EMB415_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

download EMB415_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

of 27

description

EMB415

Transcript of EMB415_DAYANGNOORAIDAAWANGISMAIL_E30209130631

TUGASAN

September 2015 SEMESTER

KOD KURSUSEMB 415

NAMA KURSUSPENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

DG. NOORAIDA BTE AG. ISMAIL

NO. MATRIK

E30209130631

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

KOTA KINABALU

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN1Bahagian A 3 - 52Bahagian B6 113Bahagian C12 204Rujukan 215Lampiran22 28

BAHAGIAN ABerdasarkan kepada artikel, tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk melihat prestasi murid murid orang Asli dalam penguasaan keterampilan membaca. Penyelidikan tersebut membuat identifikasi terhadap tahap penguasaan yang telah dicapai oleh mereka, dan dalam pada itu mengaplikasikan modul yang dihasilkan oleh pihak UPSI bagi melihat prestasi murid murid tersebut setelah penggunaan modul tersebut di negeri Perak, Kelantan dan Pahangdi mana penyelidikan tersebut. Selain itu, penyelidikan tersebut turut meninjau tahap keterbacaan murid orang Asli di Cameron Highland, Pahang di mana keadaan tempat tinggal serta prasarana sekolah murid murid orang Asli adalah kurang yang mengakibatkan mereka tidak mendapat pendedahan sepenuhnya akan perkembangan teknologi terkini samada dalam bidang pendidikan maupun dunia luar. Sehubungan dengan itu, penyelidikan tersebut juga ini meninjau tahap penguasaan murid murid orang Asli dalam aspek kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana penguasaan keterampilan membaca dan menulis sangat penting untuk murid murid tersebut sebelum mereka mengorak langkah masuk ke sekolah menengah. Dalam pada itu, ketika murid-murid ini sudah dapat menguasai keterampilan tersebut, mereka akan mudah untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah. Penyelidikan tersebut mengaplikasikan ujian diagnostik dan ujian membaca terhadap murid orang asli dengan penggunaan Modul Membaca Gabung-Kata. Dalam pada itu itu, kaedah temubual turut digunakan di mana temubual dilakukan dengan guru pemulihan untuk mendapatkan respons guru tersebut terhadap prestasi murid orang asli. Temubual tersebut adalah untuk mendapatkan informasi mengenai minat murid-murid orang Asli dari kaum Semai. Selain itu, penyelidikan tersebut meninjau modul apa yang digunakan oleh pihak sekolah dalam membantu murid orang asli menguasai keterampilan membaca serta respons mengenai keperluan modul yang lebih baik untuk murid murid tersebut. Dapatan pertama dari penyelidikan tersebut menyentuh tentang faktor ibubapa yang menyumbang kepada tahap penguasaan membaca di kalangan murid orang Asli di mana dapatan menunjukkan bahawa tiada dorongan dari ibu bapa terhadap anak anak mereka untuk pergi ke sekolah. Perkara ini menjelaskan bagaimana murid orang Asli tidak berupaya untuk membaca di mana sebaliknya ibu bapa lebih menggalakkan anak - anak mereka untuk menolong mereka melakukan pekerjaan yang dilakukannya. Dapatan kedua menunjukkan terdapatnya gangguan bahasa orang Asli yang mana terdiri dari beberapa dialek terutama kaum Semai terhadap bahasa Melayu yang mereka gunakan. Dampak pengaruh bahasa ibu mereka sangat signifikan dalam keterampilan lisan. Justeru, Gangguan tersebut memberi pengaruh terhadap bahasa Melayu baku yang menjadi subjek penting di sekolah. Bila penguasaan bahasa Melayu murid orang Asli berada tahap yang lemah akibat gangguan bahasa ibunda maka sudah pastilah prestasi mereka turut merudum.Dapatan ketiga adalah berkaitan dengan faktor persekitaran murid orang Asli di mana dapatan menunjukkan tidak ada bahan bacaan yang sesuai yang disediakan di rumah, peruntukan waktu untuk membaca kepada anak-anak, waktu yang dialokasikan untuk membimbing dan mendorong anak membaca dan juga orang tua menjadi model yang baik untuk anak-anak. Dapatan keempat mendapati faktor kemiskinan murid orang asli menyebabkan terjadinya tahap keterbacaan pada tingkat yang rendah. Ketika kemiskinan terjadi dalam keluarga seseorang maka tahap pembelajaran murid akan terganggu disebabkan oleh kemiskinan. Sehubungan itu, situasi tersebut mendorong keluarga untuk meminta anak anak melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka. Kemiskinan yang terjadi menyebabkan peralatan yang diperlukan tidak mencukupi. Dalam pada itu, ketidak prihatinan akan pentingnya pendidikan pada masa kini juga menyebabkan mereka tidak pernah memberikan perhatian yang serius terhadap pelajaran di mana budaya orang Asli mereka yang masih taksub terhadap kepercayaan animisme menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pelajaran. Ini disebabkan kerana kebanyakan suku ini masih gemar mendiami daerah pedalaman berbanding di kota atau daerah yang memiliki kemudahan asas. Seterusnya dapatan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa guru harus memastikan semua murid berpartisipasi dan diberi kesempatan untuk berbagi apa-apa yang mereka tahu tentang sesuatu topik itu. guru harus mengakui keberhasilan setiap individu khususnya ketika mereka menunjukkan kemampuan mereka dalam pelajaran atau kegiatan pembelajaran. Dalam merancang kurikulum, mereka harus membangun satu set tujuan belajar untuk semua murid. Selai guru juga harus memahami keinginan murid dan mengadakan sistem untuk membantu murid berinteraksi dengan realiti kehidupan seharian. Sekiranya terdapat murid yang mengalami masalah pembelajaran di dalam kelas, justeru guru harus bertemu dan membantu murid tersebut di mana ini akan membuatkan murid merasakan guru mengambil berat akan terhadap rnasalahnya sekaligus memberi murid tersebut semangat untuk berdikari. Sehubungan itu, guru - guru perlulah berfikir secara kreatif dalam menentukan strategi, pendekatan, kaedah dalam mencapai kompetensi dasar yang disasarkan dalam objektif pengajaran pembelajaran. Bukan sekadar melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan mereka untuk mengajarkan bahan yang perlu dikuasai oleh murid murid orang Asli. Pemahaman akan pelbagai teknik, kaedah dan strategi pembelajaran perlu lebih dinamik sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa. Dapatan terakhir penyelidikan tersebut adalah berkaitan dengan ketidakhadiran murid di mana dapatan menunjukkan kehadiran murid ke sekolah adalah kurang memberangsangkan di mana peratus kehadiran di kalangan murid Orang Asli mencapai kurang dari 50 peratus. Ini mengakibatkan murid yang selalu tidak hadir ke sekolah tidak dapat mambaca dan membuatkan guru harus mengulang semula proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka ketinggalan.

BAHAGIAN B

Menurut Roselan Baki (2003)[footnoteRef:1], kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang bagi memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai proses bacaan tersebut. Kebiasaannya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi oleh murid diperingkat sekolah rendah. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar di sekolah menengah tidak pandai membaca. Hal ini amat membimbangkan kerana jika mereka tamat persekolahan tanpa menguasai kemahiran membaca dikhuatiri mereka menghadapi kesukaran dalam persaingan hidup dan untuk mendapatkan pekerjaan. [1: Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: KarismaPublicationsSdn. Bhd.]

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) menggariskan 11 objektif yang merangkumi beberapa kemahiran berbahasa sebagaimana yang berikut:i. Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;ii. Bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunaan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;iii. Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;iv. Menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;v. Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;vi. Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;vii. Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;viii. Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;ix. Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;vii. Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; danviii. Menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.Berdasarkan kepada temubual saya bersama sama dengan tiga orang guru di sekolah saya, majoriti mereka berhadapan dengan situasi di mana murid murid yang menghadapi masalah dalam memahami bahan bacaan dan mereka gagal memahami maksud perkataan dan frasa,gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks serta lambat memberi tindakbalas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta,graf,peta,rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan. Selain itu, ada juga terdapat murid yang mengeja ketika membaca dan ini juga adalah satu masalah dalam kemahiran bacaan. Proses membaca sememangnya bermula dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan seterusnya mengeja perkataan. Bagi mereka yang sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca, mereka tidak perlu mengeja perkataan demi perkataan ketika mereka membaca.Dalam pada itu, apa yang saya perhatikan terhadap aspek kemahiran membaca dari sudut pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, saya perhatikan majoriti guru guru masih menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru terutamanya oleh guru-guru tahap 1. Kebanyakan aktiviti kemahiran membaca masih berorientasikan arahan guru di mana fokus dan aktiviti pembelajaran adalah dimonopoli oleh guru, sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku melibatkan guru memberi pengenalan secara umum, memberi gambaran keseluruhan sesuatu isi pelajaran, membuat rumusan isi pelajaran dan semasa memberi arahan melakukan sesuatu aktiviti atau tugasan. Selain itu, komunikasi antara guru dan murid juga adalah terhad iaitu komunikasi sehala di mana saya perhatikan guru yang mengajar lebih banyak bercakap dan murid hanya mendengar sahaja. Sehubungan itu, interaksi antara guru dan murid juga terbatas.. Penyampaian informasi lebih ke satu arah iaitu dari guru kepada murid. Guru juga menggunakan bahan bantu mengajar yang konvensional dan sama untuk dan guru juga lebih suka menggunakan papan putih dalam menyampaikan pengajaran kepada kelas. Dalam aktiviti yang dijalankan terdapat murid yang tidak mampu membuatnya kerana mereka tidak faham sepenuhnya penerangan yang disampaikan oleh guru. Saya rumuskan berdasarkan maklum balas murid murid tersebut, pengajaran berpusat guru tidak membantu guru untuk membuat murid faham tentang pengajaran yang ingin disampaikan kepada mereka. Dalam masa yang sama, guru juga menghadapi kesukaran untuk membuat penilaian sejauh mana murid dapat menerima setiap penerangan beliau sampaikan kepada seluruh kelas. Antara sebab mengapa murid merasa malu untuk bertanya kembali kepada guru mengenai penerangan yang telah dibuat tadi. Perkara ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pengajaran berpusat guru mempunyai batasan dari aspek interaksi murid dengan guru dan juga interaksi murid sesama murid.Sehubungan dengan itu, guru guru tersebut telah mengutarakan beberapa strategi yang mereka aplikasikan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dengan lebih berkesan. Mereka menyatakan bahawa adalah penting untuk memastikan penglibatan murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam aktiviti kemahiran membaca. Pendekatan menggunakan kaedah didik hibur boleh dijalankan dalam meningkatkan minat murid dalam menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca contohnya melalui aktiviti seperti nyanyian. Nyanyian adalah kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Aktiviti ini boleh disertakan dengan iringan muzik untuk memberi impak yang lebih ke dalam aktiviti tersebut. Dalam pada itu, muzik boleh digantikan dengan bunyi - bunyi yang dirancang dan proses memori bahasa yang dipelajari adalah melalui nyanyian. Tujuan aktiviti nyanyian adalah untuk membantu murid menguasai kosa kata, pengucapan, intonasi, rima, tekanan dan struktur ayat.Sehubungan itu, prinsip nyanyian dalam didik hibur yang perlu diambil dikira semasa melakukan penaksiran terhadap aktiviti tersebut adalah dari segi kesesuaian lagu dari aspek tata bahasa, maksud dan bahasa . di samping itu, melodi nyanyian perlulah mudah untuk murid dan berkaitan dengan pengalaman murid. Dalam masa yang sama aktiviti nyanyian tersebut juga perlu sesuai dengan tahap murid di mana lagu yang diajar perlu mempunyai jalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi. Isi cerita dalam lagu tersebut adalah menyenangkan dan ceria serta tidak membebankan guru dan murid. Akhir sekali ia berkisar dengan lingkungan dan kecenderungan. Signifikan aktiviti nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mewujudkan suasana belajar yang menghiburkan dan selesa. Aktiviti ini juga dapat membantu murid mengingat apa-apa yang dipelajari; membantu murid menguasai kosa kata, pengucapan, intonasi, rima dan tekanan serta struktur ayat; dan akhir sekali memperkuat aspek pemahaman berbahasa. Antara lagu lagu yang sesuai untuk aktiviti nyanyian adalah seperti lagu Air Pasang Pagi dan Lagu Oh bulan. Selain itu, KSSR juga menggalakkan penggunaan internet untuk mengakses informasi dan ilmu pengetahuan di bawah pendekatan belajar melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Ini bermakna murid-murid berupaya untuk mengakses informasi yang diperlukan dalam pembelajarannya misalnya pembelajaran yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Dalam pada itu, rancangan rancangan yang berbentuk pendidikan dari Radio dan TV seperti TV pendidikan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancangan rancangan tersebut disiarkan pada waktu pagi dan ulangannya pada waktu petang. TV IQ di bawah kelolaan ASTRO juga menyiarkan pelbagai bentuk rancangan yang sesuai untuk digunakan oleh guru guru kerana kebanyakan rancangan yang disiarkan adalah berbentuk didik hibur.Menurut Ewell (1997)[footnoteRef:2], penglibatan murid secara aktif adalah situasi di mana murid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran dan pada masa yang sama murid mampu mengingat semula informasi dengan efektif. Murid harus berupaya untuk menyelesaikan masalah, mengajukan cadangan, dan juga memberi pengertian baru. Contohnya melakukan aktiviti perbincangan secara kumpulan. Pertalian pola pula mengacu pada adaptasi terhadap konteks pembelajaran baru dan terhadap tugas dengan membuat perkaitan, menyusun dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baru maka ini bermakna pemikiran kritis adalah diperlukan. [2: Ewell, Peter. (1997). Organizing For Learning. A New Imperative. American Association For Higher Education Bulletin: Washington D.C. ]

Selain itu, guru guru tersebut turut menerapkan unsur multimedia ke dalam pengajaran yang ingin disampaikan di mana antara fungsi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran adalah unsur tersebut mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui penggunaan teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak yang mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat meningkatkan minat para pengguna terutamanya dalam kalangan murid. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui eleman-eleman yang terdapat pada komputer seperti teks, audio, grafik, animasi, video yang seterusnya dapat merangsang minda murid.Menurut Talbert dan Mc laughlin (1993)[footnoteRef:3], terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama-sama teknologi web atau internet antaranya adalah meningkatkan minat para pengguna. Penggunaan multimedia dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar. Manakala Zamri Mahamod (2007)[footnoteRef:4] menyatakan bahawa teknologi multimedia mampu melibatkan sebanyak mungkin pancaindera seperti deria penglihatan, pendengaran dan deria sentuhan lalu menghasilkan pembelajaran yang lebih menyeluruh. Selain itu, elemen-elemen dalam multimedia juga menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi sensory) serta mampu merangsangkan penggunaan pelbagai deria manusia. [3: Talbert, J.E. & Mc Laughlin, M.W. (1993). Understanding teaching in context. San Francisco: Jessey BasePublichers. Tanner, D. & Tanner, L.] [4: Zamri Mahamod (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua. ShahAlam: Karisma Publications Sdn. Bhd.]

Seterusnya, penggunaan multimedia dalam pengajaran juga dapat meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan setiap pelajar. Hal ini demikian kerana, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan multimedia menggunakan pelbagai media yang dinamik bagi membolehkan seseorang memahami sesuatu isi kandungan dengan lebih pantas dan seterusnya menyimpan informasi yang diterima ke dalam ingatan jangka panjang. Malahan, kajian saintifik membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dengan menggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan animasi. Oleh itu, menerusi penggunaan multimedia dapat membantu pelajar supaya lebih mudah memahami dan seterusnya mengingati sesuatu maklumat apabila ia mempunyai perkaitan atau pertalian dengan maklumat yang lain.Guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya untuk mendidik pelajar mereka pasti akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Hal ini termasuklah dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti komputer dan internet dalam pengajaran mereka. Penggunaan bahan yang disediakan ini bukan sahaja akan memudahkan mereka, malahan turut akan membantu dalam proses pembelajaran pelajar sekolah. Melalui penggunaan komputer juga, unsur inovatif dapat diaplikasikan oleh guru semasa proses pembelajaran sedang berlangsung. Pihak pelajar pula akan turut berupaya mempelajari teknik penggunaan komputer dan akan menjadi semakin mahir dari semasa ke semasa. Penggunaan komputer bukan sahaja akan memudahkan para guru, tetapi pelajar-pelajar juga akan dapat menjimatkan wang dan masa mereka.Kesimpulannya, guru - guru perlulah berfikir secara kreatif dalam menentukan strategi, pendekatan, kaedah dalam penggunaan media sebagai bahan bantu mengajar contohnya penggunaan kaedah didik hibur dan aplikasi teknologi. Selain itu bagaimana menerapkan penggunaan media media tersebut agar mencapai kompetensi dasar yang disasarkan dalam objektif pengajaran pembelajaran kemahiran membaca. Bukan sekadar melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan mereka untuk mengajarkan bahan yang perlu dikuasai oleh murid - murid. Pemahaman akan pelbagai teknik, kaedah dan strategi pembelajaran perlu lebih dinamik sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa.

11

BAHAGIAN Ci. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) (KEMAHIRAN MEMBACA)

Tarikh /Hari: 13.10.2015Hari: SelasaTahun : 4 Berlian Bil Murid: 44 orangMasa: 8.30 a.m.-9.30 a.m. (60 minit)Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTema: KeselamatanTajuk: Sikap Pemandu

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Membaca dan memahami perkataan frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, 40 daripada 44 orang murid dapat:

i.Membaca dan memadankan tiga daripada empat gambar dengan keratan ayat dengan sebutan yang betul.iii.Membaca dan memahami lima daripada enam ayat dalam perenggan denggan sebutan yang betul.

Sistem Bahasa

Sebutan dan Intonasi: Membaca ayat dengan sebutan jelas dan intonasi yang betul Kosa Kata: Mengancam, kecuaian, memotong, persimpangan

Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya, Pengurusan wang, Celik Kewangan Nilai : Patuh, Bekerjasama, Berhemah EMK : TMK KB : Menjana Idea TKP : Verbal Linguistik, Interpersonal BCB : Bacaan Mekanis

Kemahiran Berfikir: Menghubung kait, menjana idea Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, Interpersonal. Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait , Menjana idea

Bahan bantu mengajar

JenisBilangan

1Kad Bergambar tanda jalanraya5 keping

2Kad Perkataan5 keping

3Dialog sikap pemandu22 helai

4Lembaran Kerja 44 helai

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat dan menaiki kenderaan.Langkah /masaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi (5 minit)

Kad Bergambar: Tanda Jalan Raya(Rujuk Lampiran 1)Soalan:1. Apakah yang anda dapat perhatikan dalam gambar tersebut?2. Di manakah anda dapat melihat gambar gambar tersebut?3. Apakah maksud tanda tanda jalan raya tersebut? Berhenti Kawasan melintas Jangan bunyikan hon Lampu isyarat di hadapan Beri laluan

Guru menunjukkan kad bergambar yang bertemakan Keselamatan Jalan Raya kepada murid-murid. Guru meminta murid memerhati gambar yang ditunjukkan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kad bergambar tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut

BBM Kad Bergambar Tanda Jalan RayaKB Menghubung kait, menjana ideaStrategi Berpusatkan Murid dan BahanKecerdasan Pelbagai Verbal-LinguistikTeknik : Soal Jawab

Langkah 1(15 minit)

Kosa Kata:(Rujuk Lampiran 2) Mencari maksud perkataan Guru mempamerkan 5 keping kad perkataan yang di atas papan tulis. Guru menerangkan secara ringkas perkataan yang dipamerkan kepada murid-murid. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak untuk memadankan perkataan dengan maksud yang sesuai. Murid secara beramai-ramai untuk membacakan perkataan serta maksud perkataan yang dilekatkan di atas papan. Guru meminta beberapa orang murid secara rawak membaca semula perkataan yang telah dipadankan di atas papan.

BBM Gambar ransanganKB Verbal linguistik Interpersonal Kinetik Nilai Murni Saling Bekerjasama

Strategi Berpusatkan murid dan bahan

Kreativiti Memadankan perkataan dengan maksud yang sesuai.

Objektif penilaianMembaca dan memadankan tiga daripada empat kad perkataan dengan sebutan yang betul.

Langkah 2 ( 20minit)

Petikan Dialog : Sikap Pemandu(Rujuk Lampiran 3)

Soal Jawab:1. Siapakah yang terlibat di dalam dialog berkenaan?2. Berikan contoh sikap pemandu yang boleh mengancam keselamatan jalan raya.3. Apakah nilai murni yang anda perolehi daripada dialog berkenaan?

Guru mengedarkan petikan dialog berdasarkan tajuk pada hari tersebut iaitu Sikap Pemandu kepada murid. Murid diminta membaca petikan dialog secara senyap terlebih dahulu. Guru memilih beberapa orang murid ke hadapan untuk membacakan dialog berkenaan dengan intonasi serta sebutan yang betul. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai dialog yang dibaca. Murid diminta untuk menyenaraikan nilai murni yang terkandung di dalam teks berkenaan. Guru merumuskan semula isi pelajaran sebelum ke langkah seterusnya.

BBM Dialog Sikap PemanduKB Menghubung kait, menjana ideaPembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupanStrategi Berpusatkan Murid dan BahanTeknik : Simulasi Kecerdasan Pelbagai Verbal-Linguistik Interpersonal Nilai: Tolong menolong. Baik hati Hormat-menghormatiObjektif Penilaian :i. Membaca dan memahami lima daripada enam ayat dalam dialog dengan sebutan yang betul.

Langkah 3 (15 minit)

Pengayaan:Murid membaca dan mengasingkan pernyataan yang diberi.(Rujuk Lampiran 4)

Pemulihan :Murid dibimbing untuk melengkapkan tempat kosong di dalam petikan dialog.(Rujuk Lampiran 5)Pengayaan: Murid diminta membaca dan mengasingkan pernyataan yang diberi di dalam lembaran kerja masing-masing.

Pemulihan : Guru membimbing murid untuk melengkapkan semula petikan dialog yang telah diedarkan. BBM Lembaran kerjaKB Menjana idea

Objektif penilaianMembaca dan mengasingkan dua daripada tiga pernyataan.

Penutup (5 minit)Penutup Kognitif :Soalan:1. Apakah yang kita pelajari hari ini?

Penutup Sosial. Penerapan nilai murni1. Patuh 2. Bekerjasama 3. Berhemah Guru merumuskan isi pelajaran dengan bertanyakan soalan kepada murid. Murid-murid akan membuat rumusan tentang isi pelajaran bersama dengan guru.

Guru menerangkan nilai murni yang terlibat dengan menggalakkan murid memupuk nilai tersebut ke dalam diri mereka.

KB MerumusKP Interpersonal Ilmu Pendidikan MoralNilai Patuh Bekerjasama Berhemah

Aktiviti Susulan: Menyenaraikan jenis jenis kemalangan yang berlaku di jalan raya dan cara cara mengelakkan kemalangan.

ii. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi saya berdasarkan tema dan topik pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Sikap Pemandu. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah dengan menggunakan bahan bantu mengajar sepenuhnya. Setelah melihat semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya simpulkan kelemahan dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut. Namun bagitu ada juga lain-lain kelemahan. Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah perancangan p&p saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya menayangkan gambar-gambar tanda jalanraya, murid - murid tertarik dengan gambar-gambar yang saya papar kerana ada unsur-unsur lucu dan menunjukkan minat untuk belajar. Paparan slaid yang berwarna-warni juga membuatkan murid-murid dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama mereka yang baik semasa menjawab soalan. Ini adalah kerana mereka hanya perlu menjawab soalan tersebut pada komputer riba. Apabila jawapan mereka betul, saya memberi pujian dan dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila mereka dapat menjawab dengan betul, terbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat menikmati pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai.Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah murid dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu.Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang lantang, murid dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan murid supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah pada slaid Powerpoint itu sendiri. Walaupun persembahan slaid powerpoint tersebut dapat menarik minat murid-murid, di dapati murid-murid sukar melihat dengan jelas kerana lcd projektor yang terlalu terang. Kawalan kelas juga tidak terkawal kerana murid-murid berebut-rebut untuk duduk di depan supaya dapat melihat dengan jelas. Jika guru tidak dapat mengurus atau menjaga tatatertib murid di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian dan mendengar pelajaran yang disampaikan.Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, guru perlu memastikan murid faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan masa. Guru perlu fleksibel tentang masa. Dengan adanya Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan PowerPoint, kaedah pengajaran dapat ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca. Guru yang mengetahui kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan dan teguran rakan-rakan dan murid boleh membantu memperbaiki kelemahan pengajaran guru.

Rujukan Ewell, Peter. (1997). Organizing For Learning. A New Imperative. American Association ForHigher Education Bulletin: Washington D.C.

Kamaruddin Hj. Hussin (1986). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya:Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: KarismaPublications Sdn. Bhd.

Talbert, J.E. & Mc Laughlin, M.W. (1993). Understanding teaching in context. San Francisco:Jessey Base Publichers. Tanner, D. & Tanner, L

Zamri Mahamod (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertamadan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LANGKAH 1 MemotongMemintas

MembahayakanMengancam

Kecuaian Kelalaian

BerwaspadaBerhati - hati

BerlagakMenunjuk nunjuk

LAMPIRAN 3

LANGKAH 2 Amir : Eh, Hakim, lihat tu! Berani sungguh pemuda itu. Dia menunggang motosikal dengan laju dan memotongbas dihadapannya.Hakim : Ya, betul! Berani sungguh dia.Adli : Ini bukan soal berani atau tidak , Amir. Ini soal keselamatan. Perbuatan pemuda itu boleh membahayakandirinya dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.Hakim : Betul kata awak, Adli. Sikap suka menunjuk-nunjuk segelintir pengguna jalan raya inilah yang mengakibatkan kemalangan jalan raya. Setiap hari berita tentang kemalangan dilaporkan dalam televisyen dan surat khabar.Adli : Jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba. Kita sepatutnya bersikap berhati - hati semasa di jalan rayasupaya tidakditimpa kemalangan.Amir : Ya, Hakim. Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, kecuaianpengguna jalan raya itu sendiri.Hakim : Ya, selain itu, ada juga penunggang motosikal yang menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba.Amir : Sikap mereka ini akan menyusahkan diri sendiri, ibu bapa dan pengguna jalan raya yang lain.

LAMPIRAN 4LANGKAH 3 (PENGAYAAN)Asingkan pernyataan yang diberi di bawah ke dalam petak yang sesuai.Aina sentiasa memastikan lampu isyarat keretanya berfungsi dengan baik.Adam menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Fazliana berhati hati ketika memandu di jalanraya.

SIKAP BERHEMAH SIKAP TIDAK BERHEMAH

Awie selalu memotong kenderaan lain semasa memandu di jalan raya.Anis memberhentikan keretanya ketika lampu isyarat berwarna merah .Farhan sering memandu dengan laju di jalanraya.

LAMPIRAN 5

LANGKAH 3 (PEMULIHAN)Lengkapkan tempat kosong dalam dialog dengan perkataan yang sesuai.berjalantayarbahaya

bijakmenyihatkanlambat

Fazliana : Anis, kenapa kamu _________ kaki ke sekolah hari ini?Anis : Fazliana, basikal saya rosak. Breknya tidak berfungsi.Fazliana : Oh, ya ! Saya juga tidak berbasikal hari ini kerana tayar basikal saya pula _________.Anis : Awak telah melakukan tindakan yang ________. Kita tidak sepatutnya menungggang basikal yang boleh mendatangkan ________ kepada kita.Fazliana : Dengan berjalan kaki juga kita dapat ___________ badan.Anis : Marilah kita ke sekolah. Nanti _________ pula kita tiba.

LAMPIRAN 6 Gambar Temubual Bersama 3 Orang Guru Bahasa Melayu SK Pulau Gaya

LAMPIRAN 7Gambar Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Membaca