Esei No. 2 & 3

7

Click here to load reader

description

tips

Transcript of Esei No. 2 & 3

Page 1: Esei No. 2 & 3

ESEI

2. Prinsip Rukun Negara merupakan hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Huraikan setiap prinsip Rukun Negara dan bincangkan usaha-usaha yang boleh

dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam usaha ke arah mewujudkan semangat

perpaduan di negara ini. ( 30 Markah )

Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Page 2: Esei No. 2 & 3

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.

Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Fakta : menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis

membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.

memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu.

nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek semangat perpaduan prlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi

dan moral para pelajar Contoh: melalui subjek pendidikan moral, belajar nilai-nilai moral yang berkaitan

perpaduan, subjek bahasa melayu- menulis esei yang berlkaitan dengan semangat patriotik

Page 3: Esei No. 2 & 3

Fakta : aktiviti kokurikulum

pelajar dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti sukan, kelab, persatuandan badan beruniform

contoh : aktiviti menganjurkan pertandingan dalam sesuatu kelab. setiap kaum saling bekerjasama untuk menjayakannya.

contoh : semasa perkhemahan- saling bekerjasama dalam kumpulan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERIS memupuk semangat patriotic yang tinggi dan perpaduan

Fakta : menganjurkan aktiviti yang boleh memupuk perpadduan seperti kempen, kem atau pameran di sekolah

Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

contoh kempen : kem jati diri, pameran mengenai sejarah Malaysia

Fakta : menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. 

Dengan adanya sistem  pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid.

Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha  untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum.

Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.

Fakta : menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah

terdiri daripada murid yang berbilang kaum mendedahkan mereka mengenai sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh murid mempunyai kesedaran mengenai kepentingan perpaduan kaum di Negara kita contoh tempat bersejarah : A-Famosa- kisah penwujudan A-famosa

Fakta : menganjurkan program semasa Bulan kemerdekaan

pertandingan deklamasi sajak, penulisan esei, nyanian lagu patriotisme, melukis poster, pementasan drama dan pameran yang bertemakan semangat kebangsaan dan sebagainya

memberikan satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara kita. menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara

lebin mendalam. secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan

Page 4: Esei No. 2 & 3
Page 5: Esei No. 2 & 3

ESEI

3. Dasar Ekonomi Baru merupakan program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong perlaksanaan DEB dan huraikan strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat serampang dua mata dalam DEB tersebut.

Faktor-faktor yang mendorong perlaksanaan DEB –

Fakta 1

Peristiwa 13 Mei 1969. Terdapat kekurangan dari segi pengagihan dan keseimbangan

ekonomi mengikut etnik. Hal ini memberi kesan negatif sosial terhadap kaum-kaum di

Malaysia yang menyumbang kepada kesan negatif yang memungkinkan timbulnya rasa

tidak puas hati terhadap pengagihan hasil ekonomi. Ketidakpuasan hati tersebut

kemudiannya membawa kepada berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Contoh,

orang Melayu bekerja dalam pertanian tradisional di kampung dan Orang Cina bekerja

dalam perlombongan, perindustrian, dan perkhidmatan dalam bandar.

Faktor 2

Dasar pecah dan perintah penjajah British. Wujud keadaan permetakan antara kaum

dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berbeza. Setiap komuniti jarang berkomunikasi

dengan komuniti yang lain. Di samping itu, keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan

antara kaum dari segi ekonomi, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Contoh, orang Melayu bekerja dalam pertanian tradisional di kampong, Orang Cina bekerja

dalam perlombongan, perindustrian, dan perkhidmatan dalam Bandar, Orang India bekerja

dalam perladangan di ladang.

Strategi

Faktor 1

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Bagi mencapai salah satu objektif DEB,

iaitu mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf

pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia,

kerajaan berusaha meningkatkan taraf pendapatan rakyat. Contoh, menambahkan daya

pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih

baik, dengan program-program tananman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musin;

kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit

Page 6: Esei No. 2 & 3

Faktor 2

Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Kerajaan turut mengambil langkah

Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan sebagai salah satu strategi dalam

membasmi kemiskinan. Contoh, menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang

mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah

FELDA, FELCRA; projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan

dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang

pendidikan dan latihan

Faktor 3

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara bandar dengan luar

bandar dan antara wilayah. Kerajaan mengambil langkah mengurangkan jurang

perbezaan pendapatan antara kaum melalui peningkatan peluang masyarakat Melayu dan

golongan Bumiputera dalam perindustrian. Kerajaan turut mengambil langkah

mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar melalui langkah

memodenkan kawasan luar Bandar. Contoh, kerajaan telah melaksanakan pelbagai

perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan

air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk

mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku

teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.