En Hatim Esaimen

22
GURU CINA DENDA MURID MELAYU MAKAN RUMPUT MACAM LEMBU galih aja Add Comment KISAH BENAR Sabtu, 25 Januari 2014 INILAH wajah cikgu yang 'Menglembukan' muridnya. SUNGKAI - Dua pelajar Tahun Empat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, dikenakan hukuman tidak masuk akal apabila digantungkan loceng dileher dan dipaksa makan rumput seperti lembu, Khamis lalu oleh seorang guru bahasa Inggeris sekolah terbabit, hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa dua pelajar berkenaan, ibu salah seorang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai, semalam, berhubung tindakan melampau guru itu. Menurut ibu seorang daripada pelajar terbabit, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, anaknya kini trauma dengan kejadian itu, kerana dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah. TERGAMAK GURU CINA INI MEMPERLAKUKAN 2 ORANG PELAJAR MELAYU SEPERTI LEMBU.

description

masalah guru

Transcript of En Hatim Esaimen

GURU CINA DENDA MURID MELAYU MAKAN RUMPUT MACAM LEMBU galih aja Add Comment KISAH BENAR Sabtu, 25 Januari 2014

INILAH wajah cikgu yang 'Menglembukan' muridnya.

SUNGKAI - Dua pelajar Tahun Empat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini, dikenakan hukuman tidak masuk akal apabila digantungkan loceng dileher dan dipaksa makan rumput seperti lembu, Khamis lalu oleh seorang guru bahasa Inggeris sekolah terbabit, hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa dua pelajar berkenaan, ibu salah seorang mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai, semalam, berhubung tindakan melampau guru itu.

Menurut ibu seorang daripada pelajar terbabit, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, anaknya kini trauma dengan kejadian itu, kerana dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah.

TERGAMAK GURU CINA INI MEMPERLAKUKAN 2 ORANG PELAJAR MELAYU SEPERTI LEMBU.

LOKASI kejadian.

Keadaan Makin PANAS Di Balai Polis Sungkai.Seorang Guru Cina Di SJKC Sungkai memperlakukan Pelajar Melayu Di Situ Seperti Lembu.Siap memaksa Pakai Loceng Dan Suruh Makan Rumput.

LAPORAN polis yang dibuat ibu bapa terbabit.

Nama Murid :-1.Muhammad Naswinder Bin Muhammad Hamid2.Mohd Izat Iqbal Bin Mohd Harith.

Apabila sudah melibatkan sentimen kaum dan boleh menggugat keselamatan negara maka tindakan undang-undang harus dikenakan bukan setakat hanya tindakan dari Kementerian Pelajaran yang mana itu sudah tentu wajib. Pecat dari jawatan adalah hukuman palibg wajar.

APAKAH hukuman yang sesuai untuk cikgu yang menglembukan muridnya ini?

Akta hasutan paling sesuai untuk guru rasis ini. Kerajaan diminta bertindak segera jangan biarkan rakyat hilang sabar dan bertindak sendiri.

Cikgu suruh murid makan rumput:keadilan untuk guru dan murid.

Keadilan untuk guru dan murid atas kes guru mendenda dua orang anak murid di SJKC Khai Meng,Sungkai,Perak.

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua orang anak muridnya dengan dikalungkan loceng telah mengundang kemarahan sesetengah pihak.

Insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khai Meng di Sungkai, Perak ini diketahui ramai apabila Yarnis Kasumi Dewi Zainal Aripin, 31, membuat laporan polis yang mendakwa anaknya telah dimalukan oleh guru tersebut.

Menurut laporan yang dibuat semalam itu, anak Yarnis dan seorang lagi rakannya telah didenda memakai loceng di leher pada 3.30 tengahari Khamis.

Anak saya dan kawannya ada meminta untuk pergi rehat kerana sudah waktu rehat tetapi anak saya dan kawannya telah diberi rumput dan ciktu itu cakap lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput, kata Yarnis dalam laporannya.

Bagaimanapun, ketua balai polis Tapah Supt Som Sak Din Keliaw menjelaskan siasatan polis telah mendapati insiden denda telah berlaku, tetapi guru itu tidak memaksa anak murid itu makan rumput.

Cikgu bagi penjelasan dua murid ini sebenarnya ada potensi untuk maju tetapi memandangkan prestasi tak bagus, jadi cikgu mengenakan denda terhadap mereka, kata Som Sak.

Tambah beliau, guru itu sebenarnya berkata kepada murid-murid itu Kalau awak rajin buat kerja, awak akan mendapat gaji besar kelak. Kalau tidak awak akan menjadi seekor lembu dan makan rumput.

Menurut Som Sak, perkara ini dianggap selesai selepas satu perbincangan antara pihak polis, kedua-dua murid itu dan ibu-bapa mereka dan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan UMNO Perak.

Semua pihak berpuas hati dengan penjelasan guru itu. Dia tidak berniat untuk menghina.

Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak.(sumber)

SALAH LAKU GURU WANITA

1.0 PENGENALAN Pendidikan yang merupakan satu aspek yang paling asas dan dasar dalam sistem kehidupan manusia, corak dan aliran pendidikan yang begitu dinamik dan kontinuminilah yang menjadi faktor utama merubah kehidupandan tamadunmanusia sejak zaman berzaman lagi dan dapat mendidik dan membangunkan manusia secara yang paling optimum dan seimbang. Pendidikan merupakan proses membentuk keperibadian manusia yang sempurna dan seterusnya melahirkan manusia yang dapat berinteraksi lebih baik dengan pencipta alam dan alam itu sendiri. Oleh itu, semua warga guru bertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha mencapai matlamat mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan negara ini sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia. Sifat-sifat yang luhur, bertanggungjawab serta tahap professionalisme yang tinggi semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profession. Guru mesti mempunyai etika kerja supaya dapat menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Selain itu dapat meningkatkan disiplin diri bagi menghasilakn perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi serta dapat memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

2.0 ISU ETIKA GURU Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dipetik dari Berita Harian yang bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', saya telah menjumpai satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut didakwa mengusik pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik. Tabiat guru tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit. Salah satu aduan yang dilakukan ialah salah seorang pelajar yang menjadi mangsa kejadian menyatakan pipinya seing dicubit-cubit manja kerana diminati bukan sebagai hukuman disiplin. Perkara ini menjadi suatu isu apabila pelajar tersebut menjadi segan dan serba salah apabia diejek oleh rakan sekelas selain rasa tidak selesa.

Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan. Kesantunan atau etiket merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan di dalam masyarakat. Namun kesantunan guru perlu disesuaikan dengan kontekstual. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan kesantunan dibahagikankepada tiga iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Artikel ini menunjukkan guru wanita ini terlibat dengan kesantunan tingkah laku.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh itu, kes ini guru hendaklah mengambil tahu tentang emosi murid. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan juga guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain akauntabiliti ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara, akauntabiliti terhadap murid merupakan salah satu akauntabiliti keguruan. Oleh itu, menjadi kewajipan seorang guru untuk menjaga amanah yang telah diberikan.

3.0 ANALISIS ISU

3.1 KONSEP GANGGUAN SEKSUAL Sesuatu perbuatan itu ditakrif sebagai gangguan seksual apabila terdapat dua elemen yang harus dibuktikan iaitu : perbuatan yang dilakukan oleh penggangu dianggap lucah dan mangsa berasa terganggu akibat daripada perbuatan lucah itu. Namun dalam kes jenayah kedua-dua elemen tersebut tidak dianggap bersalah melainkan mempunyai niat yang salah. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah Inggeris menjelaskan bahawa sesuatu perlakuan itu tidak boleh disabitkan sebagai jenayah jika pelaku tiada niat melakukannya. Namun gerak-geri pelaku tersebut boleh menunjukkan niatnya. 3.2 BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL Gangguan seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbaldan non-verbal. Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama, iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi.

Gangguan secara lisan dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan. Gangguan secara bukan lisan dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Gangguan secara visual pula ialah perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

Gangguan psikologi pula ialah perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual Pegawai Awam sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.

3.4 HUKUMAN KEPADA PESALAHBerdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan perkhidmatan Awam Malaysia menyatakan, seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemar nama perkhidmatan awam.

Selain itu, seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai Awam iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

3.5 KOD ETIKA YANG BERKAITAN Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.

Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak harus berkelakuan begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.

Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan.

Antara etika keguruan ialah tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar

Merujuk kepada kod etika keguruan, salah satu prinsip yang dinyatakan ialah prinsip kesetiaan iaitu prinsip yang mempunyai kaitan dengan isu yang dibincangkan. Guru seharusnya tidak melakukan perkara yang tidak sopan sehingga mencemarkan profesionnya. Guru juga bertindak sebagai pengganti ibu bapa iaitu membentuk tingkah laku murid. Secara kesimpulannya, guru yang bertingkah laku negatif fterhadap murid tidak mengamalkan kod etika yang telah digariskan.

3.6 FAKTOR ATAU PUNCA ISU TERSEBUT BERLAKU Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang.

Salah satu sebab yang mewujudkan masalah kesantunan kepada guru ialah faktor peribadi guru itu sendiri. Sudah menjadi tanggapan umum bahawa guru boleh dijadikan model dalam kehidupan bermasyarakat. Namun, pandangan dan tanggapan positif masyarakat kian menipis apabila ada sesetengah guru yang melanggar etika keguruan. Ini termasuklah guru yang selalu ponteng kelas dan keluar dari kawasan sekolah atas urusan peribadi. Malah ada guru yang sanggup menghisap rokok dan bersembang dengan guru yang lain sambil diikuti ketawa hilai. Lebih malang lagi apabila ada guru yang telah memperdaya dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya. Segala perbuatan negatif ini tentunya boleh mengikis kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap guru.

Faktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut ialah pengaruh media massa. Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media massa. Kerana pengaruh media elektroni boleh didapati tanpa sekatan.

Antara faktor lain ialah guru tersebut mengahadapi masalah keluarga. Kerjaya guru cuma berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup mereka. Dunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad. Segala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup masyarakat moden seperti sekarang.

Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah kurang memahami etika keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.7 IMPLIKASI ISU KEGURUAN TERSEBUT

Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi role model. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.

Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergau. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.

Gangguan seksual khususnya di tempat kerja turut memberi kesan ke atas produktiviti dan ekonomi negara. Ia merugikan pasaran buruh kerana ia boleh menjejaskan kenaikan pangkat kepada mangsa yang sudah berpengalaman kerja kebanyakannya akan bertindak berhenti kerja. Ini menyebabkan tukar ganti pekerja yang tidak dirancang. Selain itu, imej sesuatu sekolah juga tercalar jika peristiwa tersebut diketahui umum.

Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya. Kesan jangka masa panjang yang akan ditempuhi guru tersebut ialah mereka tidak diterima oleh masyarakat di mana masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Guru tersebut juga akan dipindahkan dari sekolah berkenaan bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di mata masyarakat guru tersebut tidak mendapat tempat di mata masyarakat kerana tidak dipercayai.

Kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai profesion yang penting. Profesion ini juga tdak dianggap mulia kerana masyarakat menganggap profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

4.0 CARA MENGATASI ISU KEGURUAN YANG BERLAKU

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif di mana melalui kaedah ini kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan ke atas murid. Kebanyakan Negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai ganggun seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik antara hubungan lelaki dan perempuan, penderaan,pencabulan, seksual dan sebagainya.

Justeru itu kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif ini. Pendidikan seks bukan sahaja sesuai untuk murid, gur-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang keslaahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.

Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat lagi bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yan teratur dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri setiap guru. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan. Guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan segera.Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.

5.0 KESIMPULAN Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kejayaan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Secara keseluruhannya, selaku seorang guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Guru adalah orang yang selalu mendapat perhatian walau di mana mereka berada. Oleh itu, guru haruslah jelas tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan. Mengikut pengertian Kamus Dewan (2005) etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga haruslah mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan.

6.0 REFLEKSI

Tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional ini membuka peluang kepada saya untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk menyiapkan kerja. Ini keraa tugasan ini melibatka juga tugasan berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kolaborasi dengan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk meneroka isu ini dan membincangkan bagaimana untuk menjadikan satu blog. Blog yang diwujudkan oleh kumpulan saya akan dilampirkan sebagai rujukan. Unsur TMK yang diterapkan di dalam tugasan ini memberi ruang kepada saya untuk mencorak cara pengajaran saya pada masa akan datang.

Selain itu, tidak pernah terdetik di hati saya untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu-isu keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Namun, tugasan ini menggalakkan saya untuk medalami isu yang ada dan isu yang saya pilih ialh berkaitan dengan tingkah laku guru wanita. Tingkah laku yang pada sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari aspek kod etika keguruan guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan ini juga saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai seorang guru. Guru juga harus mementingkan keadaan murid dahulu.

GODA MURID LELAKI : GURU WANITA 'TIDAK TAHAN' KETAMPANAN MURID SENDIRI ......

Sama ada ianya kerap berlaku atau jarang-jarang berlaku....tetapi tidak mustahil ianya berlaku.....di negara ini kisah guru wanita mengusik pelajar lelaki didedahkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Guru wanita itu dilaporkan mengusik pelajar lelaki sekolah menengah yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik.(gambar hiasan).

Ia memperlihatkan semuanya boleh berlaku. Sebelum ini, biasa kita dengar guru lelaki melakukan pelbagai salah laku, mengambil kesempatan ke atas murid, terutama perempuan seperti mengusik, mencabul kehormatan atau merogol ketika di sekolah atau tuisyen.

Jarang sekali kita dengar, guru perempuan tidak bermoral seperti itu tetapi hakikatnya, perkara itu berlaku sekali gus menambah calar pada kerjaya mulia ini.

Guru, ibarat ibu bapa kedua, yang diharap membimbing anak menjadi insan berwibawa, berwawasan dan cemerlang dalam pencapaian akademik dan kehidupan masa depan, melencong daripada tugas hakikinya itu. Walaupun kes salah laku guru ini terpencil, ia satu perkara yang tidak dapat diterima akal dan membimbangkan ibu bapa.

Suhu kemarahan ibu bapa pasti meninggi, apabila guru yang sepatutnya menjadi contoh dan diamanahkan mendidik di sekolah mempunyai sifat keji melakukan kesalahan dari segi seksual. Ibaratkan pagar, pagar makan padi, itu gambaran paling sesuai buat golongan sebegini.

Guru wanita selalunya lebih memiliki keperibadian terpuji, malah kerjaya itu dilihat sesuai dengan keterampilan mereka. Tidak hairanlah majoriti daripada kira-kira 390,000 guru di seluruh negara adalah wanita.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, mencela tindakan guru wanita itu, lantas mendesak semua guru tidak kira lelaki atau wanita teguh menegakkan prinsip utama profesyen mereka.

Guru, tegasnya, perlu sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme, proaktif, berprestasi, berperadaban, menambah baik serta sabar dalam melaksanakan tugasnya.

Guru adalah contoh kepada pelajar. Mereka bukan saja mampu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar semata-mata, tetapi pada masa sama, juga mampu menyeimbangkan akhlak dan sahsiah pelajar. Oleh itu, guru sendiri perlulah beretika supaya kredibiliti terus terpelihara serta dihormati, katanya.

Justeru, beliau mendapati, bagi kes guru yang terpesong daripada peranan utamanya, mereka itu perlu dikenakan tindakan tegas.

Pada zaman globalisasi ini, peranan guru lebih mencabar dan mereka bijak mengatasi tekanan. Mungkin juga ada guru yang gagal mengawal tekanan dan bebanan tugas sebagai pendidik, mereka cuba melonggarkan minda dengan melakukan perbuatan kurang bermoral.

Saya tidak terperanjat jika ada guru wanita yang sudah tidak segan silu mengusik pelajar. Nisbah guru wanita lebih ramai daripada lelaki. Ibu bapa pula terlalu menaruh harapan kepada guru untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang tidak meningkat, skop kerja semakin banyak, termasuk melakukan tugas pentadbiran selain mengajar, menjadikan mereka tertekan.

Jadi, tidak mustahil ada guru yang lepaskan tekanan dengan cara ini. Bagi guru wanita yang berperangai sebegitu, mereka perlu cepat muhasabah diri. Jangan nanti kerana kes terpencil ini, imej guru akan tercabar dan tercalar, katanya.

Lantaran, beliau mengharapkan Kementerian Pelajaran sentiasa ada penambahbaikkan untuk meningkatkan jati diri, memantapkan disiplin guru yang boleh dilakukan seperti menerusi bengkel dan seminar.

PIBG umpamanya, kata beliau, menganjurkan bengkel Tangani Tekanan dan Kesihatan Mental Dari Perspektif Guru dan Ibu bapa serta Seminar Jati Diri.