esaimen konsep

8
1.0 PENGENALAN Sebagai seorang pendidik, salah satu medium yang boleh digunakan oleh guru untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran mereka terhadap proses pembelajaran murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah melalui pengamalan konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian yang dijalankan ke atas murid. Konsep-konsep ini bukanlah merupakan satu konsep yang baharu dicipta. Sebaliknya, ini merupakan konsep-konsep yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam dunia pendidikan. Pada semester ini, pelajar Pismp Kajian Sosial semester 6 perlu mengambil subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan bagi subjek ini ialah berkaitan dengan konsep-konsep yang disebutkan di atas termasuklah banding beza konsep, konsep tersebut, taksonomi yang berkaitan iaitu Taksonomi Bloom dan Krathwohl, pembinaan jadual spesifikasi ujian, pembinaan soalan sehinggalah pentadbiran ujian. Justeru, menyedari tentang kepentingan konsep- konsep ini dalam pendidikan, tugasan ini dapat dijadikan satu latihan bagi bakal guru untuk lebih memahami konsep pentaksiran ini khususnya bagi subjek Abhasa Melayu sekolah rendah. 2.0 PERBANDINGAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Perbandinga n Pentaksiran Pengujian Penilaian Definisi Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid. Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku. Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai. Tujuan Bagi membuat Untuk menentukan Memberi maklumat

description

asignment bmm

Transcript of esaimen konsep

1.0 PENGENALANSebagai seorang pendidik, salah satu medium yang boleh digunakan oleh guru untuk melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran mereka terhadap proses pembelajaran murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah melalui pengamalan konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian yang dijalankan ke atas murid. Konsep-konsep ini bukanlah merupakan satu konsep yang baharu dicipta. Sebaliknya, ini merupakan konsep-konsep yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam dunia pendidikan. Pada semester ini, pelajar Pismp Kajian Sosial semester 6 perlu mengambil subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan bagi subjek ini ialah berkaitan dengan konsep-konsep yang disebutkan di atas termasuklah banding beza konsep, konsep tersebut, taksonomi yang berkaitan iaitu Taksonomi Bloom dan Krathwohl, pembinaan jadual spesifikasi ujian, pembinaan soalan sehinggalah pentadbiran ujian. Justeru, menyedari tentang kepentingan konsep-konsep ini dalam pendidikan, tugasan ini dapat dijadikan satu latihan bagi bakal guru untuk lebih memahami konsep pentaksiran ini khususnya bagi subjek Abhasa Melayu sekolah rendah.2.0 PERBANDINGAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PerbandinganPentaksiranPengujianPenilaian

DefinisiSebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid.Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.

TujuanBagi membuat penjelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran.Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran.

BentukSet ujian bertulis dengan markah dan gred.PemerhatianUjian lisanUjian bertulisJadualGred berdasarkan teknik perangkaan

Proses PelaksanaanMenjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred.Menyediakan set ujian berdasrkan cara ujian yang ingin dijalankan. Melakuakn pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dijalankan. Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelum melapor dapatan kajian dalam tindakan.

MasaSelepas sesi pembelajaranSelepas sesi pembelajaranBoleh dijalankan sebelum, semasa, atau selepas sesi pembelajaran.

LiputanTerhadap kepada sesuatu peringkat pembelajaran.Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pebelajaran yang telah disampaikan.Menyeluruh terhadap sesuaut pembelajaran sehingga kepada keseluruhan sesuatu kurikulum.

KeputusanMenunjukkan pencapaian secara relatifMenunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajran yang spesifik.Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.

3.0 DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL3.1 Domain Kognitif BloomTaksonomi Bloom Ddicipta oleh Benjamin S.Bloom pada tahun 1956. Menurut Bhasah (2009), taksonomi Bloom menekankan kepada aras keupayaan kognitif yang bermula dari aras rendah kepada aras tinggi. Aras-aras tersebut bermula dengan aras paling rendah atau mudah iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan aras paling sukar ialah penilaian.Pada aras pengetahuan, aras ini menguji sejauh mana pelajar mampu mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Malah, menurut KPM (2012), aras ini berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, uruta, metodologi, prinsip dasar dan sebagainya.Aras yang kedua ialah aras pemahaman. Soalan aras kefahaman ialah soalan yang menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep atau prinsip (Azizi & Mohd Isha, 2008). Perkataan yang biasa digunakan ialah menjelaskan, menerangkan, menulis semula dan merumus.Aras apikasi pula membolehkan seseorang pelajar menerapkan gagasan, prosedur, metadologirumus, teori dan sebagainya dalam persekitaran sebenar (KPM, 2012). Justeru, Soalan pada aras aplikasi menggunakan perkataan seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.Aras yang keempat dalam taksonomi Bloom ialah aras analisis. Pada aras ini, ia membolehkan murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Malah, dalam aras ini seseorang juga boleh membuat analisis, membuat banding beza, membuat perbandingan, mengklasifikasikan, menyusun dan sebagainya.Selain itu, aras seterusnya ialah sintesis yang memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Menurut KPM (2012), pada tahap ini pelajar boleh menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.Aras seterusnya ialah penilaian yang menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Menurut Azizi dan Mohd Isha (2008), ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Hal ini bermakna murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.3.2 Domain KrathwohlDomain Krathwohl ini disusun oleh Davir R. Krathwohl yang menekankan aspek afektif adalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Domain ini terbahagi kepada lima fasa iaitu penerimaan, tanggapan, penghargaan, pengorganisasian dan perwatakan berdasarkan nilai-nilai (KPM, 2012).Peringkat pertama ialah penerimaan. Aras ini melibatkan kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih.pada peringkat ini, aras ini juga berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatianAras yang kedua ialah gerak balas yang melibatkan persetujuan pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan membalas. Gerak balas juga bermaksud murid membentuk sesuatu sistem nilai dan apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Oleh itu, murid perlu mengambil bahagian secara aktif dalam fasa ini.Selain itu, aras seterusnya ialah menilai. Menilai bermaksud kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi. Malah, ia turut melibatkan kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan. Peringkat seterusnya ialah organisasi. Organisasi bermaksud pembentukan sesuatu nilai. Dalam membentuk nilai ini, nilai perlu dinuranikan dan murid perlu membina hubungan antara nilai-nilai. Justeru, murid perlu mempunyai kesanggupan untuk menghubungkan sesuatu dengan nilai yang diketahui atau diamalkan.Peringkat terakhir ialah perwatakan. Perwatakan melibatkan perubahan tingkah laku pelajar selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku apabila murid mempunyai kesanggupan untuk membuat sesuatu tindakan secara berterusan selari dengan nilai yang sentiasa diamalkan.

5.0CONTOH SOALAN ANEKA PILIHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU

6.0 REFLEKSI

KEBAIKANGuru perlu mengetahui dan mendalami prestasi setiap anak didik mereka. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap murid mendapat setiap hak mereka dalam menuntut ilmu. Justeru, penilaian diadakan bagi memudahkan guru untuk mengukur sejauh mana tahap keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Melalui tugasan ini. Saya telah dapat membanding beza pentaksiran, pengujian dan penilaian serta mengenalpasti aspek-aspek yang digunapakai di dalam setiap instrumen yang digunakan di dalam bilik darjah pada hari ini. Guru perlu bijak dalam mengendalikan sesuatu instrumen supaya hasil yang diperoleh telus dan tidak menjurus kepada istilah tangap muat.Di dalam pemilihan item ujian pula, jadual spesifikasi ujian digunapakai suoaya setiap item yang digunakan bertepatan dengan tahap setiap murid yang dikira dari pelbagai aspek. Dengan penggunaan JSU, guru boleh mengenalpasti soalan yang berkaitan berdasarkan pengguaan Taksonomi Bloom dan amat bersesuaian dengan tahap kognitif murid di sekolah pada hari ini. Hasilnya, buku soalan dapat dihasilkan dengan mudah dan ringkas tetapi mempunyai pengisian yang padat dan tidak lari daripada objektif yang telah ditetapkan. Di dalam subjek Bahasa Melayu, terdapat banyak morfologi yang diajar kepada murid. Bagi membina satu set soalan yang membantu, setiap morfologi yang telah diajar boleh dimuatkan di dalam jadual spesifikasi ujian yang mana, bertepatan dengan tajuk yang telah diajar pada waktu itu. Set soalan dapat dihasilkan secara teratur dan selari dengan Rancangan Pengajaran Tahunan yang sudah dirancang. Secara langsungnya, satu gerak kerja yang sistematik dan terancang dapat diwujudkan di dalam profession keguruan.

PENAMBAHBAIKANPada pengamatan saya, wajar sekiranya setiap murid yang lemah diberikan untuk menjawab set pengujian ini sebanyak dua kali dengan menggunakan set soalan yang sama. Rasionalnya hal ini bertujuan untuk memberikan pengukuhan dan motivasi kepada mereka untuk menjawab soalan yang diberikan. Pengiraan markah purata digunakan supaya guru dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid secara keseluruhan.