esei falsafah pendidikan malaysia

2
Low Jun Wen Soalan 5: Al- Ghazali percaya bahawa pembelajaran mesti bermula dari yang mudah atau senang sebelum mengajar perkara yang susah atau abstrak. Sejauh manakah anda setuju dengan pandangan beliau. Al- Ghazali percaya bahawa pembelajaran mesti bermula dari mudah atau senang sebelum mengajar yang susah. Sebagai seorang bakal guru, saya sememangnya bersetuju dengan pandangan ahli falsafah Islam ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran ini membawa banyak manfaat kepada murid dan juga guru. aedah pembelajaran ini amat berkesan bagi murid-murid yang lemah dan seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana akti!iri yang dijalankan amat bersesuaiandengan kebolehan mereka. Akti!iti pengajarandan pembelajaranyang bermula dari susah tidaksesuai dengan kebolehan murid-murid serta mematahkan semangat mereka untuk terus belaja "leh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merancang akti!iti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid dan memberi bimbingan kepada golongan murid yang lemah supaya mereka tidak mudah berasa jemu semasa belajar. #i samping itu, kaedah pembelajaran ini dapat merangsangkan kemahiran berikir murid-murid. Selalunya, murid-murid diberikan akti!iti hands on untuk memahami sesuatu konsep sains. $ahan yang digunakan untuk eksperimen adalah mudah didapati dan selalu digunakan dalam kehidupan harian kita. %adi, murid-muri dapat menghubungkan pengalaman harian dengan akti!iti hands on dengan mudah supaya dapat memahami sesuatu konsep sains itu. %ika murid itu diajar dengan konsap sains terlebih dahulu, kemungkinan besar murid itu akan membuat eksperimen itu mengikut konsep yang diajar dan tidak dapat berfikir secara kreati untuk menyelesaikan masalah. Apa yang lebih teruk ialah murid itu mengu keputusan pemerhatian kepada jawapan yang mengikut konsep sains itu. Ini secara tidak langsung akan merendahkan nilai kejujuran murid tersebut. aedah pembelajaran ini juga sesuai untuk murid-murid yang lebih pandai. aedah pembelajarandapat menyediakan murid dalam golongan ini ilmu pengetahuan yang lebih mendalam sebelum guru meneruskan akti!iti pengajaran yang lebih susah. &urid-murid ini dapat menyerap apa yang diajar oleh guru dalam masa yang singkat kerana guru diumpamakan membuat ulang kaji dengan murid dalam golongan ini semasa mengajar yang mudah. Ini secara tidak langsun

description

peperiksaan

Transcript of esei falsafah pendidikan malaysia

Low Jun WenSoalan 5: Al- Ghazali percaya bahawa pembelajaran mesti bermula dari yang mudah atau senang sebelum mengajar perkara yang susah atau abstrak. Sejauh manakah anda setuju dengan pandangan beliau.Al- Ghazali percaya bahawa pembelajaran mesti bermula dari mudah atau senang sebelum mengajar yang susah. Sebagai seorang bakal guru, saya sememangnya bersetuju dengan pandangan ahli falsafah Islam ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran ini membawa banyak manfaat kepada murid dan juga guru.Kaedah pembelajaran ini amat berkesan bagi murid-murid yang lemah dan seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviri yang dijalankan amat bersesuaian dengan kebolehan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermula dari susah tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid serta mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk merancang aktiviti yang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kognitif murid-murid dan memberi bimbingan kepada golongan murid yang lemah supaya mereka tidak mudah berasa jemu semasa belajar.Di samping itu, kaedah pembelajaran ini dapat merangsangkan kemahiran berfikir murid-murid. Selalunya, murid-murid diberikan aktiviti hands on untuk memahami sesuatu konsep sains. Bahan yang digunakan untuk eksperimen adalah mudah didapati dan selalu digunakan dalam kehidupan harian kita. Jadi, murid-murid dapat menghubungkan pengalaman harian dengan aktiviti hands on dengan mudah supaya dapat memahami sesuatu konsep sains itu. Jika murid itu diajar dengan konsap sains terlebih dahulu, kemungkinan besar murid itu akan membuat eksperimen itu mengikut konsep yang diajar dan tidak dapat berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah. Apa yang lebih teruk ialah murid itu mengubah keputusan pemerhatian kepada jawapan yang mengikut konsep sains itu. Ini secara tidak langsung akan merendahkan nilai kejujuran murid tersebut.Kaedah pembelajaran ini juga sesuai untuk murid-murid yang lebih pandai. Kaedah pembelajaran dapat menyediakan murid dalam golongan ini ilmu pengetahuan yang lebih mendalam sebelum guru meneruskan aktiviti pengajaran yang lebih susah. Murid-murid ini dapat menyerap apa yang diajar oleh guru dalam masa yang singkat kerana guru diumpamakan membuat ulang kaji dengan murid dalam golongan ini semasa mengajar yang mudah. Ini secara tidak langsung mengukuhkan ingatan murid dalam sesuatu topik. Oleh itu, murid dapat menggunakan ilmu yang berguna ini dalam kehidupan seharian dengan kerap.Selain itu, kaedah pengajaran ini dapat memupuk nilai tolong menolong antara murid. Semasa menjalankan aktiviti dalam kelas, murid yang sudah menguasai isi pengajaran guru diminta membantu murid yang belum menguasai sesuatu topik itu. Murid yang sudah menguasai isi pengajaran itu akan memberi bimbingan kepada murid yang lebih lemah supaya meraka dapat bersama-sama meneruskan ke aktiviti pembelajaran yang lebih lanjut. Pada zaman IT ini, murid-murid lebih sukar berkomunikasi dengan rakannya dengan selesa. Kemahiran berkomunikasi mereka semakin berkurang dengan kegunaan laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Mereka akan berasa malu atau tidak tahu cara bercakap apabila berhadapan dengan rakan mereka. Oleh itu, murid akan menguasai kamahiran berkomunikasi dengan rakan mereka dengan baik semasa mereka memberi bimbingan dan dorongan kepada rakan mereka.Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai faedah dengan mengajar yang mudah dan senang erlebih dahulu sebelum meneruskan pengajaran ke tahap yang susah. Namnu begitu, guru juga harus mengambil inisiatif dengan membuat rancangan pengajaran sebelum masuk ke kelas supaya keadaan dalam kelas tidak kelam kabut semasa mengajar.