ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar...

24
MOTIVASI PENCAPAIAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN PELAJAR TINGKATAN IV DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KOTA TINGGI, JOHOR. SATU TINJAUAN ERNA BINTI TUNDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar...

Page 1: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

MOTIVASI PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN PELAJAR TINGKATAN IV

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KOTA TINGGI, JOHOR.

SATU TINJAUAN

ERNA BINTI TUNDA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.
Page 3: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.
Page 4: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

MOTIVASI PENCAPAIAN

MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN PELAJAR TINGKATAN IV

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KOTA TINGGI, JOHOR.

SATU TINJAUAN

ERNA BINTI TUNDA

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.
Page 6: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

DEDIKASI

Buat……

Ibu dan ayah tercinta,

• Ginalung Binti Omar

• Tunda Bin Dalampun

Kakak, abang-abang dan adik-adik yang terkasih,

• Fiji & Keluarga (Rubinah, Obed, Oliver dan Cermalita)

• Wasti & Bro. Sabdee

• Boaz

• Helmih

• Didi

• Kurniadi

• Rayeborthron

• Juesah Ros

• Ana Nita

• Dido

Istimewa juga kepada saudara dan saudari seiman yang telah menghulurkan bantuan.

Yang terbaik adalah kerana sokongan serta pengorbananmu.

Page 7: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

PENGHARGAAN

Saya ingin mengembalikan segala pujian ucapan syukur hanya bagi Tuhan kerana

segala sesuatu yang diberikan olehNya dan yang disediakanNya bagi saya. Syukur atas

kasih setiaNya sepanjang saya menghasilkan projek ini.

Penghargaan buat penyelia saya Encik Asnul Dahar Bin Minghat kerana

bimbingan dan tunjuk ajarnya yang penuh sabar dan dedikasi. Saya menghormati segala

jerih lelahnya, kebaikan dan kemurahan hatinya didalam segala hal sehinggalah projek ini

siap.

Terima kasih saya ucapkan kepada bekas pensyarah saya, Tn. Hj. Kandar B.

Selamat diatas segala input dan bantuan yang diberikan ketika diperlukan. Saya turut

mengagumi kebaikan dan sikap rendah hatinya.

Saya tidak lupa kepada rakan saya Edward diatas perhatiannya dan sokongan dari

keluarganya buat saya sehingga sekarang ini. Terima kasih untuk segala sesuatu. Kepada

teman-teman sepelayanan terutama Radical Youth Tmn. U, saya diberkati dengan kasih

yang kamu semua tunjukkan. Nama kamu terlalu ramai untuk saya tulis satu persatu

tetapi percaya satu hal bahawa kamu pasti tidak akan kehilangan upahmu.

Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peribadi-peribadi yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menghasilkan projek

penyelidikan ini. Saya menghargai kamu semua.

Terima Kasih.

Page 8: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

ABSTRAK

Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan. Dalam

kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti tahap motivasi pencapaian pelajar berdasarkan

kepada tiga aspek dalaman iaitu tahap ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran

pembelajaran, tahap pelajar membuat perancangan matlamat dalam pembelajaran dan

tahap kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kejayaan. Untuk tujuan ini, 60 orang

pelajar telah menjadi sampel kajian. Mereka merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Empat

aliran teknik (Mekanikal/Awam/Elektrik) di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi,

Johor. Data diperolehi menggunakan set soal selidik dan seterusnya dianalisis secara

manual bagi mendapatkan nilai peratus dan skor min. Hasil daripada kajian ini mendapati

bahawa tahap pelajar dalam membuat perancangan matlamat dalam pembelajaran adalah

tinggi. Manakala tahap ketabahan dan tahap kebimbangan pula berada dalam tahap yang

sederhana disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Page 9: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

ABSTRACT

One descriptive research related to motivation achievement among the student

against engineering subject (Mechanical/Civil/Electrical) has been done. In this research,

investigator identified three aspect of motivation achievements that is perseverance level

to face studies challenging, aims planning level among students in their study and worries

level in relation to get successful achievement. For this motif, sixty students were used

as the research sample. There are the form four-technique stream

(Mechanical/Civil/Electrical) students from Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi,

Johor. Data was taking by using a questionnaire’s set and has been done manual

analysing to acquiring the percentage value and score min. As the result of this research,

found that aims’ planning is in the high level among the students in their studies.

Likewise aspect perseverance and worries was in medium level because of certain reason.

Page 10: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

i

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 11: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

ii

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Daftar Istilah Kajian 8

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Teori Tentang Motivasi 10

2.2.1 Teori Behaviouristik 11

2.2.2 Teori Keperluan 11

2.2.3 Teori Humanistik 12

2.3 Motivasi Pencapaian 12

2.3.1 Aspek Ketabahan Pelajar 16

2.3.2 Aspek Perancangan Matlamat 17

2.3.3 Aspek Kebimbangan Pelajar

Terhadap Kejayaan 19

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Reka Bentuk Kajian 21

Page 12: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

iii

3.3 Tempat Kajian 22

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 22

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Prosedur Kajian 24

3.7 Kajian Rintis 24

3.8 Analisis Kajian 25

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 28

4.2 Analisis Biadota Responden 29

4.2.1 Butiran Diri Responden Mengikut

Jantina 29

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Keputusan Peperiksaan Pertengahan

Tahun 29

4.3 Analisis Motivasi Pencapaian Pelajar

Terhadap Mata Pelajaran Kejuruteraan 30

4.4 Aspek Yang Mempengaruhi Motivasi

Pencapaian Pelajar Mengikut Objektif 31

4.4.1 Motivasi Pencapaian Berdasarkan

Tahap Ketabahan Pelajar Dalam

Menghadapi Cabaran Pembelajaran 32

4.4.2 Motivasi Pencapaian Pelajar

Berdasarkan Tahap Perancangan

Matlamat Dalam Pembelajaran 35

Page 13: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

iv

4.4.3 Motivasi Pencapaian Pelajar Mengikut

Tahap Kebimbangan Terhadap

Pencapaian Kejayaan 38

4.5 Penutup 41

BAHAGIAN LIMA

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 42

5.2 Rumusan Dapatan 42

5.3 Perbincangan 44

5.4 Kesimpulan Kajian 47

5.5 Cadangan 49

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 50

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI 51

Page 14: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

v

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A 54

Lampiran B 59

Page 15: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

vi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Dalam

SPM (2001 & 2002) 5

1.2 Pencapaian Ujian Bulanan (Mac 2003) Pelajar Aliran

Teknik Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan 6

3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel Kajian 22

3.2 Taburan Item Mengikut Item Dalam Soal Selidik 23

3.3 Pengkelasan Skala Likert 24

3.4 Tahap Analisa Min 26

3.5 Item-item Negatif Bagi Setiap Persoalan Kajian

Yang Diubahsuai Kedudukan Skor 27

4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 29

4.2 Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Pelajar

Kejuruteraan Aliran Teknik Bagi Mata Pelajaran

Pengajian Kejuruteraan 30

4.3 Kekerapan Dan Skor Min Mengenai Tahap Ketabahan

Pelajar Dalam Menghadapi Cabaran Pembelajaran 33

4.4 Kekerapan Dan Skor Min Mengenai Tahap Pelajar Dalam

Membuat Perancangan Matlamat Pembelajarannya 36

4.5 Kekerapan Dan Skor Min Mengenai Tahap Kebimbangan

Pelajar Terhadap Pencapaian Kejayaan 39

Page 16: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

vii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

RRJP3 - Rangka Rancangan Jangka Panjanag ke-3

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam

PKE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

% - Peratus

Page 17: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

viii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 54

B Markah Ujian 59

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 62

Page 18: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 dengan jelas menyatakan hasrat dan impian negara iaitu

menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun sepenuhnya menjelang abad ke-

21. Menurut Abu Bakar (1994) dalam bukunya yang bertajuk “Reformasi Pendidikan

Dalam Menghadapi Cabaran 2020”, ada menyatakan bahawa Wawasan 2020 merupakan

satu-satunya matlamat baru yang menentukan jangkaan bagi menjadikan negara ini

sebagai sebuah negara industri. Dengan itu, sebagai negara perindustrian kita

memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan pakar dalam bidang perindustrian (Shahril @

Charil dan Habib, 1999).

Dasar Pembangunan Malaysia turut mementingkan pembinaan masyarakat yang

produktif, bersikap positif, progresif serta mahir menggunakan sains dan teknologi

moden. Berdasarkan pelunjuran dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3

(RRJP3), negara memerlukan seramai hampir 470, 000 tenaga professional dan separa

professional dalam pelbagai bidang kejuruteraan menjelang 2010 nanti (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001). Sejajar dengan sasaran tersebut, setiap warganegara

Malaysia melalui Pembangunan Pendidikan 2001–2010 mendapat peluang seluas-luasnya

bagi memperolehi kemudahan pendidikan yang berkualiti.

Page 19: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

Justeru itu, sistem Pendidikan Negara telah menggariskan arah tuju atau proses

aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran dan hasrat masyarakat dan negara

melalui matlamat pendidikan. Matlamat pendidikan menjadi teras ideologi dan aspirasi

masyarakat negara ini. Matlamat pendidikan di negara ini ialah melahirkan insan yang

baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab (Abd Rahim,

2001). Salah satu ciri yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang dilahirkan nanti

ialah berilmu pengetahuan, progresif, mahir dan cekap agar dapat melaksanakan tugas

secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan kepada kemajuan dan

pembangunan negara (Abdul Rahim, 2001).

Jika kita teliti kehidupan mereka yang menjalankan perniagaan sama ada

perniagaan itu kecil atau besar, mereka merupakan pejuang yang tercatat dalam sejarah

negara. Orang-orang seperti itu juga menjadi keperluan dalam sejarah tanah airnya.

Umumnya, ahli perniagaan yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang tidak

pernah menuntut ilmu ekonomi atau ilmu yang berhubungan dengan perniagaan di mana-

mana universiti atau institut pengajian tinggi. Mereka pada mulanya hanya mempunyai

kemahuan, kepercayaan kepada diri sendiri, keberanian untuk mencuba, kegigihan dan

kesabaran (Mokhtar, 1998). Jika dilihat sebaliknya, kebanyakan graduan-graduan

ekonomi, ilmu perusahaan, perdagangan dan sebagainya menjadi pekerja kepada ahli-ahli

perniagaan yang berjaya iaitu yang tidak menuntut di institut pengajian tinggi. Apakah

daya penggerak dalaman yang wujud dalam diri setiap individu usahawan tersebut?

Kembali kepada konteks pendidikan, nilai-nilai positif seperti motivasi yang

disemai di sekolah memberi dorongan besar ke arah kemajuan serta perubahan dalam diri

individu dan masyarakat. Aspek motivasi adalah penting sebagai penggerak yang

mendorong seseorang itu ke arah kejayaan. Institusi pendidikan khususnya sekolah juga

diseru agar meningkatkan lagi nilai kejayaan bagi mendorong perubahan individu. Abd

Rahim (2001) turut menekankan bahawa motivasi yang tinggi merupakan asas penting

dalam menentukan kejayaan dan pencapaian akademik pelajar.

Page 20: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia memainkan peranan konstruktif

serta positif dalam melakukan perubahan dinamik melalui reformasi pendidikan. Usaha

ke arah perubahan tersebut dilakukan dalam sistem pendidikan dan persekolahan agar

selaras dengan wawasan negara, dasar-dasar pembangunan negara dan perubahan bagi

menentukan masa depan masyarakat dan negara (Abd Rahim, 2001). Menjelang tahun

2000, pendidikan di Malaysia telah memainkan peranan penting membentuk warganegara

yang mempunyai jati diri, berhemah tinggi, berdedikasi, rajin berusaha, cekal, bersih,

cekap dan amanah, optimistik terhadap perubahan dan cabaran, toleransi, mencintai ilmu

pengetahuan, berrfikiran terbuka dan rasional. Menurut beliau, satu peranan mencabar

dalam institusi pendidikan khususnya sekolah ialah untuk mensosialisasikan individu

atau pelajar itu sendiri mengikut kehendak dan jangkaan masyarakat.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1964 lagi telah

menubuhkan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang juga merupakan

salah satu daripada 20 bahagian yang terdapat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.

BPTV bertujuan untuk memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di

peringkat pendidikan menengah termasuk sekolah menengah vokasional dan politeknik.

Dengan perkembangan corak pendidikan yang lebih ke arah mempertingkatkan

pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi, BPTV merupakan bahagian yang

penting dalam menyediakan prasarana bagi mewujudkan tenaga mahir dalam bidang

teknikal dan industri (Yaakub, 1996).

Namun untuk mencapai tahap kualiti dan kecemerlangan dalam prasarana dalam

bidang pendidikan ini bukanlah satu usaha yang mudah, lebih-lebih lagi prasarana

pendidikan yang disediakan itu berkait rapat dengan pembangunan manusia. Ini kerana

manusia itu sendiri dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang selalunya di luar kawalan.

Tetapi menurut Hussein (1993), setiap individu terutamanya individu pelajar itu sendiri

Page 21: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

boleh diajar, boleh belajar dan boleh mencapai kejayaan. Beliau percaya bahawa dengan

adanya keyakinan ini, sebahagian daripada cabaran yang dihadapi sudah pasti akan dapat

diatasi. Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan mahupun kegagalan yang diperolehi

dalam bidang pendidikan tidak harus dikaitkan dengan faktor latar belakang sosio-

ekonomi, budaya pelajar, faktor kaum dan bukan juga pada faktor lokasi mahupun saiz

sesebuah sekolah itu. Ini bermakna, setiap pelajar tidak kira kaum, tempat tinggal dan di

manapun lokasi sekolahnya tetap mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam

pelajaran. Inilah salah satu cabaran yang harus dihadapi di dalam bidang pendidikan.

Menurut Abdul Rahim (2001) pula, peranan dalam membentuk masyarakat

supaya menjadi masyarakat yang dinamik, progresif dan berwawasan ialah sekolah.

Masyarakat yang dinamik, progresif dan berwawasan ini merupakan sebuah masyarakat

yang sedia untuk berubah ke arah kemajuan, berpandangan jauh, bermatlamat dan

berjaya. Bagaimanakah kita dapat mengetahui sejauh mana tahap pembentukan di

sekolah terhadap masyarakat negara kita kini? Kita boleh perhatikan melalui pencapaian

pelajar dalam pelajaran mereka. Berikut ini merupakan perbincangan mengenai

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan. Mata pelajaran

pengajian kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah menengah

teknik bagi pelajar yang mengambil kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM),

Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

(PKE).

Jika dikaji dari segi pencapaian akademik pelajar-pelajar aliran teknik secara

keseluruhannya dalam peperiksaan SPM pada tahun 2001 dan 2002 (Rujuk Jadual 1.1),

didapati bahawa setiap pengkhususan mempunyai prestasi yang baik dengan adanya

peningkatan sebanyak 0.1 % bagi mata pelajaran PKA dan 1.3 % bagi mata pelajaran

PKE. Walaupun mata pelajaran PKM mengalami penurunan sebanyak 4.2 %, ia masih

dikategorikan berprestasi baik. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia turut berpendapat

bahawa keputusan SPM tahun 2002 sangat memuaskan. Beliau tidak menafikan bahawa

Page 22: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

para guru dan para pelajar telah menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia

dengan melakukan usaha yang gigih dalam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Jadual 1.1 : Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan dalam

SPM ( 2001 – 2002)

Prestasi (%) Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mengikut Pengkhususan 2001 2002

Peningkatan / Penurunan

(%)

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) 93.0 88.8 - 4.2

Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) 96.2 96.3 0.1

Peng. Kej. Elektrik & Elektronik (PKE) 97.2 98.5 1.3

(Sumber: http://www.edu.gov.my, 26 Feb 2003)

Jadual 1.2 pula menunjukkan pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan Empat aliran

teknik di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor dalam satu ujian bulanan bagi

mata pelajaran pengajian kejuruteraan iaitu PKM, PKA dan PKE (Rujuk Lampiran B).

Jika diperhatikan pencapaian pelajar PKM dalam mata pelajaran pengajian, didapati

bahawa pelajar yang tahap pencapaiannya sederhana iaitu 80.5 % lebih ramai berbanding

pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar

PKM telah menunjukkan pencapaian yang sederhana dalam ujian bulanan tersebut. Bagi

pelajar-pelajar PKA pula, peratusan pelajar cemerlang dan sederhana adalah hampir sama

iaitu masing-masing 45.9 % dan 43.2 %, manakala hanya 8.1 % pelajar yang lemah. Ini

bermakna pelajar PKA mempunyai peratusan lulus yang tinggi dalam mata pelajaran

pengajian kejuruteraan awam. Lain pula halnya bagi pelajar PKE kerana didapati pelajar

yang lemah pencapaiannya lebih ramai berbanding pelajar yang cemerlang dan sederhana

iaitu 56.3 %.

Page 23: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

Jadual 1.2 : Pencapaian Ujian Bulanan (Mac 2003) Pelajar Aliran

Teknik Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Bilangan Pelajar (%)

Mengikut Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mengikut Pengkhususan Cemerlang

(80 - 100)

Sederhana

(50 - 79)

Lemah

(1 – 49)

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) 8.3 80.5 5.6

Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) 45.9 43.2 8.1

Peng. Kej. Elektrik & Elektronik (PKE) 3.1 37.5 56.3

(Sumber: Unit Peperiksaan Bahagian Teknikal, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor.)

Berdasarkan perkara-perkara di atas, kita dapati bahawa wujudnya satu perbezaan

prestasi ataupun perbezaan tahap pencapaian dikalangan pelajar. Persoalannya sekarang

ialah apakah yang menyebabkan terdapatnya pelajar yang cemerlang, sederhana dan

lemah? Apakah aspek yang mendorong pencapaian pelajar tersebut? Adakah aspek

motivasi wujud dalam diri individu pelajar itu? Dari sini saja kita dapat tahu bahawa

dengan adanya motivasi dalam diri pelajar, maka pastilah pencapaiannya dalam pelajaran

membuahkan hasil yang membanggakan. Menurut Sharifah Alwiah (1986),

kecenderungan yang wujud dalam diri seseorang berupaya menimbulkan daya usaha

yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Semiawan (1986) mengemukakan

pendapatnya iaitu motivasi dalam diri merupakan keinginan dasar yang mendorong

individu tersebut untuk mencapai dan memenuhi segala keperluannya.

Page 24: ERNA BINTI TUNDA · ABSTRAK Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka didapati bahawa terdapat pelajar-

pelajar yang pencapaian akademiknya tinggi dan ada juga yang menghadapi masalah

pencapaian akademik yang rendah. Mengapa ada pelajar yang tinggi pencapaiannya dan

dalam masa yang sama ada pula pelajar yang rendah pencapaiannya? Apakah motivasi

yang wujud dalam diri pelajar itu? Persoalan-persoalan seperti inilah yang telah menarik

minat penyelidik untuk menjalankan kajian bagi meninjau serta mengenalpasti tahap

motivasi pencapaian pelajar-pelajar aliran teknik.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

a. Mengenalpasti tahap ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran.

b. Mengenalpasti tahap pelajar membuat perancangan matlamat dalam

pembelajarannya.

c. Mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kejayaan.

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Sivachandralingam (2001), persoalan kajian merupakan aspek dimana

penyelidik harus menyatakan persoalan yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, terdapat

tiga persoalan utama yang hendak dikaji iaitu:-

a. Apakah tahap ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran?

b. Apakah tahap pelajar membuat perancangan matlamat dalam pembelajarannya?

c. Apakah tahap kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kejayaan?