Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

7
Pengenalan Tadika merupakan singkatan nama daripada “Taman Didikan Kanak-kanak”. Tadika boleh didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih daripada 4 orang kanak- kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upahan. Bersempena dengan itu, kami telah bersepakat untuk memilih (nm tadika,sy xtau) sebagai konsultan kami. Tadika ini merupakan pemilikan perkongsian diantara enam orang rakan kongsi yang terdiri daripada saya sendiri, …., …., …., dan ….. Kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak yang mendaftar dengan tadika kami. Ini adalah kerana pendidikan awal kepada kanak-kanak merupakan pendedahan awal yang sangat penting kepada seseorang kanak- kanak. Ini adalah kerana pengalaman pembelajaran yang menggembirakan, bermakna dan berkesan dapat menyuburkan dan memantapkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan mental, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar. Lokasi tadika kami beralamat di No 88, Jalan Semerbak 99, 88320 Taman Muafakat, Johor Bahru, Johor. Kami sebolehnya akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan

description

assignment pemakanan

Transcript of Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

Page 1: Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

Pengenalan

Tadika merupakan singkatan nama daripada “Taman Didikan Kanak-

kanak”. Tadika boleh didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menerima

masuk lebih daripada 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk

tujuan menerima pendidikan dengan upahan. Bersempena dengan itu, kami

telah bersepakat untuk memilih (nm tadika,sy xtau) sebagai konsultan kami.

Tadika ini merupakan pemilikan perkongsian diantara enam orang rakan kongsi

yang terdiri daripada saya sendiri, …., …., …., dan ….. Kami bertekad untuk

memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada kanak-kanak yang

mendaftar dengan tadika kami. Ini adalah kerana pendidikan awal kepada

kanak-kanak merupakan pendedahan awal yang sangat penting kepada

seseorang kanak-kanak. Ini adalah kerana pengalaman pembelajaran yang

menggembirakan, bermakna dan berkesan dapat menyuburkan dan

memantapkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan mental,

rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan untuk memasuki alam

persekolahan yang sebenar.

Lokasi tadika kami beralamat di No 88, Jalan Semerbak 99, 88320 Taman

Muafakat, Johor Bahru, Johor. Kami sebolehnya akan berusaha dengan sedaya

upaya untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan

bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak bagi merangsang tahap

perkembangan mereka ke tahap yang maksimum.

Tadika kami lebih tertumpu kepada pendidikan kanak-kanak secara

komersial. Sekiranya pusat ini mendapat kepercayaan dan sambutan yang

menggalakkan daripada penduduk setempat, maka kami akan meluaskan lagi

perniagaan dengan membuka cawangan lain di samping menaik taraf pusat

konsultan kami agar ia menjadi sebuah Tadika yang diiktiraf oleh pihak kerajaan

dan pendidikan formal kanak-kanak.

Page 2: Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

CABARAN

1. Cabaran

Cadangan penubuhan tadika ini akan memberi cabaran dan tamparan hebat kepada kami untuk merealisasikan kejayaan terhadap penubuhannya. Namun, kami telah bersedia untuk menghadapi pelbagai risiko dan cabaran sebelum dan semasa penubuhan tadika kami ini berjalan. Kami juga telah mengenalpasti cabaran yang bakal kami hadapi di antaranya adalah :-

a. Pemasaran

a.i. Cabaran Sebelum

a.i.i. Mengenalpasti pesaing.

Pesaing di dalam perniagaan merupakan perniagaan yang dimiliki oleh

pemilikan lain yang mengendalikan aktiviti yang hampir sama atau sama dengan

perniagaan yang bakal ditubuhkan. Berikut adalah kekuatan dan kelemahan

pesaing kami:

Nama & Alamat Pesaing

Kekuatan Kelemahan

1. Tadika AuladNo. 22 Jln Seharum 35, Taman Muafakat, Johor Bahru Johor

- Penubuhan tadika yang lebih awal dan berpengalaman lebih lama serta lebih dikenali oleh penduduk setempat.

- Berdekatan dengan jalan besar dan bising.

- Guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan yang bersesuaian

- Yuran yang agak mahal

2. Tadika BestariNo. 2 Jln Sewangi 44, Taman Muafakat, Johor Bahru.

- Dikenali ramai dan mempunyai suasana pembelajaran yang selesa.

- Masa pembelajaran yang terhad.

- Ruang dalam dan luar kelas yang besar

- Tidak mempunyai kawasan parkir kereta yang

Page 3: Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

mencukupi.

Walaupun tadika kami merupakan tadika yang baru bertapak dalam

industri ini dan memerlukan masa untuk bersaing dengan Tadika lain, kami

mempunyai kekuatan untuk menyaingi tadika lain dengan menawarkan kualiti

perkhidmatan dan pendidikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Ini kerana

tenaga pengajar kami mempunyai pengetahuan luas dan mempunyai kelayakan

yang bersesuaian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Selain daripada itu, kami menawarkan yuran yang berpatutan dan

bersesuaian dengan kemampuan masyarakat setempat. Waktu pembelajaran

kami juga adalah fleksibel dan mengikut tahap kemampuan kanak-kanak

mengikut kesesuaian mereka.

Tadika kami juga menjalankan operasi di kawasan yang strategik kerana

berdekatan dengan segala kemudahan awam seperti Balai Bomba, Balai Polis

dan hospital dan infranstruktur yang lengkap dan selesa seperti jalanraya,

kemudahan talian telefon dan internet serta kemudahan bekalan elektrik dan

bekalan air.

Tadika kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik

di dalam semua proses perkhidmatan dan pembelajaran dari proses

pendaftaran, pembayaran yuran, proses pengajaran dan pembelajaran sehingga

kanak-kanak selesai proses pendidikan yang dihadiri sepamjamg bersama tadika

kami.

Graf di bawah menunjukkan potensi pesaing-pesaing kami bagi mengukur

kejayaan tadika mereka.

Page 4: Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada semua maklumat yang kami perolehi dan jangkaan

kedudukan dan kelebihan yang kami miliki, kami berkeyakinan penuh dengan

projek yang dicadangkan ini adalah berdaya maju dan mampu bersaing dengan

Page 5: Esemen Sem 7 (Pn Fifi)

tadika-tadika lain yang berada di sekitar kami. Dengan tercapainya cita-cita kami

untuk menubuhkan Tadika ini akan menaikkan lagi tahap pendidikan awal kanak-

kanak dan seterusnya mencapai tahap yang maksimum. Ini disebabkan oleh

beberapa kekuatan yang dimiliki oleh Tadika kami iaitu :

a) Kawasan persekitaran yang kondusif.

b) Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam

bidang pendidikan awal kanak-kanak.

c) Berdekatan dengan segala prasarana dan kemudahan awam.

d) Menggunakan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

e) Yuran yang berpatutan.

Semoga dengan kewujudan kami sebagai pusat pendidikan awal kanak

Kanak berupaya menjadi pemangkin kepada pendidikan awal kanak-kanak dan

seterusnya menjadi sebagai pintu masuk kepada kanak-kanak sebelum

melangkah ke alam persekolahan yang sebenar, agar projek ini mendapat

pertimbangan sepenuhnya dari pihak tuan demi meningkatkan tahap pendidikan

di kalangan kanak-kanak.

.