Esei Guru Cemerlang DG34

5
a. Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran/bidang yang dipohon. Menjadi seorang guru sains yang berkebolehan merupakan suatu tanggungjawab dalam menjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan sinergi mantap semua pihak, khasnya di kalangan warga pelajar dan ibubapa, untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara. Namun, saya juga sedar bahawa tugas paling mencabar yang telah diamanahkan oleh pihak kementerian dan masyarakat ini merupakan satu penghormatan amat tinggi kepada saya. Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini, saya berazam untuk melakukan segala usaha demi membuat perubahan dan pembaikan kepada murid-murid saya. Saya akan mencari pelbagai cara dan kaedah dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Di samping perlu berani mengambil pendekatan levelling up, iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu isi pelajaran sains khususnya, sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik dan dapat pula mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dengan jayanya. Saya juga mencari strategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran sains termasuklah menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari kaedah dan dan teknik yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai sesuatu tajuk pelajaran yang dirasakan sukar difahami dan diingati oleh para murid. Ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains adalah berkait rapat dengan cara pengajaran dan perwatakan seseorang guru. Dengan menyediakan suatu teknik yang mudah difahami oleh mereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping membantu memotivasikan

Transcript of Esei Guru Cemerlang DG34

Page 1: Esei Guru Cemerlang DG34

a. Usaha anda bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran/bidang yang dipohon.

Menjadi seorang guru sains yang berkebolehan merupakan suatu tanggungjawab dalam

menjana modal insan negara sesungguhnya menuntut pewujudan sinergi mantap semua

pihak, khasnya di kalangan warga pelajar dan ibubapa, untuk bersama-sama meningkatkan

kecemerlangan pendidikan negara. Namun, saya juga sedar bahawa tugas paling mencabar

yang telah diamanahkan oleh pihak kementerian dan masyarakat ini merupakan satu

penghormatan amat tinggi kepada saya.

Dalam menghadapi cabaran era globalisasi yang semakin kompetitif pada hari ini,

saya berazam untuk melakukan segala usaha demi membuat perubahan dan pembaikan

kepada murid-murid saya. Saya akan mencari pelbagai cara dan kaedah dalam usaha untuk

meningkatkan mutu pendidikan negara. Di samping perlu berani mengambil

pendekatan levelling up, iaitu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan keupayaan

pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu isi pelajaran sains khususnya,

sehingga mereka boleh menguasai ilmu itu dengan baik dan dapat pula mengaplikasikannya

dalam kehidupan harian dengan jayanya.

Saya juga mencari strategi tertentu untuk meningkatkan mutu pengajaran sains

termasuklah menjalankan kajian tindakan dari semasa ke semasa demi mencari kaedah dan

dan teknik yang paling bersesuaian dalam membantu murid menguasai sesuatu tajuk

pelajaran yang dirasakan sukar difahami dan diingati oleh para murid. Ini mengambil kira

fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar

mengenai konsep-konsep sains adalah berkait rapat dengan cara pengajaran dan

perwatakan seseorang guru. Dengan menyediakan suatu teknik yang mudah difahami oleh

mereka ia dapat meningkatkan kefahaman murid di samping membantu memotivasikan

murid dan saya sendiri dalam usaha meningkatkan kuliti pembelajaran sains. Penerapan program kendiri seperti Pembimbing Rakan Sebaya dan Mentoring

sewaktu persatuan Sains dan Matematik adalah program yang harus diberi perhatian

dandilaksanakan oleh pihak sekolah.melalui program seperti ini dapat mengeratkan

hubungan antara guru dan pelajar .Saya yakin bahawa perubahan dan pembaikan adalah

penting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara, dan sekali gus melonjakkan kemajuan

Page 2: Esei Guru Cemerlang DG34

negara pada masa depan, yang perlu berani dilakukan sekarang. Usaha mewujudkan

masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras

keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia,

tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang

tinggi , berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

b. Harapan dan wawasan anda sebagai seorang Guru Cemerlang.

Guru Sains yang unggul adalah menjadi harapan dan wawasan saya sebagai seorang Guru

Cemerlang. Menjadi seorang guru yang berketerampilan dari segi jasmani , emosi ,rohani

dan intelek serta beretika dan bertauliah adalah menjadi matlamat saya sebagai guruSains

sepenuh masa di sekolah . Saya juga menaruh harapan dan wawasan sebagai

GuruCemerlang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa arus perubahan agar

dapatmemperbaiki diri remaja, pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat sekolah

amnya.Tanggungjawab dan peranan ini akan saya pikul dengan rasa tanggungjawab

danamanah yang diberi dengan hati yang ikhlas dan niat yang murni untuk agama , bangsa

dannegara .Apabila saya bergelar Guru Cemerlang ianya akan menjadi satu suntikan

semangatdan motivasi kepada diri saya untuk saya lipatgandakan usaha bagi membentuk

modal insandikalangan pelajar dan remaja yang cemerlang dan terbilang.Guru Cemerlang

juga akanmenjadi satu wadah perjuangan saya bagi memartabatkan khidmat saya dan

rakan-rakanseperjuagan.Saya juga mengharapkan agar semua sekolah dapat mewujudkan

suasana yang dapatmenggalakan interaksi dalam bilik darjah. Keadaan dan situasi ini tidak

tertumpu sahajadibilik khas tetapi meliputi ruang-ruang dipejabat , bilik guru ,kelas-kelas dan

juga bilik-bilik khas yang terdapat disekolah seperti makmal komputer , makmal sains ,

perpustakaan dan bilik-bilik lain.Sehubungan dengan itu Guru Cemerlang merupakan satau

suntikan serta memberikansatu lonjakan saujana kearah merealisasikan wawasan

dan harapan mewujudkan komunikasiyang baik. Harapan dan wawasan saya juga ingin

melihat pada masa hadapan guru dapatmemainkan peranan yang amat penting

bagi menentukan hala tuju kerjaya pelajar.Peranan dan tanggungjawab sebagai

Guru matapelajaran sepenuh masa perludipandang serius agar modal insan serta intan

permata Negara dapat terus digilap keranaianya merupakan elemen yang penting dalam

usaha memastikan Negara Malaysia dapat terus bersaing dan mempunyai

daya tahan terutamanya dalam bidang ekonomi dan sosial diwaktudunia yang

semakin mencabar. Kini ekonomi dan juga sosial yang berlandaskan pengetahuanserta

bertunjangkan sains dan teknologi.Saya juga menaruh harapan agar masalah masalah

seperti ponteng sekolah , ponteng kelas , pergaduhan , masalah social , dan pelbagai lagi

masalah yang terdapat disekolah dapatdikurangkan peratusnya atau dapt di atasi

sepenuhnya iaitu sifar ponteng dan lain-lain lagi.Guru yang cemerlang merupakan seorang

guru yang sentiasa mempunyai wawasan danmatlamat diri yang mulia iaitu ingin melihat

Page 3: Esei Guru Cemerlang DG34

kejayaan cemerlang dikalangan pelajar- pelajarnya iaitu cemerlang akademik , cemerlang

kokurikulumnya, cemerlang akhlaknya dancemerlang agamanya.Sekian terima kasih.

Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata

pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk

pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran

dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran

pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan

berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi”

Sumber : Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang

Menjadi guru cemerlang sains yang pakar adalah menjadi harapan saya. Ini kerana

saya ingin lebih cenderung menumpukan perhatian penuh pada pengajaran dan

pembelajaran murid. Di samping akan lebih memotivasikan diri saya ke arah kejayaan

pelajar khususnya. Pelajar juga akan lebih yakin dan percaya pada kemampuan guru di atas

tiket Guru Cemerlang. Saya akan lebih bersungguh-sungguh menaikkan prestasi

pengajaran, mempelbagaikan lagi teknik cenderung dengan gelaran yang telah diberikan.

Saya menjadi lebih proaktif ,responsif dan inovatif terhadap keperluan pelajar. Menjadi guru

cemerlang juga memberi saya peluang berkongsi bersama rakan-rakan lain yang setaraf

untuk menaikkan lagi gred purata mata pelajaran sains di dalam UPSR .

Menjadi guru cemerlang akan cenderung memantapkan ilmu keguruan dalam diri

kerana ingin membantu pelajar. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan

membimbing pelajar ke arah kejayaan adalah matlamat utama saya. Sementelah lagi pelajar

kategori pendengaran, tidak ramai yang boleh membantu mereka dari segi pembelajaran

ataupun masalah peribadi. Di atas gelaran guru cemerlang, kebolehpercayaan pelajar

terhadap kemampuan guru cemerlang memang tidak boleh dinafikan lagi. Ini sekaligus

membolehkan prestasi ditingkatkan.

Inovasi dalam pengajaran adalah keutamaan dalam dunia pendidikan sekarang.

Menjadi guru cemerlang, membolehkan saya akan sentiasa bersama dengan pelajar,

melakukan inovasi baru pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti permainan

dikhususkan bagi memastikan pelajar sentiasa berminat dalam pelajaran Sains. Aktiviti di

luar bilik darjah lebih diperbanyakkan lagi untuk menjadikan inovasi satu budaya yang biasa

dilakukan. Saya juga ingin berkongsi inovasi yang dihasilkan dengan semua guru sains demi

meningkatkan lagi pengajaran sains.

Satu perjuangan yang saya harap dapat dilaksanakan ialah mewujudkan satu blog

yang dapat menjadi rujukan semua guru Sains yang mengajar pelajar masalah pendengaran

khususnya. Blog akan dipenuhi dengan maklumat penuh mengenai definisi masalah

Page 4: Esei Guru Cemerlang DG34

pendengaran, kategori-kategori masalah pendengaran, anatomi telinga sehingga kepada

teknik pedagogi mengajar pelajar pendengaran, dan koleksi bank soalan Sains UPSR.

Wawasan saya adalah supaya blog tersebut diantarabangsakan sehingga ke luar negara.

Sebagai guru cemerlang juga, saya akan memastikan pencapaian pelajar dapat

membantu kepada melonjakkan NKRA sekolah. Bagi memastikan mutu sekolah dapat

ditingkatkan, bidang kepakaran saya diteguhkan dengan peningkatan prestasi pengajaran

guru.  Perkongsian idea adalah lebih penting bagi memastikan misi ini tercapai. Jika guru

dapat dicemerlangkan, pelajar yang dihasilkan lebih gemilang hasilnya adalah sekolah yang

terbilang.