esei psikososial

12
1 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN 2 PENGHARGAAN 3 ESEI 4 RUJUKAN 9

description

psikososial essay

Transcript of esei psikososial

ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN2

PENGHARGAAN3

ESEI4

RUJUKAN9

HALAMAN PENGAKUAN

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Nama Penulis: DHURRISWARY A/P MANIKKAMTarikh: 9 MAC 2015

PENGHARGAANTerlebih dahulu kami ingin bersyukur kepada Tuhan yang maha esa, kerana atas limpa kurnia-Nya kami telah dapat menyiapkan tugasan projek ini tepat pada masanya. Kami ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada pensyarah subjek Psikososial dan Sukan (PJM 3172) iaitu Encik Mohamad Idris Bin S.Syed Ahamed telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan projek ini. Kami menyedari bahawa tanpa bimbingan beliau, adalah mustahil bagi kami untuk menyiapkan tugas ini dengan jayanya. Kami telah berjumpa dengan beliau untuk bertanyakan soalansoalan yang tidak difahami. Apa-apa perkara yang tidak pasti akan dirujuk kepada pensyarah terlebih dahulu. Beliau tidak pernah menolak permintaan kami sebaliknya memberikan tunjuk ajar kepada kami.Tidak terkecuali ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tak kira dari segi didikan atau kewangan, mereka memang menolong kami dengan sepenuh hati. Setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka. Disamping itu,kami turut ingin mengucapkan terima kasih kepada mruid-murid sekolah kami yang telah banyak bekerjasama untuk menyiapkan tugasan kami. Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam proses penyiapan tugasan projek ini secara langsung atau secara tidak langsung.

Sekian, terima kasih

ESEI

Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan.

Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.

Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit.

Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.

Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah.

Proses sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.

Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan. Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah. Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan ragbi dan gusti.Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu. Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.

Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan. Motivasi yang diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk mengharumkan nama negara dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong atlet mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy.

Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat pertahanan diri. Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain. Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. Misalnya individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate do, taekwondo, menembak dan memanah.Kesimpulannya, sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga agen-agen sosialisasi hasil daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan.

John (2006) yang memetik dari Garbarino, Bradshaw, & Kostelny (2005) dan Luster & Okagaki (2005) menyatakan:Children grow up in diverse families. Some parents nurture and support their children. Others treat them harshly or ignore them. Some children have experienced their parents divorce. Others live their entire childhood in a never-divorced family. Others live in a stepfamily. Some childrens mothers and fathers work full-time and place them in after-school programs. Other childrens mothers or fathers are present when they come home from school. Some children grow up in an ethnically uniform neighbourhood, others in a neighbourhood that is more mixed. Some childrens families live in poverty; others are economically advantaged. Some children have siblings; others dont. These varying circumstances affect childrens development and influence students in and beyond the classroom.

Keluarga juga merupakan pengaruh awal yang hadir didalam perkembangan individu. Kehidupan keluarga termasuk stail keibubapaan, sosio-ekonomik keluarga dan adik-beradik. Melalui keluarga, individu dapat berdikari dan mencari identiti diri.(Rahil & Habibah, 2002). Terdapat empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang terlibat dalam perkembangan individu iaitu minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa.

Menurut Rahil dan Habibah (2002) lagi, dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980), individu memandang positif tentang dua stail keibubapaan iaituauthoritativedan equalitarian. Ibu bapa authoritative menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam perbincangan dan meminta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Manakala ibu bapaequilitarianpula cuba memberi remaja membuat keputusan yang saksama.Dari segi sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat memberi dan menyediakan kemudahan, peralatan serta makanan yang berzat dan seimbang akan dapat membantu perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001) menyatakan bahawa makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembang jasmaninya dengan sempurna. Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003) juga menyatakan kekurangan jenis-jenis makanan yang tertentu akan memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan jasmani seseorang.

Selain daripada itu, adik-beradik juga boleh mempengaruhi perkembangan individu. Menurut Mc Devitt (2004) yang memetik dari Barr (1999) menyatakan bahawaOlder siblings also serve as role models (e.g., for asking parents to buy something) and playmates for younger children.Beliau juga memuatkan pernyataan dari kanak-kanak berumur 15 tahun yang bernama Robin yang menyatakan:My older brother is kind of like my Dad. Hes really nice to me With my brother, I usually like to play sports. With my little brother, I always play video games with him. My little sister, we like to argue with each otherShaharuddin (2001) juga memetik dari Eccles & Harold (1991) dan Greendorfer (1992) menyatakan bahawa pengaruh saudara tua (abang dan kakak) turut mempengaruhi penglibatan dalam bidang sukan.

Daripada jawapan kaji selidik yang diterima didapati faktor keluarga mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Sebanyak 94% murid menyatakan bahawa bapa mereka menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam sukan bolasepak. Sebanyak 76.5% bapa pula memberi respons bahawa mereka menggalakkan anak mereka melibatkan diri dalam sukan bolasepak dan 36% menghantar anak mereka untuk mengikuti skim bolasepak dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang diperlukan. Sebanyak 74% murid-murid menyatakan bahawa mereka bermain bolasepak di kawasan rumah. Selain itu, sebanyak 86% murid-murid memberi respons bahawa penglibatan mereka dalam bolasepak adalah kerana mengikut jejak adik-beradik mereka.

RUJUKAN

RUJUKAN

Shaharudin A. A. (2006). Mengaplikasikan Teori Psikologi Dalam Sukan. Cheras : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

.Mohd Sofian O.F. (2003). Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Praktikal. Cheras : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Cik Amal (2015) Belajar Melalui Bermain Merangsang Sosioemosi Kanak-Kanak. Diperolehi pada 8 Mac 2015, daripada http://cikamal.com/belajar-melalui-bermain-merangsang-perkembangan-sosioemosi-kanak-kanak.html

Albert J. Petitpas, Allen E. Cornelius, Judy L. Van Raalte, and Tiffany Jones. (2005). A Framework for Planning Youth Sport Programs That Foster PsychosocialDevelopment. The Sport Psychologist, 2005, 19, 63-80. Human KineticsPublishers, Inc.

How to use Windows Live Movie Maker Windows 8.1 (2014, Jun 9). Diperoleh daripada Laman web Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=gGUvnsF6wyADiakses pada 10 Mac 2015.