elemen 3

3
Soalan: Kegiatan ekonoimi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Kegiatan ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi sara diri yang biasanya dijalankan di luar bandar oleh ahli- ahli keluarga, seperti menanam padi, menternak binatang, menangkap ikan, mengutip hasil hutan dan lain- lain. Kegiatan ini penting kerana dapat memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Semangat kekitaan dapat dipupuk melalui kegiatan ekonomi tradisional. Hal ini disebabkan ahli- ahli keluarga akan bekerjasama dan tolong- menolong supaya dapat menyiapkan kerja dengan sempurna. Justeru itu, rakyat akan bersemangat kekitaan dan semangat nasionalisme bangsa Malaysia akan dapat diperkukuh. Selain itu, ahli- ahli keluarga juga akan bersatu padu dan berharmoni melalui kegiatan ekonomi tradisional. Hal

description

ftgjf

Transcript of elemen 3

Soalan:

Soalan:

Kegiatan ekonoimi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Kegiatan ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi sara diri yang biasanya dijalankan di luar bandar oleh ahli- ahli keluarga, seperti menanam padi, menternak binatang, menangkap ikan, mengutip hasil hutan dan lain- lain. Kegiatan ini penting kerana dapat memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.

Semangat kekitaan dapat dipupuk melalui kegiatan ekonomi tradisional. Hal ini disebabkan ahli- ahli keluarga akan bekerjasama dan tolong- menolong supaya dapat menyiapkan kerja dengan sempurna. Justeru itu, rakyat akan bersemangat kekitaan dan semangat nasionalisme bangsa Malaysia akan dapat diperkukuh.

Selain itu, ahli- ahli keluarga juga akan bersatu padu dan berharmoni melalui kegiatan ekonomi tradisional. Hal ini akan memupuk semangat kekitaan dan memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia.

Di samping itu, kegiatan ekonomi tradisional juga akan menjadikan seseorang itu berdisiplin. Hal ini disebabkan ahli- ahli keluarga dapat berakhlak dan berbudi pekerti mulia melalui kegiatan ekonomi tradisional. Secara tidak langsung, semangat nasionalisme bangsa Malaysia dapat diperkukuh.

Tambahan pula, kerajinan dan kegigihan juga dapat dipupuk melalui kegiatan ekonomi tradisional. Justeru itu, ahli- ahli keluarga akan berusaha dan produktif serta samangat nasionalisme bangsa Malaysia dapat diperkukuh.

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Oleh itu, kegiatan ekonomi tradisional mestilah diteruskan di negara kita.