esemen.docx

6
1.0 PENGENALAN Sintaksis merupakan subsistem tatabahasa. Bahasa adalah satu system. Hal ini demikian kerana dalam bahasa terdapat sistem bunyi, sistem bagaimana kata-kata disusun menjadi ayat dan sistem makna. Jadi, dalam bahasa terdapat tiga sistem iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan juga semantik. Sintaksis sebagai subsistem bahasa bukan saja membicarakan selok-belok ayat tetapi juga membicarakan selok-belok frasa dan klausa. Oleh itu, pembicaraan sintaksis itu daripada frasa hingga ayat. Menurut Samsu Yaacob pula, dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna. Sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3). Menurut Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna. Oleh itu, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas. 2.0 Jenis-Jenis Ayat

description

hjkl

Transcript of esemen.docx

Page 1: esemen.docx

1.0 PENGENALAN

Sintaksis merupakan subsistem tatabahasa. Bahasa adalah satu system. Hal ini

demikian kerana dalam bahasa terdapat sistem bunyi, sistem bagaimana kata-kata

disusun menjadi ayat dan sistem makna. Jadi, dalam bahasa terdapat tiga sistem

iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan juga semantik. Sintaksis sebagai subsistem

bahasa bukan saja membicarakan selok-belok ayat tetapi juga membicarakan selok-

belok frasa dan klausa. Oleh itu, pembicaraan sintaksis itu daripada frasa hingga

ayat.

Menurut Samsu Yaacob pula, dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan 

Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang

linguistik  yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat

dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan

menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna. Sintaksis adalah suatu

kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah penggabungan

dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa (Nik

Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3).

Menurut Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan

Lengkap STPM, sintaksis  dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang

mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian

tentang hukum  tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan

perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna.

Oleh itu, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang

mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada

beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses

pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang

dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang

gramatis sewajarnya saling dilengkapi   frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau 

frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.

Page 2: esemen.docx

2.0 Jenis-Jenis Ayat

2.1 Ayat Penyata

Tatabahasa Dewan menyatakan ayat penyata merupakan suatu ayat yang diucapkan

atau diperkatakan  dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata yang

diucapkan adalah bertujuan untuk menyatakan keterangan tentang sesuatu hal atau

perkara. Selain itu, ayat berita atau ayat keterangan turut dikenali sebagai ayat

penyata (Nik Safiah Karim,1996 : 422). Tatabahasa Bahasa Malaysia pula

menyatakan ayat penyata dari segi makna dan intonasi. Dari segi makna, bermaksud

ayat yang memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu hal atau perkara yang

menunjukkan keterangan. Dari segi intonasi pula, buku tersebut telah menyatakan

ayat penyata merupakan suatu ayat yang diucapkan dengan intonasi sederhana

yang diakhiri dengan nada penutup menurun. Nahu Melayu Moden pula yang

menggunakan istilah ayat berita menyatakan ayat yang menceritakan atau

memperlihatkan suatu kejadian atau peristiwa, pandangan atau perasaan seseorang

Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama ada

yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan. Oleh itu, ayat penyata

dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan hal apa pun. Ayat yang bertujuan

memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Ayat

ini turut disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan dan bertujuan untuk

menerangkan sesuatu perkara maka kadar intonasinya adalah sederhana dan

diakhiri dengan nada penutup turun. Subjek ialah unsur yang hadir pada awal ayat

atau yang diterangkan dan predikat pula unsur yang hadir selepas subjek atau yang

menerangkan. Struktur ayat penyata boleh terdiri dari ayat tunggal atau ayat majmuk.

2.2 Ayat Tanya

Sebenarnya, bagi menjelaskan maksud ayat tanya, pelbagai tafsiran dan pendapat

telah dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa. Menurut Nik Safiah (1986:47), ayat tanya

ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Selain itu, pada

setiap akhir ayat tanya ini akan diberi satu tanda soal (?). Tanda soal yang digunakan

di dalam bahasa tulisan ini sebenarnya berupa nada yang tertutup yang meninggi

sebelum disambut oleh kesenyapan. Arbak Othman pula (1985:112) menyatakan

bahawa ayat ini biasanya dibawakan oleh pola sebutan yang diakhiri dengan nada

Page 3: esemen.docx

penutup meninggi, atau nada penutup menurun yang didahului oleh nada meninggi

pada perkataan yang mengakhiri ayat tanya itu. Menurut beliau lagi, ayat tanya

mudah dikenali dengan adanya penggunaan kata tanya seperti mengapa, kenapa,

siapa, bagaimana, bila dan lain-lain lagi.

Menurut beliau lagi, ayat tanya mudah dikenali dengan adanya penggunaan

kata seperti mengapa, bagaimana, bila, kenapa, siapa, berapa. Untuk tujuan

mengeraskan maksud, akhiran-kah boleh diberi kepada mana-mana perkataan yang

mahu ditekankan maksudnya. Keterangan Arbak Othman ini dipersetujui oleh Nik

Safiah Karim (1993:422) yang menyatakan bahawa ayat tanya ialah ayat yang

digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Nik Safiah juga menekankan

bahawa nada suara dan penggunaan perkataan penting dalam ayat tanya.

2.3 Ayat Perintah

Menurut Nik Safiah (1993:53), ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan

untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua.

Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada

empat jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan.

            Dalam ayat suruhan, subjek ialah ganti nama orang kedua seperti awak,

kamu, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun,

kerana tujuan penegasan, subjek juga boleh diucapkan. Ayat perintah dapat

dibahagikan kepada empat ayat iaitu ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan dan

ayat larangan.

2.4 Ayat Seruan

Arbak Othman dalam bukunya ‘Nahu Bahasa Melayu’ (1989:115),

menyatakan ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau

intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut,

marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam

tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu

didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi,

wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan

(1994:231) menyatakan ayat seruan ialah ayat yang dibentuk daripada kata seryuan

Page 4: esemen.docx

untuk menyatakan perasaan hairan, marah, takut, benci dan suka. Kata seruan yang

sering digunakan termasuklah adoi, aduh, amboi, cis, eh, oh, hei, wah dan

sebagainya.

Abdul Hamid Mahmood, (1999:163), menyatakan bahawa dalam ayat seruan,

tanda seru diletakkan di hujung ayat, dan bukan selepas kata seru di awal ayat. Kata

seru diletakkan di hujung ayat kerana yang diseur itu ialah perasaan daripada makna

seluruh ayat dan bukannya makna kata seru itu sahaja. Andainya tanda seru itu

diletak selepas kata seru, maka ayat itu dianggap tidak gramatis kerana kata itu

sahaja diseur, bukan seluruh perasaan yang didukung oleh ayat tersebut.

Oleh itu, sebagai pemahamam pengkaji, berdasarkan beberapa definisi yang

dipetik daripada ahli-ahli bahasa, kita dapat rumuskan bahawa ayat seruan ialah ayat

yang diucapkan dengan tujuan melahirkan pelbagai keadaan perasaan seperti

terkejut, hairan, geram, marah, sedih, seronok dan sebagainya yang ditandai dengan

pelbagai kata seru untuk menyatakan perasaan tersebut.

Page 5: esemen.docx

3.0 Analisa Kesalahan Papan Tanda Dari Aspek Sintaksis

Kesalahan penggunaan ayat pada papan tanda bukanlah suatu perkara yang janggal

bagi kita. Malahan perkara ini sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat

Malaysia. Berikut ialah beberapa analisa kesalahan papan tanda dari aspek sintaksis

yang telah dikaji.

i)

Berdasarkan kain rentang ini, dapat dilihat penggunaan klausa yang lengkap

dengan subjek dan predikatnya tetapi salah dari segi peggunaan perkataan

“pengubatan”. Kata dasar bagi perkataan ini ialah ubat yang menerima imbuhan

apitan peng... an. Perkataan “pengubatan” menjurus kepada perbuatan mengubati.

Contoh ayat bagi perkataan pengubatan ialah:

Doktor itu pakar tentang pengubatan penyakit kanak-kanak.

Oleh yang demikian, penggunaan perkataan ”pengubatan” dalam klausa

yang terdapat pada papan tanda di atas tidak tepat kerana Klinik Pengubatan Islam

memberi maksud tempat mengubati orang Islam. Sedangkan klinik yang dirasmikan

ini adalah tempat perubatan menggunakan cara atau kaedah mengikut ajaran Islam.

Justeru, perkataan yang lebih tepat ialah perkataan “perubatan” yang menjurus

kepada semua perkara yang bersangkutan dengan hal berubat. Dengan ini, ayat

yang sepatutnya ditulis pada papan tanda di atas ialah:

Majlis Perasmian Klinik Perubatan Islam (Darussyifa’) Cawangan Melaka

Page 6: esemen.docx

ii)

Apa yang kita lihat dalam kain rentang ini merupakan kesalahan tatabahasa bahasa

Melayu kesan daripada pengaruh tatabahasa bahasa Inggeris. Kemungkinan tujuan

penggunaan (‘s) ini untuk menjimatkan ruang pada kain rentang. Simbul (‘s)

membawa maksud pemilikan. Apostrophe (‘) diletak selepas noun seperti dalam

contoh di bawah.

- Family’s trip: The trip of a family (pelancunga keluarga itu)

- The boy’s car: The car of the boy (kereta budak itu)

Penggunaan apostrophe (‘) menyalahi hukum tatabahasa bahasa melayu.

Dalam bahasa Melayu tiada istilah singkatan untuk pemilikan. Apa yang ada adalah

kata sendi, kata bantu, kata relatif dan sebagainya yang tergolong dalam kata tugas.