ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI -...

3
ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASI UTUSAN MALAYSIA RABU 26 DISEMBER 2012 EDISI 114 TAHUN KE-10 PP362/12/2012 PERCUMA Bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi EC725 Mantapkan Operasi Udara Revolutation in Transportation Peluang Kerjaya di Bidang Automotif

Transcript of ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI -...

Page 1: ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI - fcee.utm.myfcee.utm.my/abbas/files/2016/06/FenomenaArangAktif.pdf · era sains, teknologi & inovasi sains dan inovasi pemacu transformasi utusan malaysia

ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI

SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASIUTUSAN MALAYSIA ✦ RABU 26 DISEMBER 2012 ✦ EDISI 114 ✦ TAHUN KE-10 ✦ PP362/12/2012

PERCUMA Bersama

Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi

EC725MantapkanOperasi Udara

Revolutation inTransportation

PeluangKerjayadi BidangAutomotif

Page 2: ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI - fcee.utm.myfcee.utm.my/abbas/files/2016/06/FenomenaArangAktif.pdf · era sains, teknologi & inovasi sains dan inovasi pemacu transformasi utusan malaysia

.

Kandungan Disember 2012

Fokus

ASM’s Standpoint

Science Facts Poster

1. Bahan Api Jana Evolusi Kenderaan muka 4 & 5

2. Pesawat MAS muka 6 & 7

3. EC725 Mantapkan Operasi Udara muka 8 & 9

4. ASM’s Standpoint muka 10 & 11

5. Keeping Aliens Out of Malaysians Waters muka 12 & 13 6. Science Facts muka 14 & 15 7. Chit-chat: Pengguna Kita Semakin

Pantas - Prof. Tharek muka 16 & 17

8. Peristiwa muka 18

9. Fakta Menarik muka 19

10. Dunia Sains muka 20 & 21

11. Science Facts muka 22 & 23

12. Info Esti muka 24&25

13. Saintis Islam muka 26

14. Focus muka 27

15. Kerjaya muka 28

16. Bicara IT muka 29

17. Science Buzz muka 30

18. Inovasi muka 31

19. Fun in Science muka 32

20. Rakan Esti muka 33

21. Surat Pembaca muka 34

22. Poster muka 35

Revolution in Transportation

muka 10 dan 11

Wheels & Steam

muka 22 dan 23

Sir Henry Ford, Father of Middle Class Automobile muka 35

MAJALAH kegemaran ramai, estidotmy keluaran Disember ini memfokuskan tentang Evolusi Pengangkutan yang banyak mempengaruhi amalan

kehidupan manusia dan mendorong perkembangan teknologi yang berkaitan.

Perkembangan bidang pengangkutan menyaksikan pelbagai jenis kenderaan sama ada di darat, laut mahupun udara berjaya dihasilkan untuk kegunaan manusia sejagat. Menariknya, kemajuan dalam bidang ini membawa bersama perubahan teknologi sehinggakan dunia tidak lagi dibataskan oleh jarak mahupun bentuk geografi.

Selain itu, evolusi sistem pengangkutan turut menyaksikan penggunaan bahan bakar telah berubah

daripada menggunakan minyak kepada penggunaan gas dan tenaga elektrik yang ternyata lebih menjimatkan

dan mesra alam. Pencapaian ini menjadikan bidang

pengangkutan bukan sahaja mempunyai rangkaian yang menyeluruh malah lebih sistematik.

Selain itu, majalah estidotmy masih mengekalkan pengisian yang ringkas bagi memudahkan pembaca mengetahui tentang pencapaian sistem pengangkutan hasil kemajuan bidang sains dan teknologi serta sumbangannya dalam proses pembangunan sesebuah negara.

Antara topik diketengahkan adalah temu bual bersama tokoh dan fakta-fakta menarik yang boleh dikongsikan bersama-sama. Pelbagai maklumat lain turut dimuatkan dalam keluaran bulan Disember ini antaranya saintis Islam dan peluang kerjaya dalam bidang berkaitan industri automotif dengan objektifnya adalah berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama-sama pembaca bagi memanfaatkan jalinan dan sistem pengangkutan sedia ada untuk kehidupan seharian.

2Disember

2012

Page 3: ERA SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI - fcee.utm.myfcee.utm.my/abbas/files/2016/06/FenomenaArangAktif.pdf · era sains, teknologi & inovasi sains dan inovasi pemacu transformasi utusan malaysia

Fenomena Arang Aktif

Inovasi

Oleh Dr MUHAMMAD ABBAS AHMAD ZAINICentre of Lipids Engineering and Applied Research (CLEAR) Universiti Teknologi Malaysia

CATATAN sejarah merekodkan bahawa arang mula digunakan oleh orang Mesir seawal tahun 1550 sebelum Masehi lagi. Pada ketika

itu, ia digunakan dalam perubatan untuk merawat keracunan dan menghilangkan bau busuk akibat luka. Setelah berabad lamanya, arang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini untuk memerangkap bau yang tidak menyenangkan daripada persekitaran khususnya dalam rumah dan ruang pejabat.

Arang umumnya boleh diperolehi daripada sumber alam yang mengandungi unsur karbon yang tinggi, seperti arang batu, kayu, tempurung kelapa, kulit kacang, isirong kelapa sawit dan sumber berasaskan petroleum. Tandan kelapa sawit, hampas tebu, sekam padi dan pelbagai sisa industri makanan turut berpotensi untuk dijadikan arang.

Proses penghasilan arang melibatkan kaedah pembakaran terkawal dalam relau bersuhu tinggi yang boleh mencecah sehing ga 1000 0C. Pembakaran ini kebiasaannya dilakukan tanpa kehadiran udara (oksigen) untuk mengurangkan unsur karbon daripada terbebas sebagai gas serta menjejaskan kuantiti arang yang dihasilkan. Semasa proses pembakaran, unsur karbon yang terdiri daripada rantaian alifatik akan membebaskan sebahagian unsur karbon, oksigen dan hidrogen untuk membentuk gelang karbon aromatik yang stabil dan berketumpatan tinggi. Hasil inilah yang dinamakan arang. Sebagai contoh, kayu yang asalnya mengandungi 45  % unsur karbon akan menjadi arang dengan 85 % kandungan karbon.

Walaupun arang yang terhasil telah sedia untuk digunakan, namun luas permukaan yang terbentuk setelah selesai proses pembakaran masih lagi kecil dan tidak memungkinkan arang bertindak dengan sempurna sebagai penyerap atau penjerap. Ini kerana, luas permukaan yang kecil hanya membenarkan sebilangan kecil s a h a j a z a r a h d i p e r a n g k a p , d a n penyingkiran t idak dapat ber laku

sepenuhnya.Untuk mengatasi masalah tersebut,

arang perlu melalui satu lagi proses yang dinamakan pengaktifan. Proses ini pada kebiasaannya dijalankan serentak bersama p r o s e s p e m b a ka ra n t e t a p i d a l a m persekitaran stim (wap air bersuhu tinggi). Stim inilah yang akan bertindak sebagai agen untuk membentuk rangkaian liang-liang bersaiz mikro pada permukaan arang yang memberikan luas permukaan yang tinggi.

Arang aktif (yang juga dikenali sebagai karbon aktif) mempunyai luas permukaan sekitar 1000 m2/g berbanding 10 m2/g bagi arang yang tidak diaktifkan. Secara perbandingannya, luas permukaan bagi 1 gram arang aktif ini menyamai keluasan 12 buah gelanggang badminton. Dengan luas permukaan yang tinggi, lebih banyak zarah akan terperangkap pada liang-liang bersaiz mikro dengan j u m l a h y a n g b e s a r d a n penyingkiran dapat berlaku dengan pantas dan berkesan.

Dengan berkembang pesatnya penyelidikan dan teknologi, kini arang aktif digunakan secara meluas untuk kebaikan manusia sejagat. Dalam teknologi rawatan air misalnya, ia digunakan di loji rawatan a ir domestik dan industri, selain turut dipasang sebagai penapis air di rumah. Arang aktif bertindak menjerap zarah tercemar seperti sisa organik dan logam berat yang boleh mengancam kesihatan manusia dan hidupan akuatik. Di sektor perkilangan pula, arang a k t i f b e r f u n g s i u n t u k menyingkirkan gas toksik dan berbahaya yang dilepaskan ke udara, seperti sebatian organik mudah meruap, hidrogen sulfida dan raksa, yang diketahui umum boleh memudharatkan manusia meskipun pada kepekatan yang rendah.

Arang aktif juga mampu meyerap zarah minyak. Justeru, t idak hairanlah sebahagian produk penjagaan kulit seperti sabun, syampu dan pencuci muka turut diadun bersama arang untuk meningkatkan keupayaan

pembuangan lebihan minyak dari kulit yang boleh mengundang masalah kesihatan seperti kelumumur, kegatalan dan jerawat. Dalam perubatan moden, arang aktif telah terbukti berkesan sebagai penawar kepada keracunan. Ia akan dimakan oleh pesakit akan menjerap zarah berbahaya daripada diserap oleh sistem badan, sebelum disingkirkan bersama dengan sisa pencernaan. Secara prinsipnya, arang aktif b e r s i f a t t i d a k t o k s i k d a n t i d a k membahayakan kesihatan. Pun begitu, tidak semua arang aktif boleh dimakan kerana arang aktif dalam kategori ini perlu melalui kajian klinikal yang ketat untuk memastikannya selamat digunakan oleh pesakit.

Begitulah istimewanya arang aktif kepada manusia!

Imej mikroskop arang aktif.

Imej mikroskop arang aktif yang dibesarkan. Rangkaian liang-liang bersaiz mikro yang memberikan arang aktif luas permu-kaan yang tinggi.

31Disember

2012