edu tingkah laku

6
1. (a) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Miss.Stacey di sekolah baharu beliau? Miss.Stacey merupakan guru baru di sekolah tersebut. Beliau mengalami kesukaran untuk mengajar pelajar pada hari pertamannya disebabkan persekitarannya yang tidak kondusif. Hal ini sedemikian, bilik darjahnya tidak ceria serta dipenuhi dengan habuk dan kekotoran.Seterusnya. bunyi kereta api menyebabkan guru tidak dapat menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan kepada pelajar. Malahan, ketidaklengkapan peralatan mengajar seperti buku-buku teks, meja, kerusi , papan hitam dan glob yang terhad menyebabkan guru sukar untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan lebih teliti. Selain itu, beliau juga mempunyai masalah untuk mengawal kelas disebabkan pelajarnya mempunyai masalah tingkah laku dari segi pertuturan dan juga perlakuan. Akhirnya, sekolah tersebut tidak mempunyai organisasi yang teratur di mana tidak mempunyai guru besar mahupun tiada peraturan yang ditetapkan. Malahan, kerjasama ibu bapa dengan Miss.Stacy adalah kurang memuaskan kerana kebanyakan ibu bapa pelajar mempunyai tabiat buruk seperti merokok, kaki botol, penagih dadah dan sebagainya. (b) Jelaskan dengan contoh tingkah laku bermasalah murid dalam bilik darjah tersebut? Kebanyakannya pelajar melakukan tingkah laku bermasalah yang bersifat disruptif yang mengganggu pelaksanaan P&P. Antaranya ialah menunjukkan sikap biadap terhadap guru. Contohnya Miss. Stacey menegur Danny untuk duduk di tempat asalnya tetapi dia pula duduk di atas paha kawannya. Tingkah lakunya yang engkar perintah guru menyebabkan beliau berasa marah lalu menjerit pada

description

edu

Transcript of edu tingkah laku

Page 1: edu  tingkah laku

1. (a) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Miss.Stacey di sekolah baharu beliau?

Miss.Stacey merupakan guru baru di sekolah tersebut. Beliau mengalami kesukaran

untuk mengajar pelajar pada hari pertamannya disebabkan persekitarannya yang tidak

kondusif. Hal ini sedemikian, bilik darjahnya tidak ceria serta dipenuhi dengan habuk

dan kekotoran.Seterusnya. bunyi kereta api menyebabkan guru tidak dapat

menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan kepada pelajar. Malahan,

ketidaklengkapan peralatan mengajar seperti buku-buku teks, meja, kerusi , papan

hitam dan glob yang terhad menyebabkan guru sukar untuk menyampaikan ilmu kepada

pelajar dengan lebih teliti. Selain itu, beliau juga mempunyai masalah untuk mengawal

kelas disebabkan pelajarnya mempunyai masalah tingkah laku dari segi pertuturan dan

juga perlakuan. Akhirnya, sekolah tersebut tidak mempunyai organisasi yang teratur di

mana tidak mempunyai guru besar mahupun tiada peraturan yang ditetapkan. Malahan,

kerjasama ibu bapa dengan Miss.Stacy adalah kurang memuaskan kerana kebanyakan

ibu bapa pelajar mempunyai tabiat buruk seperti merokok, kaki botol, penagih dadah

dan sebagainya.

(b) Jelaskan dengan contoh tingkah laku bermasalah murid dalam bilik darjah tersebut?

Kebanyakannya pelajar melakukan tingkah laku bermasalah yang bersifat disruptif yang

mengganggu pelaksanaan P&P. Antaranya ialah menunjukkan sikap biadap terhadap

guru. Contohnya Miss. Stacey menegur Danny untuk duduk di tempat asalnya tetapi dia

pula duduk di atas paha kawannya. Tingkah lakunya yang engkar perintah guru

menyebabkan beliau berasa marah lalu menjerit pada pelajar tersebut. Menurut Model

Akibat Logikal Dreikurs tingkah laku bermasalah ini wujud disebabkan pelajar ingin

menunjukkan kekuasaannya di dalam kelas tersebut untuk mendapatkan perhatian guru

sehinggakan ia membawa kepada perebutan kuasa di antara guru dengan murid.

Seterusnya,ada juga belajar yang bersifat pendiam dan tidak menunjukkan penglibatan

yang sepenuhnya. Menurut Model Akibat Logikal Dreikurs tingkah laku bermasalah ini

disebabkan pelajar tersebut menunjukkan kekurangan kerana untuk mendapatkan

pengiktirafan diri di dalam kelas serta mempunyai persepsi bahawa tidak mempunyai

kebolehan seperti rakan lain. Selain itu, ada juga wujudnya tingkah laku bermasalah

seperti pergaduhan antara pelajar. Contohnya, Danny menolak Alex yang menerima

pujian daripada cikgunya. Menurut Model Akibat Logikal Dreikurs tingkah laku

bermasalah ini wujud disebabkan Danny menunjukkan balas dendam terhadap guru

Page 2: edu  tingkah laku

dengan menolak Alex. Melalui itu, dia melepaskan ketidakpuasaannya dengan

melakukan sebegitu untuk mendapatkan perhatian guru.

2. Huraikan punca-punca berlakunya tingkah masalah tersebut?

Pertamanya.kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak

merupakan punca utama berlakunya tingkah masalah ini. ibu bapa merupakan rol model

dan sentiasa perhati oleh anaknya. Menurut Albert Bandura pembelajaran boleh berlaku

melalui pemerhati atau meniru dari persekitarannya. Oleh itu, setiap tingkah laku yang

dilakukan oleh anaknya dari segi pertuturan mahupun perlakuan dipengaruhi oleh ibu

bapanya. Jika teladan yang buruk dipertunjukkan oleh ibu bapanya maka ada

kemungkinan besar anak akan menunjukkan sikap yang sama terhadap guru tersebut.

Contohnya dalam cerita tersebut Danny merokok apabila emosinya tidak stabil sama

seperti ibunya. Jelasnya ibu bapa merupakan punca untuk berlakunya tingkah laku

bermasalah. Selain itu, latar belakang murid juga mempengaruhi berlakunya tingkah

laku bermasalah. Hal ini sedemikian, dalam ceritanya golongan ibu bapa bagi pelajar

tidak mempunyai tempat tinggal dan pendapatan yang stabil serta mereka hanya tinggal

tempat yang disediakan oleh kerajaan. Ini menyebabkan pelajar mempunyai perasaan

rendah diri kerana tidak mendapat segala kemudahan yang dikehendaki seperti pelajar

lain. Ini mendorong pelajar untuk membuat kesilapan bagi mendapatkan perhatian guru

di dalam kelas. Seterusnya, sikap ibu bapa yang tidak bekerjasama dengan guru untuk

membimbing dan menasihati anak mereka. Contohnya, ibu bapa menonton televisyen

dengan bunyi yang tinggi di ruang tamu menyebabkan kegangguan semasa

menjalankan P&P.

Seterusnya, sekolah juga merupakan salah satu punca berlakunya tingkah laku

bermasalah. Hal ini sedemikian, dalam sekolah ini tidak mempunyai organisasi yang

teratur di mana tidak mempunyai guru besar mahupun peraturan. Disiplin murid

dipengaruhi oleh sekolah. Sekolah yang mempunyai sistem pentadbiran dan

pengurusan yang teratur dikatakan dapat membina dan mengukuhkan tahap disiplin

murid. Malahan, pihak sekolah juga tidak mengambil berat tentang prasarana yang perlu

bagi murid-muridnya. Hal ini termasuk, keperluan bilik darjah seperti meja, kerusi kipas

dan sebagainya serta pengaliran udara yang baik. Kesemua faktor ini menyebabkan

pelajar tidak stabil dari emosinya serta tidak dapat memberikan tumpuan terhadap

pembelajaran. Di samping itu, guru juga turut mempengaruhi berlakunya tingkah laku

bermasalah di mana guru sebelumnya tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya

Page 3: edu  tingkah laku

dalam mengajar. Beliau juga tidak mengambil usaha seperti Miss.Stacey tetapi hanya

berada di sana semata-mata untuk mendapatkan gaji serta tidak menerapkan disiplin

dalam kalangan murid. Menurut Model Disiplin Asertif Canter guru harus menggunakan

pendekatan asertif. Guru yang asertif mempunyai matlamat pengurusan yang jelas,

yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, mengambil berat

dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif juga

memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang

diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang

mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa

3. Adakah anda bersetuju dengan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Miss.Stacey

dalam mengatasi masalah tingkah laku bilik darjah tersebut? Berikan justifikasi anda.

Saya setuju dengan tindakan yang dilaksanakan oleh Miss.Stacey dalam mengatasi

masalah tingkah laku bilik darjah tersebut. Bagi mengatasi masalah disiplin dalam

kalangan pelajar beliau telah melakukan beberapa strategi selaras dengan Model

Pengurusan Disiplin. Pertamanya, guru menggunakan Model Asertif Canter di mana

menerangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan serta bagaimana peraturan

tersebut akan dilaksanakan. Contohnya Miss.Stacey mengukuhkan peraturan di dalam

kelas seperti meminta pelajar untuk mengangkat tangan sebelum bercakap atau

berkongsi pendapat dan bukannya menjerit sekali. Beliau juga memastikan sama ada

murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal ini kerana, jika murid tidak

memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin akan mengulangi kesalahan

disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak dapat di bentuk.

Selain itu, beliau juga menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran seperti melakukan

aktivtiti hands-on yang melibatkan penglibatan pelajar yang aktif. Ini menyebabkan murid-

murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser,

masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa

bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada

berlakunya salah laku murid. Menurut Kounin, guru yang mempunyai momentum

pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti

P&P. Di samping itu, Miss.Stacey juga menggunakan modifikasi tingkah laku seperti yang

disarankan oleh B.F Skinner di mana beliau menggunakan peneguhan positif digunakan

sebagai ganjaran untuk mendorong murid–murid memberi tumpuan semasa belajar

Page 4: edu  tingkah laku

seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya untuk mengubah tingkah

laku yang negatif kepada positif. Contohnya, Miss.Stacey memberi pujian kepada Alex

yang telah melukiskan gambar dengan baik serta memaparkan pada papan kenyataan. Ini

menyebabkan pelajar berasa bangga terhadap hasilnya dan ini akan mendorong pelajar

lain untuk berbuat demikian.

Malahan, Miss.Stacey juga membina hubungan baik dengan pelajar dengan mengimbas

kembali apa yang telah berlaku di dalam kelas sebelum ini serta meminta maaf

disebabkan beliau telah hilang kesabarannya. Ini menyebabkan pelajar akan menghilang

perasaan dendam yang dipunyai sebelum ini. Menurut Model Akibat Logikal salah satu

punca berlakunya masalah disiplin adalah disebabkan perasaan balas dendam yang

dimiliki oleh pelajarnya terhadap guru.

Strategi yang seterusnya yang dilakukan oleh Miss.Stacey ialah memberikan hak dan

tanggungjawab kepada murid terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah

tingkah laku. Contohnya Miss.Stacey melantik Danny sebagai ketua pelajar untuk

menjaga kelas serta membantu beliau apabila bantuan diperlukan. Melalui ini, nilai kendiri

murid dapat dipertingkatkan dan mempunyai perasaan di mana dirinya diiktiraf oleh orang

lain. Keinginan agar diterima oleh orang lain memang dinyatakan dalam hierarki keperluan

Maslow. Oleh itu, guru harus memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelajar

adalah amat penting. Beliau juga mengambil berat tentang kebajikan pelajar kerana

kebanyakan mereka dari golongan miskin. Contohnya, beliau mengedarkan makanan

kepada pelajar yang belum makan untuk memastikan tiada sesiapa yang menimba ilmu

dengan perut kosong. Dalam situasi tersebut, pelajar tidak boleh menyerap ilmu yang

disampaikan oleh guru. Malahan, beliau juga membawa pembaharuan kepada

persekitaran fizikal seperti membawa alat kelengkapan untuk mengajar meja, kerusi, alat

bantu mengajar yang sesuai supaya pelajar berasa lebih selesa dan pembelajaran boleh

berlaku dengan lebih kesan. Di samping itu, beliau juga melekatkan semua hasil paparan

pelajar serta organisasi pelajar bersama dengan gambarnya untuk mewujudkan semangat

kekitaan dan menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas. Melalui ini, masalah

disiplin pelajar dapat dikawal dengan mudah.

Page 5: edu  tingkah laku