Esp313 Assignment 1 e3022 Mahmud b Ganteh e30209120931

28
 1 KOD KURSUS ESP 313 TAJUK KURSUS SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN BINTULU

Transcript of Esp313 Assignment 1 e3022 Mahmud b Ganteh e30209120931

KOD KURSUS ESP 313

TAJUK KURSUS

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATORAKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN BINTULU

BilIsi KandunganMuka surat

1 Pengenalan Bahagian A: Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu:

1

2Faktor-faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa.Kesan peminjaman.2 4

4

3Pengaruh peminjaman bahasa asing dalam perkembangan bahasa Melayu3.1.1Pengaruh Bahasa Sanskrit3.1.2Pengaruh Arab-Islam3.1.3Penyerapan unsur bahasa-bahasa Eropah dalam bahasa Melayu.3.1.4Kata pinjaman daripada bahasa Tamil, Hindustan , Parsi dam Cina. 3.1.5Peminjaman imbuhan asing dalam bahasa Melayu.

5

5 7

7 8

9 10

10

1111

4Rumusan12

5Rujukan13

Bahagian A: Tulis satu esei bertajuk: Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu: Bincangkan Secara Kritis

1.0 Pengenalan

Peminjaman bahasa membawa maksud satu proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa yang lain untuk kepentingan atau maksud-maksud tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa tersebut.Peminjaman bahasa berlaku apabila pertembungan suatu bahasa dengan dengan bahasa yang lain. Semasa proses pertembungan , penutur sesuatu bahasa akan berinteraksi dengan penutur bahasa yang lain. Peminjaman kata merupakan situasi biasa dalam bahasa yang terjadi kerana pertembungan masyarakat pengguna bahasa yang berlainan, ia selalunya berlaku akibat daripada penghijrahan dan perantauan penuturnya. Begitu juga yang berlaku dalam bahasa Melayu yang mana meminjam kata dari bahasa Sanskrit, Arab, Belanda dan kini Inggeris. Istimewamya bila berlaku pertembungan bahasa ialah bahasa yang berpengaruh atau berbudaya tinggi secara tidak langsung akan menaik taraf kedudukan bahasa yang kurang berpengaruh atau berbudaya rendah. Contohnya pada kurun ketujuh , apabila berlaku pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa Sankrit, bahasa Melayu telah meminjam perkataan daripada bahasa Sankrit.

2.1 Faktor-faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa.a. Masalah kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembang atau menyebar ilmu pengetahuan kepada masyarakat.Kedatangan beberapa kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke negara kita di dalam bidang atau jurusan-jurusan tertentu telah menimbulkan masalah kekurangan kata-kata atau istilah untuk perluasan ilmu pengetahuan. Sesetengah perkataan di dalam bidang-bidang tertentu hampir sukar untuk dicari kata atau maksudnya. Ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa asing, terutama bagi perkataan bahasa Inggeris Contohnya perkataan radio lebih tepat jika dibandingkan dengan tetuang udara. Juga perkataan riba lebih tepat berbanding bunga.b. Apabila lahir tamadun/ilmu baru, bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur asing untuk memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru itu. Contohnya apabila ilmu sains dan teknologi melahirkan benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen.c. Keperluan bahasa di dalam bidang pendidikan tinggi.Di dalam bidang pendidikan tinggi, faktor keperluan merupakan faktor penting kerana ilmu yang ada di dalam sesuatu bahasa yang dipinjam amat tinggi nilainya. Walaupun sesebuah negara itu tidak pernah dijajah namun , peminjaman istilah daripada bahasa asing tidak dapat dielakkan. Contohnya: Bahasa Jepun dan bahasa Thai banyak meminjam istilah daripada bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluanm masyarakatnmya di dalam bidang pendidikan tinggi.d. Kemegahan terhadap bahasa asing.Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga menyebabkan wujud perkataan pinjaman seperti boikot (pulau), daddy dan mummy. Faktor kemegahan dikaitkan di sini dengan kebajikan sosial, keuntungan besar atau kemenangan tinggi sekiranya komuniti dalam masyarakat menunjukkan mereka mengetahui beberapa patah perkataan asing semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan. Contohnya: Di Malaysia sebelum merdeka, taraf individu itu dianggap tinggi apabila dapat berkomunikasi dengan menggunakan kata-kata daripada bahasa Inggeris atau bahasa Arab.

Perlu diingatkan juga kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan lagi untuk menimbulkan unsur-unsur keindahannya. Hal ini kerana bahasa Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat menganggu gugat kedudukannya sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi harus dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai idea dan perancangan untuk mencapai kejayaan yang telah diharapkan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang. Tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut pasti sukar untuk dicapai. Untuk memenuhi fungsi-fungsi yang dihuraikan di atas, bahasa Melayu telah meminjam kata-kata daripada bahasa Inggeris, terutamanya dalam bidang teknikal dan khusus. Proses peminjaman merupakan satu keperluan dalam usaha untuk merancakkan lagi perkembangan bahasa Melayu. 2.2 Jenis-Jenis pinjaman. a) Peminjaman kacukan peminjaman jenis ini berlaku apabila dua perkataan sama makna disatukan. Contohnya kasut but, pintu gate dan cuba terai. b) Pinjaman tulen Pinjaman ini mengambil sepenuhnya bunyi dan makna bahasa asing berkenaan contohnya televisyen (Inggeris) Cuma yang disesuaikan ialah dari segi sistem ejaan. c) Peminjaman pemerian pinjaman jenis ini berlaku apabila perkataan sedia ada dalam Bahasa Melayu diperikan dengan satu perkara lain hingga membentuk satu perkataan baru. Contohnya bagi perkataan aeroplane dalam Bahasa Inggeris tidak cuba disesuaikan dengan sistem bunyi dan ejaan. Oleh sebab dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan kapal (di laut), maka perkataan itu diperikan dengan kata terbang untuk membentuk istilah (perkataan) baru iatu kapal terbang. Contoh lain ialah peluru berpandu dan kapal selam. d) Peminjaman berpindah Pinjaman jenis ini berlaku cuma mengambil kira bunyi tetapi berbeza makna sebenar. Contohnya vokal dalam Bahasa Melayu hanya bermasud huruf a, e, I, o, u sahaja, tetapi perkataan Inggeris (vowel) menjelaskan semua bunyi berdasarkan huruf itu termasuk e pepet dan e taling. Unsur pinjaman yang diambil termasuklah bunyi, huruf/sistem tulisan,imbuhan, kosa kata, strukutur, ayat, peribahasa @ simpulan bahasa dan kata-kata hikmat. Kemasukan unsur asing mengikut aturan Sanskrit, Arab, Indonesia,Inggeris Bagaimanapun selepas perkembangan Bahasa Melayu moden unsur ini saling dipinjam mengikut kesesuaian.e) Peminjaman dialek - Peminjaman daripada dialek-dialek tempatan. Contoh : ekau dialaek Negeri Sembilan, pi dialek Penang, jenuh dialek Perak.f) Peminjaman maksud Kata-kata yang berasal daripada bahasa asing diberi maksud baru dalam bahasa Melayu. Contoh perkataan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris : plantation ladang, solution- larutan, administration - pentadbiran2.3 Kesan peminjamana. Sekiranya berlaku peminjaman bahasa yang berlebihan , bahasa tersebut akan hilang identitinya sehingga menjadi bahasa pasar. Di samping itu, struktur ayat juga boleh terganggu.b. Proses peminjaman bahasa juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi serta bentuk ayat atau sintaksis ke atas bahasa tersebut. Kesannya dapat kita lihat ke atas perubahan fonologi apabila kemasukan kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

3.1Pengaruh peminjaman bahasa asing dalam perkembangan bahasa Melayu.Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.3.1.1Pengaruh Bahasa SanskritBahasa Sanskrit merupakan bahasa perantara agama Hindu dan Buddha, telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai di:i. Kedukan Bukit, Palembang (683 M)ii. Talang Tuwo, Palembang (684 M)iii. Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)iv. Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).Faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana ia dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:Bahasa Sanskrit Bahasa Melayubhasa bahasamalaiu Melayuakasa angkasasamudhara samuderamaha maharajha rajabhumi bumiputra puteranagara negaranagari negeriagama agamaanka angkavaca bacabhagya bahagiavamsa bangsabalya beliavarta beritabuddhi budisamsara sengsara

Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa ini tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:i. Pengaruh melalui penyebaran cerita panji ii. Pengaruh melalui interaksi sosial dan ekonomiCerita panji merupakan cerita yang berasal dan berkisar mengenai Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga ke Kemboja.Apabila berlaku penghijrahan orang-orang Jawa ke Tanah Melayu semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka, pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, penghijrahan orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor dan negeri Johor.Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kata-kata pinjaman Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu secara terpencil dan tidak tersebar luas. Ia dikatakan diserap ke dalam Bahasa Melayu kerana migrasi orang-orang Jawa yang masih mengekalkan bahasa mereka dan tidak menguasai perbendaharaan bahasa Melayu yang sebenar.Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:

Perkataan MaksudnyaAndong Kereta kuda(sewaan)Batok tempurungberangasan mudah naik marahwedana ketua daerahadipati raja

3.1.2Pengaruh Arab-IslamBahasa Arab dan agama Islam sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Status bahasa Melayu yang bertaraf lingua franca dan keunikannya telah menyebabkan agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan tidak dengan bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab melalui kedatangan agama Islam telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dalam beberapa aspek, antaranya:i- perbendaharaan kataii-sebutan kataiii- tulisan

i- Perbendaharaan KataHampir sebahagian besar perbendaharaan bahasa Melayu meminjam perkataan bahasa Arab. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:Bahasa Arab Bahasa MelayuAbba AbahSyukr SyukurJadwal JadualQamus KamusSubh SubuhWaqtu WaktuHayawan HaiwanWajh WajahAqal AkalDunya DuniaMahkamah MahkamahAsal AsalMas'alah MasalahHadyah HadiahSadaqah SedekahMawt Mautii- Sebutan KataPengaruh Arab-Islam juga memberi impak yang sangat besar kepada sebutan perkataan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mula dituturkan supaya menghampiri sebutan bahasa Arab, kerana masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Qur'an dengan betul.Sebutan dengan pengaruh Arab-Islam ini turut membezakan antara penutur asal bahasa Melayu (iaitu orang-orang Melayu) dengan penutur bukan asal (seperti kaum Cina, India, atau bangsa Eropah) kerana penutur bukan asal ini tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab.

iii- TulisanKedatangan pengaruh Arab-Islam telah menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang akhirnya disebut tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan antara lain bagi memudahkan orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam membaca Al-Quran.Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan rumi, ramai orang-orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran.

3.1.3Penyerapan unsur bahasa-bahasa Eropah dalam bahasa Melayu.Kedatangan kuasa-kuasa Barat tidaklah memberi impak semerta kepada bahasa Melayu. Pengenalan bahasa Melayu kepada para pedagang Eropah merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar di bidang pendidikan. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah saman, notis,berek, pensel, gelas, setem,hotel, tiub, basikal, lesen, bil,lokap,kompas,biskut,setokin,drebar, mesin, telefon,faksimili, moden, wad , waden, computer, radio birodan banyak lagi.

3.1.2Kata pinjaman dari bahasa Portugis.Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah :baldi,bangku,meja,bomba,bendera,kemeja,garpu,kebaya,paderi,tuala,dadu,mentega,keju,pita,lampu,palsu,beranda,wizurai,gereja,merinyu,lelong,sepatu,almari, nanas, tembakau,tangki,pitadsb

3.1.3Kata pinjaman dari bahasa BelandaPerkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda,antaranya ialah:engsel,duit,pos,persen,polisi,sekolah,senapang,laci,pelekat,persen,rokok,kantor,kamar,peleser, permisi,dansa,super .

3.1.4Kata pinjaman daripada bahasa Tamil, Hindustan , Parsi dan Cina.Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil :ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, dan koko. Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan :acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi,dan topi.Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi :agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta,pelampung, Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina :tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kuehdan banyak lagi.

3.1.5PEMINJAMAN IMBUHAN ASING DALAM BAHASA MELAYU. Secara umumnya, unsur-unsur imbuhan asing dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal imbuhan-imbuhan tersebut.i. imbuhan Sanskrit -maha-, tuna-, tata-, pra-, swa-, panca-, eka-, dwi-, tri-, -wan, -man, -wati, -nitaii. imbuhan Arab-Parsi: -bi-, -i, -wi, -iah, -in, -at, -ahiii. imbuhan Yunani-Latin-Inggeris :pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, supra-, -isme, ik, -si, -al, -is

4. RumusanTiada satu bahasa pun di dunia ini yang terkecuali tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Sebagai bahasa yang pesat berkembang,bahasa Melayu banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama dalam aspek kosa kata atau perbendaharaan kata. Pengaruh paling awal yang menyerap masuk dalam bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan. Proses penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu iniialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik.Banyak faktor yang telah mempengaruhi wujudnya bahasa asing dalam bahasa Melayu. Apabila lahir tamadun/ilmu baru, bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur asing untuk memberikan kefahaman kepada fenomena atau benda baru itu. Contohnya ketika agama Hindu dan agama Islam mula memasuki alam Melayu banyak perkara baru yang berkaitan agama baru itu perlu diperjelaskan, lalu lahirlah pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Arab seperti syurga, neraka, sembahyang, puasa dan sebagainya. Kemudian apabila ilmu sains dan teknologi melahirkan benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan Bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen. Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga menyebabkan wujud bahasa rojak iaitu campuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

Rujukan :

Melalui halaman sesawang :http://umkeprints.umk.edu.my/996/1/Paper%201.pdfhttp://dwnbahasa.dbp.my/?p=582http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-memartabatkan-bahasa-melayu-perlukan-kesungguhanhttp://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayuhttp://dwnbahasa.dbp.my/?p=638http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.htmlMEMARTABATKAN BAHASA MELAYU , oleh Masni Bujang [ diselenggarakan oleh Rozali Rajab, GC BM]http://nuramalku.blogspot.com/2012/05/pengaruh-daripada-bahasa-asing-dalam.htmlhttp://bmstpm.blogspot.com/2012/07/penyerapan-unsur-asing-dalam-bahasa.html

BilIsi KandunganMuka surat

1Pengenalan Bahagian B: Memartabatkan Bahasa Melayu Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di dunia.

16

2Definisi Konsep17

33.1 Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu .3.2 Cabaran bahasa Melayu .

3.3Pemarkasaan dan pemartabatan bahasa Melayu.

18 19

19 - 23

24 - 26

4Rumusan27

5Rujukan28

Bahagian B: Tulis satu esei bertajuk: Memartabatkan Bahasa Melayu Untuk Bersaing Dengan Bahasa-Bahasa Lain Di dunia: Bincangkan .1.0PendahuluanBahasa Melayu merupakan antara sepuluh bahasa di dunia yang mempunyai penutur yang paling ramai. Bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan upayanya dek kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai nilai komersial, unik dan kaya kosa kata. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi penyebab bahasa Melayu dipandang sinis dalam kancah keilmiahan dan ketamadunan jati diri bangsa.Bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan, dituturkan oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai bahasa perhubungan utama, bahasa diplomatik, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan sebagainya. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Namun begitu, sesetengah pihak menganggap bahasa Melayu tidak mantap dan belum boleh dibanggakan kerana status pencapaian yang merudum jika dibandingkan dengan pencapaian yang dicatatkan pada zaman kegemilangan Melayu terdahulu. Yang menyedihkan, terdapat segelintir rakyat dan pemimpin seolah-olah meminggirkan peranan bahasa kit

2.1Definisi Konsep

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Manakala, Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan tujuan. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Berdasarkan pendapat tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan.

3.1 Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu .Banyak usaha yang telah ditunjukkan demi untuk mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah pemantapan yang lebih sempurna. Bahasa melayu juga telah diperkaya dan diberi mandat untuk berfungsi sebagai wahana komunikasi utama bagi semua bidang termasuk industri dan aktiviti ekonomi, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Di antara usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah :i. Memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila.ii. Melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.iii. Akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.iv. Memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian.

3.2Cabaran bahasa Melayu .3.2.1Kerancuan bahasa menjejas bahasa MelayuMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan perkataan kerancuan ini sebagai keadaan yang tidak teratur atau kekacauan. . Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, ejaan, peristilahan, kosa kata serta tatabahasa dan laras bahansa. Perkataan-perkataan yang sama maksud ialah ialah pencemaran, kecelaruan, kekacauan, kesalahan dan kesilapan. Jelaslah disini bahawa kerancuan bahasa adalah pencemaran bahasa yang sudah tiada nilai yang sebenar di dalam berbahasa khasnya Bahasa Melayu. Pelbagai penggunaan bahasa yang rancu bukan sahaja boleh merencatkan usaha pemerkasaan dan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengucapan budaya tinggi yang berwibawa, bahkan boleh menimbulkan tanggapan bahawa itulah bentuk dan gaya bahasa yang betul, baik, indah dan persis. Kerancuan penggunaan bahasa dalam media elektronik berlaku dalam dua aspek, iaitu aspek ejaan dan kecenderungan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, khususnya dalam pemaparan judul drama atau filem yang ditayangkan di stesen televisyen kerajaan dan swasta. Dalam konteks ini tentu sahaja para produser filem atau drama serta penerbit rancangan yang berkenaan juga ikut bertanggungjawab merancukan penggunaan bahasa kerana merekalah yang menciptakan dan menetapkan judul drama dan filem itu. Contohnya dalam drama bersiri yang terkiriMr.ArrogantAku Cinta Padamu. Judul filem dan drama yang menarik dan mampu menambat hati penonton, tetapi tidak mewajarkan kepersisan dan keindahan bahasa itu dirancukan dan dimanipulasikan secara semberono. Harus ada pertimbangan, keprihatinan dan rasa kebertanggungjawaban bersama untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini dengan membiasakan penggunaan bahasa yang betul, khususnya oleh pengamal media.Dari aspek ejaan, terdapat beberapa kesilapan pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, selain penterjemahan yang salah dari segi semantiknya. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris perlu mengutamakan aspek visualnya, bukan mengikut nilai sebutan perkataan tersebut. Kata legenda yang berasal daripada katalegendselalu disalah eja menjadi lagenda. Contohnya dalam judul dramaLagenda Budak Setan.Penggunaan ungkapan My honeypula diterjemahkan sebagai Oh maduku, sedangkan dalam konteks tersebut, ungkapan itu bermaksud Oh sayangku atau Oh manisku. Katashootyang bermaksud pengambilan gambar atau penggambaran sering diterjemahkan sebagai tembak. Demikian juga dengan perkataanFire!yang bermaksud Tembak! diterjemahkan sebagai Api!. Penterjemahan secara harfiah tanpa mendalami maksud ungkapan tersebut terlalu kerap berlaku.Wujud juga penggunaan perkataan yang lewah dan penterjemahan kata majmuk yang tidak tepat. Contohnya, kata majmuk Bual Bicara untukTalk Showdan Guna pakai bagiadopted. Talk Show boleh diterjemahkan sebagai Bicarawara, dan ungkapan terima pakai untuk adopted.3.2.2Ledakan teknologi maklumat.Berhadapan dengan cabaran baru dalam era Teknologi Maklumat, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber pemodenan, bahasa sumber maklumat, bahasa sumber pengetahuan, bahasa sains dan teknologi dan bahasa sumber kewangan. Usaha perlu diperhebatkan untuk menambah bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu dihasilkan. Usaha ini secara tidak langsung memerlukan lebih ramai pengarang, penyelidik, guru, penerbit dan juga melibatkan institusi penyelidikan. Di samping itu, bahan-bahan ini mestilah dihasilkan dalam bentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi mudsa yang membesar di hadapan komputer, internet, pangkalan data dan portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahan dan memoden bahasa kebangsaan bukan hanya dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran atau Universiti Kebangsaan Malaysia tetapi harus digalas bersama oleh semua pecinta dan pejuang bahasa kebangsaan. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi, maka mereka dapat melakukan kerja dengan lebih bijak, inovatif, kreatif dan produktif. Di samping itu, kita juga boleh menjejaki inisiatif sarjana dan institusi di England, Amerika Syarikat dan Australia, yang begitu pantas memperkembangkan bahasa Inggeris. Usaha ini boleh dilakukan dengan lebih efektif dengan bantuan teknologi maklumat. Contohnya, projek penyelidikan bahasa Inggeris seperti Enhanced Language Learning [TELL] dan Computer Assistedf Language Learning [CALL] yang dilakukan di England, Amerika Syarikat dan Australia di mana data bahasa boleh diperoleh dalam CD-ROM, internet dan pakej elektronik dalam bahasa Inggeris. Usaha ini boleh kita jadikan batu loncatan atau panduan untuk menerbitkan hasil yang sama dalam bahasa Melayu. Cabaran dan masa depan bahasa Melayu terletak di tangan kita sendiri sama ada kita boleh memperkembangnya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekonomi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan.3.2.3Mazhab bahasaKewujudan variasi mazhab bahasa menyebabkan timbulnya kelainan aturan bahasa, baik di peringkat sebutan, kata, istilah mahupun ayat. Sesetengah pendapat merumuskan kemantapan sistem bahasa Melayu terjejas ekoran kelainan mazhab ini. Di antaranya ialah[a]Sarjana Barat seperti William Marsden, pada tahun 1812 telah menghasilkan buku pertama beliau tentang tatabahasa Melayu iaitu A grammar Of The Malayan Language With An Introduction dengan berpaksikan kerangka pembinaan bahasa.[b]Usaha Zaba menerusi Pelita bahasa Melayu yang menggunakan tatabahasa moden.[c]Sarjana Barat mengetengahkan teori yang lebih formal dan lahirlah teori struktur. Teori Struktur Leonard Bloomfend dan C.C Fries berakar dalam linguistic\k Melayu.[d]Prof. Asmah Haji Omar dan Yunus Maris merupakan individu yang bertanggungjawab menerapkan teori tersebut untukm mendapat perspektif baru mengenai linguistic.[e]Prof.Chomsky (1957) mula mengetengahkan teori linguistik tranformasi-generatif yang bercirikan pemikiran di Amerika dan secara langsung Negara kita Malaysia juga menerima tempias bahasa tersebut.Perkembangan pelbagai teori tersebut di atas telah memantapkan lagi sistem bahasa Melayu ke arah perkembangan yang sihat. Menurut Awang Sariyan(1996), usaha tersebut mungkin terganggu disebabkan kegagalan menganalisis dan menguasai tradisi sistem bahasa Melayu dari perspektif yang pelbagai oleh sesetengah individu. Di samping itu, ada dikalangan individu itu sendiri yang hilang keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi. Kepelbagaian istilah baru yang dianggap janggal juga boleh dijadikan isu untuk merendah-rendahkan keupayaan bahasa Melayu. Ada di kalangan warga pendidik yang berpendapat agak sukar untuk mengajar bahasa Melayu kerana percanggahan pendapat dalam kalangan ahli bahasa dan aturan bahasa yang sering berubah.

3.2.4Bahasa InggerisKepesatan ekonomi merupakan faktor utama bahasa Inggeris mendominasi bahasa dunia. Bahasa Inggeris telah menjadi lingua franca kaum elit dan sektor swasta. Imej dan status orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris terus mendasari masyarakat Malaysia. Di samping itu, nilai ekonomi bahasa Inggeris telah melonjak kembali.Seorang lulusan universiti dianggap versatile, berkualiti dan laku serta menjadi rebutan para majikan sekiranya dia fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Impaknya, bahasa Melayu turut mengalami kedudukan yang terumbang-ambing .Menurut Adam Ahmad (1994) penonjolan bahasa Inggeris ini diperkukuhkan lagi dengan kesalahfahaman dan prasangka banyak pihak bahawa bahasa Melayu mempunyai keterbatasan jika dijadikan bahasa sains dan teknologi. Dasar kerajaan yang membenarkan program kembar bersama-sama dengan universiti luar negeri terutama Amerika Syarikat, Britain, Kanada, New Zealand dan Britain sedikit sebanyak mengabaikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu terabai walaupun terdapat syarat yang memasukkan pengajaran bahasa kebangsaan dalam program pengajarannya. Hampir keseluruhan ilmu yang disampaikan adalah melalui bahasa Inggeris.Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia , kerajaan Brunei contohnya telah menarik balik penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam jurusan sains sosial di Universiti Brunei Darussalam. Pemansuhan ini dikatakan berkaitan dengan kemerosotan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar Brunei.

3.3PEMERKASAAN DAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU3.3.1BAHASA PERPADUAN DAN JATI DIRIa.. KPM hendaklah mencari kaedah terbaik untuk memperkenalkan semula sekolah wawasan dengan tujuan membolehkan berlakunya interaksi murid pelbagai etnik untuk memupuk perpaduan kebangsaan.b.Pengetahuan dan kebolehan berkomukasi dalam bahasa Melayu hendaklah dijadikan hak asasi setiap murid berdasarkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.c. KPM hendaklah bertegas melaksanakan kurikulum bahasa Melayu standard mulai Tahun 4 peringkat sekolah kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu murid.3.3.2 MOTIVASI DAN HALA TUJUa. Pembinaan motivasi untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu mestilah dipupuk sejak tahap awal pendidikan melalui pembinaan persekitaran yang menarik, berkesan dan memikat dengan pelbagai bahan yang inovatif dan kreatif.b.Hala tuju bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan lambang jati diri Malaysia yang wajib difahami, dihayati dan diusahakan pencapaiannya oleh setiap pentadbir, pemimpin, pendidik dan ibu bapa.3.3.3.BAHASA ILMUa.Fokus pembelajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah mempunyai keseimbangan antara aspek akademik dengan penggunaannya dalam kegiatan pembelajaran di bilik darjah dengan sokongan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS).b.Mengaktifkan semula jawatankuasa istilah setiap bidang ilmu pada peringkat kebangsaan bagi menyokong peranan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. c.Memperkayakan kepustakaan bahan yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai bentuk dengan tujuan menyokong pembinaan/minat dalam bidang sains dan teknologid. Setiap IPT perlu agresif melaksanakan pembangunan kapasiti kepakaran dalam pelbagai bidang, khususnya sains dan teknologi melalui wahana bahasa Melayu untuk menjadi rujukan institusi pendidikan lain dan sektor swasta dengan galakan dan sokongan pihak pengurusan.3.3.4 BAHASA KOMUNIKASI (DUNIA KORPORAT)a.Meningkatkan kemampuan dan nilai bekerja melalui kemahiran bahasa Melayu.b.Memperbanyakkan kursus komunikasi berkesan seperti penulisan laporan, pengucapan awam, surat-menyurat, minit mesyuarat dalam bahasa Melayu.c. IPTA mengadakan kursus-kursus komunikasi berkesan dengan melibatkan pihak swasta untuk memudahkan pihak pengurusan berkomunikasi dengan berkesan dengan pihak bawahan.3.3.5BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASINGIPT hendaklah mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu atau bekerjasama mengembangkan pembelajaran bahasa Melayu di pusat-pusat pembelajaran bahasa Melayu di luar negara.3.3.6BAHASA PENTADBIRANa. Pegawai-pegawai kerajaan mesti mempunyai jati diri berteraskan bahasa Melayu untuk mengendalikan semua urusan rasmi harian.b.. DBP sebagai badan penasihat dan pemantau mesti dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau swasta dalam hal-hal berkaitan citra kebangsaan Malaysia.c. Jawatankuasa perancangan dan pemantauan penggunaan bahasa Melayu peringkat kebangsaan perlu diwakili oleh wakil semua bidang atau sektor.

4.KesimpulanAmat jelas sekali bahawa impian bahasa Melayu untuk bersaing di persada antarabangsa bukanlah suatu fantasi, tetapi realiti. Namun tertakluk kepada beberapa syarat berikut: Pertama: Memperakui dan mempraktikkan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan seikhlas hati. Ini bermakna tiada sebarang pencabulan dilakukan untuk mencemarkan keluhuran perlembagaan ini menerusi tindakan mengutamakan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan. Kedua: Semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama perlu menjunjung bahasa Melayu selaras dengan kehendak Perlembagaan dan perananbahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Ketiga: Kesedaran semua pihak demi memartabatkan bahasa Melayu sama ada kerajaan atau swasta perlu diwujudkan dan disemaikan dalam hati segenap lapisan rakyat. Keempat: Keluar daripada usus penjajah. Maksudnya, perasaan megah menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu perlu dikikis. Hal ini kerana, mereka yang berada dalam usus penjajah akan merasakan apa sahaja yang datang dari Barat itu adalah baik, canggih dan hebat, termasuklah bahasa Inggeris. Hal ini bukan bererti menafikan kepentingan bahasa Inggeris dalam arus globalisasi masa kini. Namun, penggunaannya haruslah berpada-pada dan tidak mengatasi kedudukan bahasa Melayu dalam Persekutuan Malaysia. Dalam konteks ini, usaha kerajaan menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) kepada dasar MBMMBI (Memartabatkan bahasa Melayu, Memperkukuhkan Penguasaan bahasa Inggeris) patut dipuji.Seandainya semua syarat tersebut dapat dipenuhi dan bahasa Melayu muncul sebagai bahasa antarabangsa yang disegani, sudah pasti akan dapat memberi pulangan yang besar kepada imej Negara Malaysia, sekali gus menjadikan negara dihormati kerana memegang teguh kepada prinsip sendiri.

Rujukan:

Hassan Ahmad.(1995, November). Cabaran Dunia Berbahasa Melayu.Pelita Bahasa, 26-31.A.Aziz Deraman.(Februari, 2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global.Dewan Bahasa, 26-29.Armin Azhari.(Mac, 2004). Cabaran Bahasa Melayu Sarwajagat.Dewan Bahasa, 5.Teo Kok Seong.(Ogos, 2003). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Era Globalisasi.Dewan Bahasa,55-57.Anwar Ridhwan.(April, 2002). Natujah dan Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Keempat Di Dunia.Dewan Bahasa, 7-10.Datuk Omar Mohd. Hashim.(Julai, 1990). Bahasa Melayu dan Cabaran abad 21.Pelita Bahasa, 6-7.Abang Patdeli abang Muhi.(April, 1996). Bahasa Melayu Menyongsong Era Cabaran.Pelita Bahasa, 31-38.Rozali Rajab.(2011).Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21.Retrieved Mac 13, 2013, fromhttp://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html.

http://journalarticle.ukm.my/6393/1/IMAN1_4.pdf 1