Esei Reflektif Sce3106en Zohari

7
ESEI REFLEKTIF Kini dalam kehidupan sehari - harian, kita tidak dapat lari dari sains. Ini Imenunjukkan betapa pentingnya sains dan teknologi dalam kehidupan kita dalam mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang maju. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi penekanan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah – sekolah. Jika dahulu para pelajar mula mengenali mata pelajaran Sains ketika berada di Tahun 4 tetapi kini ianya telah mula diajar sejak Tahun 1 lagi. Guru – guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi – isi pelajaran kepada para pelajar agar mereka mudah memahami dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Maka, penerapan kemahiran proses sains (KPS) memainkan peranan penting agar pembelajaran tersebut lebih bermakna dan efektif. Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Daripada maksud Sains itu sendiri, kita dapat mengetahui bahawa kemahiran saintifik (KS) adalah yang paling sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Di mana dalam kemahiran tersebut terdapat dua lagi pecahan iaitu KPS dan kemahiran manipulatif(KM). Di dalam KPS terdapat 12 kemahiran manakala bagi KM pula terdapat 5 kemahiran. Kemahiran saintifik sering kali kita dengari dalam mata pelajaran sains. Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu

Transcript of Esei Reflektif Sce3106en Zohari

Page 1: Esei Reflektif Sce3106en Zohari

ESEI REFLEKTIF

Kini dalam kehidupan sehari - harian, kita tidak dapat lari dari sains. Ini Imenunjukkan

betapa pentingnya sains dan teknologi dalam kehidupan kita dalam mengorak langkah ke

hadapan bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang maju. Oleh yang

demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi penekanan yang lebih

terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah – sekolah.

Jika dahulu para pelajar mula mengenali mata pelajaran Sains ketika berada di Tahun 4

tetapi kini ianya telah mula diajar sejak Tahun 1 lagi. Guru – guru memainkan peranan penting

dalam menyampaikan isi – isi pelajaran kepada para pelajar agar mereka mudah memahami

dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Maka, penerapan kemahiran

proses sains (KPS) memainkan peranan penting agar pembelajaran tersebut lebih bermakna

dan efektif.

Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau

dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Daripada maksud Sains itu

sendiri, kita dapat mengetahui bahawa kemahiran saintifik (KS) adalah yang paling sesuai

digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Di mana dalam kemahiran tersebut

terdapat dua lagi pecahan iaitu KPS dan kemahiran manipulatif(KM). Di dalam KPS terdapat 12

kemahiran manakala bagi KM pula terdapat 5 kemahiran.

Kemahiran saintifik sering kali kita dengari dalam mata pelajaran sains. Penerapan KS

adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan memahami alam,

mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem selain

daripada dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna (

Abu Hassan, 2004 ).

Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru – guru sewaktu di dalam kelas

tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains, Kemahiran Proses Sains adalah

amat penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga

dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis.

Page 2: Esei Reflektif Sce3106en Zohari

Kini kebanyakkan guru-guru di sekolah menggunakan pendekatan peperiksaan berpusat

(exam - oriented) ketika mengajar Sains. Mereka lebih menekankan teori sesuatu topik dalam

sukatan pelajaran yang sering kali keluar dalam peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM,

STPM dan sebagainya. Bagi mereka tiada masa untuk melakukan aktiviti eksperimen kerana

membuat latihan dari buku –buku soalan adalah lebih penting bagi mendapatkan keputusan

peperiksaan yang cemerlang dan menaikkan nama sekolah berbanding kefahaman pelajar

terhadap Sains.

Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal (Miller, 1991). Ini

bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran ke arah yang lebih

praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang di maksudkan adalah aktiviti hands – on di

mana para pelajar diberi kebebasan melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang

telah mereka pelajari di dalam kelas. Guru – guru seharusnya menerapkan KPS yang

berkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. Menurut Ismail Jusoh, (1998)

menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah diterapkan KPS bersama – sama

dengan isi kandungan yang disampaikan.

Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalah baru. Salah satu

punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah kurangnya

penguasaan terhadap konsep Sains. Ianya akan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak dapat

memahami konsep Sains itu sendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang

berbeza – beza. Maka guru – guru di sekolah haruslah bijak memilih pendekatan yang

bersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itu dengan mudah.

Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kita masih kekurangan

golongan – golongan saintis yang sepatutnya dapat membantu membangunkan negara selain

daripada golongan pekerjaan lain. Ini kerana kebanyakkan siswazah – siswazah dalam negara

kita hanya mengetahui sesuatu bidang yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabila

diberikan peralatan atau radas mereka tidak tahu mengaplikasikan apa yang dipelajari sejak

dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Oleh itu seharusnya sejak dari

sekolah rendah lagi, para pelajar didedahkan dengan kemahiran proses sains supaya masalah

– masalah seperti ini tidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai

para saintis dari negara kita.

Page 3: Esei Reflektif Sce3106en Zohari

Hasil kajian yang dijalankan oleh KPM (2000) jelas menunjukkan guru sains masih

cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru.

Antara masalah yang timbul ialah pelajar tidak dapat menghubungkaitkan sains dengan

kehidupan malah mereka juga tidak tahu apa gunanya mereka mempelajari mata pelajaran

tersebut. Selain daripada itu, menurut Rohana,(2003) penguasaan para pelajar dalam

Kemahiran Proses Sains masih di tahap sederhana.

Kemahiran proses sains ini perlu digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran

fakta-fakta sains dengan berkesan. Hal ini adalah kerana sains bukan hanya merupakan ilmu

pengetahuan sahaja malahan ia merupakan suatu cara untuk memahami alam persekitaran

secara sistematik. Kemahiran proses sains diperlukan oleh murid untuk mempelajari mengenai

dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam.

Guru-guru perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains ini terlebih dahulu

sebelum kemahiran tersebut dapat diajarkan kepada murid. Justeru, guru dengan tahap

pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains yang berlainan akan melaksanakan

kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dengan kualiti yang

berbeza. Apabila seseorang guru telah menguasai kemahiran proses sains dengan baik, adalah

diharapkan bahawa mereka dapat melaksanakannya dengan berkesan semasa pengajaran

sains di kelas. Untuk penguasaan yang berkesan, kaedah penyampaian kemahiran proses

sains harus menekankan aktiviti hands-on yang menarik (Maloney, 2007).

Antara alasan bagi kelemahan dalam penguasaan kemahiran proses sains ialah guru

dan murid jarang mempraktikkan kemahiran saintifik, corak pengajaran kurang menekankan

kemahiran berfikir seperti yang dicadangkan dalam kurikulum sains, guru kurang didedahkan

kepada latihan khas dalam kemahiran proses sains, guru sendiri tidak faham kemahiran proses

sains mengakibatkan kesukaran dalam merancang pengajaran, guru sendiri kurang yakin

sebab tidak tahu ciri-ciri setiap kemahiran proses sains dan tidak tahu menyatukan kedua-dua

pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai guru sains di sekolah rendah, adalah menjadi

satu kesukaran untuk mengaitkan kemahiran saintifik dalam diri pelajar semasa pengajaran

sains kerana pelajar telah mengasingkan kemahiran ini apabila berada di dalam kelas. Dalam

hakikat kehidupan yang sebenarnya pelajar sudah sering mengamalkan kemahiran memerhati

di dalam kehidupan seharian mereka sewaktu sebelum mencecah alam persekolahan lagi.

Secara tidak sedar kemahiran ini telah ada di dalam diri mereka sewaktu zaman kanak-kanak

Page 4: Esei Reflektif Sce3106en Zohari

lagi. Ini kerana kanak-kanak sering bertanya kepada orang yang lebih dewasa tentang sesuatu

situasi yang dilihat dengan menggunakan pancaindera mereka.

Hakikat yang sebenarnya jika pengetahuan sains diajar melalui kemahiran proses sains,

murid-murid diberi peluang untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Jawapan yang

dikemukakan oleh murid boleh menunjukkan pengetahuan sedia ada mereka dan seterusnya

juga mencerminkan miskonsepsi yang dibawa oleh mereka yang disebabkan oleh pengalaman

mereka yang lampau. Miskonsepsi mereka mungkin terdiri daripada sama ada kerangka

alternatif fenomena ataupun perbendaharaan kata.

Contoh kerangka alternatif fenomena ialah murid-murid menyatakan bahawa hanya

objek yang berat akan tenggelam manakala hanya objek yang ringan akan timbul serta bumi ini

adalah rata. Contoh kerangka alternatif perbendaharaan kata ialah murid-murid menyatakan

nyamuk dan lalat bukanlah haiwan dan hanya binatang yang berkaki empat ialah haiwan.

Justeru, sebaik-baiknya pelajar sentiasa dapat mempelajari sains secara bermakna melalui

kemahiran proses sains secara penerokaan berdasarkan pendekatan konstruktivisme

Pelajar sekiranya diajak bercerita kembali apa yang dilihat seolah-olah terikat dalam

penggunaan ayat untuk menyatakan pandangan mereka tentang apa yang mereka pernah lalui

atau alami sebelum ini. Ini berlaku kerana mereka tidak ada keyakinan diri untuk mengeluarkan

idea dan pandangan serta sikap rendah diri yang tertanam sukar untuk dibuang.

Walaubagaimanaun hal ini boleh diatasi sekiranya guru bijak menyusun dan mengatur

strategi pengajaran yang berkesan kepada pelajar dan tidak terikat kuat dengan kehendak

pihak pentadbir yang ingin melihat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan berpusat seperti

UPSR berbanding kebolehan yang berjaya diterap dalam setiap individu pelajar di sekolah

tersebut.

Pengajaran sains sebenarnya adalah tidak wajar hanya dengan berpandukan buku teks

dan buku rujukan semata-mata. Ini kerana pemahaman yang lebih bererti hanya akan tercetus

apabila seseorang dapat mengalami sendiri sesuatu kejadian atau melalui pengalaman dalam

mendapatkan pengetahuan yang relevan, dengan kata lain kaedah eksperimen memang perlu

dilakukan kerana ia memberi gambaran yang sebenar tentang apa yang patut mereka ketahui

atau pelajari berbanding jika guru banyak menyampaikan isi pengajaran melalui kaedah

bercerita.

Page 5: Esei Reflektif Sce3106en Zohari

Usaha yang keras dan bersungguh-sungguh dari semua pihak akan dapat membuahkan

hasil yang diimpikan bagi merealisasikan harapan Negara agar rakyat Malaysia berilmu dan

mempunyai kepakaran dalam bidang yang mereka ceburi. Oleh itu komitmen yang tinggi perlu

ada dalam diri pendidik hari ini.

Sebagai seorang guru di sekolah rendah, kita adalah peneraju untuk pelajar meminati

subjek sains dengan mempraktikkan pengajaran yang berkesan melalui strategi yang

disarankan oleh pihak kementerian agar subjek ini diajar melalui penerokaan dan mencipta

pengalaman dalam membentuk diri menjadi saintis yang berjaya. Kemantapan ilmu amatlah

penting dalam membentuk insan yang berkebolehan dan berketrampilan di mata dunia. Tiada

yang mustahil dilakukan selagi kita berusaha gigih dalam menerapkan ilmu sains untuk anak

didik kita.

Disediakan oleh,

ROSLINDAWATI BT ISMAIL