EDU3107 - BEHAVIORIS

28
PENGAJIAN PROFESIONAL EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

description

dsdsd

Transcript of EDU3107 - BEHAVIORIS

Page 1: EDU3107 - BEHAVIORIS

PENGAJIAN PROFESIONAL

EDU 3107BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Page 2: EDU3107 - BEHAVIORIS

TEORIBEHAVIORIS

Pavlov, Watson, Skinner

Page 3: EDU3107 - BEHAVIORIS

TERAPI TINGKAHLAKU

Teori ini merupakan suatu jenis terapi yang berorientasikan tingkahlaku.

Ia bertujuan untuk membasmi tingkahlaku yang tidak betul dan membantu klien menguasai kemahiran-kemahiran atau tingkahlaku baru.

Psikologis behaviorisme mementingkan tingkahlaku luaran seperti gerak balas kognitif, psikomotor dan emosi seseorang yang dapat diperhatikan.

Tingkahlaku manusia biasanya ditentukan oleh matlamat-matlamat yang dibentuk oleh diri sendiri atau kadang-kadang oleh masyarakat.

Page 4: EDU3107 - BEHAVIORIS

Ivan Pavlov

Pelaziman klasik bermula dengan beberapa amali. Ianya telah dimulakan oleh Ivan Pavlov yang dilahirkan di Rusia pada (1849) dan meninggal pada (1938).

Dalam pemerhatian semasa beliau mengkaji penghadaman, Pavlor telah mendapati bahawa seekor anjing seringkali mengeluarkan airliurnya apabila makanan tiba.

Bahkan air liurnya mengalir sejak anjing itu mendengar tapak kaki orang yang membawa makanan.

Fenomena ini dinamakan oleh Pavlov sebagai ‘psychic seccretion’, kemudian digantikan dengan ‘condition reflex’ atau pelaziman klasik.

TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

Page 5: EDU3107 - BEHAVIORIS

John WatsonJohn Watson Watson (1878-1958) ialah seorang ahli psikologi

Amerika.

Watson menjumpai satu teknik untuk mengkaji hubungan antara tingkahlaku organisma dengan perancangan sekitar.

Pada tahun 1919, Watson mengemukakan prinsip behaviorisme, iaitu mementingkan faktor yang dapat dilihat dan menumpukan kepada tingkahlaku, mengambil sikap yang faktor persekitaran sebagai terlibat dalam pembelajaran dan memahami peranan penting dalam tingkahlaku manusia.

Satu ujikaji yang dijalankan oleh Watson dan Reyner (1920) ialah ke atas kanak-kanak Albert diberi bermain dengan tikus putih (ini ialah gerakbalas tak lazim).

TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

Page 6: EDU3107 - BEHAVIORIS

B.F. Skinner

Skinner telah melakukan kajian untuk mengilustrasikan konsep ini dengan berkesan.

Kajian Skinner dilakukan ke atas tikus yang diletakkan di dalam kotak.

Hasil kajian ini mendapati organisme yang menghadapi keadaan yang aversif tentunya ingin mengelak diri dari kesakitan.

Para penyelidik mendapati lebih lama proses pelaziman ini dilakukan, lebih cekap tikus dapat melepaskan diri dari terkena arus elektrik.

Organisma akan dapat belajar untuk mengelak kesakitan daripada mempelajari sesuatu dari peneguhan positif.

TOKOH-TOKOH BEHAVIORAL

Page 7: EDU3107 - BEHAVIORIS

1. Dalam membentuk teori personaliti behavioris, yang amat penting ialah membuat ramalan dan menguasai tingkahlaku.

2. Semua tingkahlaku boleh dibahagikan kepada kategori operan dan responden.

3. Personaliti seseorang terbentuk disebabkan oleh peneguhan-peneguhan.

4. Sesuatu tingkahlaku boleh diubah dengan cara melemahkan atau menahan peneguhan-suatu proses yang dinamakan pelupusan.

PRINSIP SKINNER

Page 8: EDU3107 - BEHAVIORIS

5. Modeling juga menambahkan pembentukan personaliti.

6. Selain peneguhan positif, personaliti juga boleh dikuasai dengan rangsangan yang menyakitkan yang membuat individu mengelak atau menjauhinya.

7. Personaliti dikekalkan oleh peneguhan terlazim yang berterusan.

8. Sesuatu tingkahlaku boleh berterusan jika diberi peneguhan selalu atau secara berkala.

PRINSIP SKINNER

Page 9: EDU3107 - BEHAVIORIS

Bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah :

1. tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan persekitarannya,

2. mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan manusia

3. bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata

4. mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkahlaku mereka

5. boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan arahan kendiri(Amir Awang, 1986)

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Page 10: EDU3107 - BEHAVIORIS
Page 11: EDU3107 - BEHAVIORIS

KONSEP-KONSEP UTAMA

PeneguhanPeneguhan merupakan aspek penting dalam pembentukan

tingkahlaku:

Peneguhan positif• Peneguhan positif ialah rangsangan yang diberi kepada

organisme selepas berlakunya sesuatu tingkahlaku yang dapat meningkatkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku yang dikehendaki.

Peneguhan negatif• Peneguhan negatif bermakna dengan menghapuskan

sesuatu rangsangan yang aversif serta menyakitkan, ia akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tingkahlaku.

Page 12: EDU3107 - BEHAVIORIS

KONSEP-KONSEP UTAMA

Pembentukan (Shaping)• Ialah proses menggerakkan tingkahlaku yang mudah,

menggangarkan tingkahlaku yang akhir, kepada sesuatu tingkahlaku yang kompleks.

• Melalui proses ini, tingkahlaku yang tertentu merupakan anggaran tingkahlaku yang akhir diteguhkan. Manakala tingkahlaku yang lain tidak diteguhkan.

• Dalam setiap peringkat, satu penganggaran yang lebih tepat diperlukan sebelum peneguhan diberikan.

Contoh : bagaimana seorang kem komandan dapat membentuk peserta kursus supaya hadir tepat pada masanya

Page 13: EDU3107 - BEHAVIORIS

KONSEP-KONSEP UTAMA

Generalisasi• Kebolehan sesuatu rangsangan yang hampir sama dengan

rangsangan terlazim untuk menghasilkan gerakbalas yang terlazim.

• Organisme yang telah menjalani proses pembelajaran akan dipengaruhi untuk memberi gerakbalas yang sama kepada rangsangan lain yang seakan-akan sama dengan rangsangan terlazim.

• Dalam kajian Watson, di mana seorang kanak-kanak Albert yang takut pada tikus putih merebak kepada arnab putih, kucing putih, anjing putih, dan orang berjanggut putih.

• Contoh: Mula dengan duit, lepas tu guna kad.

Page 14: EDU3107 - BEHAVIORIS

KONSEP-KONSEP UTAMA

Diskriminasi• Merupakan keadaan sebalik generalisasi iaitu kebolehan

organisme mengesan serta membezakan rangsangan-ransangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang pelajari.

• Sekiranya anjing Pavlov menjalani proses pelaziman klasik tidak menggunakan bunyi loceng tetapi menggunakan cahaya lampu merah. Ia akan mempelajari mengaitkan cahaya merah dengan kehadiran makanan.

• Oleh itu, ia akan memberi gerak balas terlazim kepada lampu merah sahaja tidak kepada cahaya lampu berwarna lain.

• Contoh: wisel dan kad – wisel sahaja.

Page 15: EDU3107 - BEHAVIORIS

KONSEP-KONSEP UTAMA

Pengekalan• Konsisten dalam membuat sesuatu yang diingini tanpa

bantuan orang lain.

• Penekanan kepada pengawalan diri klien dan pengurusan diri.

• Meningkatkan kesedaran pada diri klien untuk bila dan bagaimana sesuatu tingkahlaku berlaku.

• Peneguhan boleh membantu meningkatkan pengekalan

Page 16: EDU3107 - BEHAVIORIS

KONSEP-KONSEP UTAMA

Penghapusan• Proses untuk mengurangkan kekerapan sesuatu tingkahlaku

yang tidak dikehendaki.

• Penghapusan melibatkan penahanan daripada apa-apa peneguhan positif atau negative.

• Selalunya apabila cuba menghapuskan tingkahlaku, kaunselor mendapati bahawa tingkahlaku klien itu bertambah semasa dia menerima peneguhan, seperti perhatian yang biasa ia terima kerana tingkahlaku itu.

• Lama-kelamaan, jika peneguhan itu ditahan, tingkahlaku itu akan berkurang atau akhirnya dapat dihapuskan.

Page 17: EDU3107 - BEHAVIORIS

Hukuman• Dilakukan untuk mengubah tingkahlaku seseorang tetapi

mempunyai kesan sebaik kesan yang ditinggalkan oleh proses peneguhan negative.

• Hukuman mengurangkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tindakbalas manakala peneguhan negative meningkatkan kebarangkalian berlakunya sesuatu tindakbalas.

• Hukuman boleh didefinisikan sebagai kesan yang eversif yang mengurangkan berlakunya sesuatu tindakbalas apabila ia dikenakan sejurus selepas berlakunya sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini.

• Kanak-kanak yang suka menconteng dinding apabila dipukul tangannya akan memberhentikan tingkahlaku tersebut buat seketika.

KONSEP-KONSEP UTAMA

Page 18: EDU3107 - BEHAVIORIS

Tingkahlaku maladaptive dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa.

Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptive, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar.

BAGAIMANA INDIVIDU BERMASALAH

Page 19: EDU3107 - BEHAVIORIS

Matlamat merupakan aspek penting dalam terapi tingkahlaku.

1.Pada asasnya kaunselor tingkahlaku ingin membantu klien untuk membuat penyesuaian yang baik iaitu juga matlamat yang diingini oleh klien.

2.Matlamat perlu dapat dijelaskan secara tingkahlaku.

3.Membuat modifikasi kepada tingkahlaku yang positif.

4.Membantu klien mempelajari respons yang produktif serta membentuk dan mencapai matlamat yang jelas dan konkrit.

MATLAMAT KAUNSELING

Page 20: EDU3107 - BEHAVIORIS

Matlamat utama terapi tingkahlaku boleh dijelaskan sebagai:

1. Menyediakan keadaan dan persekitaran yang sesuai untuk menghapuskan tingkahlaku yang maladaptive (salah suai).

2. Mengajar klien untuk menguasai tingkahlaku baru yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku yang salah suai.

MATLAMAT KAUNSELING

Page 21: EDU3107 - BEHAVIORIS

Empat peranan utama ialah

1. Kaunselor mempunyai kedudukan sebagai pakar, sebagai guru yang aktif, kerana ia mempunyai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran saintifik yang boleh digunakan bagi mengubati masalah kliennya.

2. Menjadi model dan contoh untuk diteladani kliennya.

3. Kaunselor hendaklah mahir dengan semua atau pun dengan kebanyakan daripada teknik-teknik yang digunakan di dalam terapi yang berbagai.

4. Kaunselor juga harus mempunyai orientasi yang baik ke arah penyelidikan dan statistik agar dapat melaksanakan penilaian dengan objektif.

5. Cari lagi…

Peranan Kaunselor

Page 22: EDU3107 - BEHAVIORIS

Proses Kaunseling

1. Kaunselor perlu membina hubungan yang positif dengan klien

2. Kaunselor memberikan motivasi kepada klein semasa sesi

3. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.

4. Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkahlaku dirinya.

5. Kaunselor akan cuba melupus bermacam-macam tingkahlaku yang maladaptif

6. Klien diajar mempelajari tingkahlaku adaptif yang akan berterusan sebagaimana dirancang

7. Kaunselor perlu menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan.

Page 23: EDU3107 - BEHAVIORIS

Perancangan persekitaran1. Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien

untuk menghadkan beberapa tingkahlaku.

2. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian tersebut.

3. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan keinginan berinteraksi.

4. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan kedudukan ia selesa.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Page 24: EDU3107 - BEHAVIORIS

Systematic Desensitization1. Teknik penghapusan deria secara bersistem

bermatlamatkan untuk melemahkan hubungan di antara rangsangan-rangsangan tertentu di dalam persekitaran, misalnya dengan gerakbalas risau dan takut klien.

2. Ini dilakukan dengan mendedahkan klien kepada rangsangan-rangsangan yang menimbulkan rasa takut di dalam keadaan di mana rasa takut itu disekat daripaada muncul melalui tindakan releksasi dan tingkahlaku asertif.

3. The technique will be employed to reduce the client’s anxiety by counter conditioning through relaxation”.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Page 25: EDU3107 - BEHAVIORIS

Latihan Assertif1. Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi

perasaan kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan.

2. Iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa berinteraksi.

3. Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor.

4. Kaunselor menggunakan prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk mengembangkan gerakbalas tegas diri.

5. Setelah segalanya disempurnakan klien dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi kaunseling.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Page 26: EDU3107 - BEHAVIORIS

Contingency Contracts1. Memahami beberapa tingkahlaku yang dilakukan, diubah

atau dihentikan serta ganjaran kejayaan dan keadaan di mana ganjaran yang akan diterima.

2. Sesuai untuk kanak-kanak kerana orang dewasa akan lebih berhati-hati.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Page 27: EDU3107 - BEHAVIORIS

Implosion dan Flooding1. Diperkenalkan pada tahun 1960an oleh Thomas Stampfl.

2. Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk releks lebih dahulu.

3. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku

Page 28: EDU3107 - BEHAVIORIS

Glading (1996), mengemukakan empat pendekatan seperti berikut:

Rehearsal PerlakuanSuatu cara membuat latihan menggunakan perlakuan baru.

1. Latihan mestilah sama dengan situasi yang ada dalam persekitaran klien, boleh menggunakan perlatan dan melibatkan orang lain.

2. Rehearsal boleh dibuat secara covert (tidak nyata) dengan membuat imiginasi dan refleksi tentang respon yang dibuatnya secara nyata (overt).

3. Rehearsal boleh juga dibuat dengan menggunakan cara covert dulu

Teknik Khusus Pendekatan Tingkahlaku