Isi Tugasan Esemen Seni
-
Upload
muhammad-syamsuri-bin-omar -
Category
Documents
-
view
1.267 -
download
2
Transcript of Isi Tugasan Esemen Seni
1.0 PENDAHULUAN
Menurut buku The Hutchincon Encyclopedia, 1977 Edition, seni secara
umumnya bermaksud semua proses dan produk kemahiran manusia, imiginasi
dan ciptaan iaitu sesuatu yang berlawanan dengan sifat semulajadinya. Di dalam
penggunaan semasa, seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika
dan merangkumi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran.
Kamus Dewan edisi keempat mentafsirkan sebagai sesuatu karya sama
ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil
daripada sesautu ciptaan. Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art
mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang
menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan
perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan
untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia
bertujuan supaya keindahan itu dapat melahirkan rasa dihargai, mengembirakan
dan menyenangkan hati.
Menurut perspektif islam pula dalam buah fikir Dr Sidi Gazalba
(1977) dalam bukunya Pandangan Islam tentang Seni menjelaskan bahawa seni
adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu
kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah
semulajadi untuk cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui lima
pancaindera.
Manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang
selamat, memuaskan dan memberi kepuasaan hati melalui pancaindera rasa.
Islam telah menyediakan asas-asas yang kukuh dalam kelahiran seni yang
bernilai keislaman terutama dari segi jiwa yang menyuluh ke arah seni tertinggi.
Seni di dalam Islam merupakan persoalan mendatang, tumbuh dan berkembang
subur bersama perkembangan budaya menerusi ruang zamannya selepas
melalui siri pembentukan. Penyesuaian dan penghalusan yang selaras dengan
nilai Islam.
1
Justeru, umumnya seni adalah sesuatu yang indah yang merangkumi
segala aspek perlambangan kepada kebaikan sejagat. Seni merangsang jiwa
dan naluri manusia yang fitrah untuk melakukan luahan terhadap keindahan.
Seni meruntun jiwa manusia untuk kembali kepada fitrah kejadian yang Maha
Esa. Justeru, ilmu tentang seni harus dididik dalam jiwa manusia sejak jiwa itu
masih segar, masih anak kecil di bangku sekolah rendah lagi.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) telah dirangka dan disusun pada tahun 1993. Setelah lebih 20
tahun berlalu kini perubahan satu dasar untuk menambahbaik kurikulum KBSR
telah dijalankan membentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai cabaran telah dilalui dan perancangan dan
pelaksanaan telah dilaksanakan bagi membantu membangunkan nilai
pendidikan dan intelektualaliti masyarakat Malaysia. Perangkaan dan
pelaksanaan itu didasari oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kurikulum pendidikan seni dibentuk bagi melahirkan insan yang harmonis,
kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu anak-anak kecil meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam, persekitaran keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Persoalannya apa sebenarnya pembawakan yang digunakan
untuk mencorak bidang pendidikan di Malaysia dalam kurikulum yang baru
dibentuk iaitu KSSR dalam fugsinya menambah baik sistem pendidikan yang
lama. Perbezaan antara kurikulum KBSR dan KSSR akan disusuri dalam tulisan
ini yang berfokus kepada mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2
2.0 Perbandingan Antara Kurikulum KBSR Dan KSSR Pendidikan Seni
Visual.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual adalah platform kepada guru-guru
yang mengajar matapelajaran tersebut untuk merujuk bagi merencanakan
sesuatu (P&P) seni. Kurikulum yang sedang dilaksanakan kini ialah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR. Menjelang tahun 2011, satu
transfomasi kurikulum telah dijalankan dan pelaksanaannya bermula untuk
kanak-kanak tahun satu sekolah rendah. Hasilnya, kurikulum baru telah
dibentuk iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR. Kurikulum KSSR
dibina untuk membuat satu medium yang relevan untuk generasi pada
zaman pendidikan pada era perlumbaan intelektual kini.
Maka satu jawatankuasa khas telah dibentuk bagi mengkaji dan
menggubal satu kurikulum yang dapat meningkatkan tahap pendidikan
negara pada tahap yang optimum. Namun, kedua-dua kurikulum pasti
menghadapi pelbagai cabaran dalam mencapai matlamat dan objektif
pelaksannaanya. Dalam kurikulum KSSR Pendidikan Seni Visual, terdapat
empat tumpuan utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Perbezaan antara
kedua-dua Kurikulum dapat diperhatikan secara ringkas berdasarkan jadual
di bawah:
ASPEK
PERBEZAAN
KBSR KSSR
Reka bentuk berasaskan bidang
-Komunikasi(lisan, membaca dan
menulis)
-Manusia dan alam sekeliling
-komunikasi
-kerohanian, sikap dan
nilai.
3
- Perkembangan diri Individu -kemanusiaan
-perkembangan fizikal
dan estetika
-sains dan teknologi
Bahan kurikulum
-Sukatan pelajaran
-Huraian sukatan pelajaran.
-Dokumen standart
kurikulum
Elemen -memahirkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kretif
-kretif dan inovatif
Keusahawanan
Teknologi maklumat
Fokus Membaca, menulis, mengira Membaca , menulis dan
menaakul
Merangkumi Bidang
KBSR merangkumi tiga bidang
iaitu komunikasi, manusia dan
alam keliling dan perkembangan
individu.
Pendidikan Seni Visual
teramasuk di dalam bidang
perkembangan diri individu di
dalam komponen kesenian dan
kesihatan
Kurikulum Seni Visual
untuk sekolah rendah -
menggambar, membuat
corak dan rekaan,
membentuk dan
membuat binaan serta
mengenal kraf tradisional.
Organisasi kandungan
dalam empat bidang
tersebut disusun
berasaskan kepada
empat
standard kandungan-
persepsi estetik, aplikasi
seni, ekspresi kreatif, dan
apresiasi seni
4
BIDANG KEGIATAN
Bidang
kegiatan
Aktiviti KBSR Aktiviti KSSR
Menggambar
1. Memerhati kesan garisan
yang terdapat di
persekitaran seperti kesan
laluan anai-anai, siput,
ketam, laluan air, kesan
tayar dan tapak kasut di
atas permukaan tanah
atau pasir dari segi sifat
dan jenis garisan seperti
tebal, nipis, dalam, cetek,
putus-putus, lurus, dan
bengkang-bengkok.
2. lakaran
3. gurisan
4. gosokan
5. garisan
6. tekapan atau surihan
7. kolaj
1. Lukisan
2. Catan
3. Capan
4. Kolaj
Corak dan rekaan
1. capan
2. lipatan dan guntingan
3. gosokan
4. tekapan
5. kolaj
6. gurisan
7. titisan
8. lakaran
Terancang
1. Capan
2. Lukisan
Tidak Terancang
1. Renjisan dan percikan
2. Titisan
5
cetakan
Membentuk dan membuat binaan
1. binaan mudah
2. hiasan diri (ornament)
3. topeng mata
origami mudah
1. Model
2. Origami
Mengenal kraf tradisional
1. anyaman
2. mewarna wau
3. tembikar
4. gasing mudah
5. resis
1. Alat permainan
2. Anyaman
Jadual 2.0: Bandingbeza Antara KBSR Dan KSSR
Secara kasarnya, perbezaan antara KSSR dan KBSR dapat diperhatikan
agak ketara dalam aspek struktur pentaksirannya. Kaedah mentaksir
pencapaian murid menerusi KSSR tidak lagi menggunakan ujian formatif dan
ujian sumatif pada setiap hujung penggal atau setiap bulan seperti dalam
struktur pentaksiran KBSR. Murid akan ditaksir mengikut pencapaiannya di
dalam kelas oleh guru-guru. Hal ini dinamakan sebagai Pentaksiran
Berasaskan sekolah. Konsep ini secara mudah adalah guru menilai sendiri
prestasi muridnya terhadap apa yang guru itu sendiri ajarkan. Murid yang
berkeupayaan atau yang cemerlang akan direkodkan bermula daripada Band
6 hingga akhirnya Band 1. Kriteria murid yang melayakkan ia untuk
mendapatkan Band 6 ialah apabila murid tersebut menunjukkan kriteria ia
tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Manakala, Band 1
hingga 3 boleh dikategorikan sebgai murid tersebut hanya dapat menguasai
sesuatu pembelajaran di peringkat asas. Perbincangan tentang struktur
pentaksiran dalam KSSR akan berkembang semakin terperinci, kerana ia
meliputi pelbagai aspek-aspek yang lain.
6
Dalam kurikulum KSSR mata pelajatan Pendidikan Seni Visual (PSV)
dinamakan sebagai Dunia Seni Visual untuk Tahun Satu dan Tahun Dua.
Perbezaan yang dapat diperhatikan antara KBSR dan KSSR PSV ialah dapat
dilihat berdasarkan reka bentuk kurikulumnya berasaskan bidang-bidang
tertentu. Dalam KBSR, hanya memperuntukkan berasaskan tiga bidang iaitu
komunikasi, manusia dan alam sekeliling dan perkembangan diri individu.
Manakala, dalam KSSR terdapat beberapa penambahan bidang iaitu
bertambah kepada enam tunjang yang terdiri daripada komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika,
sains dan teknologi dan ketrampilan diri. KSSR menambahkan beberapa
elemen yang relevannya perlu dikuasai murid pada era ini.
Di samping itu, bahan kurikulum yang digunakan dalam KSSR adalah
terdiri daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Standard Prestasi,
manakala dalam KBSR terdiri daripada Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran. Apabila diperhatikan, KSSR mempunyai elemen bahan
kurikulum yang lebih terperinci daripada KBSR. Selain itu, dalam KBSR
berfokus kepada tiga kemahiran iaitu kemahiran membaca, kemahiran
menulis dan kemahiran mengira. Manakala KSSR pula menekankan elemen
kreativiti dan inovasi dan memfokuskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira
dan menaakul. Dalam KSSR juga dapat diperhatikan ia banyak mengaitkan
pembelajaran dengan ICT dan teknologi maklumat yang sememangnya
diperlukan dalam era penyampaian maklumat secara cepat dan mudah.
Dalam pada itu, KSSR juga dilihat mula mementingkan aspek ekonomi dalam
eleman P&P dengan memasukkan elemen keusahawanan dalam struktur
pembelajarannya.
Dalam pada itu, dalam KBSR dan KSSR terdapat bidang-bidang
kegiatan yang telah diperuntukkan. Bidang tersebut merangkumi aktiviti
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan,
dan mengenal kraf tradisional. Dalam KBSR bidang kegiatan menggambar
disusun agak terperinci berbanding KSSR. Hal ini melibatkan lakaran,
7
gurisan, gosokan, tekapanatau surihan dan kolaj. Manakala dalam KSSR
pula, aktiviti menggambar lebih mudah contohnya aktiviti seperti lukisan,
catan, capan dan kolaj. Dalam bidang menggambar ini murid boleh diajarkan
dengan cara memerhati kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti
kesan laluan anai-anai, siput, ketam, laluan air, kesan tayar dan tapak kasut
di atas permukaan tanah atau pasir dari segi sifat dan jenis garisan seperti
tebal, nipis, dalam, cetek, putus-putus, lurus, dan bengkang-bengkok. Murid
lebih mesra dengan contoh alam kerana ia lebih dekat dengan alam sekeliling
murid.
Aktiviti seterusnya iaitu membuat corak dan rekaan. Dalam KBSR
aktiviti ini terdiri daripada capan, gosokan, tekapan. kolaj, gurisan, titisan,
lakaran, cetakan, lipatan dan guntingan. Manakala, KSSR pula
membahagikan aktiviti ini kepada dua iaitu terancang dan tidak terancang.
Apa yang dimaksudkan dengan terancang dan tidak terancang ialah di mana
aktiviti terancang merupakan sesuatu P&P yang telah diberikan panduan dan
murid-murid harus mengikuti spesifikasi hasil yang dikehendaki. Manakala
tidak terancang tidak memerlukan spesifikasi yang dikehendaki oleh guru.
Hasil seni yang dilakukan murid adalah lebih bebas. Dalam KSSR strategi
pengajaran lebih kepada berpusatkan murid, pada peringkat awal guru akan
memberikan konsep asas kepada asas seni reka dan prinsip rekaan. Kedua-
dua elemen asas yang akan menjadi kayu ukur kepada murid dalam
menentukan prestasi mereka untuk direkodkan berdasarkan Standard
Prestasi yang telah ditentukan. Prestasi murid akan diperhatikan dari semasa
ke semasa.
Manakala dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan,
kurikulum KSSR PSV dilihat lebih menyeluruh dengan menumpukan kepada
penguasaan murid secara keseluruhan dalam aktiviti tersebut. Manakala
KBSR menekankan hanya terhad kepada beberapa aspek yang terdiri
daripada aktiviti binaan mudah, hiasan diri, topeng mata dan origami mudah.
Hal ini menunjukkan, dalam KSSR membantu murid meneroka dengan bebas
8
untuk mencipta sesuatu rekaan. Hal ini memberikan peluang kepada murid
untuk mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
Bidang terakhir iaitu, mengenal kraf tradisional dalam KBSR
merangkumi anyaman, tembikar, gasing mudah, resis dan mewarna wau.
Pembaharuan yang terdapat dalam KSSR pula meliputi keseluruhan alat
permainan dan juga berfokuskan kepada anyaman. Hal ini dapat diperhatikan
bahawa, dalam KBSR guru telah ditetapkan kepada apa yang hendak diajar,
manakala, dalam KSSR guru itu sendiri perlu ada pengetahuan tentang
sesuatu ilmu berkenaan alat permainan dan anyaman. KSSR dilihat agak
mencabar kredibiliti guru supaya pengetahuan itu disediakan dengan
terperinci dahulu sebelum pelaksanaan dijalankan di dalam bilik darjah.
3.0 KEPENTINGAN KONSEP 5P DALAM KBSR
Strategi 5P ialah satu strategi asas pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru
di dalam kelas iaitu terdiri daripada penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian adalah sebahagian daripada strategi
yang telah direncanakan bagi memudahkan guru-guru untuk menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan murid. Konsep ini merupakan asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR.
Struktur ini dibentuk selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, proses ini membolehkan
pelajar mengadaptasikan dan mengasimilasikan maklumat dalam ransangan
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta
mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Namun demikian, guru-guru
adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang
sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-
murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
9
3.1 PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN
Penggabungjalinan ialah antara salah satu strategi dalam konsep 5P.
strategi ini merupakan satu proses P&P yang menggabungkan pelbagai
bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi
mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh dan merangkumi
segenap aspek kehidupan kanak-kanak. Strategi ini bertujuan untuk
membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu
masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan keberkesanan murid dalam menguasai
sesuatu pembelajaran.
Dalam pada itu, strategi ini juga penting dalam usaha menarik minat
murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang
diberikan menggunakan pendekatan yang lebih hampir kepada murid
mengikut kesesuaian. Hal ini menjadikan pembelajaran murid menjadi lebih
bermakna dan secara tidak langsung meningkatkan minat murid terhadap
sesuatu mata pelajaran secara instrinsik. Misalnya, dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual, guru memberikan tugasan menggambar tentang
tajuk “Pelihara Sungai Kita” kepada murid. Dalam masa yang sama, guru
mengintegrasikan mata pelajaran sains terhadap P&P tersebut dengan
menerangkan bagaimana ekosistem dan habitat alam semula jadi ini dapat
hidup dan bergantungan antara satu sama lain. Aktiviti tersebut biasa
dijalankan guru pada murid dalam bilik darjah. Di samping itu, proses
penggabungjalinan kemahiran juga dapat merangsang pertumbuhan dan
perkembangan kognitif, psikomotor dan efektif murid secara seimbang dan
menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang
melibatkan murid secara aktif serta melibatkan diri pada keseluruhan kelas.
Strategi ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis penggabungjalinan
iaitu penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran
10
daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas
kurikulum.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan,
membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang
digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan
kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan
pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan
kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.
Sebelum pelaksanaan strategi ini dijalankan di dalam bilik darjah,
perancangan dan penilitian terhadap objektif dan penguasaan dan
pengetahuan sedia ada murid harus diambil kira. Hal ini sangat penting untuk
menguruskan pembelajaran kemahiran murid berjalan secara tersusun dan
terancang. Kemahiran yang dipilih untuk digabuingjalinkan harus seiring
dengan objektif yang telah ditetapkan guru dalam P&P pada hari tersebut.
Guru perlu menetapkan fokus penguasaan kemahiran dan integrasikan
dengan kemahiran-kemahiran sampingan yang lain. Prioriti harus diberikan
kepada fokus pembelajaran yang telah ditetapkan, manakala kemahiran
sampingan adalah untuk membantu aktiviti yang difokus.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran lain. Proses ini memerlukan
penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata
pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang
jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti
penggabungjalinan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
11
dengan mata pelajaran Sains iaitu melalui aktiviti menggambar alam semula
jadi. Hal ini paling asas dan mudah di lakukan murid-murid, kerana alam
adalah satu yang bersifat tampak, visual dan boleh diperhatikan secara
langsung dan memudahkan murid berimaginasi berdasarkan pengalaman
penglihatan mereka. Selain itu, alam itu sendiri mempunyai pelbagai konsep
sains untuk dipelajari dan difahami. Seperti ayam sejenis haiwan berkaki dua,
begitu juga dengan itik, angsa dan sebagainya, oleh itu murid dapat menilai
secara logik ringkas sebelum melukis. Hasil lukisan tidak, jarang kita lihat,
murid melukis ayam dengan empat kaki. . Jadual 2.1 menunjukkan contoh
penggabungjalinan yang telah berlaku
Aktiviti Kemahiran
1. Murid-murid
memerhatikan
sebatang
pohon
Alam dan Manusia (memerhati)
2. Murid-murid
menyebut
bahagian-
bahagian
tumbuhan itu.
Bahasa (bertutur) + Alam dan Manusia (nama
bahagian-bahagian tumbuhan)
3. Murid-murid
melukis
mewarna dan
melabelkan
tumbuhan itu.
Pendidikan Seni (melukis, mewarna)+ Bahasa
(menulis) + Alam dan Manusia(melabel).
Jadual 2.1: Penggabungjalinan Kemahiran Daripada Beberapa Mata
Pelajaran.
12
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum melibatkan kemahiran-
kemahiran sampingan yang perlu juga dikuasai oleh murid seperti kemahiran
belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bernilai tambah,
kemahiran kecerdasan pelbagai yang digabungjalinkan dalam sesuatu P&P.
Kemahiran ini juga penting bagi kanak-kanak, supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan secara menyeluruh dan seimbang dari pelbagai
aspek. Aktiviti penggabungjalinan ini berupaya untuk menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid
disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid
secara seimbang, harmonis dan bersepadu. Murid juga berpeluang untuk
menyepadukan kemahiran-kemahiran penting dalam kehidupan. Kemahiran-
kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti
membaca, menulis, melukis dan mengira.
Tuntasnya, melalui kaedah penggabungjalinan ini, murid-murid boleh
menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam
kehidupan seharian mereka seperti dalam sesuatu aktiviti jual beli, murid perlu
mempunyai kemahiran memerhati, mendengar, bertutur dan mengira. Strategi
penggabungjalinan ini juga secara tidak langsung menarik minat murid semasa
proses pembelajaran serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.
3.2 PENYERAPAN PENGETAHUAN
Konsep penyerapan mempunyai perkaitan yang sangat hampir dengan
penggabungjalinan. Penyerapan seakan-akan sama dengan penggabungjalinan,
bezanya, konsep ini lebih berfokuskan kepada perkongsian ilmu antara mata
pengetahuan dengan mata pelajaran lain.
Strategi ini melibatkan proses penyepaduan pengetahuan atau unsur isi
pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi
13
mata pelajaran yang diajar. Tidak dinafikan bahawa setiap perkara yang
dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna
bagi mata pelajaran lain. Contoh termudah dapat dilihat, apabila membuat aktiviti
menggambar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual PSV yang
melibatkan garisan-garisan yang memerlukan ukuran, maka secara tidak
langsung, penyerapan pengetahuan Matapelajaran Matematik telah diserap ke
dalam mata pelajaran PSV. Begitu juga halnya dengan mata pelajaran
Matematik dalam bab poligon, murid perlu menguasai dan mengenal konsep
rupa dan ruang, barulah sempurna satu skema pemahaman murid tersebut.
Berbeza dengan strategi penggabungjalinan kerana proses penyerapan
pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam
proses ini murid akan dapat melihat perkaitan pengetahuan antara suatu mata
pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Apabila penyerapan berlaku, maka
lengkaplah satu sama lain antara pengetahuan sesuatu mata pelajaran tersebut.
Hal ini secara tidak langsung. menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih produktif serta efektif.
Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai
maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham
dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah
dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah
bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk
meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta
progresif.
3.3 PENERAPAN NILAI MURNI
Nilai-nilai murni ini adalah merupakan satu disiplin dan satu kekuatan dalaman
seseorang individu supaya melakukan perkara yang baik, mulia dan
berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penerapan
nilai murni pula adalah nilai-nilai murni yang diterapkan dalam setiap individu
14
murid. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini
telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menerima ilmu dan nilai
tersebut secara tidak langsung dan secara kesedaran kendiri.
Apabila meneliti perkara ini dengan lebih mendalam, penyerapan nilai-nilai
murni ini boleh diterapkan kepada murid melalui dua pendekatan iaitu
pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit adalah
pendekatan yang digunakan dan dijalankan oleh guru yang berlaku secara tidak
langsung. Misalnya menerusi pendekatan imej guru sebagai seorang yang
berdedikasi, menepati janji, taat perintah agama, menghormari sesama sendiri,
sifat penuh kasih sayang dan sebagainya. Apabila nilai diperlihatkan atau
ditunjukkan kepada murid, maka secara sendiri, murid tertarik untuk melakukan
apa yang telah dilakukan oleh gurunya. Maka hal ini membuktikan telah berlaku
satu penyerapan nilai secara implisit.
Semasa mengajar mata pelajaan PSV, guru menunjukkan sikap perihatin,
membantu murid yang lemah, bercakap benar, menegakkan kebenaran,
berpakaikan kemas dan sebagainya menjadikan penyerapan nilai berlaku secara
tidak langsung walaupun murid dalam sesi P&P Pendidikan Seni Visual.
Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua
guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung
pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan kedua iaitu pendekatan eksplisit pula dapat dijalankan
dengan cara merangka satu peraturan, arahan dan pekeliling dan sebagainya
sama ada antara guru dan murid atau berlaku antara pihak pengurusan sekolah
dengan para pelajar. Hal ini juga lebih baik didokumenkan secara bertulis
tentang sesuatu perkara yang diharapkan agar penyampaian arahan berlaku
secara menyeluruh. Justeru sebarang tindakan atau dendaan dapat dikenakan
secara bersayarat. Contoh pendekatan eksplisit ialah seperti jadual kebersihan
bertulis, arahan supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Serta
menjaga kebersihan persekitaran.
15
Dalam aktiviti seni membuat bentuk dan binaan, banyak nilai murni yang
bolehkita terapkan pada para pelajar. Sebagai contoh menghargai flora dan
fauna seperipoko, burung dan lain-lain. Model sebenar yang diciptakan tuhan
adalah makhluk atau ciptaan yang paling sempurna pernah dijadikan berbanding
dengan apa yang dihasilka melalui tangan manusia. Jadi kita harus mengajar
anak didik kita supaya cinta dan sayangkan alam sekitar. Penyerapan nilai murni
melalui pendekatan eksplisit ini adalah lebih terancang bersesuaian dengan
matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Dalam pada itu,
terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kepada murid iaitu seperti yang tertera pada jadual di bawah :
NILAI CONTOH
Baik hati 1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan
Berdikari 1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung
kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi 1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra
Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
16
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan
keharmonian
Keadilan 1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan 1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi
Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran 1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan 1. Cekal
2. Daya usaha
17
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun
Kerjasama 1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan
kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan
dan tingkah laku
Kesyukuran 1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan
masyarakat
Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif
Jadual 3.3 : Nilai Murni Dan Contoh Perlakuan Nilai
18
Penerapan nilai sangat penting kepada setiap individu murid. Hal ini
demikian kerana, setiap individu perlu berkembang secara menyeluruh dan
harmonis dari pelbagai aspek bukan sahaja dari aspek kognitif, malah rohani,
jasmani dan emosi. Negara juga tidak memerlukan cendiakawan yang bijak
pandai, tetapi kurang budimannya terhadap Negara. Tetapi apa yang diperlukan
oleh negara ialah rakyat yang dapat memberikan sumbangan kepada
pembangunan negara dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan
negara.
3.4 PEMULIHAN
Lee Shok Mee (1986) Program pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang membantu murid untuk yang menghadapi masalah
pembelajaran dalam kelas. Program ini disediakan bagi membantu murid
menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang
ditetapkan.
Strategi pemulihan yang dijalankan oleh guru di sekolah dibentuk dengan
tujuan bagi membantu murid-murid lemah serta sebagai salah satu langkah
untuk mengelakkan mereka dari dibiarkan ketinggalan. Aktiviti ini juga adalah
merujuk kepada aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan bagi membantu murid
yang mengalami masalah dalam kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M). aktiviti ini diberikan kepada murid-murid yang lambat, iaitu mereka
yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang
lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini pula biasanya di bawah tahap
pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982). Justeru, beberapa
perancangan telah distrukturkan bagi membantu murid-murid tersebut,
antaranya, pemulihan biasa yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah aliran
perdana, pemulihan khas dan juga pendidikan pemulihan.
Pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan
pemulihan murid-murid yang lemah tidak akan berasa ketinggalan. Mereka dapat
dibimbing dan diberikan tumpuan supaya hak mendapat pembelajaran mereka
19
tidak diabaikan. Hakikatnya, setiap individu murid adalah berbeza latarbelakang,
minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah
tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan
diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai
dengan murid.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila
wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid.
Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang
ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah
laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak
lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran.
Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang
bersesuaian dengan keadaan mereka.
Pendidikan pemulihan ini juga penting kerana kemudahan pembelajaran
yang disediakan adalah sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental
mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi
melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Pelbagai alternatif akan diberikan
kepada murid pemulihan dengan kaedah tertentu untuk memberi peluang
kepada mereka meneroka dan mengembangkan potensi diri mereka dalam
pelajaran dan melangkah ke tahap yang lebih maju.
Terdapat lima kaedah yang boleh dilakukan oleh guru dalam aktiviti
pemulihan, antaranya pengajaran individu iaitu guru akan membimbing murid
bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai. Selain
itu, dengan cara pengajaran kumpulan kecil dan besar iaitu guru akan
membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan
mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari
guru. Seterusnya pengajaran kaedah bimbingan rakan sebaya iaitu, guru
meletakkan murid dengan rakan-rakannya yang berpotensi untuk membantu
murid yang lemah. Kaedah yang kelima ialah kaedah pengajaran kolaboratif iaitu
20
dengan cara guru menggalakkan murid berkongsi maklumat dan pengetahuan
antara satu sama lain.
Dalam sesi penyampaian strategi ini guru akan menentukan kaedah yang
paling sesuai untuk digunakan bagi menghadapi masalah setiap individu
tersebut. Aktiviti ini biasanya dilakukan setelah murid diajarkan dengan
kemahiran-kemahiran asas tersebut. Seterusnya, bagi yang telah berjaya akan
diberikan aktiviti pengayaan. Sekiranya masih gagal maka masalah ini akan
dirujuk kepada guru pemulihan. Pada peringkat ini, murid akan diletakkan dalam
satu bilik khas dan akan menjalankan aktiviti pemulihan dengan lebih terancang.
3.5 PENGAYAAN
Aktiviti pengayaan ialah sejenis pembelajaran yang memberikan murid-
murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, inkuiri, berdikari daya cipta serta
bakat kepimpinan mereka. Strategi ini merupakan strategi yang menarik dan
mencabar. Aktiviti ini berbeza daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas.
Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid setelah mereka menguasai
kemahiran-kemahiran asas.
Aktiviti ini disediakan kepada semua murid dalam kelas sama ada di
peringkat sekolah rendah mahupun menengah, dan ditujukan juga kepada
semua sama ada dalam kumpulan murid cerdas, sederhana atau lambat. Aktiviti
ini berbentuk seakan-akan pengaplikasian awal kepada kemahiran-kemahiran
yang telah dikuasai oleh murid. Seterusnya, melalui aktiviti pengayaan ini, murid
dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan bakat dan
kebolehan mereka dalam bidang tertentu dan secara tidak langsung
menimbulkan rasa minat murid terhadap sesuatu bidang pelajaran.
Rasionalnya, aktiviti pengayaan di lakukan dalam kelas untuk
menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan
perkembangan mental murid yang tidak sama antara mereka. Pada permulaan
pembelajaran semua murid akan diberikan aktiviti pembelajaran yang sama.
Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas mempunyai kebolehan,
21
minat dan bakat yang berbeza, maka kadar keupayaan mereka menguasai
kemahiran juga berbeza.
Kolektifnya, dengan adanya, aktiviti pengayaan yang dijalankan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar akan tertarik untuk belajar
dan tidak merasa bosan apabila aktiviti yang diberikan tidak hanya bersesuaian
dengan pelajar yang mempunyai perkembagan mental yang lambat atau cepat
sahaja. Murid bukan sahaj dapat merasai suasana pembelajaran yang
menggembirakan tetapi juga memperkembang aspek fizikal, emosi, minat,
kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.
Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah
penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi
dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan
individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara
bersepadu dan menyeluruh.
3.6 RUMUSAN
Strategi 5P sangat penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk murid. Setiap proses penyampaian ilmu, guru perlu
memperkembang pelbagai kemahiran-kemahiran asas murid dengan
merangkumkan beberapa kemahiran dalam satu pembelajaran yang disebut
penggabungjalinan. Kaedah ini bukan sahaja membantu murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas, malah dapat menarik minat murid untuk belajar dan
memberi fokus terhadap pengajaran guru. Peringkat ini iaitu permulaan murid
untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas adalah satu peringkat yang sangat
penting untuk menjana perkembangan murid dalam penguasaan ilmu-ilmu lain
dan pengamalan kemahiran dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, dalam pembelajaran, guru-guru perlu menyerapkan nilai-
nilai murni yang boleh membentuk keseimbangan dan pemantapan rohani dan
22
emosi murid-murid. Selain itu, guru-guru perlu menyerapkan pengetahuan-
pengetahuan yang merentasi kurikulum sebagi pendedahan awal kepada murid
supaya pemikiran mereka sentiasa meluas dan mencetuskan semangat cinta
akan ilmu dalam diri mereka. Setelah kemahiran asas dapat dikuasai, kebolehan
murid-murid perlu diasah dengan strategi pengayaan. Manakala, andai berlaku
sebarang permasalahan dalam pembelajaran murid-murid, maka perlu diatasi
segera dengan kaedah pemulihan yang bersesuaian. Akhirnya, bagi menguji
keberkesanan kedah-keadah pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilakukan, satu aktiviti penilaian perlu dijalankan.
Intihanya, dengan kesungguhan dan penghayatan dalam
melengkapan lima kaedah ini, penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan,
pemulihan dan penilaian yang diringkaskan dalam sebutan pendek 5P, maka
sempurnalah pembelajaran murid-murid di sekolah dan bakal melahirkan insan
yang seimbang dan berketerampilan yang bakal menyumbang pada
pembangunan negara pada masa akan datang.
4.0 BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN (KBSR) TAHAP DUA
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut murid akan dapat memahami dengan lebih jelas
bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Sebelum membina
sesuatu model atau membentuk sesuatu binaan, pelajar harus didedahkan
dahulu dengan sesuatu benda yang konkrit atau maujud supaya pelajar dapat
melihat dan membuat pemerhatian yang spesifik terhadap model objek tersebut.
Sebagai contoh pelajar diberikan model boneka, mereka akan menilai saiz
boneka tersebut, struktur yang terlibat, bentuk yang diperlukan dan memastikan
sama ada boneka tersebut stabil atau tidak.
Pemerhatian secara aktif ini perlu supaya murid dapat membina imaginasi
konsep tersendiri seterusnya menggunakan pengetahuan hasil pemerhatian tadi
untuk membuat model atau boneka mereka sendiri. Hal ini dapat dirujuk kepada
23
Teori Permodelan Albert Bandura iaitu pembelajaran melalui proses peniruan.
Dalam bidang membentuk dan membuat binaan, interaksi dengan alat dan
bahan amatlah penting untuk menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.
Sebagai contoh, untuk membuat sesuatu origami yang kemas dan sempurna
memerlukan kertas yang baik dan sempurna agar hasilnya memberangsangkan.
Disamping itupenggunaan alat dan bahan haruslah disesuaikan dengan teknik
yang betul supaya menjamin mutu dan kualiti bahan. Sebagai contoh, untuk
menghasilkan sesuatu origami seperti burung memerlukan kemahiran dan
langkah-langkah yang betul untuk menghasilkan seekor burung yang berasal
dari sekeping kertas.
Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran
asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-
teknik mudah. Disamping itu semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid
dapat membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Sebagai contoh untuk menghasilkan model yang seakan-akan
seperti objek yang sebenar
Apresiasi seni visual secara mudah juga boleh dihayati dalam bidang seni
ini. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan pemerhatian kepada objek sebenar. Hasil pemerhatian seni
inilah yang akan digunakan oleh para pelajar untuk membuat model mereka
sendiri. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang
dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka. Hasil binaan dan rekaan
pelajar perlu dipamerkan di persekitaran sekolah ataupun di kelas sebagai tanda
penghargaan atas hasil usaha mereka. Dengan cara ini pelajar akan lebih
bermotivasi instrinsik untuk mempelajari pendidikan seni dan seterusnya
membina sifat keyakinan diri yang tinggi dalam diri para pelajar. Antara kegiatan
lain yang boleh dilakukan sebagai tanda apresiasi ialah seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.
Dalam seni binaan dan rekaan juga kita boleh boleh terapkan nilai
mencintai unsur-unsur tradisi yang terdapat pada bangsa kita seperti binaan
24
rumah, masjid dan sebagainya. Kita mengajar pelajar menghargai seni warisan
bangsa agar identiti Melayu dan warisan Melayu terus terpelihara.
4.1 Projek
BIDANG C:
Membentuk Dan Membuat Binaan
9. Membuat Topeng Serkup
Kemahiran
9.1 Melakar wajah mimik muka mengikut watak yang dipilih
9.2 Membuat topeng serkup menggunakan bahan kutipan seperti karung kertas
surat khabar atau kad manila.
9.3 Menghias topeng serkup dengan tali
25