Esei Dasar Pendidikan Malaysia

3
PENULISAN ESEI DASAR KERAJAAN ( DASAR PENDIDIKAN NEGARA ) Dasar yang berkaitan dengan pendidikan adalah merupakan antara dasar yang penting bagi negara Malaysia, ini kerana dengan adanya sistem pendidikan yang mantap maka akan dapat melahirkan satu bangsa yang bertamadun seterusnya dapat membina sebuah negara yang maju dan berdaya saing. Justeru, dua dasar pendidikan negara Malaysia yang ingin saya ketengahkan adalah berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), PPPM PT. Pelan ini adalah merupakan usaha ke arah mentransformasikan sistem pendidikan negara sejajar dengan agenda transformasi nasional Negara yang konsisten dan koheren berdasarkan lima aspirasi sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan. Selain itu, pelan ini juga berpaksikan kepada 9 bidang keutamaan dan 11 anjakan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PPPM (PT) yang baharu ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) 2013 – 2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang mendatang. Selain itu, dalam PPPM dan PPPM PT ini lebih menjurus kepada akses pendidikan yang berkualiti bermula daripada Pra Sekolah sehingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). maka terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) digunakan oleh guru untuk mencapai aspirasi berikut bagi murid lelaki dan murid perempuan. Menurut Data EMiS KPM pada Mac 2014, statistik jumlah murid yang berada di sekolah rendah dan menengah

description

Ke arah Pendidikan Negara yang berkualiti

Transcript of Esei Dasar Pendidikan Malaysia

Page 1: Esei Dasar Pendidikan Malaysia

PENULISAN ESEI DASAR KERAJAAN ( DASAR PENDIDIKAN NEGARA )

Dasar yang berkaitan dengan pendidikan adalah merupakan antara dasar yang penting

bagi negara Malaysia, ini kerana dengan adanya sistem pendidikan yang mantap maka

akan dapat melahirkan satu bangsa yang bertamadun seterusnya dapat membina

sebuah negara yang maju dan berdaya saing. Justeru, dua dasar pendidikan negara

Malaysia yang ingin saya ketengahkan adalah berkaitan dengan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(Pengajian Tinggi), PPPM PT. Pelan ini adalah merupakan usaha ke arah

mentransformasikan sistem pendidikan negara sejajar dengan agenda transformasi

nasional Negara yang konsisten dan koheren berdasarkan lima aspirasi sistem

pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan

perpaduan. Selain itu, pelan ini juga berpaksikan kepada 9 bidang keutamaan dan 11

anjakan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), PPPM (PT) yang baharu

ini dibentuk untuk dijajarkan dengan Program Transformasi Kerajaan, Pelan

Transformasi Ekonomi, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga

Pendidikan Lepas Menengah) 2013 – 2025 dan Rancangan Malaysia ke-11 yang

mendatang.

Selain itu, dalam PPPM dan PPPM PT ini lebih menjurus kepada akses pendidikan

yang berkualiti bermula daripada Pra Sekolah sehingga ke Institut Pengajian Tinggi

(IPT). maka terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP)

digunakan oleh guru untuk mencapai aspirasi berikut bagi murid lelaki dan murid

perempuan. Menurut Data EMiS KPM pada Mac 2014, statistik jumlah murid yang

berada di sekolah rendah dan menengah adalah seramai 18,769 orang dimana seramai

9951 orang murid lelaki dan 8838 orang murid perempuan. Ini menunjukkan bahawa

jumlah murid lelaki lebih ramai berbanding murid perempuan, namun jika kita lihat dari

sudut pencapaian bagi peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR), Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM), murid perempuan lebih ramai menguasai kecemerlangan dalam peperiksaan

awam berbanding dengan murid lelaki. Justeru, kita perlu menimbulkan persoalan

mengapakah murid perempuan lebih mendominasi kecemerlangan dalam pembelajaran

berbanding murid lelaki.

Page 2: Esei Dasar Pendidikan Malaysia

Rentetan daripada persoalan ini saya telah dapat mengenalpasti bahawa kaedah

pengajaran guru di sekolah lebih cenderung kepada tahap penguasaan murid

perempuan. Tambahan pula, jika kita lihat medium utama yang digunakan oleh guru

adalah kaedah penerangan dan ini menyebabkan murid lelaki kurang fokus berbanding

murid perempuan. Dari sudut psikologinya murid lelaki lebih suka pengajaran

melibatkan aktiviti “hands-on”, dimana murid dapat menimba ilmu melalui penyelesaian

masalah dalam situasi yang mereka jalankan dan ini akan mewujudkan pembelajaran

secara koperatif. Menurut Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara

koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang

berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis

serta berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip

pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan

seimbang dan akautabiliti individu.

Menurut statistik kemasukan ke IPTA bagi sesi Akademik 2014/2015 oleh Ketua

Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPM, sebanyak 26,030 atau 69.5 peratus adalah

pelajar wanita manakala 11,437 atau 30.5 peratus adalah lelaki. Berdasarkan statistik

ini kita mendapati bahawa sebenarnya isu ini perlu dititikberatkan dan diberi perhatian

sewajarnya agar segala perancangan yang telah termaktub dalam PPPM dan PPPM

(PT) dapat direalisasikan dengan baik dan sistematik.

Berdasarkan masalah ini, saya merasakan bahawa penambahbaikan dalam kaedah

pengajaran guru kepada murid yang berbeza jantina seperti lelaki dan perempuan perlu

diambil perhatian agar dapat mewujudkan keadilan dalam memperoleh kejayaan dalam

pembelajaran yang telah dipelajari di sekolah dan membawa kepada kejayaan di IPT.

Antara langkah yang boleh diambil oleh guru khususnya melalui KPM adalah dengan

membuat penambahbaikan dalam pedagogi guru supaya dapat mewujudkan kaedah

pengajaran yang memberi kelebihan kepada murid lelaki dan perempuan. Selain itu,

KPM juga boleh membina satu modul pengajaran yang berteraskan kepada aktiviti

“hands-on” yang memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu daripada

aktiviti permainan dan diakhiri dengan aktiviti penerangan. Kaedah yang mesra jantina

ini dapat menjadikan murid lebih memahami isi pelajaran yang diajar seterusnya dapat

faham akan intipati pembelajaran yang di ajar oleh guru.