Esei ulasan

7
1 KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN ULASAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Laporan kajian tindakan yang disediakan oleh Aida Ibrahim ini memfokuskan kepada peningkatan kemahiran murid dalam mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan domino yang melibatkan 6 orang murid Tahun 5 Arif, Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Kluang Johor. Menerusi proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik mendapati bahawa terdapat segelintir anak didikannya mengalami masalah dalam mencongak fakta asas darab berikutan kesukaran mengingat fakta asas darab. Keadaan ini menyebabkan prestasi murid-murid kurang memuaskan dalam matapelajaran matematik kerana gagal menyelesaikan soalan yang berkaitan pendaraban terutamanya mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi melaksanakan kajian, penyelidik telah menjalankan proses tinjauan masalah seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik dan ujian pra dengan harapan dapat membantu meningkatkan penguasaan mencongak fakta asas darab ke arah yang lebih berkesan. Di samping dapat memberi keseronokan kepada murid-murid dan seterusnya merealisasikan slogan “Mathematics is fun and easy”. Justeru itu, satu perancangan tindakan telah dijalankan bagi tujuan tersebut dengan mengadakan sesi bimbingan yang dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi melalui pendekatan permainan domino. Objektif kajian ini secara amnya adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 di kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat. Manakala bagi objektif khusus pula, penyelidik menjangkakan murid dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya secara tepat atau sebaliknya, murid boleh mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan cepat dan tepat, menimbulkan minat terhadap matapelajaran matematik terutama kemahiran mencongak fakta asas darab serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

Transcript of Esei ulasan

Page 1: Esei ulasan

1KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

ULASAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI

PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Laporan kajian tindakan yang disediakan oleh Aida Ibrahim ini memfokuskan kepada peningkatan

kemahiran murid dalam mencongak fakta asas darab melalui pendekatan permainan domino yang

melibatkan 6 orang murid Tahun 5 Arif, Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Kluang Johor.

Menerusi proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik mendapati bahawa terdapat

segelintir anak didikannya mengalami masalah dalam mencongak fakta asas darab berikutan

kesukaran mengingat fakta asas darab. Keadaan ini menyebabkan prestasi murid-murid kurang

memuaskan dalam matapelajaran matematik kerana gagal menyelesaikan soalan yang berkaitan

pendaraban terutamanya mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi melaksanakan kajian,

penyelidik telah menjalankan proses tinjauan masalah seperti pemerhatian, temu bual, soal selidik

dan ujian pra dengan harapan dapat membantu meningkatkan penguasaan mencongak fakta asas

darab ke arah yang lebih berkesan. Di samping dapat memberi keseronokan kepada murid-murid

dan seterusnya merealisasikan slogan “Mathematics is fun and easy”. Justeru itu, satu

perancangan tindakan telah dijalankan bagi tujuan tersebut dengan mengadakan sesi bimbingan

yang dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran selama 4 minggu pada setiap hari

Isnin hingga Khamis selama sejam bagi setiap sesi melalui pendekatan permainan domino.

Objektif kajian ini secara amnya adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran

mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 di kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan

tepat. Manakala bagi objektif khusus pula, penyelidik menjangkakan murid dapat memadankan

soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya secara tepat atau sebaliknya, murid boleh

mencongak fakta asas darab secara bertulis dengan cepat dan tepat, menimbulkan minat

terhadap matapelajaran matematik terutama kemahiran mencongak fakta asas darab serta

mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

Page 2: Esei ulasan

2KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada analisa yang telah kami lakukan, didapati laporan kajian tindakan ini

lebih menjurus kepada penggunaan Model Somekh (1989) dalam menyelesaikan persoalan yang

timbul. Menurut Bridget Somekh (1989), model ini mengandungi 8 langkah utama dalam

pelaksanaan kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut adalah mengenalpasti masalah / fokus

yang diminati diikuti mengumpul data, menganalisis data / membentuk hipotesis, merancang dan

melaksanakan pelan tindakan seterusnya mengumpul data untuk mengesahkan perubahan dan

akhir sekali menganalisis dan menilai. Proses-proses ini akan berulang mengikut putaran urutan

seterusnya. Jadual 1 dibawah adalah ringkasan kitaran Model Somekh:

Rajah 1 : MODEL SOMEKH (1989)

Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam proses mengenalpasti

masalah. Hasil pemerhatian ini, penyelidik mendapati kaedah mencongak menjadi punca masalah

kepada 6 orang murid tersebut yang memperolehi markah yang rendah dalam matapelajaran

matematik, di mana mereka menggunakan teknik hafalan kaedah jari dan membaca secara

berturutan. Implikasinya murid-murid tersebut tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan

cepat mengikut masa yang ditetapkan.

Seterusnya bagi langkah kedua dan ketiga iaitu pengumpulan data dan menganalisis

data / membentuk hipotesis , penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan

juga ujian pra. Tujuan temu bual dan soal selidik dijalankan adalah untuk mengetahui punca

sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal serta maklumat yang

berkaitan dengan matapelajaran matematik dan mencongak fakta asas darab 9 x 9. Berdasarkan

kepada kedua-dua kaedah ini, dapat disimpulkan bahawa semua murid amat berminat dengan

Page 3: Esei ulasan

3KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

matapelajaran matematik tetapi hanya lima orang sahaja yang berminat terhadap topik

‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Semua murid juga didapati tidak dapat

menguasai kaedah mencongak fakta asas darab dengan baik kerana atas alasan sukar menghafal

dan mudah lupa. Ini dapat dibuktikan lagi apabila 4 orang murid mengatakan teknik hafalan yang

mereka amalkan membosankan. Bagi Ujian Pra pula, ia adalah untuk menguji tahap sebenar

pencapaian murid-murid dalam topik ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’ di mana

dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula dengan mengedarkan soalan berbentuk objektif. Hasil

ujian pra menunjukkan bahawa hanya 6 orang murid menunjukkan prestasi yang kurang

memuaskan dan telah dikenalpasti puncanya iaitu kurang menguasai kaedah mencongak fakta

asas darab. Masalah ini dianggap serius oleh penyelidik memandangkan ia merupakan asas

penting dalam matapelajaran matematik.

Merancang pelan tindakan pula adalah merupakan langkah keempat yang digunakan

oleh penyelidik dalam menyelesaikan permasalahan utama. Penyelidik telah merancang pelan

tindakan dengan mengadakan 4 jenis aktiviti iaitu:

i) Aktiviti 1 : Permainan Domino Fakta Asas Darab;

ii) Aktiviti 2 : Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 5 Minit;

iii) Aktiviti 3 : Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 4 Minit;

iv) Aktiviti 4 : Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab – 3 Minit.

Bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam setiap sesi, penyelidik akan mengedarkan borang soal

selidik kepada murid-murid agar murid lebih berani dan bebas dalam menjawab soalan. Kemudian,

temubual dan ujian pra dijalankan sebelum aktiviti dimulakan dan sekali lagi temubual dan ujian

pos dilaksanakan selepas aktiviti selesai bagi mendapatkan respon terhadap matapelajaran

matematik dan aktiviti yang dijalankan.

Di bawah langkah kelima dan keenam pula iaitu pelaksanaan pelan tindakan dan

pengumpulan data untuk mengesahkan perubahan, penyelidik telah menyediakan alat bantu

mengajar untuk keempat-empat jenis aktiviti tersebut. Di bawah adalah keterangan bagi aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan dan hasil pemerhatian yang diperolehi:

i) Aktiviti 1

Page 4: Esei ulasan

4KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

a) Pelaksanaan : Melibatkan penggunaan buah dadu, sekeping kad permulaan

bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi

soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Murid dibahagikan

kepada 2 kumpulan dan dikehendaki memadankan kesemua kad yang ada dalam

jangkamasa yang singkat.

b) Pemerhatian : Penyelidik mendapati aktiviti ini dapat meransang minat murid-murid

terhadap penguasaan mencongak fakta asas darab kerana mereka perlu bersaing

sesama sendiri untuk menjadi pemenang ditambah dengan suasana yang begitu

ceria, harmonis dan memberi keseronokan kepada mereka.

ii) Aktiviti 2

a) Pelaksanaan : Penyelidik mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60

soalan yang bertujuan untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta

asas darab. Murid perlu menjawab kesemuanya dalam tempoh masa 5 minit.

Kemudian, jawapan disemak bersama murid-murid.

b) Pemerhatian : Murid dapat menjawab kesemua soalan dengan lebih tenang dan

tepat dalam tempoh masa kurang dari 5 minit serta mempunyai lebihan masa untuk

menyemak jawapan.

iii) Aktiviti 3

a) Pelaksanaan : Penyelidik mengedarkan satu set soalan yang sama seperti dalam

aktiviti 2. Namun murid perlu menjawabnya dalam tempoh masa 4 minit.

b) Pemerhatian : Murid tenang dan berkeyakinan menjawab kesemua soalan dengan

tepat dalam tempoh kurang daripada 4 minit.

iv) Aktiviti 4

a) Pelaksanaan : Penyelidik mengedarkan satu set soalan yang sama seperti dalam

aktiviti 3. Namun murid perlu menjawabnya dalam tempoh masa 3 minit.

b) Pemerhatian : Murid tenang dan berkeyakinan menjawab kesemua soalan dengan

tepat dalam tempoh kurang daripada 3 minit. Penyelidik merasa gembira kerana

semua murid dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab dengan

memberi latih tubi secara berterusan terhadap pembelajaran mereka.

Page 5: Esei ulasan

5KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

Jadual 1 : Keputusan pencapaian murid dalam Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab

Jadual di atas menunjukkan pencapaian bagi setiap murid yang terlibat dalam kajian ini

melalui Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab. Ujian ini adalah berbentuk individu dan bertujuan

menguji tahap kefahaman dan ingatan murid dalam mencongak fakta asas darab. Dapat dilihat di

sini, bahawa pencapaian bagi setiap murid adalah sangat memberangsangkan dan telah

membuktikan model kajian ini adalah sangat berkesan dan efektif dalam menangani masalah

tersebut.

Pada akhir pelaksanaan kajian, penulis telah menganalisis dan menilai pelan tindakan

yang dilaksanakan. Menerusi hasil Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan, kajian tindakan ini

telah memberikan impak yang positif dalam membantu meningkatkan prestasi murid terhadap

matapelajaran matematik terutamanya topik pendaraban. Pencapaian yang ditunjukkan oleh

kesemua murid adalah sangat memberansangkan dengan peningkatan gred C kepada gred A.

Murid juga berasa tidak bosan dengan teknik pengajaran ini, sekaligus dapat meransang minat

murid untuk terus menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab dalam matapelajaran

matematik. Suasana yang terkawal, ceria dan harmonis turut memberikan kesan yang mendalam

terhadap konsentrasi dan minat murid. Di samping itu, aktiviti permainan domino ini dapat

membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid. Penyelidik juga berhasrat untuk

mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran yang lain agar dapat membantu

meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab. Selain itu, penyelidik juga akan

mengaplikasikan kajian tindakan ini dalam fakta asas tambah, tolak dan bahagi bagi meningkatkan

prestasi dan minat murid terhadap matapelajaran matematik.

Page 6: Esei ulasan

6KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

0

20

40

60

80

100

120

M 1 M 2 M 3 M 4 M 5 M 6

Markah (%)

Murid

Perbandingan Pencapaian Murid SecaraKeseluruhan

Ujian Pra

Ujian Pos

Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Secara Keseluruhan

Graf di atas menjelaskan secara terperinci mengenai pencapaian murid-murid secara

individu terhadap peningkatan pencapaian yang sangat memuaskan. Mereka telah mencapai gred

A daripada gred C dalam masa yang singkat sekaligus dapat membantu mereka memperbaiki

teknik hafalan mencongak fakta asas darab dengan lebih baik lagi.

Kesimpulan terhadap laporan kajian tindakan ini, kami dapati bahawa ianya amat berguna

dan berkesan kepada murid yang mengalami masalah dalam penguasaan matapelajaran

matematik. Selain itu, kajian tindakan ini dapat membantu para guru meningkatkan lagi kualiti

pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran matematik. Kami berpuas hati dengan

hasil laporan kajian tindakan ini kerana ianya telah membincangkan dengan jelas dan terperinci

tentang isu tersebut. Selaras dengan itu, ia amat berguna kepada kami untuk menghasilkan kajian

tindakan yang baru kelak.

Page 7: Esei ulasan

7KPR 5063 – KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANTUGASAN 2 : ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

RUJUKAN

Rujukan Utama

Jurnal Asal;

Portal Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri JohorJurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 – Sekolah Rendah (Matematik)http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf

Rujukan TambahanProf. Dr. Othman Bin Lebar, Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

LAMAN WEB

Laman web jurnal asalhttp://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf

Laman web blog pelajarwww.sholiatihafizahKPR5063E.blogspot.com

Laman web shareslidea) Jurnal Asal : http://www.slideshare.net/shopza/congak

b) Ulasan Jurnal : http://www.slideshare.net/shopza/esei-ulasan

c) Power Point : http://www.slideshare.net/shopza/ulasan-jurnal-kpr