Modul Ppg Edu 3083 Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru
Edu3108 Asas Kepimpinan
Transcript of Edu3108 Asas Kepimpinan
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
1/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
18
Hubungkaitkan sejauh manakah Teori Kepimpinan Guru membantu seorang guru
menjadi pemimpin yang berkesan ?
0.1 Pengenalan
Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai
tanggungjawab.Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan
pemimpin.Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di
sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang
mampu memacu kecemerlangan.
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru
menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak
didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan
kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru
juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu
memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan
pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilahmempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang
hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik
serta secara berfikir yang positif.
Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap
disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan
pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian
dan peperiksaan
Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat
mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala
memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi
mencernakan ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
2/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
19
organisasi.Itulah jugalah corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang
pemimpin budiman.Maka di peringkat sekolah sudah tentulah guru besar yang
dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin kepada semua komuniti samada pendidik,
pentadbir serta murid-murid.
Pemimpin berjiwa rakyat berpekerti mulia seharusnya didasari oleh himpunan
ciri-ciri pekerti terpuji.Maka berikut diperincikan beberapa ciri terpenting yang harus
wujud bagi setiap pemimpin hatta pendidik di sekolah.
0.2 Guru danKepimpinan yang berkesan
HadisRasulullahsaw:
Setiapseorang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah
bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya
Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai
kepercayaan dan kepatuhan kepada agama.Tidak kiralah samada guru besar atau
pemimpin tersebut beragama Islam, Kristian, Hindhu ataupun Buddha, kepercayaan ini
penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan dasar kepercayaan yang
utuh.Bertitik tolak kepada kepercayaan kepada agama ini lah akan mencernakan
peribadi terpuji selaras dengan agama yang dianuti.Manakala konsep etika dan amalan
keagamaan seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada pemimpin tersebut di
dalam memimpin sesebuah organisasi terutama memacu kecemerlangan pendidikan di
sekolah.
2.1 Berilmu Pengetahuan
Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip
Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil
dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred
mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di
tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
3/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
20
kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh
pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang
praktikal.
Selain itu, di antara ciri seorang pemimpin ialah berilmu pengetahuan
yang luas.Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran
pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa.Ilmu ikhtisas
pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti pendidikan
dibawahnya seperti guru, kakitangan sekolah, serta murid dapat diurus dengan
sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi
pendidikan negara.Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti psikologi dan
komunikasi amat diperlukan oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan
dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti berjalan dengan baik di
samping dapat mengelakkan konflik.Sementara itu, pengetahuan yang luas
tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin akan sentiasa mengikut
peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
mendatang.Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya guru yang pakar di
bidang pengurusan serta bidang profesionnya.
2.2 Sikap dan Ketinggian Peribadi
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa
kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan
maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga
individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi merekamemiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi
sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
4/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
21
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati
(complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan
satu atau lebih unsur-unsur di atas.
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan
seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan
dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru
dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang
amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini
tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
Di Antara ciri terpenting lain yang juga harus wujud di dalam diri pemimpindi sekolah ialah mereka harus mempunyai ketinggian peribadi.Ketinggian
peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan
bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan
semua peringkat umur .Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya bersifat
membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang.Ketinggian
peribadi juga boleh diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas,
tidak sombong dan memberikan layanan kepada semua pihak tanpa memilih
bulu dan penuh hikmah.Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya, bijak
mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti
yang tinggi.
2.3 Pendidikan Cemerlang
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not
an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu
sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan
pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah
bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
5/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
22
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi
menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang
menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan
dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskanpengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan
sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).
2.4 Pengaruh dan Tauladan
Perkara di atas akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu mempunyai
pengaruh melalui tauladan.Pengaruh melalui tauladan diterjemahkan melalui
contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa yang
diungkapkannya.Pemimpin ulung harus menunjukkan contoh tauladan kepada
komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan
niat untuk diteladani oleh semua.Pemimpin berjiwa rakyat sebegini akan
dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai pemimpin yang mampu
mengotakan janjinya melalui tauladan.Sebagai contohnya pemimpin yang ingin
melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti menonjolkan dirinya
sebagai pemimpin yang datang lebih awal daripada yang lain.
2.5 Mempunyai Visi dan Misi
Selain itu, pemimpin yang mempunyai ciri pemimpin budiman harus
memiliki visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah
organisasi.Ini kerana dengan kemampuan untuk membentuk visi dan misi yang
jelas, barulah mudah seseorang pemimpin itu untuk membawa komuniti yang
dipimpinnya ke arah mercu yang direncanakannya.Contohnya, bagi pemimpin
unit dan organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti
berusaha membawa organisasi di bawah tanggungjawabnya untuk cemerlang
dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain.
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
6/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
23
2.6 Berkredibiliti Tinggi
Bagi menjadikan pemimpin itu berkredibiliti tinggi , mereka harus
mempunyai kemahiran membimbing yang effektif. Kemahiran membimbing ini
penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan
mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya.Guru besar yang budiman
harus mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan
budaya kerja berkualiti .Guru-guru muda terutamanya yang baru mula bertugas
terutamanya dibimbing agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem pendidikan
dan dibantu perkembangan dirinya sebaik mungkin.Manakala guru senior pula
yang mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus
kekal aktif terutamanya dalam menginovasikan proses pengajaran dan
pembelajaran serta menggalakkan budaya kajian tindakan.
2.7 Berupaya Membuat Keputusan
Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah.
Mereka juga dikenali dan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,
pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Seseorang pemimpin
hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik
untuk dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Ia juga
hendaklah terbaik kepada orang-orang yang dibawah pimpinannya dan semua
yang terlibat dengan keputusannya secara langsung ataupun tak
lansung.Sebagai contohnya apabila seseorang guru besar telah mengenal pasti
beberapa masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang guru, haruslah disiasat
dan diberi pertimbangan rapi berasaskan fakta dan bukti.Andainya wujudnya
keraguan munasabah yang menepati tatacara tatatertib, maka pemimpintersebut harus membuat keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja
atau sebagainya.Ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barah lantas
menimbulkan sesuatu yang tidak diingini
-
8/13/2019 Edu3108 Asas Kepimpinan
7/7
Saini Bin Haji Jamblee ( Matrik : 489 )Lim Ching ChaiEDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
24
0.3 Penutup
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang
gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan
pertama ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma,
mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling
penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat.
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-
laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan
mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya
di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah
dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua
tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut
dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat
semuanya dari sudut yang serbaberkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama
ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.
Seperti kata Ketua Pengarah PendidikanMalaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di
dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
"Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."