EDU ISL 8

11
 EDU ISL 8 Tajuk: Berdasarkan Bab 11 dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. & Molenda,M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8 th ed.).New Jersey:Pearson Education al Inc. dan artikel artikel lain, banding beza Akta Hak cipta yang digunapakai di Malaysia dan antarabangsa Undang-undang hak cipta Malaysia Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia. Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987.  Latar belakang Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987. Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969. Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui Internet. Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen ini menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di Malaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu "mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau "mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu".  Peruntukan Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:  Karya sastera Karya muzik Karya seni Filem Rakaman bunyi Siaran

Transcript of EDU ISL 8

Page 1: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 1/11

 

EDU ISL 8 Tajuk: 

Berdasarkan Bab 11 dalam Smaldino,S.E., Russell,J.D.,Heinich,R. &

Molenda,M.(2005). Instructional technology and media for learning. (8 th

ed.).New Jersey:Pearson Educational Inc. dan artikel artikel lain,banding beza Akta Hak cipta yang digunapakai di Malaysia danantarabangsa 

Undang-undang hak cipta Malaysia 

Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungihak cipta di Malaysia. Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987. 

Latar belakang

Akta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April1987. Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969. 

Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utamapindaan ini ialah berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melaluiInternet. 

Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai KonvensyenBerne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen inimenikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya diMalaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertaiKonvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu"mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau "mula-mulanya diterbitkan ditempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari daripenerbitan di tempat lain itu". 

Peruntukan

Jenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah: 

• Karya sastera 

• Karya muzik 

• Karya seni • Filem 

• Rakaman bunyi • Siaran

Page 2: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 2/11

 

Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seniselain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujudsehingga 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula,

 jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-muladiterbitkan. 

Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui hakcipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan. Inidinyatakan dalam seksyen 11 (1). Sebagai perbandingan, undang-undanghak cipta Amerika Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang dibuat olehkerajaan kecuali sekiranya karya itu adalah untuk tujuan dagangan atautujuan-tujuan khas lain. Oleh itu, hampir semua karya yang dibuat olehkerajaan Amerika Syarikat adalah di dalam domain awam. Undang-undanghak cipta Indonesia juga tidak melindungi sebarang karya yang dibuat oleh

Pemerintah.

Penguatkuasaan

Antara ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudankuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkanbahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan olehmajistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencariserta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakankekerasan bagi menggeledah tempat itu.

Page 3: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 3/11

 

ISL 14B Tajuk:

Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:

Peningkatan dalam penggunaan pangkalan data dalam masyarakatserta kemudahan internet telah memudahkan maklumat peribadidiakses oleh sesiapa pun. Apakah implikasi yang wujud berkaitandengan keselamatan dan privasi palajar di sekolah? Apakah perananguru dalam isu keselamatan dan privasi?

IMPLIKASI YANG WUJUD BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN

PRIVASI DI SEKOLAH

1.  Kehilangan privasi, maklumat dan latar belakang murid diketahui oleh

sesiapapun,

2.  Hak individu tidak dijamin,

3.  Keselamatan tidak terjamin, keluarga yang berpendapatan tinggi, anaknya

mungkin menjadi mangsa culik.

4.  Identiti pelajar disalahguna dalam kes jenayah.

5.  Keselamatan maklumat peribadi pelajar tidak dijamin.

6.  Maklumat pelajar mungkin disalah guna oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab

7.  Privasi pelajar tidak terjamin jika maklumat dalam sistem pangkalan data

mudah diakses oleh pihak luar 

8.  Jika maklumat pelajar tidak dilindungi dengan baik, mungkin ia akanmenyebabkan pelajar menjadi mangsa jenayah ICT

9.  Maklumat pelajar mungkin akan digunakan oleh orang lain untuk

menjalankan sesuatu yang tidak baik.

Page 4: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 4/11

 

ISL 14A Tajuk:

Dengan mengakses internet, cari bahan dan cuba membentuk satuaktiviti bilik darjah yang mengintegrasikan fungsi hamparan elektronikdalam pengajaran

Komponen penting dalam persekitaran pembelajaran multimedia

adalah pengurusan berkesan. Guru perlu merancang jadual kitaran berkesan

yang mengambilkira apa yang pelajar akan lakukan sebelum ke komputer,

pada terminal komputer, serta selepas menamatkan tugasan di komputer.

Berikut merupakan satu contoh aktiviti yang boleh dijalankan dengan

mengintegrasikan fungsi hamparan elektronik dalam pengajaran.

Contoh aktiviti bersama dengan penjelasan:

Untuk suatu mata pelajaran tentang durian, sebelum menggunakan

komputer, pelajar diminta menjanakan beberapa soalan dan hipotesis

mengenai durian itu. Pelajar perlu mengutip data seperti berat, ukurlilit,

ketinggian durian tersebut. Setiap kumpulan menganalisis data diperolehi

untuk membuat kesimpulan dan tekaan tentang durian lain, seperti apakah

berat sesuatu duarian berdasarkan panjang atau ukur lilit. Sepanjang

pelajaran, pelajar mungkin dapat melihat video atau menerokai buku atau

sumber lain.

Pelajaran dikaitkan dengan matematik, sains atau geografi. Projek

pelajar pada komputer mungkin melibatkan

a. menentukan sumber maklumat di Internet

b. download data dalam pengkalan data atau hamparan elektronik

c. menjana jadual atau carta

d. menulis laporan

e. menyediakan persembahan

Page 5: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 5/11

 

Proses menyediakan jadual kitaran adalah kompleks dalam

persekitaran pembelajaran multimedia. Aspek kritikal guru sebagai pengurus

adalah keupayaan guru menyelesaikan masalah teknikal yang timbul dalam

proses pembelajaran. Guru perlu menguji perisian dan perkakasan sebelum

pelajaran bermula dan menjangka masalah yang mungkin dihadapi oleh

pelajar. Guru juga perlu selesa dengan aplikasi yang akan digunakan oleh

pelajar.

ISL 13 Tajuk:

Buat rujukan dalam Pusat Sumber and bincang dengan rakan-rakanmengenai topik ” Impak pemerosesan perkataan dalam pendidikan danisu-isu berkait dengan pemerosesan perkataan”

Pemprosesan perkataan merupakan perisian komputer yang

digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak

dokumen. Pemprosesan perkataan merupakan perisian penggunaan terawal

yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer 

peribadi.

Sesuatu pemprosesan perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer 

bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk

kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan

canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau

disket. Pemprosesan perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya

memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan

perkataan. Pemprosesan perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan

dengan mesin taip elektrik.

Pemprosesan perkataan merupakan keturunan dari alatan

pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan

  justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya).

Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal

bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.

Page 6: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 6/11

 

Walaupun pemprosesan perkataan awal menggunakan tokokan

berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan

pemprosesan perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik

(graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem

berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh

menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang

mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.

Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer 

yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta

orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan

pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian

penggunaan sumber terbuka seperti Open Office Writer dan KWord turut

makin popular.

ISL 11 Tajuk 10 :

Berdasarkan rubric penilaian video di akhir Bab 12 dalam Smaldino,S.E., Russell, J.D.,Heinich, R.& Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey : PearsonEducational Inc. ,buat satu penilaian interaktif mana-mana CD videoyang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan KementerianPelajaran.

Pada hari ini perkembangan teknologi mempengaruhi setiap bidang

kehidupan.

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawaimplikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang

pendidikan.Kemajuan ini dapat membantu guru-guru menyediakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Aspek

teknologi telah digabungkan dalam kurikulum pendidikan sebagai suatu

usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif 

terhadap perkembangan teknologi. Suatu perubahan yang signifikan perlu

dilakukan oleh guru tentang cara mengendalikan pengajaranm dan

pembelajaran di bilik darjah (Ismail 1996). Sudah tiba masanya budaya

Page 7: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 7/11

 

pembelajaran diubah daripada pemfokusan memori kepada pengetahuan,

pemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini

(Kementerian

Pendidikan Malaysia 1997).

Menurut Salomon (1993), pendidikan yang melibatkan bantuan media

seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

lebih bermakna. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dapat

meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Smellie et al. (1997), media

pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik

perhatian pelajar, memudahkan pelajar memahami dan mendapat maklumat

yang kompleks berbanding dengan penyampaianmelalui lisan. Smellie et al.

  juga menyatakan teknologi multimedia membantu mengatasi kesuntukan

masa, saiz dan ruang. Media pengajaran yang berasaskan komputer mampu

untuk menggunakan teknologi multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif 

yang membolehkan para pengguna mencapai maklumat dari segmen ke

segmen yang lain tanpa mengikut urutan.

Penilaian untuk perisian kursus ini dibuat setelah perisian kursus ini

siap dibangunkan. Penilaian perisian kursus inibertujuan untuk melihat

persepsi pelajar dan pakar terhadap penggunaannya dalam proses

pembelajaran. Secara khusus, penilaian dilakukan ke atas perisian yang telah

dibangunkan untuk menyemak sama ada perisian ini menepati keperluan

pelajar. Penilaian pakar pula bertujuan untuk mengesahkan kesesuaian

perisian sebagai media pengajaran bagi mengajarkan proses penghasilan

lukisan persembahan dengan perisian   Autodesk Computer Aided DesignRelease 14 (ACADR14). Perincian tentang proses penilaian perisian kursus

ini adalah seperti berikut:

Page 8: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 8/11

 

ISL 5 Tajuk:

Merujuk kepada Section A dalam Smaldino, S.E., Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda,

M (2005). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). New Jersey:Pearson Educational Inc., bincang dan senaraikan langkah-langkah memelihara danmemulihara cetakan fotografi anda.

Pengenalan

Pencetak merupakan sejenis peranti output yang sangat penting. Ini kerana iadigunakan untuk mencetak dokumen ke atas kertas, transparency  atau stensil.Perkembangan dalam teknologi kamera digital bukan sahaja memberi impak kepadaperkembangan dan kemampuan teknologi kameranya tetapi juga kepada peranti yangmenjadi tunjangnya iaitu pencetak. Yang paling menyerlah ialah perkembangan teknologipencetak foto.

Perkembangan yang berlaku dalam teknologi percetakan membolehkan kitamenggunakannya di rumah selain daripada di makmal gambar. Ketika ini, kemudahan yangdibawakan oleh teknologi pencetak foto merupakan satu nilai tambah kepada yang iniginmencetak gamabr foto sendiri walaupun dengan keterbatasan tertentu. Kebiasaannya,pencetak foto merupakan pencetak yang boleh beroperasi secara tunggal di mana ia bolehmencetak sendiri tanpa perlu menggunakan komputer peribadi ( personal computer @PC).Jika hendak mencetak foto, cukup dengan sekadar memasukkan kad memori pada slotnyadan kemudian pilihlah urutan gambar dan berapa banyak gambar yang akan dicetak.

Dari segi kualiti, ia lebih kurang sama dengan pencetak konvensional. Biasanya,pencetak yang digunakan untuk mencetak foto dikenali sebagai pencetak kualiti foto ( photoquality printer ). Seperti yang kita sedia maklum, setiap pencetak didatangkan dengankemudahan yang membolehkannya mencetak di pelbagai jenis media cetakan untukmemenuhi pelbagai jenis keperluan. Sebaiknya gunakan kertas foto yang dikhaskan untukmendapatkan hasil yang terbaik.

ISL 3 Tajuk:

Merujuk kepada Bab 4 dalam Smaldino. S.E, etal. (2005). Instructionaltechnology and media for learning. (8th ed.). new Jersey: Pearson

Educational Inc. kajikan kualiti di mana seseorang pereka cipta harusteliti dalam penghasilan reka bentuk visual yang menarik.

Untuk penghasilan rekabentuk visual yang menarik, prinsip visual

berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik

perlu dikajikan oleh seseorang pereka cipta dengan teliti. Prinsip ini tidak

harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan

tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang

baik. Terdapat enam prinsip grafik iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang,variasi dan harmoni.

Page 9: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 9/11

 

Simplisiti ialah sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman

yang cepat dan jelas. Simplisiti juga boleh ditakrifkan sebagai sesuatu hasil

mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik

perhatian. Contohnya, tulisan yang ditulis seperti ukiran kerawang memang

cantik dipandang. Akan tetapi, jika tujuan ukiran adalah supaya mesej mudah

dibaca dan difahami, tulisan ini tidak sesuai digunakan kerana ia sukar 

dibaca. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara

pada satu masa.

Dominan pula boleh diertikan dengan pusat penumpuan atau minat.

Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar 

dibaca maksud dengan mudah. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai

dominan. Antaranya ialah menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of 

Third), warna dan bentuk yang kontras, saiz yang lebih besar, menggunakan

anak panah menunjukkan ke arah item utama, menggunakan garis yang

menunjuk item utama, mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti

pergerakan cecair, guli atau kipas dan menggunakan lampu atau cahaya

memancar.

ISL 1B Tajuk: Membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai topik “Peranan dan

kepentingan model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan

 ASSURE ”.

Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian

objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi

reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan

dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya yang jelas dan berkesan.

Reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah atau

kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus.

Page 10: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 10/11

 

Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah

seperti berikut:-

1.  Meningkatkan pencapaian pelajar.

2.  Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

3.  Membantu dalam proses menbuat keputusan.

4.  Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil

pembelajaran mudah tercapai.

5.  Menjadikan pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras begi

kumpulan yang pelbagai.

6.  Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu

program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

ISL 1 Tajuk:Membuat rujukan di pusat sumber tentang peranan dan kepentinganteknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran danpembelajaran

•  Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskankepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

•  Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

•  Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

•  Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsepmelalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

•  Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberisesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannyadengan kehidupan seharian.

•  Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti olehaudio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh.Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

•  Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

•  Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan

penggunaan masa yang minimum.

Page 11: EDU ISL 8

5/10/2018 EDU ISL 8 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/edu-isl-8 11/11

 

•  Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak bolehmemperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihatatau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan merekaseoalah-olah mereka mengalaminya.

http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

o  Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap

pelajaran.

o  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang

pelbagai keupayaan.

o  Meningkatkan motivasi murid.

o  Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).

o  Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

o  Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama

atau terlalu mahal untuk diperoleh.

o  Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

o  Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu

mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

o Meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

o  Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan

yang minimum.