Eko-Inovasi

25
';; "Kreativiti dan Inovasi dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" 9·10 November2010/2·3 Zulhijjah 1431H SesiV Eko-IllOTl8Si Oleh elK ROSMIDZATUL AZILA MAT YAMIN Pegawai Penyelidik, Pus at Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM Anjuran INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) Bertempat di DEWAN BESAR, IKIM, KUALA LUMPUR 10

description

http://holisticeducentre.weebly.com/

Transcript of Eko-Inovasi

Page 1: Eko-Inovasi

';;

"Kreativiti dan Inovasidalam Dunia Semasa:Pendekatan Islami"

9·10 November2010/2·3 Zulhijjah 1431H

SesiV

Eko-IllOTl8Si

Oleh

elK ROSMIDZATUL AZILA MAT YAMINPegawai Penyelidik, Pus at Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

AnjuranINSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Bertempat diDEWAN BESAR, IKIM,

KUALA LUMPUR

10

Page 2: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Eko-Inovasi

Rosmidzatul Azila Binti Mat Yamin

Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS)

Institut Kefahaman Islam Malaysia (lKIM)

Pengenalan

Dewasa ini kepentingan ekologi dan alam sekitar sering diabaikan lantaran terlalu

mengejar keuntungan ekonomi semata-mata. Ekoran terlalu mengutamakan kepentingan

ekonomi didapati tahap kesihatan alam sekitar semakin meruncing. Justeru dalam

membendung masalah ini daripada terus berlarutan, langkah proaktif perlu diambil agar

kemajuan teknologi adalah selari dengan matlamat pelestarian alam sekitar. Usaha

kerajaan mengambil langkah awal dengan meneroka dan memperkenalkan Eko-inovasi

merupakan satu langkah bijak bagi memastikan nasib alam sekitar terbela dan dapat

dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Melihat kepada istilah Eko-inovasi, ia digunakan untuk menggambarkan hasil dan

proses yang menyumbang kepada pembangunan mapan. Ia juga merupakan aplikasi

komersial ilmu pengetahuan bagi memperoleh penambahbaikan ke atas ekologi baik

secara langsung mahupun secara tidak langsung. Eko-inovasi kebiasaannya digunakan

bagi memerihalkan lingkungan gagasan idea yang berkaitan, daripada kemajuan

teknologi mesra alam sekitar sehinggalah kepada tindakan berterusan ke arah

pembaharuan yang boleh diterimapakai secara sosial. Peter James pula telah

mentakrifkan eko-inovasi sebagai hasil dan proses baru bagi menyediakan pelanggan dan

1

Page 3: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

nilai pemiagaan tetapi sekaligus turut mengurangkan impak ke atas alam sekitar (James,

1997).

Justeru dalam memenuhi tuntutan pembangunan yang selari dengan matlamat

penjagaan alam sekitar, eko-inovasi perlu diperhalusi agar ia mampu digunapakai secara

berkesan dan diaplikasikan dengan sebaik mungkin bagi mencapai matlamat ekonomi

dan juga matlamat pelestarian alam sekitar. Eko-inovasi merupakan aspek penting dalam

pembagunan negara dan ia perlu dilaksanakan bagi menambahbaik mutu alam sekitar. Di

samping itu, ia penting sebagai proses pembaharuan ke arah mewujudkan suasana alam

sekitar yang lebih sihat dan harmoni.

Oleh yang demikian, pada hari ini kebanyakan negara beranggapan inovasi

teknologi sebagai saluran utama yang mampu mengangkat ekonomi mereka

ke arah tindakan yang lebih mapan. Misalnya penglibatan negara di dalam teknologi

mesra alam pada hari ini merupakan satu langkah bijak dan antara usaha jangka panjang

bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara. Pelaburan di dalam teknologi

mesra alam dapat membantu kita mencapai objektif alam sekitar dalam lingkungan yang

lebih luas terutamanya dalam mengurangkan masalah perubahan cuaca dunia bagi

mengawal pencemaran air dan udara, serta meningkatkan keberkesanan sumber secara

menyeluruh. Eko-inovasi dilihat merupakan salah satu usaha yang perlu diteruskan

memandangkan ia berpotensi menjadi penyelesai terbaik bagi mengurangkan impak

negatifke atas alam sekitar.

2

Page 4: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar Menurut Islam

Alam sekitar dan ekosistem merupakan satu entiti penting yang perlu dipelihara dengan

sebaik-baiknya demi memenuhi tuntutan serta kelangsungan hidup generasi pada hari ini

dan juga generasi pada masa hadapan. Namun demikian, kita dapati pada hari ini telah

banyak kepincangan yang berlaku ke atas alam sekitar seperti masalah pencemaran,

kemerosotan sumber alam dan pemanasan global.

Kemerosotan kualiti alam sekitar ekoran daripada aktiviti dan tindakan manusia

telah dikesan dan direkodkan sejak abad ke-18 dan ke-19 lagi (Jamaluddin Md Jahi,

1996). Pelbagai aktiviti pembangunan yang melibatkan interaksi antara manusia dengan

alam sekitar dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada

alam sekitar. Misalnya, pembangunan pesat teknologi bagi memenuhi keperluan manusia

yang mencakupi pelbagai aspek telah menyumbang kepada kemerosotan yang serius ke

atas alam sekitar. Natijahnya, kemerosotan kualiti alam sekitar boleh menyebabkan

kerugian yang besar dari segi kesan jangka panjang. Malah, kemerosotan kualiti alam

sekitar boleh menggugat matlamat asas pembangunan iaitu untuk meningkatkan taraf

hidup manusia secara berterusan (Jamaludin Md. Jahi, 1996).

Sedangkan kita seharusnya sedar bahawa setiap individu memerlukan alam

sekitar yang bersih dan sihat untuk meneruskan kelangsungan hidup di atas muka bumi

ini. Alam sekitar yang bersih penting untuk pertumbuhan mental dan fizikal yang baik

(Hazura et. aI, 2007). Malah, Islam sendiri sangat menekankan aspek kebersihan dalam

3

Page 5: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

kehidupan seharian mencakupi semua aspek termasuk kebersihan pakaian, makanan,

minuman, persekitaran yang didiami dan sebagainya.

Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, soal

kepentingan menjaga alam sekitar memang sangat dititikberatkan. Ini kerana, ia sangat

penting bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup yang menjadi fitrah manusia

untuk menikmatinya. Justeru, ajaran Islam memang amat bersesuaian dengan fitrah

manusia yang menganjurkan umatnya menjaga dan mengawal persekitaran agar wujud

suasana yang harmoni, selesa dan damai sebagaimana firman Allah SWT yang

bermaksud:

"Dan Allah mengadakan untukmu segala apa yang ada di bumi ini dan seluruhnya. "

(Surah ai-Hajj, 22: 65)

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah

memperbaikinya. "

(Surah al-A 'raf 7: 56)

Aspek utama dalam setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ialah

konsep tauhid iaitu kepercayaan dan keimanan yang sepenuhnya terhadap Allah SWT.

Begitu juga dalam aspek pemuliharaan alam sekitar. Keimanan yang teguh kepada Allah

SWT dapat menundukkan kepentingan individu kepada kepentingan masyarakat. Sikap

individualistik tidak seharusnya diamalkan dalam menggunakan sumber alamo Ini kerana,

seseorang yang beriman kepada Allah SWT serta hari akhirat dengan sebenar-benamya

4

Page 6: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Duuia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

akan sentiasa mengingati bahawa setiap perbuatannya di muka bumi pasti akan diadili

pada hari akhirat kelak. Hal ini merupakan ikatan yang kuat untuk mencegah manusia

daripada melakukan sebarang kerosakan di dunia ini (Hazura et. aI, 2007).

Walaupun keimanan dalam diri dapat mencegah manusia daripada melakukan

kerosakan di dunia ini, namun undang-undang dan peraturan masih diperlukan bagi

memastikan kepentingan masyarakat dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya. lni kerana,

tahap keimanan manusia adalah berbeza dan memerlukan kepada suatu undang-undang

untuk mengawal peradaban manusia.

Syariah pula, merupakan teras perundangan hidup Islam yang merangkumi semua

aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan

sebagainya. Dalam pemuliharaan alam sekitar, salah satu prinsip syariah yang paling asas

ialah pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. bahawa kita 'tidak boleh merosakkan dan

tidak boleh mengekalkan kerosakan' ke atas alam sekitar. Para sarjana undang-undang

Islam menjelaskan bahawa maksud prinsip tersebut ialah tiada siapa yang boleh

menyebabkan kecederaan ke atas makhluk lain dan tidak boleh menyalahgunakan hak-

hak asas yang diberikan kepada mereka (Llewellyn, 1982).

Di dalam Islam, terdapat beberapa prinsip penting tentang hubungan antara

manusia dengan alam sekitar. Antaranya ialah:

5

Page 7: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

1. Setiap ciptaan Allah di atas muka bumi ini telah diciptakan mempunyai peranan dan

fungsi tertentu. Segala-galanya saling melengkapi antara satu sarna lain. Hal ini dapat

dilihat dalarn firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah

ditentukan) "

(Surah al-Qamar, 54: 49)

" ...dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisinya dengan kadar yang tertentu. "

(Surah ar-Ra 'ad, 13: 8)

11. Manusia adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan

yang rap at dengan alarn sekitamya. Manusia juga telah ditugaskan sebagai khalifah di

muka bumi yang bertanggungjawab untuk menguruskan bumi dengan sebaik

mungkin sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepad Malaikat: Sesungguhnya Aku akan

menjadikan seorang Khalifah di atas muka bumi. Maka mereka menjawab: Adakah

patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan

menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan

engkau? Allah berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu

ketahui. "

(Surah al-Baqarah, 2: 30)

6

Page 8: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

iii. Manusia tidak berhak untuk mengeksploitasi sumber alam dengan sewenang-

wenangnya kerana segalanya adalah milik Allah. Setiap makhluk ciptaan Allah

adalah sama tarafnya dengan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dialah

Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

(Surah ai-Hajj, 22: 64)

Setiap insan di atas muka bumi ini perlu menyedari bahawa konsep ibadat di

dalam Islam tidak hanya terhad kepada ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji

sahaja. Namun, ia turut meliputi segala perbuatan yang mendatangkan kebaikan kepada

manusia ataupun alam sekitarnya. Malahan, perbuatan meningggalkan segala larangan

Allah SWT juga merupakan satu perjuangan yang memberikan ganjaran pahala kepada

umat Islam. Di dalam Al-Quran Allah SWT dengan tegas melarang manusia daripada

melakukan kerosakan di atas muka bumi dengan firman-Nya yang bermaksud:

" ...janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi ... "

(Surah al-Baqarah, 2: 11)

" ...danjanganlah kamu bermaharajalela di muka bumi dengan melakukan kerosakan."

(Surah al-Syu 'ara, 26: 183)

Justeru, dalam menghadapi isu-isu alam sekitar yang terhasil daripada pelbagai

aktiviti dan tindakan manusia, perkara asas yang perlu ditekankan ialah pendidikan alam

7

Page 9: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

sekitar bagi membina kemahiran dan kepakaran yang bertujuan untuk menggalakkan

sikap, motivasi dan tindakan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Ia

merupakan satu proses penting bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran

masyarakat tentang alam sekitar serta eabaran-eabaran yang berkaitan dengannya.

Melalui pendidikan alam sekitar, ia dapat memperkayakan pemikiran kritikal terhadap

sesuatu isu dan permasalahan yang berlaku, penyelesaian sewajarnya terhadap sesuatu

masalah dan kemahiran membuat tindakan serta keputusan yang efektif, di samping

mengajar individu supaya dapat menimbangkan pelbagai aspek dalam isu-isu alam

sekitar untuk membuat sesuatu keputusan yang berpengetahuan dan lebih

bertanggungjawab (UNESCO, Deklarasi Tbilisi 1978).

Pendidikan alam sekitar turut menekankan aspek pembinaan masyarakat yang

bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta mempunyai kapasiti bagi menyalurkan

kefahaman, nilai dan kemahiran bertindak yang berkaitan dengan isu-isu alam sekitar

dalam mewujudkan pembangunan dunia yang mapan (Muhammad Syukri Salleh, 200 1).

Islam amat menganjurkan sikap pengasih dan bertimbang rasa terhadap alam sekitar serta

melarang umatnya daripada merosakkan alam dengan sewenang-wenangnya. Misalnya,

adab-adab Islam seperti larangan membuang air keeil di dalam air tenang, adab bersugi

dan memelihara mulut daripada mengeluarkan bau yang busuk jelas menggambarkan

bahawa Islam amat mementingkann aspek kebersihan dan meneegah pencemaran baik

peneemaran air mahupun peneemaran udara.

8

Page 10: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Justeru, tindakan dan aktiviti yang boleh mencemarkan alarn sekitar adalah sangat

ditegah sarna sekali. Apatah lagi jika ia kelak akan mengundang musibah kepada alarn

sekitar dan masyarakat seluruhnya. Begitu juga halnya dengan penggunaan tenaga yang

tidak cekap dan bahan api yang mencemarkan alarn sekitar pada hari ini. Sudah tiba

masanya untuk kita beralih kepada penggunaan tenaga yang lebih bersih dan sihat ke atas

alam sekitar.

Dalarn konteks pemeliharaan alarn sekitar, ia seharusnya disepadukan dengan

pembangunan lestari. Oleh yang demikian, pendidikan merupakan wadah utarna dalam

membangunkan nilai yang berkaitan dengan etika alarn sekitar. Pemeliharaan yang

terpisah daripada pembangunnan lestari tidak dapat diterima oleh institusi sosial serta

tidak mempunyai nilai ekonomi yang sebenar (Hazura et. al, 2007).

Tidak dapat dinafikan bahawa manusia berhak menggunakan hasil daripada

sumber alam, tetapi mereka juga seharusnya mencari inisiatif untuk memelihara dan

membangunkan semula sumber yang telah digunakan dan memastikan sumber yang

digunakan memberi impak yang paling minimum atau sifar ke atas alarn sekitar. Selain

itu, dalarn menggunakan sumber yang sedia ada kita seharusnya memikirkan kesan baik

dan buruk daripada setiap tindakan kita. Jika ia lebih mendatangkan keburukan

berbanding kebaikan, maka usaha mencari alternatif bagi mengurangkan kesan negatif

hasil daripada penggunaannya wajar diterokai agar ia tidak mendatangkan kemudharatan

yang lebih serius lagi ke atas alarn sekitar dan penghuninya.

9

Page 11: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Justeru, dalam konteks alam sekitar yang kian meruncing pada hari ini,

penyelidikan dan penerokaan terhadap produk dan teknologi berasaskan eko-inovasi

adalah langkah yang perlu dan sewajarnya bagi mengurangkan impak negatif ke atas

alam sekitar. Ia seharusnya disambut baik oleh semua pihak agar pembudayaan eko-

inovasi dapat direalisasikan dengan jayanya bagi memacu pembangunan negara yang

seimbang dengan matlamat pelestarian alam sekitar. Usaha mentransformasikan apa yang

terkandung di dalam Al-Quran kepada tindakan ke arah memulihkan dan menambahbaik

mutu alam sekitar merupakan usaha yang perlu dilakukan kerana ia langkah yang paling

berkesan bagi merealisasikan salah satu daripada prinsip Islam yakni pemeliharaan alam

sekitar dengan sebaik-baiknya.

Keperluan Eko-Inovasi Dalam Pengurusan Lestari Alam Sekitar dan Pembangunan

Mapan Negara

Mungkin kita tertanya-tanya mengapa kita perlukan eko-inovasi bagi memacu

pembangunan negara dan sejauh manakah pentingnya inovasi terhadap masa depan alam

sekitar dan ekosistem serta hubungkaitnya dengam pembangunan mapan sesebuah

negara? Jawapan mudah kepada persoalan tersebut ialah, pertama kerana teknologi yang

sedia ada pada hari ini tidak mampu menyediakan momentum baru dalam

meminimumkan impak dan menangani krisis alam sekitar pada hari ini hasil daripada

penggunaan medium teknologi yang sedia ada seperti bahan bakar fosil dan

seumpamanya. Malah, ia lebih memberikan tekanan dan tidak mampu untuk

mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar.

10

Page 12: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dun.a G.:;masa:Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Oleh yang demikian, cabaran dunia kini adalah bagi mengurangkan penggunaan

bahan api fosil dan bergerak kepada ekonomi karbon-rendah dengan mencari sumber

tenaga bersih dan penciptaan teknologi hijau serta efisien. Sudah tiba masanya Malaysia

juga perlu bergerak ke arah ini. Lebih-lebih lagi, pendekatan berteraskan pembangunan

ekonomi rendah karbon adalah dasar pembangunan yang sedang dilaksanakan hampir

semua negara maju, clan yang terakhir di Amerika Syarikat menerusi pentadbiran Barack

Obama. Dasar ini memberi keutamaan kepada pelbagai altematif dan cara baru untuk

mengukur tahap 'kemajuan' yang seharusnya tidak terikat kepada untung rugi wang

ringgit semata-mata, tetapi turut mengambil kira aspek kesan sosial, penyuburan budaya

bangsa, pengurusan keselamatan serta risiko, pelestarian alam sekitar dan kesejahteraan

hidup masyarakat (Zaini Ujang, 2009).

Justeru, atas kesedaran inilah maka eko-inovasi dilihat perlu sebagai satu

momentum dan pendekatan untuk menyelesaikan segal a permasalahan yang sedang

melanda alam sekitar seperti pencemaran, pemanasan global dan pembaziran serta

penyusutan sumber tenaga ekoran kebergantungan kepada sumber bahan api fosil yang

pastinya akan kehabisan jika tiada sumber tenaga altematif lain diusahakan untuk tempoh

beberapa dekad lagi.

Perlunya altematif kepada sumber tenaga bahan api fosil memandangkan ia

merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada masalah pencemaran alam sekitar

yang seterusnya membawa kepada krisis yang lebih meruncing iaitu pemanasan global.

11

Page 13: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Oleh yang demikian, sudah tiba masanya Malaysia mengikut jejak beberapa

negara maju lain iaitu melakukan tranformasi dengan meneroka pasaran eko-inovasi

dengan lebih serius sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan pembebasan

gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahun 2020. Malah, ia sekaligus dapat

merealisasikan matlamat pelestarian alam sekitar serta memastikan negara berdaya saing

dengan negara-negara maju lain dalam meneroka pasaran tenaga dan teknologi yang

lebih cekap dan efisien.

Kedua, pentingnya eko-inovasi adalah kerana Malaysia memerlukan strategi dan

pendekatan barn yang lebih holistik dan bersepadu ke arah menangani masalah

pencemaran, ketidakcekapan penggunaan tenaga dan pemanasan global yang saban hari

kian membimbangkan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, telah banyak natijah yang

berlaku ekoran ketidakseimbangan alam sekitar kesan daripada permasalahan tersebut. Ia

tidak hanya dial ami oleh negara kita sahaja, malahan negara-negara lain di seluruh dunia

juga tidak terkecuali. Misalnya barn-barn ini kita telah menyaksikan banjir paling buruk

telah berlaku di Pakistan. Kejadian tersebut adalah salah satu petanda bahawa

keseimbangan alam semakin bercelaru dan kian tergugat. Sampai bilakah kita hanya

ingin berpeluk tubuh menyaksikan bencana demi bencana berlaku di serata dunia tanpa

melakukan sebarang usaha untuk mengatasi dan mengurangkan impak yang boleh

mencetuskan kejadian bencana alam yang berterusan ekoran ketidakstabilan iklim

global?

12

Page 14: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Ketiga, perlunya eko-inovasi kerana ia boleh membawa perubahan yang besar

terutamanya dari aspek pembaziran tenaga dan penggunaan tenaga yang kurang efisien

kepada penjimatan tenaga dan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan efisien. Dengan

tranformasi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan impak negatif

ke atas alam sekitar dan ekosistem. Ini memandangkan transformasi kepada penggunaan

teknologi mesra alam dapat meminimumkan pembebasan gas karbon dioksida yang

mencemarkan atau penggunaan karbon sifar yang sekaligus dapat menjadi pemacu ke

arah pembangunan ekonomi rendah karbon yang lebih lestari (Model Ekonomi lestari

telah dibangunkan bagi mengurangkan kesan rumah kaca dengan mengurangkan

pembebasan gas karbon dioksida).'

Persoalan kedua yang mungkin terdetik di benak fikiran kita ialah, apakah bentuk

inovasi teknologi yang perlu dimajukan untuk membentuk atau mewujudkan

pembangunan seimbang tanpa mengabaikan aspek pelestarian alam sekitar? Jika diamati,

pada ketika ini telah banyak negara maju yang telah melakukan anjakan paradigma

dengan beralih daripada teknologi alam sekitar yang sedia ada kepada teknologi barn

yang lebih mesra alam bagi memacu pembangunan yang lebih lestari sejajar dengan

peredaran dan keperluan semasa. Malahan, telah banyak negara melakukan transformasi

dengan menjalankan penyelidikan dari masa ke semasa bagi meneroka inovasi teknologi

yang boleh menjadi penggerak ke arah mengaplikasi dan membudayakan eko-inovasi

dalam pengurusan alam sekitar, pembangunan sosial dan juga penjanaan sumber ekonomi

yang mapan daripada pengkomersialan produk atau teknologi berasaskan inovasi

IModel Ekonomi Lestari telah dicetuskan menerusi konsep yang telah dibangunkan oleh Sir NicholasStem

13

Page 15: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

tersebut. Anjakan tersebut bukan sahaja dilakukan terhadap aktiviti penyelidikan dan

inovasi ke arah merekacipta teknologi barn yang lebih mesra alam, malah juga terhadap

industri dan perkhidmatan teknologi hijau serta sektor-sektor yang berkaitan secara lebih

bersepadu dan holistik.

Apabila menyebut teknologi hijau, apakah pula definisinya? Teknologi hijau

sebenamya merupakan aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam

semulajadi bagi menangani impak negatif hasil daripada aktiviti manusia. Ia merupakan

teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada. Apabila

kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air

dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk (Kementerian

Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, 2010). Antara beberapa negara yang telah pun beralih

kepada teknologi mesra alam ialah Denmark (tenaga angin), Switzearland (Tenaga solar

dan geothermal), Austria (tenaga geothermal), Norway dan Sweeden (tenaga ombak),

Australia (tenaga solar) dan Belgium (tenaga angin) (Nick Johnstone et. at, 2007-2008).

Dengan penerokaan secara meluas ke atas eko-inovasi, ia akan turut membuka

peluang dan potensi yang besar untuk pengembangan ekonomi baru berasaskan ekonomi

hijau yang pasti memberi pulangan yang lumayan kepada negara. Misalnya, dengan

inovasi teknologi yang ditemui dan dibangunkan kita bukan sahaja dapat

memanfaaatkannya untuk tujuan pembangunan negara sendiri, malah ia juga dapat

dikongsikan dengan negara-negara lain dengan bertindak sebagai pengeksport produk

'hijau' yang telah kita hasilkan kepada negara-negara yang memerlukan. Ini

14

Page 16: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

memandangkan pasaran untuk teknologi dan produk hijau sangat besar, khususnya dalam

sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar photovoltaic (PV) telah

dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru bagi negara kita. Daripada

unjuran yang telah dibuat, dianggarkan bahawa industri PV dapat menyumbang sebanyak

4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menjelang tahun

2020 (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, 2010).

Selain itu, industri yang menggunakan atau membangunkan produk-produk

berasaskan teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang lebih

luas kepada masyarakat tempatan. Dengan ini, ia sekaligus dapat membantu

mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.

Namun demikian, dalam meneroka idea-idea baru untuk menghasilkan inovasi

teknologi mesra alam yang berkesan, ia perlulah didasari kepada beberapa dimensi

penting seperti keprihatinan terhadap ekosistem dan alam sekitar, tanggungjawab sosial

terhadap alam sekitar dan juga pertumbuhan ekonomi yang perlu digabungkan bersama

secara lebih bersepadu dan holistik. Ini bertujuan bagi memastikan hasil daripada inovasi

tersebut mampu menambahbaik mutu alam sekitar ke tahap yang paling maksimum

sekaligus dapat menjana nilai ekonomi yang tinggi kepada negara.

Usaha Kerajaan Dalam Membudayakan Eko-Inovasi

Usaha kerajaan untuk menerapkan eko-inovasi dalam pembangunan negara dapat dilihat

daripada dua aspek. Pertama ialah usaha mencipta dan membangunkan teknologi hijau.

15

Page 17: Eko-Inovasi

__ ..-...:..:::;;;;;;;;I rr,r•.:CIl

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Keduanya ialah galakan penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sarna ada dalarn

melaksanakan proses kerja atau arnalan hidup seharian. Malah, langkah penstrukturan

semula Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Air kepada Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air jelas menggarnbarkan keprihatinan kerajaan yang begitu serius

memberi tumpuan kepada teknologi hijau bagi mencapai matlarnat pelestarian alam

sekitar dengan lebih terencana, terancang, holistik dan bersepadu.

Tumpuan kepada sumber perkhidmatan tenaga dan air adalah sangat penting

memandangkan ia merupakan antara penyumbang terbesar kepada masalah pencemaran

alarn sekitar dan peningkatan suhu bumi global pada hari ini. Daripada senarai karbon

yang terbebas di ruang atmosfera secara global, lebih 50 peratus adalah terhasil daripada

sektor penjanaan tenaga dan pengurusan sumber air. Selain itu, sektor lain yang

menyumbang kepada pemanasan global ialah pertanian menerusi penghasilan sebatian

karbon (metana) dan sektor pengangkutan yang juga berkait rapat dengan penjanaan

tenaga menggunakan bahan api fosil (Zaini Ujang, 2009).

Krisis pencemaran dan pemanasan global yang kian meruncing dikhuatiri akan

menjadi lebih buruk jika tiada langkah proaktif untuk menguruskannya secara lestari .

. Justeru, eko-inovasi dilihat marnpu menjadi wasilah bagi menyelesaikan dan menangani

permasalahan tersebut sehingga ke akar umbi.

Pada hari ini, pelbagai inisiatif telah diarnbil dari semasa ke semasa oleh kerajaan

dalarn mengembang dan mempromosikan eko-inovasi. Salah satu inisiatif terbaru ialah

16

Page 18: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

menerusi Kerjasama Malaysia-Jepun untuk Tenaga dan Alam Sekitar. Kerjasama ini jelas

mencerminkan kesungguhan pemimpin negara dalam mengekang masalah alam sekitar

yang kian bertambah saban hari dan merupakan salah satu usaha yang waj ar bagi

menambah baik mutu alam sekitar. Inisiatif bersama bagi alam sekitar dan tenaga

tersebut merangkumi 20 program bagi pemuliharaan alam sekitar serta merancakkan lagi

pertumbuhan dan pembangunan teknologi hijau negara.

Bagi projek berasaskan alam sekitar, ia melibatkan pemuliharaan alam sekitar dan

pengurusan bahan kimia, projek pemuliharaan biodiversiti dan projek kitar semula.

Manakala bagi projek berasaskan tenaga pula melibatkan tenaga boleh diperbaharui,

projek pemuliharaan tenaga dan projek penilaian standard. Ia merupakan antara inisiatif

kerajaan dalam usaha meneroka dan mempromosi pasaran teknologi hijau ke arah

halatuju pembangunan negara yang lebih baik pada masa hadapan. Melalui inisiatif

tersebut, Jepun akan bertindak membantu Malaysia bagi merangka pelan induk dan pelan

tindakan konkrit bagi mempromosi dasar pengurangan sisa.

Ia antara lain sebagai menyokong pengwujudan sistem kitar semula sisa dan

elektronik di Malaysia dengan memanfaatkan kedudukan Jepun sebagai negara peneraju

sistem kitar semula sisa dan perkhidmatan kitar semula elektronik menerusi Undang-

undang Kitar Semula Kelengkapan Rumah (HARL) yang telah diperkenalkan oleh Jepun

sejak Jun 1998. Selain itu, projek inisiatif kerjasama ini juga akan melibatkan pembabitan

Jepun dalam pembinaan institusi untuk sistem pemuliharaan tenaga di Malaysia,

termasuk keperluan latihan dan pertukaran maklumat berkaitan membabitkan undang-

17

Page 19: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

undang dan juga pemuliharaan serta kecekapan tenaga. Ini sekaligus dapat membantu

Malaysia merangka langkah ke arah mewujud dan merealisasikan Bandaraya Rendah

Karbon selain memacu pembangunan ekonomi hijau negara dengan lebih pesat lagi

(Berita Harian, April 2010).

Malahan dalam mesyuarat singkat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri

Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama di Pejabat Perdana

Menteri Jepun pada April, 2010 yang lepas, mereka tidak menolak bahawa kerjasama

dalam bidang keselamatan tenaga sangat penting dan mereka telah bersetuju untuk

memperluaskan lagi kerjasama dalam bidang teknologi hijau bagi mencapai pertumbuhan

mapan dan meningkatkan daya saing kedua-dua negara. Malahan dalam pertemuan

tersebut Jepun telah memberi persetujuan bagi meningkatkan pelaburan terutama dalam

bidang tenaga dan alam sekitar serta telah memberi jaminan akan memberi sokongan

kepada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh Malaysia.

Ia merupakan peluang yang sangat baik bagi Malaysia memandangkan Jepun

yang telah lama terkehadapan dalam menerajui ekonomi berasaskan teknologi hijau yang

temyata memberi pulangan ekonomi yang lumayan dan sangat berkesan ke arah

pelestarian alam sekitar. Selain menjadi negara peneraju sistem kitar semula sisa dan

perkhidmatan kitar semula elektronik, Jepun juga telah memperkenal dan menjadi

peneraju kepada penggunaan teknologi hybrid dalam enjin kenderaan yang temyata lebih

bersih dan efisien bagi menjimatkan tenaga.

18

Page 20: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Selain daripada usaha kerjasama tersebut, kerajaan juga dalam proses

menyeragamkan standard pembinaan bangunan GBI yang sebelum ini berbeza-beza

antara pemaju kepada hanya satu standard sahaja yang akan digunapakai di seluruh

negara (Harian Metro, 24 September 2010). Ini penting bagi memastikan keberkesanan

guna tenaga dalam bangunan kerana selain daripada mesra alam, ia juga dapat

menjimatkan kos penggunaan tenaga secara jangka panjang. Ini adalah selari dengan

usaha kerajaan bagi mengurangkan peratusan pengeluaran kadar gas rumah hijau negara

kepada 40 peratus menjelang tahun 2020. Selain itu, sektor pembinaan bangunan juga

akan turut ditransformasikan iaitu menerimapakai teknologi hijau dalam semua aspek

merangkumi pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan.

Cabaran-cabaran Ke Arah Pelaksanaan Eko-Inovasi

Dalam melakukan transformasi ke arah pelaksanaan eko-inovasi pastinya ada kekangan-

kekangan yang menghambat. Antaranya, keperluan kepada tenaga mahir bagi

membangunkan sesuatu produk berasaskan teknologi hijau. Dari segi kepakaran yang

sedia ada pastinya ia masih belum mencukupi untuk menampung keperluan bagi

mencipta sesuatu inovasi teknologi. Oleh yang demikian, kerjasama daripada pakar-pakar

luar adalah diperlukan terutamanya dalam khidmat menyediakan latihan dan kemahiran

yang secukupnya kepada rakyat tempatan bagi merealisasikan penciptaan sesuatu produk.

Selain itu, kelengkapan penyelidikan yang cukup juga diperlukan bagi

memastikan penyelidikan ke atas sesuatu inovasi teknologi dapat dilaksanakan dengan

lancar dan sempurna. Dalam memenuhi keperluan tenaga mahir dan kelengkapan

19

Page 21: Eko-Inovasi

________ ~~ •••••••••••••••••••••••••••••• amiH:

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

peralatan yang cukup, ia me1ibatkan implikasi kewangan yang besar. Adakah negara kita

telah bersedia dan mampu dalam menyediakan dana yang cukup ke arah itu?

Belum lagi kita meneliti kepada tenaga apa yang hendak kita bangunkan.

Bagaimana pula dengan implikasi kos ke atas jenis tenaga yang ingin dibangunkan?

Misalnya, hasrat kerajaan melaksanakan penggunaan sistem tenaga solar sebagai sumber

tenaga altematif untuk tempoh tujuh atau lapan tahun daripada sekarang (Utusan

Malaysia, 30 Julai 2010). Mampukah ia dilaksanakan sepenuhnya untuk tempoh itu?

Sedangkan, ia hanya boleh dilaksanakan jika kos sumber asli yang digunakan untuk

menghasilkan tenaga berkenaan adalah sama atau mencapai grid parity. Hanya apabila

berlaku persamaan berkenaan, maka kos utiliti yang ditanggung setiap isi rumah tidak

akan jauh berbeza. Namun, pada mas a ini didapati kos membeli tenaga solar masih lagi

mahal jika dibandingkan dengan hargaelektrik yang ditawarkan syarikat utiliti seperti

Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang temyata lebih murah.

Persoalannya, adakah kita akan mencapai tahap kesamaan berkenaan untuk

empoh tujuh atau lapan tahun akan datang? Jika kita tidak mampu mencapai tahap

kesamaan berkenaan, adalah mustahil untuk negara me1aksanakannya dalam tempoh itu.

Ini memandangkan sekiranya ia dilaksanakan tanpa mencapai tahap kesamaan tersebut,

pastinya harga air dan elektrik akan meningkat berikutan kos yang tinggi untuk

menghasilkan bahan berkenaan. Situasi tersebut pastinya kelak akan membebankan

rakyat kerana terpaksa membayar bil elektrik dan air yang tinggi. Justeru, dalam

melaksanakannya ia memerlukan penelitian yang lebih mendalam dengan mengambilkira

20

Page 22: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

kesemua faktor iaitu memenuhi matlamat pelestarian alam sekitar sekaligus tidak

mengabaikan kepentingan rakyat terutamanya dari segi kos yang harus dipikul oleh

mereka.

Kesimpulan

Tidak dapat dinafikan bahawa transformasi ke arah teknologi berasaskan eko-inovasi

adalah wadah penting yang perlu disahut dalam mengimbangi matlamat pelestarian alam

sekitar yang selari dengan tuntutan pembangunan mapan ekonomi dan negara. Walau apa

pun kekangan yang terpaksa dilalui, negara perlu bersedia dan berusaha mengatasi segala

kekangan tersebut bagi memastikan nasib alam sekitar terbela dan ekonomi negara terus

berkembang pesat terutamanya dalam meneraju pasaran ekonomi hijau yang semakin

mendapat tempat dan perhatian negara-negara lain di seluruh dunia. Ini penting kerana

jika hanya segelintir sahaja negara yang berusaha ke arah itu, pastinya matlamat

mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida pada tahun 2020 akan menemui jalan

buntu.

Sebaliknya, dalam memastikan matlamat tersebut berjaya direalisasikan,

kerjasama antarabangsa diperlukan terutamanya negara-negara maju perlu bersedia

membantu negara-negara miskin dari segi kepakaran dan sumbangan dana agar

perlaksanaan eko-inovasi turut dapat dilaksanakan oleh negara-negara tersebut. Sudah

tiba masanya semua pucuk pimpinan negara terutamanya negara-negara Islam sedar

betapa pentingnya eko-inovasi dalam menyahut seruan Allah agar kita menjaga dan

memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya.

21

Page 23: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Konsep eko-inovasi yang mempromosikan teknologi bersih, penjimatan tenaga

dan meminimumkan pembaziran sumber pastinya bersesuaian dengan roh Islam sendiri

yang sangat menekankan berhubung aspek kebersihan, berjimat cermat dan berhemah

dalam menggunakan sumber alam yang telah dianugerahkan oleh Allah. Eko-inovasi

merupakan wadah kepada pendekatan islami yang perlu diterokai dan dirungkai bagi

menghasilkan ciptaan-ciptaan teknologi baru yang dapat memberi manfaat yang

maksimum ke arah pelestarian alam sekitar dan juga pembangunan mapan negara.

Dengan pembudayaan eko-inovasi secara menyeluruh pastinya alam sekitar yang sihat

dan harmoni dapat kita wariskan kepada generasi anak cucu kita pada mas a akan datang.

22

Page 24: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-lO November 20lO)

RUJUKAN

Al-Quran: Tafsir Pimpinan ar-Rahman, 2001. Kuala Lumpur: Darulfikir dengan izin

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Malaysia:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harian Metro. "Standard Bina Bangunan GBI", 24 September 2010.

Hazura et. al., 2007. Pemuliharaan Alam Tabii Bersumberkan Pengetahuan Islam

dalam Pendidikan Sa ins. DP. Jilid 7, Bill/2007.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 2010.

Llewellyn, Othman, 1980. "The objective of Islamic Law and Administrative

Planning" dlm, Baharin Ramly & Aini Majid (terjemahan), 2007. Islam and

Ecology.

Muhammad Syukri Salleh, 2001. "Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam:

Konsep dan Perkaedahan". Kumpulan nota syarahan yang disampaikan sempena

perlantikan Profesor Universiti Sains Malaysia.

Nick Johnstone et. al., 2007-2008. Eco-innovation, policy ang globalization. OECD

Environment Directorate.

Stern, N., 2006. Stern Review on the Economics of Climate Change. Executive

Summary. London: HM Treasury.

UNESCO-UNEP 1978, The Tblisi Declaration, Connect, Vol. 3, No.1, 1-8.

23

Page 25: Eko-Inovasi

Seminar "Kreativiti dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" (9-10 November 2010)

Utusan Malaysia. "Inisiatif Bersama Bagi Alam Sekitar, Tenaga ", 20 April 2010.

Utusan Malaysia. "Tenaga Solar Sumber Elektrik Baru Tujuh Tahun Lagi ", 30 Julai

2010.

Zaini Ujang. "Teknologi Hijau Pada Dasar Pentadbiran Najib" dIm. Utusan

Malaysia, 17 April 2009.

Zaini Ujang. 2010. Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi. Malaysia:

Universiti Teknologi Malaysia.

24