Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

21
1.0 PENGENALAN Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara yang begitu sukar untuk dilupakan yang melibatkan isu perkauman sehingga ke hari ini. Darurat adalah satu istilah atau The Emergency kerana mengikut Ordinan Persekutuan yang dikuatkuasakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 18 Jun 1948 1 yang diisytiharkan oleh British ke atas Tanah Melayu apabila berlaku tindak balas yang membawa kepada pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap cadangan Malayan Union dan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu secara radikal berhasrat untuk mengulingkan kerajaan supaya dapat mendirikan sebuah negara Komunis di Tanah Melayu tidak kesampaian. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, PKM telah berjaya mentadbir selama dua minggu sebelum tegaknya Pentadbiran Tentera British (BMA), PKM bertindak menawan balai Polis dan mereka juga mengambil kesempatan membalas dendam dengan melakukan kekejaman dan pembunuhan ke atas orang Melayu yang mereka dakwah pernah bersubahat atau menjadi ejen Jepun. 2 Darurat tercetus apabila gerakan bersenjata yang dilakukan oleh PKM yang enggan menyerah kalah dan berhasrat ingin menggulingkan kerajaan serta ingin menubuhkan pemerintahan komunis di Tanah Melayu. MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) telah berjaya menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Jepun menyerah kalah kepada British. Pada 12 September 1945, Pentadbiran Tentera British (BMA) ditubuhkan. BMA mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan keamanan dengan meminta PKM membubarkan tenteranya dan menyerahkan senjata. MPAJA 1 Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd. Ghani, Kenegaraan Malaysia: Isu-isu Dalam Pembinaan Negara. Pahang: PTS Publication. 2003. hlm 134. 2 Mohd Reduan Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malayasia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &dan Pustaka. 1993. hlm 13. 1

description

DARURAT

Transcript of Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Page 1: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

1.0 PENGENALAN

Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara yang begitu sukar untuk

dilupakan yang melibatkan isu perkauman sehingga ke hari ini. Darurat adalah satu istilah

atau “The Emergency” kerana mengikut Ordinan Persekutuan yang dikuatkuasakan oleh

Pesuruhjaya Tinggi Sir Edward Gent pada 18 Jun 19481 yang diisytiharkan oleh British ke

atas Tanah Melayu apabila berlaku tindak balas yang membawa kepada pemberontakan

Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap cadangan Malayan Union dan Pembentukan

Persekutuan Tanah Melayu secara radikal berhasrat untuk mengulingkan kerajaan supaya

dapat mendirikan sebuah negara Komunis di Tanah Melayu tidak kesampaian. Sebaik

sahaja Jepun menyerah kalah, PKM telah berjaya mentadbir selama dua minggu sebelum

tegaknya Pentadbiran Tentera British (BMA), PKM bertindak menawan balai Polis dan

mereka juga mengambil kesempatan membalas dendam dengan melakukan kekejaman dan

pembunuhan ke atas orang Melayu yang mereka dakwah pernah bersubahat atau menjadi

ejen Jepun.2

Darurat tercetus apabila gerakan bersenjata yang dilakukan oleh PKM yang enggan

menyerah kalah dan berhasrat ingin menggulingkan kerajaan serta ingin menubuhkan

pemerintahan komunis di Tanah Melayu. MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army)

telah berjaya menguasai Tanah Melayu selama dua minggu selepas Jepun menyerah kalah

kepada British. Pada 12 September 1945, Pentadbiran Tentera British (BMA) ditubuhkan.

BMA mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan keamanan dengan meminta PKM

membubarkan tenteranya dan menyerahkan senjata. MPAJA telah dibubarkan pada bulan

Disember 1945 namun tidak semua senjata diserahkan. Seramai 6800 orang anggota

MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar $350 seorang. Selepas itu PKM dapat bergerak

bebas dan mahu meneruskan perjuangan mengikut perlembagaan. Sepanjang tahun 1946

hingga awal tahun 1948, PKM mengembil langkah mengukuhkan pengaruhnya dengan

mempengaruhi beberapa kesatuan di Tanah Melayu seperti Kesatuan Demokratik Tanah

Melayu (Malayan Democratic Union), Liga Belia Demokratik Tanah Melayu (Malayan

Democratic Youth League) dan Persekutuan Kesatuan Sekerja Se-Malaya (Pan-Malayan

1 Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd. Ghani, Kenegaraan Malaysia: Isu-isu Dalam Pembinaan Negara. Pahang: PTS Publication. 2003. hlm 134.2 Mohd Reduan Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malayasia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &dan Pustaka. 1993. hlm 13.

1

Page 2: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Federation of Trade Unions-PMFTU).3 Selain itu, sebenarnya PKM juga mempunyai tiga

langkah utama, pertama mereka ingin menyerang kawasan sumber penting ekonomi

Tanah Melayu, pondok polis dan kampung-kampung terpencil supaya penduduk

meninggalkan kawasan itu untuk dijadikan kawasan pemerintahan PKM. Langkah kedua,

PKM akan mengukuhkan & menambahkan bilangan askarnya dengan melatih kadet-kadet

baru dengan bantuan Min Yuen. Ketiga PKM, akan menyerang kawasan-kawasan yang lebih

startegik seperti pekan-pekan, memusnahkan perhubungan dan pengangkutan serta

sabotaj ke atas kepentingan-kepentingan British. Antara kekacauan yang ditimbulkan oleh

PKM seperti 16 Jun 1948, 3 peladang Eropah telah dibunuh oleh PKM berhampiran Sungai

Siput, Perak. Akibat pembunuhan ini, kerajaan persekutuan Tanah Melayu telah

mengumumkan darurat di Perak dan Johor ini, seterusnya 17 Jun 1948 pihak British telah

mengistyiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu, dan telah membawa kepada

pengharaman sepenuhnya PKM pada 23 Julai 1948.4

2.0 PUNCA- PUNCA DARURAT

2.1 PARTI KOMUNIS MENENTANG MALAYAN UNION

Parti Komunis Malaya menentang Malayan Union bukanlah atas dasar untuk

mempertahankan tanah melayu tetapi hanya mahu mewujudkan sebuah negara komunis

malaya yang berpaksikan kepada negara asal mereka iaitu China. Penentangan kaum

melayu yang semakin hebat terhadap malayan union telah membawa kepada pemansuhan

kerakyatan jus soli terhadap kaum lain, tambahan pula perlembagaan persekutuan 1948

yang diperkenalkan menggantikan Malayan Union telah menetapkan semua kaum melayu

adalah warganegara manakala kaum cina hanya seramai 350,000 orang sahaja yang layak

menjadi warganegara.

Selain itu, penarikan hak kerakyatan secara jus soli telah membawa kepada

propaganda PKM untuk meniupkan semangat komunis yang secara langsung telah menarik

minat kaum cina untuk menyokong perjuangan mereka.5 Hal ini dapat dibuktikan terutama

kejayaan mereka menarik sokongan kesatuan-kesatuan sekerja sehingga membawa kepada

3 Mohd. Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Selangor: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. 2002. hlm 311.

4 Op.cit. hlm 14.5 Mohd Janib Johari. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 198. hlm 188.

2

Page 3: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

rusuhan dan seterusnya perlembagaan alternatif yang diperkenalkan PKM telah ditolak

oleh British sehingga membawa kepada kemarahan pihak PKM kerana jasa mereka tidak

dihargai.

Rajah 1: Tempat tercetusnya pembunuhan di Sungai

Siput yang membawa pengisytiharaan “darurat ”

pada tahun 1948.

Masyarakat cina yang menjadi ahli parti komunis malaya di tanah melayu lebih

menumpukan perhatian dalam perkembangan politik dinegara China kerana mereka

menganggap penerimaan malayan union akan membatalkan kebangsaan China secara

automatik kerana mereka akan menjadi rakyat malayan union. Sebahagian besar mereka

tidak merasa Malaya adalah tanah air mereka, sebaliknya tidak lebih dari sekadar tempat

3

Page 4: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

mencari kekayaan.6 Hal ini amat jelas melalui tiga lunas rakyat iaitu walaupun dimana

orang-orang cina menetap mereka adalah warganegara China berdasarkan persamaan

darah, bahasa cina dan adat istiadat cina. Dalam ertikata lain dasar ini bertujuan untuk

menubuhkan beberapa buah negara China di dunia.

2.2 PKM Menentang Perlembangan Persekutuan

2.2.1 Cita-Cita PKM merampas Tanah Melayu

PKM mahu merampas secara perlembagaan untuk menubuhkan repbulik komunis malaya

dan orang-orang cina memegang teraju pemerintahan dan penghapusan kuasa-kuasa raja-

raja melayu telah menemui kegagalan. Sebenarnya mereka telah merancang lebih awal lagi

pemberontakan pada 18 Jun 1948 yang membawa kepada pengistiharan darurat. Mereka

harus bangkit untuk mempertahankan tiga lunas rakyat yang dipegang mereka. 7Tambahan

lagi selepas perang dunia kedua British telah memperkenalkan malayan union yang

kemudiannya kepada persekutuan tanah melayu hal ini membuatkan PKM merasakan tiada

cara lain untuk menguasai tanah melayu melainkan melalui pemberontakan bersenjata.

2.2.2 PKM Disingkirkan British dalam pemerintahan.

Tindakan british menyingkirkan PKM dalam pemerintahan selepas tamatnya

perang dunia ke-2 dan pemberian jalan kepada pemerintahan sendiri tanah melayu melalui

UMNO telah membuatkan PKM menentang perlembagaan persekutuan. Hal ini sebenarnya

berpunca daripada ideologi yang didukung PKM adalah amat merbahaya. oleh itu tidak

hairan mengapa PKM langsung tidak diberi kuasa dalam pemerintahan British. 8Sokongan

yang kuat terhadap UMNO oleh British telah dilihat mengancam perjuangan Tiga Lunas

Rakyat mereka melalui perlembagaan persekutuan yang mengintegrasikan antara kaum-

kaum di Tanah Melayu.

6 Abdul Samad Idris. 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman. 1982. hlm 382.7 Mohd Reduan Haji Asli. Pemberontakan Komunis Di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1993. hlm 17.8 Ibid. hlm. 63.

4

Page 5: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

2.2.3 TINDAKAN PKM SEHINGGA MENCETUSKAN DARURAT 1948-1960.

Strategi yang telah dilakukan oleh PKM sehingga mencetuskan darurat ialah strategi

perjuangan melalui Barisan Bersatu. Jawatankuasa pusat PKM memilih pendekatan yang

dianggap lebih sesuai dan berkesan berdasarkan kepada pendapat Lai Teck yang dilaporkan

telah berusaha untuk mempengaruhi PKM supaya mengambil panduan untuk mengatasi

masalah negara-negara yang dijajah yang hanya boleh diatasi melalui dua pendekatan, iaitu

berjuang secara revolusi seperti yang berlaku di Indonesia dan Vietnam atau melalui

pembentukan sebuah Barisan Bersatu yang meneguasai pelbagai parti politik dan

kumpulan pendesak.

Selaras dengan keputusan itu, PKM mula mengorak langkah membentuk sebuah

Barisan Bersatu iaitu menubuhkan pakatan dan menyusup masuk ke dalam Kesatuan-

kesatuan Sekerja dan parti-parti politik.9 Usaha ini mendatangkan hasil apabila PKM dapat

menyusup masuk ke dalam beberapa buah pertubuhan dan Kesatuan Sekerja seperti New

Democratic Youth League & Pan- Malayan Federation Of Trade Unions ( PMFTU ). PKM

memulakan usaha menghasut para pekerja supaya melancarkan mogok dan tunjuk

perasaan serta menyebarkan dakyah anti kerajaan dalam kalangan para pengusaha kedai

dan kelas-kelas malam Cina.

Pada tahun 1946, terdapat 289 buah Kesatuan Sekerja yang sebahagiannya menjadi

ahli gabungan PMFTU. Melalui Kesatuan Sekerja, PKM menganjurkan beberapa siri tunjuk

perasaan di Singapura, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor yang melibatkan hampir

150,000 orang pekerja. Pada tahun 1947, 291 pemogokan diadakan melibatkan hampir

65,000 orang pekerja. Selain itu, PKM juga bertindak ganas dengan melakukan pembunuhan

dan pembakaran ladang-ladang yang kebanyakan dimiliki oleh pemodal orang Eropah.

Selain daripada itu, PKM juga telah bergiat menerusi saluran perlembagaan dengan

melibatkan diri dalam kegiatan pergerakan politik. PKM menjadi tenaga penggerak kepada

usaha menyatukan golongan berhaluan kiri dengan membentuk PUTERA-AMCJA bagi

menentang gagasan Malayan Union.10 Sehubungan dengan itu, PUTERA telah mewakili

150,000 orang ahli berjaya dibentuk. AMCJA yang mendakwa mewakili suara kaum bukan

melayu dianggontai oleh Malayan Democratik Youth ( MNDYL ), MPAJA Ex-Services

Comrades’ Association ( MPAJAESCA ) dan Pan Malayan Federation Of Trade Union ( PMFTU ).

9 Ruslan Zainuddin. Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2003. Hlm 602.10 Ibid

5

Page 6: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Kesemua pertubuhan ini kecuali MIC telah diresapi atau bersimpati dengan pihak komunis

dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM. Gabungan PUTERA-AMCJA kemudiannya

mengemukakan beberapa cadangan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat Tanah

Melayu yang diluluskan dan digubal oleh Perwakilan Rakyat yang dihadiri oleh ahli-ahli

gabungan itu pada bulan Julai dan Ogos 1947.

Strategi yang lain yang mana telah dilakukan oleh PKM ialah melalui strategi

Bandar.11 PKM menumpukan segala usaha untuk bergerak menerusi strategi Bandar yang

juga merupakan sebahagian dari strategi-strategi politiknya. Hal ini kerana PKM mahu

mendapatkan kemenangan di Singapura dan seterusnya Bandar-bandar besar lain seperti

Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang sebelum menguasai ladang getah, lombong, dan

kampung di seluruh Tanah Melayu .Untuk mencapai rancangan ini PKM telah menghantar

orang-orangnya ke Bandar-bandar besar di Tanah Melayu dan Singapura untuk bekerja dan

mendapat kuasa.

Memandangkan ia masih dalam tempoh medan terbuka ( Open Front ), bergerak

tindak menerusi organisasi yang sah terutamanya Kesatuan-kesatuan sekerja Umum

( General Labour Union GLU ) dan akhirnya GLU berjaya dikuasai oleh PKM. Apabila

pentadbiran Tanah Melayu dan Singapura, GLU turut berpecah menjadi dua kesatuan iaitu

Pan The Singapore Federated Trade Union ( SFTU ) di Singapura. Pertubuhan lain yang

turut dikuasai PKM ialah New Democratic Youth League, Mpaja Old Comrade Association

dan Malayan Democratic Union ( MDU ).12

Strategi lain yang dilakukan olek PKM ialah dengan melakukan keganasan.Ini dapat

dilihat apabila pendudukan Jepun, PKM menerusi MPAJA melancarkan perang gerila

terhadap Jepun dengan kerjasama British melalui Force 136. Jika dilihat kepentingan dalam

jangka panjang perjuangannya ini PKM lebih beruntung dengan pendudukan Jepun itu

kerana dengan bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan yang

diberikan oleh British ia telah berjaya memperkuat gerila-gerilanya untuk dipergunakan

menentang kembali British sekembalinya ke Tanah Melayu.

Seterusnya PKM juga telah menubuhkan Persatuan Bekas Tentera Anti- Jepun

Rakyat Tanah Melayu ( MPAJA Ex- Comrades Association ) yang dikatakan bertujuan

11 Mohd Reduan Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). 1993. hlm 15.12 Ibid. Hlm 17.

6

Page 7: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

menjaga kebajikan dan kepentingan bekas gerila MPAJA. Akan tetapi, matlamat sebenarnya

ialah untuk terus menyatukan tentera MPAJA dan meletakkan mereka di bawah kawalan

dan pengaruh PKM. Walaubagaimanapun, pembubaran MPAJA tidak menjejaskan PKM

kerana struktur parti serta cawangannya yang begitu banyak telah diwujudkan di seluruh

negeri terus dikekalkan.13

3.0 LANGKAH-LANGKAH BRITISH MENGATASI DARURAT

3.1 RANCANGAN BRIGGS

Kerajaan British memperhebat gerakkannya menentang komunis dengan melantik Lefternan

Jeneral Harold Briggs sebagai pengarah gerakan pada April 1950.14 Beliau telah memperkenalkan

sistem yang akhirnya dikenali sebagai Rancangan Briggs. Rancangan ini adalah bertujuan untuk

menempatkan semula orang-orang Cina yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang dikenali

sebagai Kampung Baru. Kawasan ini dikawal ketat dan dipagar bagi mengelakkan ugutan Min Yuen

yang cuba mendapatkan maklumat dan bekalan makanan. Selain itu, rancangan Briggs juga telah

melaksanakan Gerakan kelaparan. Gerakan ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan, senjata

dan ubat-ubatan supaya tidak jatuh ke tangan komunis.Akhirnya,gerakan ini jelas dapat

melemahkan mereka.

3.2 UNDANG-UNDANG DARURAT

Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengisytiharkan Undang-undang Darurat. Undang-undang

Darurat ini memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan British untuk menentang keganasan

komunis. Undang-undang ini menyekat kebebasan berkumpul dan secara tidak langsung menyekat

kebebasan bercakap.15 Sebagai contoh, kerajaan berkuasa untuk menangkap dan menahan orang

untuk beberapa bulan tanpa perlu dibicarakan di mahkamah. Orang ramai boleh ditangkap jika

mereka berkumpul melebihi lima orang di luar bangunan, jika mereka tidak mendapat kebenaran

polis. Seseorang yang menyimpan atau membawa senjata api boleh dihukum bunuh. Undang-

13 Ibid. Hlm 15.14 Mohd Jarib Johan. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1985. hlm 201. 15 Zainal Abidin Abdul Wahid. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. 1996. hlm 330.

7

Page 8: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

undang Darurat ini juga telah digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik anti-penjajahan yang

agak radikal walaupun tiada berkaitan dengan fahaman komunis. Misalnya, penangkapan

pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol.

3.3 KETENTERAAN

Kekuataan tentera yang pada mula 10 batalion ditambah kepada 20 batalion pada 1951.16 Kerajaan

British juga telah menubuhkan Polis Hutan. Selain itu, Pasukan Udara juga telah diperbesarkan

dengan satu pasukan penggempur manakala angkatan Tentera Laut telah ditugaskan untuk

memerangi komunis di kawasan sungai. Di samping itu, bantuan ketenteraan juga telah

didatangkan dari Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand sebagai altenatif kekuataan tentera

dalam menghadapi pemberontakan komunis.

Seterusnya, British juga mewujudkan pegawal kampung (Home Guard). Sebahagian besar unit

pegawal kampung ini ditubuhkan di kawasan yang menjadi ancaman komunis. Mereka bertugas

dan bertanggungjawab sebagai pegawal kampung seperti melindungi kampung, mengawal

kawasan strategi, membantu polis membuat pemeriksaan dan tugas lain jika khidmat mereka yang

diperlukan. Dalam pada itu juga kerajaan telah menambah lagi bilangan rekrut polis baru dan

meningkat kepada 4000 orang serta penubuhan Cawangan Khas Polis untu menjadi perisik.

3.4 PERANG SARAF

Pada 6 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah mati dibunuh secara serangan

hendap oleh tali barut PKM ketika beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser menyebabkan Parti

Konservatif di Britain mengkaji semula dasar memerangi PKM. Sir Gerald Templer yang telah

menggantikan Sir Henry Gurney pada tahun 1952 sehingga 1954 telah melancarkan operasi “

Perang Saraf ” yang bermatlamat memerangi hati rakyat.17 Antara langkah-langkah yang diambil

oleh beliau ialah melayan dengan baik gerila PKM yang ingin menyerah diri, memberi hadiah

kepada penduduk yang membantu menangkap atau memberi maklumat serta berjuta-juta risalah

dijatuhkan di dalam hutan dan kapal terbang dengan pembesar suara.

Selain itu, perintah berkurung juga telah dikuatkuasakan oleh pihak British. Manakala,

kawasan putih dibebaskan daripada perintah berkurung. Soal selidik diberikan kepada penduduk

16 Mohd Jarib Johan. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1985. hlm 200. 17Ibid. hlm 202.

8

Page 9: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

yang wajib dijawab, serta galakkan kerajaan kepada penduduk untuk menunjukkan perasaan anti-

komunis, menarik perhatian orang Cina dengan menambah hak kerakyatan sebanyak 10 % serta

memperkenalkan kad pengenalan bagi mengenal pasti komunis atau rakyat biasa.

3.5 PERANAN MCA

Pada tahun 1949, MCA atau “Malaysian Chinese Association” sebagai parti yang menyokong kerajaan

telah ditubuhkan. Tun Tan Cheng Lock telah dilantik sebagai presiden parti MCA ini, sehingga tahun

1958. MCA ini ditubuhkan bertujuan adalah untuk menarik perhatian orang Cina bagi menyokong

kerajaan menentang PKM. Antara langkah yang diambil oleh MCA ialah mengutip derma untuk

membantu kehidupan penduduk Kampung Baru. Sebagai contoh, menjual tiket loteri dan hasil

jualan pada tahun 1950 sehingga 1953 yang bernilai jutaan dan 4 juta daripadanya dibelanjakan

untuk perkhidmatan berkaitan darurat bagi membantu orang Cina yang menetap di Kampung Baru.

3.6 TAWARAN MENYERAH DIRI

Tawaran ini diberikan bagi mewujudkan perpaduan kaum antara orang Melayu, Cina dan India.

Kaum-kaum ini diwakili oleh parti politik masing-masing seperti UMNO, MCA dan MIC bagi

membentuk Parti Perikatan yang menang dalam pilihanraya pada tahun 1955 telah mencadangkan

agar komunis menyerah diri.18 Antara menifesto parti tersebut ialah memberi pengampunan

kepada pihak komunis dan diberi peluang menyerah diri pada September 1955 dimana 12 juta pas

pengampunan ditabur di dalam hutan. Hasil dari pengisytiharan pengampunan beramai-ramai itu,

terdapat 21 orang pengganas komunis telah menyerah diri sehingga bulan Oktober 1955. Selain itu,

terdapat juga anggota komunis yang menyerah diri iaitu enam orang Melayu termasuk Ahmad

Salleh iaitu anak lelaki kepada Encik Muhammad Salleh Bin Muhammad Zain yang merupakan ahli

Majlis Mesyuarat Negeri Pahang pada ketika itu.

3.8 RUNDINGAN BALING

Semasa Tunku Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu, beliau

bersedia berunding tentang pengampunan.19 Rundingan awal ini diadakan di Baling paada 28

18 Abdul.Samad Idris. 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1982. hlm

368. 19 Mohd Jarib Johari. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985. hlm

9

Page 10: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Disember 1955 di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris (putera). Dalam perundingan ini, Tunku telah

menekankan bahawa beliau hendak menjelaskan syarat-syarat pengampunan tetapi Chin Peng

menolak kerana mahu PKM ada hak seperti parti-parti lain boleh bergiat dalam bidang politik yang

sah.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Tunku ialah Tunku mahu PKM meletakkan senjata dahulu,

kemudian keluar dari hutan dan menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu serta mahu PKM

dibubarkan. Namun begitu, perjumpaan yang berlangsung selama dua hari ini telah membawa

kegagalan dan kerajaan telah mengambil keputusan untuk berperang secara habis-habisan dan

pengampunan yang ditawarkan juga telah ditarik balik pada 8 Februari 1956.

4.0 KESAN-KESAN DARURAT

Darurat telah meninggalkan banyak kesan sama ada jangka pendek atau jangka panjang terhadap

pembentukan Malysia sehingga ke hari ini. Darurat yang tidak di ingini berlaku akhirnya membawa

kepada implikasi jangka panjang dalam konteks perpaduan. Darurat 1948 sehingga 1960

membawa pertukaran yang asas kepada hampir kesemua aspek kehidupan tanah Melayu

terutamanya dalam melambatkan proses kemerdekaan di Tanah Melayu itu sendiri dan pelbagai

kesan lain.

4.1 MELAMBATKAN PROSES KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Selepas tentera Jepun menyerah diri, orang Melayu mula sedar dan bangkit untuk mendirikan

negara sendiri. Semangat nasionalisme terpancar dan tumbuh di segenap masyarakat tempatan.

Hal ini disebabkan kekalahan British terhadap Jepun. Pada mulanya, British dianggap satu kuasa

besar yang kuat. Namun, kekalahan ini merupakan titik tolak kepada kejatuhan maruah mereka

sekaligus melahirkan semangat kebangsaan masyarakat Melayu dalam menentukan kerajaan

sendiri. Semasa pertukaran tampuk pemerintahan Jepun kepada british semula, gerila-gerila

komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa kawasan. Namun demikian dalam

beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih kuasa

bagi kerajaan British. Pada masa yang sama Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA)

dibubarkan.

Walau bagaimanapun, apabila darurat berlaku, ia telah melambatkan proses perkembangan

ke arah kemerdekaan tanah Melayu. Hal ini kerana, british pada mulanya bersetuju untuk memberi

204.

10

Page 11: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

kemerdekaan terhadap tanah Melayu. Namun, kemerdekaan akan diberikan sekiranya tanah

Melayu dalam keadaan aman. Sebelum Rundingan Baling, kerajaan british berjanji untuk

memberikan kemerdekaan kepada tanah Melayu. Bagaimanapun, pihak british mula berasa khuatir

di labelkan sebagai imperialisme tulen dan ini menguntungkan PKM.20 PKM cuba mendirikan

sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mula meresapi pelbagai

pertubuhan politik, belia dan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas dalam PKM yang masih

halal ketika itu. Setelah mendapat arahan dari Comintern dan merasakan perjuangan cara politik

telah gagal, PKM mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu sejajar

dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada perjuangan kekerasan

bersenjata.

4.2 KEHIDUPAN PENDUDUK TIDAK TERJAMIN

Serangan, kekejaman, ugutan, sabotaj serta pelbagai tindakan komunis menimbulkan ketakutan,

penderitaan dan kesengsaraan penduduk di Tanah Melayu. Pembunuhan dan penganiayaan

berlaku secara meluas. Pengalaman pahit penguatkuasaan darurat di Tanah Melayu bukan sahaja

dirasakan oleh penduduk Cina, malahan penduduk Melayu, India, Orang Asli, bahkan orang Eropah

yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu. Dalam hal ini, penduduk Cina sentiasa menjadi

sasaran komunis kerana komunis cuba menimbulkan keadaan huru-hara supaya timbul

ketidakyakinan penduduk terhadap pentadbiran kerajaan. Antara tindakan yang dilancarkan oleh

komunis ialah serangan bom tangan. Kejadian sabotaj bom yang paling ngeri berlaku di Sheum

Circus di Kampar, Perak, pada malam 5 Julai 1949 yang mengakibatkan 46 orang cedera dan 4

orang mati.

Selain sabotaj bom tangan, komunis juga melakukan kegiatan pembunuhan, penculikan,

rampasan dan pembakaran harta benda penduduk Cina. Misalnya, pada awal Julai 1948, 3 orang

Cina dijumpai mati di hutan simpan Bota berhampiran Tronoh, Perak. Mereka ditetak mati dengan

parang oleh komunis. Sementara itu, orang Cina yang bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha

membanteras kegiatan komunis juga tidak dapat lari daripada serangan komunis. Misalnya, Chong

Keat Ooi, berumur 35 tahun, seorang Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Perak, ditembak mati

oleh komunis berdekatan Langkap, Teluk Intan pada 30 Jun 1948. Kontraktor dan ketua buruh,

terutamanya yang bekerja untuk estet dan firma Eropah turut menjadi sasaran serangan komunis.

Orang Cina yang enggan bekerjasama dengan komunis juga akan mengalami nasib yang malang.

20 Mohd. Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan

Publications dan Distributors Sdn.Bhd. 2002. Hlm 324.

11

Page 12: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Buktinya, pada 27 Jun 1948, seorang kepala (ketua) buruh berbangsa Cina di Estet Braemar,

Kajang, mati ditembak oleh komunis di luar sebuah kedai di Sungai Kantan, Selangor. Pada

mayatnya diselitkan secebis nota dalam bahasa Cina yang berbunyi “to destroy labour thief”.

Penduduk Melayu juga tidak dapat lari daripada ancaman komunis dalam tempoh darurat.

Misalnya, pada 21 Jun 1948, seorang pengawal hutan berbangsa Melayu diikat oleh dua orang

komunis dan kemudian ditembak mati di Bota berdekatan dengan Tronoh, Perak. Dalam kejadian

lain, Abdullah, Pegawai Haiwan Temerloh, Pahang, ditembak dan dibakar oleh komunis pada 19

Januari 1949 di Batu 7, Bentong bersama-sama dengan 11 kakitangan yang lain. Orang India juga

tidak terlepas daripada kekejaman dan penyeksaan komunis. Pada 10 Julai 1948, seorang

kontraktor India dibunuh oleh komunis di Estet Siliau, Rantau, Negeri Sembilan. Sehari

kemudiannya, seorang mandur India dibunuh oleh komunis di sebuah estet di Port Dickson.

Kemudian, orang Asli juga menderita akibat kegiatan komunis. Mereka sering diugut supaya

bekerjasama dengan komunis sebagai pembekal makanan, pemandu jalan dan pengumpul

maklumat. Orang Asli menjadi mangsa keganasan komunis kerana mereka tinggal di dalam hutan

yang merupakan pusat kegiatan komunis. Antaranya, pada 10 Oktober 1948, kampong Orang Asli di

mukim Sungai Segamat, Johor yang diduduki oleh 97 orang Asli diserbu oleh komunis. Kejadian

tersebut mengakibatkan kesemua orang Asli berpindah dari kampong pada malam kejadian itu.

Peladang dan pelombong Eropah juga turut menjadi mangsa kepada PKM. Sehingga Julai

1954, United Planters Association of Malaya (UPAM) menganggarkan terdapat tujuh peratus

peladang Eropah yang dibunuh di Tanah Melayu pada zaman darurat. Pada tahun 1951, peladang

Eropah terus terdedah kepada ancaman komunis. Buktinya, pada 10 Januari 1951, penolong

pengurus Estet Brooklands, Banting, Kuala Langat, Selangor, W.J Shaw, ditembak mati oleh komunis

ketika mangsa sedang menunggang basikal di estet bersama pembantunya, A. N. Symons yang

mengalami kecederaan.21

4.3 KELAHIRAN PENEMPATAN BARU

Semasa darurat berlaku pihak British telah membuat jalan penyelesaian berkaitan penempatan

baru. Ekoran daripada berlakunya darurat ia telah mendorong kepada kewujudan penempatan ini

di atas beberapa sebab. Dikatakan penempatan semula telah di buat hampir berjumlah 650 000

setinggan kepada hampir lebih 550 buah kampung baru. September 1948, jawatankuasa telah

21 Ho Hui Ling. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya. 2004. hlm 44-61.

12

Page 13: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah setinggan di pinggir-pinggir hutan yang diancam

komunis. Sebelum tamatnya darurat, lebih setengah juta setinggan telah ditempatkan semula demi

kepentingan ketenteraan. Usaha ini dilaksanakan di bawah Rancangan Briggs sebagai satu strategi

mengebulurkan gerila komunis.22 Selain itu, kampung-kampung ini di pagar dengan kawat berduri

dan dikawal oleh pasukan keselamatan. Kampung baru ini dilengkapkan dengan kemudahan awam.

Penempatan semula setinggan cina ini penting kerana kebanyakan orang Cina tinggal berselerak di

pinggir hutan ekoran daripada penjajahan dan pemerintahan jepun.

Pada amnya, golongan ini bersimpati dan menyokong perjuangan komunis dengan memberi

bantuan dan bekalan seperti makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan. Oleh hal yang demikian,

penempatan semula ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada operasi menentang kegiatan

komunis di Malaya ketika itu. Hampir 80% kampung baru telah ditubuhkan semasa darurat yang

kebanyakannya terletak di Pantai Barat Tanah Melayu, separuh darinya terletak di negeri Perak

dan Johor. Keadaan ini memperlihatkan ke tidak seimbangan jumlah penduduk yang menetap di

kawasan ini. Hal ini kerana, jumlah penduduk yang menduduki penempatan baru ini dikuasai oleh

bangsa Cina. Mohd Ridwan Haji Asri di dalam bukunya yang bertajuk “Pemberontakan Bersenjata

Komunis di Malaya”;1993, mengatakan bahawa jumlah peratusan penduduk di penempatan baru ini

didominasi oleh bangsa Cina iaitu sebanyak 86%, sedangkan Melayu hanya 9% manakala India dan

lain-lain masing-masing sebanyak 4% dan 1%.23

4.4 KELUMPUHAN EKONOMI TANAH MELAYU

Kelumpuhan ekonomi di Tanah Melayu dapat dilihat iaitu bermula setelah Jepun mengunakan

teknik bumi hangus sebelum kekalahannya kepada pihak Barat. Teknik bumi hangus ini adalah

dengan merosakkan sistem pengangkutan dan keadaan ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu

adalah seperti membakar ladang getah, robohkan jambatan dan jalan kereta api dirosakkan.

Perkara ini turut dilakukan oleh pihak komunis dalam temoh masa 2 minggu selama mereka

berkuasa di Tanah Melayu. Hal ini telah berjaya mematikan ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu

sehinggakan memaksa British untuk menggunakan wang mereka bagi membangunkan kembali

Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, kerajaan British pula tidak dapat menumpukan sepenuhnya

22 Mohd Reduan Haji Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaya. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993. hlm 65.23 Ibid.

13

Page 14: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

perhatian untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu kerana menumpukan usaha dalam

membanteras komunis.24 Sama seperti Jepun, kegiatan komunis ini harus dihentikan segera kerana

pihak British sukar untuk embangukan semula kawasan Tanah Melayu sekiranya aktiviti-aktiviti

sekonomi dilumpuhkan olehnya.Hal ini turut dapat dilihat melalui kelakuan komunis yang sering

merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong biji timah dan menetak beribu-ribu batang

pokok getah sebagai cara mereka untuk memastikan ekonomi Tanah Melayu runtuh.25

Kelumpuhan ekonomi ini juga turut sama dirasakan oleh semua penduduk Tanah Melayu

pada ketika itu. Walaupun pengistiharan darurat telah dilakukan di seluruh Tanah Melayu untuk

tujuan menghadkan pergerakkan komunis, namun pengistiharan ini juga turut sama menyebabkan

urusan perdagangan di Tanah Melayu tergendala. Hal ini kerana perintah berkurung yang telah

dilaksanakan bukan sahaja telah menghadkan pergerakkan komunis malahan penduduk tempatan

yang ingin menjalankan ekonomi sara diri pada ketika itu juga turut mengalami masalah yang

sama.

4.5 BEBAN KEWANGAN YANG TINGGI

Keadaan darurat yang berlaku di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan adalah

merupakan satu bebanan yang tinggi bukan sahaja kepada penduduk malahan turut sama dapat

dirasakan oleh pihak British sendiri. Hal ini kerana, sewaktu perang dunia kedua meletus, British

telah menggunakan hampir kesemua ekonominya dalam memenangi perang tersebut. Hal ini telah

membawa kepada keadaan ekonomi yang teruk kepada British kerana dianggap muflis.26 Keadaan

di Tanah Melayu yang memerlukan jumlah kewangan yang banyak dalam membangunkan semula

ekonominya telah menjadi satu bebanan yang sangat tinggi kepada pihak British. Selain itu, dasar

pihak British bagi mengawal kemasukan dan melumpuhkan punca makanan komunis telah

membawa kepada pembukaan Kampung Baru yang dilaksanakan dibawah Rancangan Briggs.

Sistem kampung baru ini telah dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari, dan dikawal rapi

oleh pihak Brish bagi mewujudkan zan putih dan zon hitam. Hal ini sudah semestinya memerlukan

sejumlah peruntukan yang besar buat British. Dianggarkan seramai dua juta orang telah berada 24 Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang. Darurat . Kuala Lumpur: Muzium Angkatanm Tentera. 1984. hlm. 51.

25 Mohd Reduan Asri. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. 1993. hlm 48

26 Ho Hui Ling. Op.cit. hlm 78.

14

Page 15: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

dibawah rancangan ini dan kerajaan British terpaksa membelanjakan $7 juta pada tahun 1950 dan

meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954.

Selaras dengan itu, bebanan kewangan yang tinggi juga terpaksa diberikan oleh kerajaan

British dalam menangani komunis melalui sistem keselamatan dan ketenteraan. Kekuataan tentera

yang pada mula 10 batalion telah ditambah kepada 20 batalion pada 1951 bagi memperkuatkan

jentera pertahanan British ini. Kerajaan British juga menubuhkan pula Polis Hutan sebagai usaha

menambahkan kekuatan selain memperbesarkan Pasukan Udara dengan satu pasukan penggempur

dan angkatan Tentera Laut untuk memerangi komunis di kawasan sungai. Pegawai kampung

ditugaskan sebagai mengawal kampung seperti melindungi kampung, mengawal kawasan strategi,

membantu polis membuat pemeriksaan dan tugas lain yang diperlukan. Dalam pada itu juga,

kerajaan telah menambah lagi bilangan rekrut baru. Jumlah anggota polis biasa dan khas meningkat

kepada 4000 ribu orang serta penubuhan Cawangan Khas Polis untuk menjadi perisik. Hasilnya,

kesemua corak pertahanan dan ketenteraan ini telah melibatkan satu jumlah yang tinggi kepada

pihak British.

4.6 KEGIATAN EKONOMI RAKYAT TERJEJAS

Sewaktu keadaan darurat masih dikuatkuasakan, satul tindakan berani telah digunakan oleh pihak

komunis dalam memastikan bekalan makanan mereka sentiasa ada. Kebanyakkan daripada

anggota komunis ini mencari tempat perlindungan di hutan bagi mengelakkan diserang oleh pihak

British. Namun begitu, hal ini telah membawa kepada masalah yang sangat serius kepada peniaga,

pekedai, pengusaha kebun atau ladang dan pelombong pada masa itu. Hal ini adalah kerana,

mereka adalah merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang perlindungan dan

tuntutan keperluan makanan. Kegagalan memenuhi permintaan komunis bukan sahaja

menyebabkan kedai, lombong, ladang dan tanaman mereka menanggung risiko, tetapi juga nyawa

diri dan keluarga terancam. Contohnya, pada awal pagi 18 Mei 1950, seorang peniaga Cina di

Temerloh, Pahang, menjumpai sepucuk surat yang diselitkan masuk melalui pintu rumahnya pada

waktu malam, meminta wang dengan ugutan mencederakan peniaga itu dan keluarganya.27

Keganasan komunis itu sedikit sebanyak telah menyebabkan para peniaga dan pengusaha berasa

bimbang tentang keselamatan mereka serta menjejaskan aktiviti peniagaan dan ekonomi mereka.

27Ibid. hlm 93.

15

Page 16: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Selain itu, pekerja-pekerja di estet dan lombong juga sering ditakut-takutkan dan

kadangkala dibunuh bagi menyekat mereka daripada terus bekerja. Kegiatan komunis ini telah

menjejaskan hasil pengeluaran sektor getah dan bijih timah. Dalam usaha komunis mengganggu

perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, peladang Eropah turut menjadi sasaran keganasan

komunis. Antara kejadian serangan komunis ke atas peladang Eropah telah berlaku pada 15

Oktober 1948 yang mengakibatkan Jack Moss, penolong pengurus Estet Jerantut, Kuala Lipis,

Pahang, mati ditembak oleh komunis ketika mangsa sedang menjalankan penyeliaan di estet.28

Semua ini adalah satu hela komunis bagi menakut-nakutkan masyarakat Tanah Melayu dan

menyebabkan para pengusaha Eropah takut untuk terus menetap serta membuka estet-estet baru

di Tanah Melayu, hal ini telah membantutkan lagi kegiatan ekonomi di Tanah Melayu.

5.0 ANALISIS SOALAN

Kekejaman,kejahatan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh komunis secara berleluasa di Tanah

Melayu menyebabkan kerajaan British terpaksa mengambil tindakan dengan mengisytiharkan

Undang-undang Darurat yang bertujuan untuk menghapuskan komunis dan memulihkan

keamanan negara.Usaha menentang gerakan komunis menjadi semakin giat menjelang Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan sehingga akhirnya komunis dapat dilemahkan dan zaman Darurat

tamat pada 31 Julai 1960.

28Ibid. hlm 97.

16

Page 17: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Selain itu, darurat memberi pelbagai impak negatif kepada masyarakat di Tanah Melayu

sehingga mengajar mereka erti perpaduan dan kerjasama.Tambahan pula, darurat telah membawa

satu implikasi yang besar kepada ekonomi serta memberi pengertian yang besar kepada

pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dalam merencanakan dasar luar Tanah Melayu sebaik sahaja

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pengalaman ini menyebabkan Tanah Melayu begitu sensitif

kepada aktiviti komunis di seluruh dunia dan bersikap anti-komunisme.

6.0 KESIMPULAN

Konklusinya, darurat berjaya ditamatkan walaupun mengambil masa selama dua belas tahun.

Kejayaan ini berjaya dicapai melalui tindakan drastik dengan melancarkan peperangan secara

habis-habisan oleh kerajaan dan telah menyebabkan ramai pengikut Chin Peng mati terbunuh

seperti semasa gerila-gerila PKM ingin bergerak ke kawasaan pergunungan, seramai 2500 orang

telah terbunuh dan hanya 500 orang sahaja yang berjaya sampai ke kawasan pergunungan

Thailand itu. Malah semakin ramai yang berpaling tadah, seperti orang penting PKM sendiri telah

17

Page 18: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

menyerah diri pada 30 Disember 1954 iaitu Osman Cina dan Hor Leung. Selain itu, ramai juga

bilangan PKM yang mati kelaparan dan menyerah diri.

Tindakan proaktif kerajaan pada ketika itu, nyata berkesan ditambah pula dengan kemenangan

Parti Perikatan dan telah membentuk kerajaan menjadi tanda kegagalan besar buat PKM. Pada 31

Julai 1960 darurat diisytiharkan tamat dan pada tahun 1991 PKM telah meletakkan senjata dengan

rasminya. Kehadiran PKM mengakibatkan kesengsaraan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu,

membantu perpecahan kaum dan menimbulkan pergaduhan antara kaum Cina dan Melayu. Hal ini

seterusnya telah memperlambatkan proses untuk mencapai kemerdekaan daripada British kerana

tumpuan pemerintah pada ketika itu lebih kepada usaha menangani masalah politik akibat darurat.

Tambahan pula, darurat menjadi titik tolak dan menunjukkan bahawa betapa penting dan perlunya

perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara kita bagi mengecapi kemajuan dan pembangunan

bersama.

RUJUKAN

Abdul Samad Idris. 1982. 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Pustaka Budiman

Ho Hui Ling. 2004. Darurat (1948-1960 ) Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

18

Page 19: Esei Full Sejarah Malaysia Solan 9 (2015)

Khoo Kay Kim dan Adnan Haji Awang. 1984. Darurat. Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Selangor: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd

Mohd Janib Johari. 1985. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mohd Reduan Asri. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malayasia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd. Ghani. 2003. Kenegaraan Malaysia: Isu-isu Dalam Pembinaan Negar. Pahang: PTS Publication

19