ELM MORAL SEM 6.docx

download ELM MORAL SEM 6.docx

of 30

description

MORAL SEM 6

Transcript of ELM MORAL SEM 6.docx

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGAJARAN MAKRO-RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

PENERANGAN LENGKAP AKTIVITI PERMAINAN dam ular

REFLEKSI

LAMPIRAN & RUJUKAN

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat allah s.w.t kerana dengan izinnya akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada Pn. Norlela Binti Ali iaitu selaku pensyarah untuk subjek ELM 3023-Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral, kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan input-input berkaitan subjek ini khususnya dalam proses penyempurnaan tugas yang diberi.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyempurnakan tugasan yang diberi terutamanya kepada Encik Syakir bin Ahmad Sawal, kerana beliau telah banyak mengajar saya dalam menyiapkan rancangan pelajaran harian serta beliau juga yang telah meminjamkan kepada saya DSKP Pendidikan Moral Tahun 1.

Tidak ketinggalan juga, penghargaan saya kepada suami yang disayangi Encik Muhaidin Bin Hj. Ahmad, yang telah banyak membantu serta memberi dorongan, pendapat serta semangat untuk saya memurnikan lagi hasil tugasan saya.

Akhir kalam. Semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak diakhiri dengan jutaan terima kasih.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL.

Matapelajaran : Pendidikan MoralKelas: 1 AmanahTarikh: 25. Ogos 2014Hari: IsninMasa: 11.55-12.55 tengahari (1 jam)Bil murid: 10 orangModul: TerasTajuk: Ayuh BekerjasamaTunjang Utama: 12.0 KerjasamaStandard Kandungan : 12.1 Beersedia memberi kerjasama kepada Individu yang memerlukan.Standard Pembelajaran: 12.1.1 menyatakan kebaikan kerjasama.12.1.2 Menyenaraikan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama.12.1.3 Menceritakan perasaan setelah melaksanakan aktiviti.12.1.4 Menjalankan aktiviti bersama-sama.Kesepaduan Tunjang: BM 1.1.13 Mendengar dan memberi respon terhadap perbualan, permintaan, cerita atau lagu.Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, para pelajar dapat :Penaakulan moral : menyatakan kebaikan bekerjasama. Perasaan moral : menunjukkan kefahaman tentang erti bekerjasama.Perlakuan moral : dapat memnjalankan aktiviti bekerjasama bersama-sama didalam kelas. Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah bekerjasama sesama mereka sebelum ini. Contohnya dalam aktiviti berkumpulan. Kemahiran berfikir: Menganalisis, menghubungkaitkan dan menaakul.Penerapan Nilai: Bekerjasama, bertolak ansur, dan berdisiplin.Bahan bantu mengajar:powerpoint , gambar, kad-kad perkataan, dam ular Dadu, 20 kad-kad soalan.

Masa /Langkah

Isi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set induksi( 5 minit )

Video :WonderPet : Apa yang penting kerjasama.1.Guru menayangkan video Wonderpet beserta lirik lagu di hadapan kelas.2. Guru mempertontonkan video tersebut kepada murid-murid.3. Murid diminta menyanyi lagu `Apa yang penting kerjasama bersama-sama guru.4. Menerusi tayangan video tersebut, guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari tersebut.

Appendix ALirik lagu.Powerpoint(Youtube)PN : Berdisiplin

Langkah 1

( 15 minit )Gambar bekerjasama.1.

2.

PETA BUIH

1.Guru mengaitkan lirik lagu dengan tajuk yang akan dipelajari.2.Guru menunjukkan contoh beberapa gambar bekerjasama.3. Guru bertanyakan kepentingan bekerjasama kepada murid-murid.4. Guru menunjukkan peta buih kepada para pelajar.BBM : tayangan gambar powerpoint.

Langkah 2

Permainan dam ular

1.Guru menerangkan kepada para pelajar cara bermain dam ular.2. Setiap pelajar di beri token berupa pengenalan diri mereka sewaktu bermain dam ular.3. Jika pelajar berhenti di kotak ular, pelajar tersebut dikehendaki menjawab soalan, jika tidak dapat menjawab akan turun mengikuti alunan badan ular tersebut. Dan jika dapat menjawab soalan dengan betul, maka tidak perlu turun dari kotak ular.4.Jika pelajar membaling dadu dan terkena pada kotak tangga, maka pelajar dikehendaki juga untuk menjawab soalan yang disediakan, jika dapat menjawab soalan dengan betul, pelajar terbabit boleh naik tangga, tetapi jika jawapan yang diberikan salah, maka pelajar terbabit tidak boleh menaiki tangga. 5. Set-set soalan yang disediakan adalah semuanya berdasarkan soalan KBAT selari dengan kehendak tuntutan masa kini. Dam ular 20 sampul surat mengandungi set-set soalan mengenai amalan bekerjasama Dadu Token pengenalan diri.

Langkah 3Hasil Dapatan Permainan.

1.Guru memberikan hasil dapatan daripada permainan tersebut.2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan kepentingan bekerjasama.3. Guru meminta murid-murid untuk mengamalkan amalan bekerjasama dalam kehidupan seharian mereka.

Langkah 4Lembaran kerja.1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.2.Guru menerangkan cara menyiapkan kerja yang diberi.3.Selepas murid-murid menyiapkan tugasan yang diberi, guru membincangkan jawapan bersama murid-murid.

BBM: lembaran kerja.MI: kecerdasan linguistic

PN: Berani

Penutup( 5 minit )Tiupan belon.1.Guru memberikan murid-murid belon.2.Murid-murid dikehendaki meniup belon tersebut sehingga pecah.3.Jika belon tersebut sudah pecah, murid-murid dikehendaki untuk membaca keretan yang terdapat didalam belon yang pecah itu.4.Murid membacakan keratan tersebut.5.Guru sekali lagi menghubungkaitkan pelajaran dengan amalan bekerjasama dalam kehidupan seharian.PN: Berdisiplin, bekerjasama dan yakin diri (mendengar arahan)MI: Naturalis

GAMBAR BEKERJASAMA

PERMAINAN DAM ULAR GERGASISENARAI KEPERLUAN BAHAN-BAHAN:Dam ular gergasi2 biji dadu besar10 token pengenalan diri.20 sampul surat berisi soalan-soalan KBAT.BILANGAN PEMAIN : Tidak terhad.CARA BERMAIN1. Guru menghamparkan dam ular gergasi di hadapan kelas.2. Setiap murid diberikan token sebagai pengenalan diri masing-masing. Dan digunakan token tersebut sewaktu bermain dam.3. Murid-murid dikehendaki untuk membaling 2 biji dadu secara serentak, dan akan memulakan permainan dam ular.4. Sekiranya balingan dadu tersebut, terhenti di kotak ular, maka murid dikehendaki menjawab soalan didalam sampul surat, jika betul, murid terbabit tidak perlu turun kotak mengikut alunan badan ular, tetapi jika salah murid tersebut perlulah turun dari kotak mengikut alunan badan ular.5. Sekiranya balingan dadu terhenti di kotak tangga, maka murid dikehendaki menjawab soalan (didalam sampul surat) untuk menaiki tangga tersebut, jika jawapan yang diberikan tepat dan betul maka, murid tersebut boleh menaiki tangga, sekiranya salah, murid tersebut tidak boleh sama sekali untuk menaiki tangga.6. Permainan dam ular ini, diteruskan sehingga ada pemenang.

Faedah yang diperolehi.

Aspek perkembangan fizikalAktiviti seperti memegang token pengenalan diri, membaling dadu, berdiri, duduk serta menjalankan token di papan dam adalah antara pergerakan yang dilakukan oleh murid-murid sepanjang permainan dam ular ini. Ia dapat memberi membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

Aspek Perkembangan Sosioemosi.Melalui aktiviti permainan ini, dapat memupuk sifat bekerjasama diantara rakan serta mewujudkan sifat berdaya saing dan kesungguhan yang tinggi di kalangan murid-murid. Murid-murid juga berlumba-lumba untuk menberikan jawapan yang betul dan tepat.

Aspek Perkembangan KognitifMurid-murid dapat belajar konsep nombor melalui mengira jumlah situasi yang dikategorikan serta dapat membuat perbandingan hasil permainan mereka.

Aspek Perkembangan BahasaDengan memerhati, menganalisis serta memikirkan jawapan daripada set-set soalan. Ini dapat membantu murid-murid memperkembangkan pemahaman Bahasa Melayu dikalangan murid-murid.

REFLEKSITugasan moral pada semester ini memerlukan saya untuk membina satu rancangan pengajaran dan pembelajaran berdurasi 60 minit berdasarkan format yang mengaplikasikan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sehubungan dengan itu, saya telah memilih para pelajar dari kelas 1 Ikhlas berkapasiti 10 pelajar moral, untuk melaksanakn sesi PdP Pendidikan Moral ini. Untuk itu, saya telah memilih tajuk Ayuh Bekerjasama. Melalui pemerhatian saya, murid-murid sangat teruja menyanyikan lagu Wonderpets-apa yang penting kerjasama. Semua murid amat seronok kerana mereka faham amalan kerjasama melalui lagu dan video yang dipaparkan beserta gambar-gambar aktiviti bekerjasama untuk memahamkan lagi pemahaman mereka tentang konsep bekerjasama. Ia amat bersesuaian dengan kenyataan Willian James, (Yusof Boon 2000) bahawa terdapat dua jenis ingatan yang dialami oleh manusia iatu ingatan jangka masa pendek dan panjang.dan dapat dilihat murid-murid sering menyanyikan lagu Wonderpets ini dimana-mana sahaja. Di sini kekuatan pengajaran dan pembelajaran saya adalah melalui lagu dan video. Penggunaan teknologi maklumat sangat menarik minat pelajar disamping memudahkan murid melihat paparan gambar dengan lebih jelas. Murid-murid melibatkan diri secara aktif disamping mewujudkan suasana kelas yang kondusif sekaligus melancarkan lagi proses pengajaran saya. Kesannya kawalan kelas baik dan tidak terdapat gangguan daripada para pelajar semasa pengajaran makro dijalankan. Dengan menggunakan lagu@muzik dalam aktiviti PdP dapat menguatkan ingatan para pelajar, ini dibuktikan dengan hasil dapatan daripada Dr Georgi Lozanov iaitu muzik dapat menguatkan daya ingatan dan mmemudahkan pembelajaran sekiranya digunakan dengan baik (Radin, 2003)Selain daripada itu, kepelbagaian sumber PdP juga memainkan peranan, disini saya menggunakan interaksi murid-guru serta sumbangsaran melalui sumber paparan grafik peta buih yang berwarna-warni, sejajar dengan kehendak tugasan ini. Peta minda ataupun peta buih merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif. Selain itu, bentuk peta minda atau peta buih juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang guru tersebut. Melalui aktiviti sumbangsaran saya dapati murid-murid aktif berinteraksi serta masing-masing teruja memberikan buah fikiran ataupun idea mereka mengenai kepentingan bekerjasama. Murid-murid menggunakan sepenuhnya kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berdasarkan jawapan yang mereka berikan. Walaupun ada segelintar para pelajar yang masih kurang mahir membaca tetapi dengan bantuan video dan lagu yang dinyanyikan mereka faham konsep bekerjasama. Tulisan memainkan peranan yang besar dalam dunia pendidikan. Tulisan yang besar dan kemas memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan tulisan saya. Semasa PdP saya, saya memang mementingkan aspek tulisan yang bersih, besar dan kemas. Agar murid-murd saya lebih mudah memahami dan ia juga menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran.Saya telah mengajar selama 13 tahun, jadi saya tiada masalah dari segi lontaran suara yang kuat. Suara, memainkan peranan yang penting dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran, sewaktu PdP saya juga menggunakan teknik menyoal. Menurut Mel Silberman, 2010: 127- ia mewujudkan pembelajaran aktif dengan merangsang pelajar supaya bertanya tentang perkara yang ingin dipelajari kerana sikap itu adalah kunci kepada kejayaan pembelajaran. Ternyata soalan-soalan yang saya tanyakan kepada murid-murid memang menurut spesifikasi topik pada PdP pada hari itu. Menurut Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009: 129 iaitu elemen-elemen isi kandungan pelajaran yang akan / dan / atau sedang diajar. Penyoalan yang terancang secara induktif, konstruktif dan berstruktur boleh mneyebabkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang optimum.Walaupun saya telah menjadi guru selama 13 tahun, namun itu tidak bermakna saya tidak melakukan kesilapan dan kecuaian. Semasa aktiviti PdP ini dijalankan, kelemahan utama saya adalah, saya tidak menguji terlebih dahulu LCD yang disediakan. Saya terlupa untuk membawa wayar kabel LCD, jadi slide powerpoint saya tidak dapat pancarkan di hadapan kelas begitu juga dengan lagu yang saya pasang volumenya perlahan walaupun saya telah mengatur sehingga ke paras maksimum tetapi, disebabkan suasana yang bising (iaitu peralihan masa pelajar sesi petang) maka lagu tersebut perlahan. Untuk mengatasinya pada masa hadapan, saya akan lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang tidak diingini. Selain daripada itu, kelemahan saya juga adalah dalam pengurusan masa. Semasa aktiviti permainan dam dimainkan, saya telah menggunakan masa yang lebih untuk aktiviti bermain ini. Sepatutnya tempoh yang diperuntukkan untuk bermain dam adalah selama 20 minit tetapi saya telah terlajak sehingga ke 35 minit. Ia berlaku kerana, terdapat segelintir pelajar yang tidak faham cara bermain dam ular ini. Akibatnya saya perlu mendemostrasikan cara bermain dam ular ini. Walaupun saya terlajak, tetapi saya puas kerana pada akhirnya permainan dam ular ini ada pemenangnya. Dan saya juga berpuashati kerana para pelajar dapat menjawab soalan yang berunsurkan elemen KBAT dengan tepat. Untuk mengatasi kelemahan pengurusan masa, saya perlu mendisiplinkan diri mengikut masa yang diperuntukkan dengan tepat dan betul yang telah dicadangkan dalam penulisan rancangan pengajaran harian saya. Saya perlu memastikan setiap langkah dalam proses PdP mengikut masa yang ditetapkan supaya aktiviti PdP yang berikutnya tidak terjejas. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan proses PdP berjalan dengan lancar, berkesan dan bermakna. Bukan setakat itu sahaja, saya harus menepati masa bagi memudahkan peerjalananMengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), kemahiran berfikir aras tinggi KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi ke dalam diri pelajar bukan satu tugas yang mudah. Guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran Bloom Taxonomy (1956) sebagai bantuan. Bloom Taxonomy membahagikan kemahiran berfikir kepada pengetahuan aras rendah dan aras tinggi iaitu bermula dengan pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala kemahiran berfikir aras tinggi pula adalah analisis, sistesis dan penilaian. Kemahiran berfikir aras tinggi ini dilihat sebagai satu kepentingan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk melatih kemahiran berfikir aras tinggi, pelajar mestilah berada dalam kaedah pembelajaran aktif (Pawani,2002). Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti problem-based learning, project based learning, discovery learning, inquiry-based learning, simulations, games, writing papers, debating, dan lain-lain. Semua bentuk pembelajaran aktif adalah berasaskan learning by doing iaitu belajar daripada perbuatan (learning by doing) dan pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, saya telah menerapkan elemen KBAT didalam PdP saya melalui set-set soalan (seperti dalam lampiran) sewaktu aktiviti permainan dam ular dijalankan. Menurut King & Kitchener (1994), sekiranya aktiviti di dalam kelas hanya bersandarkan pengaplikasian aras rendah yang mana hanya menuntut pelajar mendengar secara pasif dan mengingati semula maklumat, maka ini sudah semestinya menyebabkan pemikiran kritikal tidak wujud. Keadaan seperti ini hanya menyebabkan kerugian kepada sekolah khususnya dan kerugian kepada negara secara amnya. Kerana kita tidak dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi seperti yang diharapkan oleh mereka dan semestinya tidak dapat memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan yang akan mengambil mereka bekerja kelak.Selain daripada itu, umum telah diketahui, bahawa keberkesanan pengaplikasian elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang berbudaya dan mempunyai nilai-nilai sopan santun dan mempunyai moral yang tinggi. Saya menyokong sepenuhnya elemen KBAT diaplikasikan di sekolah. Sewajarnya elemen KBAT dipraktikkan kerana dari situ, murid-murid boleh menggunakan kemahiran berfikir mereka untuk membuat perkara-perkara yang berfaedah dan sekaligus meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang. Akibatnya, peratusan masalah sosial dikalangan pelajar akan menurun. Di samping itu, penggunaan elemen KBAT dalam Pendidikan Moral sebenarnya merentas kurikulum. Di mana para pelajar secara tidak formal belajar Bahasa Malaysia dengan penggunaan soalan yang berunsurkan KBAT. Contohnya semasa PdP saya set-set soalan yang saya sediakan mencakupi elemen bahasa dimana soalan yang saya sediakan mengkehendaki pelajar untuk berfikir dan menggunakan penggunaan ayat yang betul. Contohnya pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk bekerjasama dengan ibu bapa kita, Apa yang penting kerjasama daripada lirik lagu tersebut, nyatakan kepentingan bekerjasama.Dapat dinyatakan disini, bahawa banyak kebaikan dan keberkesanan penggunaan elemen KBAT di sekolah tidak tertakhluk pada subjek Pendidikan Moral sahaja tetapi, ia mencakupi semua subjek di sekolah dan para guru perlu mempersiapkan diri secukupnya dengan pengetahuan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Konklusinya, tugasan ini menyedarkan saya bahawa matapelajaran Pendidikan Moral adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu, serta mempunyai nilai-nilai dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi sesuai dengan kehendak, cabaran dan pengabungjalinan sukatan pelajaran di sekolah.

APPENDIK

RUJUKANMohd Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTSPublication and Distribution Sdn Bhd.

N.S. Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: KesesiaanGuru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Projek KBKK: Poster warisan Pendidikan-Wawasan anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, dari 1 hingga 2 Ogos.

Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli ( 1998). Kemahiran BerfikirSecara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Abdullah Zhidi Bin Omar dan Mahdi Bin Shuid (2014) Pedagogi dan Pentaksiran Moral. Puchong :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.MODUL PPG semester 6Dunia pendidikan IPG jenis-jenis permainanSukatan pelajaran kurikulum standard KSSR Pendidikan Moral tahun 1.Buku teks Pendidikan Moral Tahun 1www.youtube.wonderpets//lagu bahasa melayuwww.ehowSOALAN SOALAN KBAT SEMASA BERMAIN DAM ULAR1. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan guru kamu.2. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan ibubapa kamu3. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan rakan kamu.4. Pada pendapat kamu, nyatakan bagaimana caranya kamu bekerjasama dengan jiran kamu.5. Melalui lagu Apa yang penting kerjasama, nyatakan kepentingan bekerjasama.6. Bagaimanakah caranya kamu bekerjasama dengan pakcik jaga di sekolah.7. Berdasarkan gambar, nyatakan kebaikan bekerjasama.8. Sebagai seorang pelajar cemerlang, bagaimanakah kamu hendak mempengaruhi rakan kamu agar mengamalkan budaya bekerjasama.9. Apakah kebaikan bekerjasama.10. Berikan 2 contoh aktiviti bekerjasama di kawasan sekolah.11. Berikan 2 contoh aktiviti bekerjasama di dalam rumah kamu.12. Apakah yang kamu faham, konsep bekerjasama.13. Kepentingan bekerjasama ialah dapat menjimatkan masa. Dari pernyataan tersebut apa yang kamu faham.14. Nyatakan kepentingan bekerjasama sesama rakan.15. Apa akan terjadi sekiranya kita tidak mengamalkan kerjasama.16. Pada pendapat anda, adakah amalan bekerjasama ini penting.jika ya kenapa dan tidak tidak berikan alasan.17. Adakah anda berpuashati dengan amalan bekerjasama di dalam kelas anda.18. Berikan 2 contoh kebaikan bekerjasama.19. Berdasarkan gambar, berikan kebaikan bekerjasama.20. Apakah kepentingan bekerjasama sewaktu aktiviti sukan tahunan diadakan di sekolah anda.