikan dan sudah tentu perkara ini menjadi cabaran besar kepada saya sebagai guru kelak dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik saya. Selain itu, semua guru yang mengajar di dalam kelas haruslah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid serta tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Jadi bagi menangani isu yang mungkin timbul ini, sudah tentu saya sebagai guru akan cuba mengelompokkan murid dari kaum dan

Page 5: edu 3

jantina berlainan ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Jadi, sebagai guru juga sudah tentu persepsi buruk terhadap sekelompok pelajar yang berlainan jantina juga haruslah dikikis. Contohnya, berkaitan tentang persepsi pelajar lelaki malas dan nakal. 4. Guru juga digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Sesungguhnya murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak pilih kasih. Jika tidak ia akan menimbulkan isu yang kurang menyenangkan. Hukuman juga pada masa akan datang mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kemungkinan besar guru sendiri yang akan dipersalahkan. Jadi cabaran yang perlu saya hadapi ialah dari segi tanggungjawab dalam membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang mereka dan berusaha menangani masalah-masalah yang timbul. Manakala, isu lain yang harus ditangani pula ialah dari segi kebijaksanaan dalam mengendalikan murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Jadi sebagi guru, saya juga perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Namun begitu, langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid. Malah, sebagai guru juga saya tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid kerana isu ini sangat sensetif. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Jadi yang menjadi cabaran kepada saya pada masa akan datang sudah tentulah perlu mencari jalan dan merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid. Selain itu, isu aspek bahasa juga harus diberi pertimbangan yang sewajarnya. Sebagai contoh, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek ini haruslah dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. 5. Di samping itu, mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam sesuatu aktiviti pengajaran juga adalah salah satu cabaran yang dapat mengubahsuai pengajaran mengikut kesesuaian dengan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Jadi saya dapati, guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang. Demi memastikan objektif tercapai, perancangan yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Jadi sebagai seorang guru kemahiran mengurus dan mentadbir haruslah dikuasai. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti kemahiran ICT serta kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas. Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya ini turut memberi kesan terhadap murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, isu yang mungkin timbul ialah dari segi kewujudan murid pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, sebagai seorang guru sudah tentu ianya memberikan cabaran dari segi pengurusan murid. Jadi murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.

Page 6: edu 3