ELM 3043E

18
Isi Kandungan Bil Perkara 1 Biodata / Borang Maklum Balas 2 Penghargaan 3 Definisi Ponteng Sekolah 4 Faktor-faktor Berlakunya Ponteng Sekolah 5 Cara-Cara Mengatasi Berlakunya Ponteng Sekolah 6 Kesimpulan 7 Kertas Kerja Program Sifar Ponteng 8 Bibliografi / Rujukan 9 Lampiran Jangan libatkan diri anda dengan perkara yang memudaratkan, samada dari segi fizikal mahupun

description

ELM 3043E

Transcript of ELM 3043E

Page 1: ELM 3043E

Isi Kandungan

Bil Perkara

1 Biodata / Borang Maklum Balas

2 Penghargaan

3 Definisi Ponteng Sekolah

4 Faktor-faktor Berlakunya Ponteng Sekolah

5 Cara-Cara Mengatasi Berlakunya Ponteng Sekolah

6 Kesimpulan

7 Kertas Kerja Program Sifar Ponteng

8 Bibliografi / Rujukan

9 Lampiran

Jangan libatkan diri

anda dengan perkara

yang memudaratkan,

samada dari segi

fizikal mahupun

mental.

Page 2: ELM 3043E

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada tuhan, kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya

dapat menyiapkan kerja kursus ELM 3043E Isu-isu Moral Dan Cabaran

Penghayatan Niali Murni ini dengan jayanya. jutaan terima kasih diucapkan

kepada pensyarah kursus ini iaitu kerana memberi tunjuk ajar dan dorongan

kepada saya. ia telah dapat membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan

ini. Dengan tunjuk ajar dan didikan dari beliau telah dapat memperoleh pelbagai

maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan kerja kursus ini.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan

yang banyak membantu saya dalam menghasilkan kerja kursus ini kami saling

bertukar pendapat dan mendapatkan idea untuk menyempurnakan kerja kursus

ini. Sokongan dan dorongan sahabat telah banyak membantu saya untuk

menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, ia dapat mendalami ilmu hasil

daripada perkongsian maklumat antara kami. sesungguhnya penghargaan dan

hutang budi ini tidak dapat dilahirkan dengan sempurnanya dengan beberapa

baris ucapan ini.

Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung

dalam membuat tugasan ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian

dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan saya amat menghargainya.

Page 3: ELM 3043E

Isu moral di sekolah saya yang sering berlaku ialah murid ponteng

sekolah.

Apa itu ponteng? Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah

boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja

tanpa sebarang alasan yangmunasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan

menimba ilmu pengetahuandi bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan

melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli

belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan

sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak

hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan.

Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk

kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa

alasan yang munasabah.

Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak terutamanya para

guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang

tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain.

Pont

eng

Page 4: ELM 3043E

Menurut bekas timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd

Khir dalam Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada

tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia

yang penuh dengan masalah.

Kategori Ponteng Sekolah

Kategori Ponteng Sekolah

Ponteng Sekolah dengan

Kebenaran

Pengertian ponteng sekolah dengan kebenaran ini lazimnya dikaitkan apabila

didapati seorang pelajar yang tidak menghadirkan diri ke sekolah disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan

Ponteng Sekolah

tanpa Kebenaran

Ponteng sekolah tanpa kebenaran ialah situasi pelajar yang tidak hadir ke sekolah

tanpa menyertakan sebarang apa jua bentuk penyataan sama ada secara bertulis atau

pemberitahuan lisan.

Page 5: ELM 3043E

Kurang Berminat Terhadap Pengajaran Dan Pelajaran Di Sekolah.

Pelajar ponteng sekolah adalah kerana kurang atau tidak berminat

terhadap pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca

daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang

banyak memberikan tumpuan kepada mata

pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal

seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains

dan sebagainya.

Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka

mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana

ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang

menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang

lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya

mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata

kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah

hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-

rakan pelajar yang lebih cerdas.

Kekurangan Kasih Sayang Daripada Ibubapa

Ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah

anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana terdapat ibu

bapa yang kurang memberi perhatian terhadap

pelajaran anak-anak mereka. Kesibukan bekerja telah

mengekang masa ibu bapa untuk bersama anak-anak.

Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk ponteng

sekolah tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa mereka.

Faktor-Faktor Berlakunya Ponteng Sekolah

Page 6: ELM 3043E

Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam

mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan

sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi

minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.

Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-

rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang

bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan

pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di

sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka

menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran

dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.

Sifat Guru

Sikap guru-guru dikatakan juga sebagai antara punca pelajar ponteng

sekolah. Guru-guru yang mengajar secara sambilewa tanpa

menitikberatkan kefahaman pelajar menyebabkan

sesetengah pelajar tidak tertarik pada pelajaran yang

disampaikan. Mereka berasa bosan dengan apa yang

disampaikan oleh guru. Maka, ponteng sekolahlah tindakan yang diambil oleh

mereka.

Keseronokan

Page 7: ELM 3043E

Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih

mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di

kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak

atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat

membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman

rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk

menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah

sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.

Pusat-pusat Hiburan

Kemunculan pusat hiburan bagai cendawan tumbuh selepas hujan

menyuburkan gejala ponteng sekolah lagi dalam kalangan pelajar kita. Kafe siber

dan pusat permainan video yang begitu banyak di

kawasan bandar termasuk pekan-pekan kecil sering

dijadikan medan pertemuan para remaja. Pelajar-

pelajar kita yang disogokkan dengan wang saku

berlebihan oleh ibu bapa mendorong mereka

mengunjungi kafe siber dan pusat hiburan. Ketagihan

akan internet dan permainan video ini akan mendorong remaja untuk ponteng

sekolah. Para pelajar yang seronok melayari internet dan melepak di pusat

hiburan akan menghabiskan masa berjam-jam sehinggalah tamat waktu

persekolahan

Sebagai kesimpulan, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar

akan mengheret mereka terlibat dalam masalah sosial yang lebih berat seperti

gengsterisme, penagihan dadah dan jenayah kekerasan. Pihak polis, ibu bapa

dan pihak sekolah harus berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam

usaha menangani masalah ini dengan kadar segera.

Page 8: ELM 3043E

Untuk mengatasi masalah ponteng sekolah memang memerlukan komitment dan

dedikasi semua pihak. Di mana antara lain cara penyelasaian yang boleh di buat

ialah:

Peranan Ibu bapa

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian

yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan

setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah

sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak

mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.

Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa

memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka

yangmempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah

menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak.

Peranan Sekolah

Cara-Cara Mengatasi Berlakunya Ponteng Sekolah

ibubapasistem perundangan

polis

kaunseling

PIBG

sekolah

Page 9: ELM 3043E

Pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes

ponteng sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan suasana persekolahan yang

kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus

menghadiri kelas. Oleh yang demikian, guru haruslah mengubahkan cara

mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat

berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Guru

juga perlu melayan pelajarnya dengan ramah, penuh kasih sayang, ada

perasaan empati dalam diri terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke

sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling

kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai

denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi

kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar

dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu

sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

Mewujudkan Sistem Perundangan Di Sekolah.

Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan

rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan

tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang

penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu

selalu berbincang untuk menyelesaikanm asalah ini.

Page 10: ELM 3043E

Penguatkuasaan Undang-Undang Oleh Pihak Berkuasa Seperti Polis.

Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir

sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah

mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Kesimpulannya gejala ponteng sekolah ini dapat dihadapi dan dibendung

dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng

sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat

memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan,

mereka tidak akan ponteng sekolah dan sebaliknya akan belajar bersungguh-

sungguh.

Oleh yang demikian, dengan mengatasi masalah ponteng sekolah, ibu

bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah

ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah

untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita

pada masa akan datang.

Melihat kepada masalah disiplin yang melanda para pelajar  dan remaja  kita

pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah 

sampai ke tahap  yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan

negara dan  generasi akan datang. Kemunculan kumpulan gengsterisme di

Kesimpulan

Page 11: ELM 3043E

sekolah telah membimbangkan semua pihak. Ia merupakan isu yang

memerlukan penyelesaian segera.

Masalah disiplin hari ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya

memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun sudah

banyak kajian yang dilakukan  oleh pelbagai pihak mengenai  sikap dan

tingkahlaku pelajar  dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat  tujuan akademik

dan  tertumpu kepada  punca masalah dan  biasanya bersifat umum sahaja.

Di sebabkan  terlalu banyak  punca yang diramalkan, tindakan untuk

membendung masalah-masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan

mengenai  cara mana mengatasi masalah, namun ia  hanya berakhir  di meja

perbincangan,  forum atau seminar. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat 

perlulah berganding bahu dan bekerjasama  dalam memikul tanggungjawab 

mendidik anak-anak dan para pelajar.

Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh  untuk

menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan  diri dalam  apa jua

bentuk  gejala buruk  yang boleh merosakkan  diri  dan nama baik keluarga

mereka. Golongan ini juga perlu  didedahkan dengan  pengetahuan undang-

undang  agar mereka  gementar dengan hukuman. Ketahanan iman pada diri

anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari pelbagai gejala

dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Negara kita.

Page 12: ELM 3043E

Buku

Abd.Rahim Abd.Rashid (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Benjamin Goh (2011).Pendidikan Moral SPM, Subang Jaya:Pan Asia Publications Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses, FajarBaktiSdn. Bhd.

Kuala Lumpur.  

Kamarudin Hj.Husin (1994). Asas Pendidikan 1, Longman Malaysia Bhd. Kuala

Lumpur.  

Mok Soon Sang (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI Sekolah Rendah, Subang Jaya:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Noraini Ahmad (1995). KaunselingRemaja, Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Petaling Jaya. 

Sheikh Othman Sheikh Halim dll, (1991),  Kamus Dewan, cet 2, Edisi Baru, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 623

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon( 2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Ting Chew Peh (1997). Konsep Asas Sosiologi, DewanBahasadanPustaka,

Kuala Lumpur. 

Bibliografi

Page 13: ELM 3043E

Internet

https://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/punca-punca-berlakunya-ponteng-sekolah/

http://azwiraariwana.blogspot.com/p/punca-dan-langkah-menangani-gejala.html

http://cikguhiew.blogspot.com/2012/12/punca-punca-gejala-ponteng-sekolah.html