esei reflektif

3
ESEI REFLEKTIF Sebagai seorang penjawat awam kita terikat kepada Peraturan-peratura 1993, dimana peraturan inilah yang menjadikan seseorang penjawat awam sebagai jen kerajaan yang mempunyai nilai professional. Sebagai seorang guru, mematuhi Peratu Awam 1993 ini adalah satu kemestian dimana ia merupakan salah satu proses bimb kepada guru itu sendiri ke arah menjadi guru yang berkualiti. alau bagaimanapun, masa kini kita telah mendengar beberapa kes dan juga aduan yang telah dibuat, dim guru pada masa kini telah banyak melanggar Peraturan Awam yang telah d !ebanyakkan guru pada masa kini lebih gemar mengikut "ara mereka sendiri dan beranggapan bahawa peraturan ini tidak mempunyai apa-apa makna. Setelah menjalank praktikum sebanyak tiga kali di tiga buah sekolah yang berbe#a, saya telah meliha salah laku yang ber"anggah dengan Peraturan Awam 1993 di sekolah. Antara masalah yang serius dapat saya lihat sepanjang saya menjalankan prak adalah guru menjalankan kerja luar semasa waktu persekolahan. $aripada pemerhatia saya, ramai guru melibatkan diri dalam Perniagaan Skim Piramid %&'&(. Apa yang me manjadi masalah adalah mereka seringkali tiada pada waktu persekolahan dan guru l terpaksa menggantikan kelas yang guru tersebut ajar. Saya tertanya-tanya adakah s ketiadaan guru ini mendapat kebenaran daripada pihak sekolah). Semasa perbualan s bersama guru yang lain, mereka memberitahu bahawa guru itu selalu tiada disebabkan urusan kerja luar iaitu bisnes. Semasa ketiadaannya rakan baik atau ra kongsi perniagaan mereka akan menggantikan mereka untuk masuk ke kelas tersebut. tidak hairanlah bahawa tiada tindakan yang diambil kepada guru ini kerana kesalah ditutupi oleh rakan-rakanya. !esan buruknya dapat dilihat kepada murid yang kelir guru saling bertukar-tukar. +ni se"ara tidak langsung akan menggangu proses penga dan pembelajaran murid dimana murid seringkali terlepas waktu belajar disebabkan ketiadaan guru. Ada pula guru yang mengambil kesempatan disebabkan ketiadaan uru esa sekolah. Semasa saya menjalankan praktikum di sebuah sekolah yang mana uru esarnya melanjutkan pelajaran dan seringkali tiada di sekolah pada jangka masa y panjang. Pada tempoh ketiadaan uru esar ini saya melihat banyak guru yang kelua masuk sekolah tanpa meminta kebenaran. ontoh, terdapat seorang guru Pendidikan yang pergi meninggalkan sekolah selama dua hari disebabkan beliau dijemp memberikan "eramah di salah sebuah institusi. Semasa ketiadaan guru ini, ia membe banyak masalah kepada sekolah dimana guru lain terpaksa menggantikan waktu mengaj

description

masalah di sekolah

Transcript of esei reflektif

ESEI REFLEKTIFSebagai seorang penjawat awam kita terikat kepada Peraturan-peraturan Awam 1993, dimana peraturan inilah yang menjadikan seseorang penjawat awam sebagai jentera kerajaan yang mempunyai nilai professional. Sebagai seorang guru, mematuhi Peraturan Awam 1993 ini adalah satu kemestian dimana ia merupakan salah satu proses bimbingan kepada guru itu sendiri ke arah menjadi guru yang berkualiti. Walau bagaimanapun, pada masa kini kita telah mendengar beberapa kes dan juga aduan yang telah dibuat, dimana guru pada masa kini telah banyak melanggar Peraturan Awam yang telah ditetapkan. Kebanyakkan guru pada masa kini lebih gemar mengikut cara mereka sendiri dan beranggapan bahawa peraturan ini tidak mempunyai apa-apa makna. Setelah menjalankan praktikum sebanyak tiga kali di tiga buah sekolah yang berbeza, saya telah melihat pelbagai salah laku yang bercanggah dengan Peraturan Awam 1993 di sekolah. Antara masalah yang serius dapat saya lihat sepanjang saya menjalankan praktikum adalah guru menjalankan kerja luar semasa waktu persekolahan. Daripada pemerhatian saya, ramai guru melibatkan diri dalam Perniagaan Skim Piramid (MLM). Apa yang menjadi manjadi masalah adalah mereka seringkali tiada pada waktu persekolahan dan guru lain terpaksa menggantikan kelas yang guru tersebut ajar. Saya tertanya-tanya adakah semasa ketiadaan guru ini mendapat kebenaran daripada pihak sekolah?. Semasa perbualan saya bersama guru yang lain, mereka memberitahu bahawa guru itu selalu tiada di sekolah disebabkan urusan kerja luar iaitu bisnes. Semasa ketiadaannya rakan baik atau rakan kongsi perniagaan mereka akan menggantikan mereka untuk masuk ke kelas tersebut. Jadi tidak hairanlah bahawa tiada tindakan yang diambil kepada guru ini kerana kesalahanya ditutupi oleh rakan-rakanya. Kesan buruknya dapat dilihat kepada murid yang keliru apabila guru saling bertukar-tukar. Ini secara tidak langsung akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran murid dimana murid seringkali terlepas waktu belajar disebabkan ketiadaan guru. Ada pula guru yang mengambil kesempatan disebabkan ketiadaan Guru Besar di sekolah. Semasa saya menjalankan praktikum di sebuah sekolah yang mana Guru Besarnya melanjutkan pelajaran dan seringkali tiada di sekolah pada jangka masa yang panjang. Pada tempoh ketiadaan Guru Besar ini saya melihat banyak guru yang keluar masuk sekolah tanpa meminta kebenaran. Contoh, terdapat seorang guru Pendidikan Islam yang pergi meninggalkan sekolah selama dua hari disebabkan beliau dijemput untuk memberikan ceramah di salah sebuah institusi. Semasa ketiadaan guru ini, ia memberi banyak masalah kepada sekolah dimana guru lain terpaksa menggantikan waktu mengajar bagi guru tersebut dan semua kerja-kerja yang lain. Ini merupakan satu sikap yang tidak profesional sebagai seorang penjawat awam dan juga sebagai seorang guru.Jelas daripada pengalaman yang saya lalui ini menunjukkan terdapat beberapa orang guru yang masih tidak mengambil kisah berkaitan Peraturan Awam 1993 ini. Hal ini mungkin disebabkan tiada sebarang tindakan yang dikenakan kepada pesalah. Melakukan kerja luar tanpa kebenaran adalah merupakan satu kesalahan yang besar lebih-lebih lagi ia memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia telah ditetapkan pada Peraturan 5 iaitu melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran Guru Besar dan juga ia melibatkan kepentingan diri sendiri dan bukanlah urusan rasmi. Ini merupakan satu masalah yang perlu diatasi dan dibendung dengan segera agar ia tidak berjangkit kepada guru-guru yang lain.Beberapa langkah untuk menangani masalah ini perlu dirangka agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara demokratik. Salah satu cara yang boleh diambil adalah dengan cara menguatkuasakan peraturan keluar masuk guru. Tindakan tatatertib harus dikenakan kepada guru yang melakukan kerja luar tanpa mendapatkan kebenaran dan juga memberi kesan yang negatif kepada pengajarannya. Tindakan yang dikenakan adalah bertujuan untuk menyedarkan guru tersebut dan juga sebagai amaran awal kepada guru-guru yang lain bahawa melakukan kerja luar untuk kepentingan diri sendiri adalah merupakan kesalahan yang besar. Persepsi yang ada pada guru-guru harus diubah dan diperbetul agar masalah ini tidak berlaku di sekolah.Walau bagaimanapun, masalah ini juga boleh di atasi dengan menggunakan pendekatan demokratik. Sebagai seorang Guru Besar mestilah memberitahu kepada semua guru-guru yang ingin melakukan kerja luar hendaklah berjumpa dan berbincang bersama-sama Guru Besar terlebih dahulu. Kebenaran akan dikeluarkan kepada guru tersebut sekiranya ia tidak melanggar mana-mana peraturan sekolah dan mengganggu prestasi kerja guru tersebut. Pendekatan ini lebih bersifat adil kepada guru-guru yang ingin menambahkan pendapatan mereka. Rasionalnya, pada masa kini kos sara hidup sudah semakin tinggi dan guru juga perlu mencari kerja sampingan yang dapat membantu mereka dalam urusan kewangan dengan syarat ia tidak menjejaskan prestasi mereka di sekolah. Dengan cara ini ia lebih bersifat adil dan juga terbuka kepada semua guru yang ingin melakukan kerja diluar sekolah.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang penjawat awam haruslah mematuhi Peraturan Awam 1993 yang telah digariskan oleh kerajaan. Hal ini adalah untuk mengekalkan profesien keguruan sebagai suatu profesien yang cemerlang berlandaskan kepada peraturan yang ditetapkan. Guru perlu akur terhadap setiap peraturan yang telah ditetapkan dan bersama-sama meningkatkan kecemerlangan profesien keguruan ini.