Ethnography

16
(Ethnography) Pendahuluan Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk“culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan . Mengenali dan memahami masyarakat adalah suatu tugasan yang sukar.Ianya memberikan perspektif yang berbeza-beza.Etnografi adalah usaha yang dijalankan oleh manusia dengan komitmen yang pelbagai kerana setiap orang mempunyai latar belakang, biografi , dan identiti yang berbeza.Asal istilah etnografi bermula dari istilah antropologi.Tahap pertama perkembangannya ialah sebelum tahun 1800-an.Kata etnografi berasal dari bahasa Yunani iaitu bererti sebuah deskripsi mengenai orang-orang atau tentang penulisan budaya.Menurut Ember & Ember (1990) entnografi adalah satu penelitian antroplogi budaya.Oleh itu ia adalah pengembaraan suatu budaya atau cara hidup dalam sesuatu komuniti.Ia menjelaskan sesuatu budaya atau mana-mana aspek budaya.Ringkasnya etnografi ialah

description

kaedah penyelidikan

Transcript of Ethnography

(Ethnography)

Pendahuluan

Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research). Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa. Merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentukculture-sharing sesuatu kumpulan seperti tingkah laku, kepercayaan. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kajian etnografi merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan .

Mengenali dan memahami masyarakat adalah suatu tugasan yang sukar.Ianya memberikan perspektif yang berbeza-beza.Etnografi adalah usaha yang dijalankan oleh manusia dengan komitmen yang pelbagai kerana setiap orang mempunyai latar belakang, biografi , dan identiti yang berbeza.Asal istilah etnografi bermula dari istilah antropologi.Tahap pertama perkembangannya ialah sebelum tahun 1800-an.Kata etnografi berasal dari bahasa Yunani iaitu bererti sebuah deskripsi mengenai orang-orang atau tentang penulisan budaya.Menurut Ember & Ember (1990) entnografi adalah satu penelitian antroplogi budaya.Oleh itu ia adalah pengembaraan suatu budaya atau cara hidup dalam sesuatu komuniti.Ia menjelaskan sesuatu budaya atau mana-mana aspek budaya.Ringkasnya etnografi ialah usaha untuk memahami budaya melalui rangkaian pengamatan dan interprestasi manusia, yang berinteraksi dengan manusia yang lain.Frey et al (1992) berpendapat etnografi digunakan untuk meneliti perilaku manusia dalam lingkungan spesifik semulajadi. Penelitianetnografikadang memerlukanmasa panjang,dan interaksitemumuka denganmasyarakat di suatudaerah denganmenggunakan sejumlah kaedah pengumpulan data.Pada awal abad ke -20 seorang penyelidik mungkin menghabiskan rata-rata 2 hingga 3 tahun untuk memperoleh gambaran tentang masyarakat dan budayanya. Salah satu contoh kajian ethnografi yang dijalankan olehTaylor(1983) ialah kajian etnografi yang terperinci selama 3tahun ke atas 6 buah keluarga, setiap satu keluarga mempunyai seorang kanak-kanak berumur antara 6 hingga7 tahun. Kanak-kanak ini dianggap oleh ibu bapamerekasebagai sudah boleh belajar membaca dan menulis. Setiapkeluarga juga mempunyai seorang atau duaorang lagikanak-kanak, dan mereka berumur antara 6 bulan hingga17 tahun. Walaupun semua keluarga ini adalah darikalangan orang kulit putih dan kelas pertengahan dantinggal diBandar-bandar, salah satudapatan menarikkajian Taylor ini adalah tabiat-tabiat literasi yang berbeza-beza dari satu individu ke satu individu yang lain, dankepelbagaian dalam sejarah literasipara ibu bapa.(MurielSaville-T,1991)

Etnografi, Kebudayaan dan Masyarakat Secara umum etnografi disebut sebagai menuliskan tentang kelompok masyarakat. Secara khusus hal tersebut juga bermakna menuliskan tentang kebudayaan sebuah kelompok masyarakat. Disebutkan bahawa seluruh manusia, dan juga beberapa binatang (seperti orangutan dan gorila) menciptakan, mentransmisikan, membahagi, merubah, menolak, dan menciptakan kembali budaya di dalam sebuah kelompok. Semua peneliti etnografi dimulai, dan diakhiri penelitiannya dengan berfokus pada pola-pola ini, dan sifat-sifat yang dipersamakan atau disepakati bersama, membentuk sebuah kebudayaan masyarakat. Dokumen yang dihasilkan dari fokus tersebut disebut dengan etnografi.

Kebudayaan bukan sebuah sifat individual. Meskipun demikian seorang individu boleh disebut sebagai menciptakan pola-pola budaya dengan menemukannya dan mengkomunikasikannya dengan yang lainnya. Bentuk atau unsur budaya ada hanya ketika hal tersebut dibahagi dengan orang lain di dalam kelompok. Kebudayaan terdiri dari pola-pola perilaku dan kepercayaan kelompok yang berlangsung secara terus menerus. Kerana, sebuah kelompok (bahkan kelompok kecil sekali pun) harus mengambil kira perilaku atau kepercayaan dan mempraktikkannya secara terus menerus jika hal tersebut akan didefinisikan sebagai sifat budaya daripada sebagai peribadi atau individual.

Tujuan Kajian Etnografi

Tujuan Kajian Etnografi adalah untuk memahami isu yang dikaji dari kaca mata kumpulan atau budaya tersebut,kajian etnografi berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu budaya atau mengenalpasti corak interaksi sosial dan membangunkan satu penafsiran yang menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial.

Tujuan penelitian etnografi untuk menggambarkan budaya atau subkultur dengan seperinci mungkin, termasuk bahasa, adat istiadat, nilai-nilai, upacara keagamaan dan undang-undang.Maknanya ia mempunyai tujuan mencari dan menggambarkan budaya sesuatu masyarakat atau organisasi tertentu.Fokus penyelidikan adalah pola-pola yang tercermin dalam sikap tidak dan prikelakuan masyarakat atau organisasi yang diteliti.ada pun yang dicari dalam kajian ini beerti bukan hal yang Nampak melainkan yang terkandung dalam hal yang nampak tersebut.

Umumnya jenis kajian ini mensyaratkan seorang peneliti yang berpengalaman, harus dapat membenammkan dirinya dalam budaya mayarakat yang diteliti.Maknanya dia harus bersosialisasi dirinya sendiri ke dalam budaya tersebut dan cuba menjelaskannya.Menjadi sebahagian budaya yang baharu tersebut dan kadangkala ia menjadi masalah apabila hendak kembali kepada budayanya sendiri.

Etnografi berfokus pada pertanyaan:Apakah budaya sekelompik orang.Gagasan budaya merupakan inti etnografi.Ciri penting dalam penelitian etnografi adalah setiap kelompok manusia manusia secara bersama-sama untuk jangka waktu tertentu dan memperkembangkan budaya.Menurut Earl babbie, 1998:282 , etnografi menghuraikan budaya tertentu secara holistik. Selain data secara holistik ciri-ciri lainnya ialah Bersifat ilmiah(pengkaji harus memahami gejala empiric dalam kehidupan seharian Pengkaji adalah instrumen yang penting dalam pengkajian data Bersifat keterangan iaitu mencatat dengan teliti fenomena budaya yang dilihat, dibaca. Digunakan untuk memahami bentuk-bentuk kes tertentu Analisisi bersifat induktif Pengkaji harus bersikap seperti masyarakat yang dikajinya. Data dan informasi mesti diperolehi dari orang yang asal Kebenaran informasi mesti diperiksa dengan data yang lain(maklumat diperiksa dan dipadankan dengan data bertulis) Subjek penelitian disebut peserta (buku juga disebut peserta) Pengkaji harus menaruh perhatian pada masalah penting yang diteliti dari orang yang diteliti dan bukan etnik Menggunakan data kualitatif dan kuantitatif tetapi lebih banyak menggunakan kualitatif

Ringkasnya tujuan etnografi boleh dikecilkan skopnya dan dilihat dalam 4 perspektif iaitu:

Etnografi akademikLazimnya dilakukan oleh golongan akademik (utk menambah pengetahuan / celik akal dlm kalangan pelajar / rakan sejawat )Lebih berfokus kpd pembinaan asas pengetahuan berkaitan dgn sst budaya / teoriCth: penyelidikan etnografi dalam konsep darah dalam kinship Orang Asli. Etnografi aplikasiBertujuan utk membuat perubahan sosial yg dpt mempengaruhi polisi institusi ( hospital, sekolah dan agensi kerajaan) Etnografi tradisional / klasikPenyelidik akan tinggal bersama dan menghuraikan pelbagai kumpulan sosial.Data yang dikumpul ialah data tekstual, cth : jurnal refleksi atau nota lapangan.Lebih menjurus kepada akademik Etnografi analitikMelibatkan kerja lapangan yang meluas dan pelbagai jenis (pemerhatian turut serta, temubual informal dan formal, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dan sebagainya)

Jenis Etnografi

Secara umumnya skop penyelidikan etnografi terbahagi kepada dua iaitu:MakroetnografiMikroetnografi

Suatu penyelidikan yang cuba menjelaskan keseluruhan cara hidup sesebuah kumpulan/komuniti Memberi fokus (dipilih kerana mewakili elemen penting dalam kehidupan kumpulan tersebut) kepada keadaan tertentu pada tempat dalam situasi kumpulan atau institusi yang lebih besar Lebih memberi fokus secara terus terhadap interaksi bersemuka peserta dalam kumpulan atau institusi yang diselidik.

Seorang ahli antropologi Amerika, R.Naroll menyusun suatu senarai prinsip yang digunakan oleh para antropologi untuk menentukan batas-batas dari masyarakat, senarai itu mengandungi:1. Kesatuan masyarakat yang dilingkungi satu desa atau lebih2. Kesatuan masyarakat yang terdiri dari penduduk yang menuturkan satu bahasa atau satu loghat bahasa.3. Kesatuanmasyarakat yangdibatasi olehgaris batassuatu daerahpolitikal dan pentadbiran4. Kesatuanmasyarakat yangbatasnyaditentukanoleh rasaidentitipenduduknya sendiri5. Kesatuan masyarakat yang ditentukan oleh suatu kawasan geografi6. Kesatuan dalam masyarakat ditentukan oleh kesatuan ekologi(hubungan antara makhluk dan sekitarnya)7. Kesatuan masyarakat dengan penduduk yang mengalami satu pengalaman yang sama.8. Kesatuan masyarakat dengan susuanan sosial yang seragam9. Kesatuan masyarakat dengan penduduk yang frekuensi interaksinya adalah sama tahapnya.

Bagaimanapun sesetangah pihak mengkelaskan jenis penyelidikan etnografi kepada kelas-kelas berikut:Jenis etnografiKeterangan

Etnografi realisEtnografi yang objektifnya ditulis secara saintifik

Etnografi pengakuanLaporan pengalaman kerja lapangan ahli etnografi

Etnografi sejarah hidupKajian terhadap seorang individu yang berada dalam konteks budayanya

Etnografi autoSatu refleksi kendiri daripada penelitian oleh seorang individu yang berada dalam konteks budayanya

Etnografi mikroKajian yang berfokus kepada satu aspek tertentu bagi satu kumpulan budaya

Etnografi kajian kesAnalisis satu kes perorangan,peristiwa, aktiviti atau proses.

Etnografi kritikalKajian terhadap perempuan dan amalan budaya yang menarik kuasa dan menekan mereka.

Etnografi pasca modenEtnografi yang ditulis untuk mencabar masalah-masalah dalam masyarakat kita

Etnografi novelPenulisan fiksyen yang berfokus kepasa aspek kebudayaan sesuatu kumpulan.

Etnografi feminisSatu penyelidikan terhadap wanita dan amalan budaya yang menghalang kuasa dan mendominasi mereka

Ciri ciri penyelidikan Etnografi

Etnografi mempunyai ciri-ciri yang tertentu iaitu:-

Budaya yg memandu tingkah laku manusia dalam kumpulan kecil diselidik dalam konteks persekitaran harian Penyelidik menyertai sesebuah kumpulan untuk jangka masa yang lama supaya boleh hidup dua kehidupan secara serentak; insider (dlm kumpulan) outsider ( pemerhati dalam kump ) Pemerhatian dan temubual informal menjadi sumber maklumat utama walaupun sumber lain boleh digunakan. Pengumpulan data dilaksanakan secara tidak begitu berstruktur supaya data dapat dikumpul secara dengar-dengar penyelidik dapat memperoleh sebanyak mungkin maklumat berhubungan kehidupan seharian kumpulan Data yang banyak dengan huraian yang kaya serta mendalam tentang kumpulan yang diselidik dianalisis untuk mengekstrak makna dan fungsi tingkah laku kumpulan dan dilaporkan dalam bentuk huraian dan penjelasan verbal.

Sifat Etnografi

Emzir (2008) , mengatakan prosedur penelitian etnografi bersifat kitaran.Ia merangkumi enam langkah iaitu: i. Pemilihan suatu projek etnografi. ii. Mengajukan soalan etnografi.Terdapat tiga jenis soalan etnografi, iaitu soalan deskriptif, struktur, dan kontras. iii. Pengumpulan data etnografi.Dengan cara pemerhatian peserta, kita akan mengumpulkan data dari aktiviti mengamati aktiviti orang, ciri-ciri fizikal, dan situasi sosial.Setelah data diperolehi, mungkin untuk menyempitkan penelitian dengan memerhati semula. iv. Pembuatan suatu rakaman etnografi. Pada tahap ini hal yang dapat dilakukan adalah pengambilan catatan lapangan, pengambilan foto, pembuatan peta, dan penggunaan cara-cara lain untuk merakam observasi. v. Analisis data etnografi. Terdapat tiga jenis analisis yang akan di gambarkan secara umum dalam makalah ini iaitu:-a. analisis domain (mendapatkan gambaran umum dan menyeluruh dari objek penelitian)b. taksonomi (menjadikan domain-domain yang dipilih menjadi lebih mudah)c. tema budaya (mencari hubungan di antara domain dan hubungan dengan keseluruhan yang selanjutnya dinyatakan dalam tema-tema sesuai dengan fokus dan subfokus penelitian. vi. Penulisan sebuah etnografi.Ertinya setelah tahap penelitian diselesaikan maka tugas selanjutnya adalah menuliskan hasil penelitiannya tersebut.Ada enam langkah yang disyorkan harus diikuti ketika mulai menuliskan sebuah etnografi:a. memilih khalayakb. memilih hipotesisc. membuat senarai topik dan garis besard. menulis naskah kasare. menyemak semula garis besar dan anak tajukf. mengedit naskah kasar

Penentuan Sampel

Ada lima jenis penentuan sampel dalam etnografi iaitu :-

pilihan sederhana hanya menggunakan satu kriteria sahaja seperti umur atau wilayah subjek pilihan menyeluruh pilihan berdasarkan kes, tahap, dan unsur yang relevan pilihan kuota apabila penduduk besar untuk itu populasinya dijadikan bebberapa kumpulan sepeeti pekerjaan dan jantina. Pilihan menggunakan rangkaian maklumat dari salah satu warga pemilik budaya Pilihan dengan perbandingan antara kes membandingkan kes kes yang ada sehingga diperolehi ciri ciri tertentu misalnya yang teladan dan mempunyai pengalaman khas.

Daripada kesemua cara di atas boleh dipilih salah satu cara tetapi jika menggunakan kesemuanya penyelidik akan mampu menggunakan langkah yang tepat selaras dengan apa yang diteliti.Apa yang lebih peting sampel diambil secara pragmatik dan bukan secara rawak. Penyelidik mestilah tahu konteks masyarakat yang ditelitinya dan juga mestilah mempertimbangkan aspek aspek lain yang ada dalam budaya tersebut.Oleh itu penyelidik haruslah mengutamakan titik perhatian di mana unsur yang penting diberi perhatian dan unsur lain hanyalah peserta sahaja.Bahan bahan etnografi berasal dari masyarakat yang disusun secara deskriptif yang menyangkut pelbagai aspek kehidupan untuk meninjau salah satu aspek yang diteliti. Ia mampu melakarkan fenomena budaya selengkap-lengkapnya. Menurut Koentjaraningrat (1990:333) ia meliputi unsur unsur kebudayaan secara universal iaitu bahasa, sistem teknologi , organisasi sosial, sistem pengetahuan, kesenian dan sistem agama.Namun semua ini tidaklah semestinya digunakan semuanya.Penyelidik boleh menggunakan sub tertentu yang dirasakan penting.

Penetapan model etnografi memerlukan strategi khusus iaitu penyelidik mestilah:- Menjadi pengamal asalkan apa yang dipilih mampu mewakili fenomena. Usahakan tempat yang asing dari penyelidik Jangan terlalu berpegang kepada rencana penyelidik ia boleh berubah setelah dilapangan Fikirkan sejumlah topik yang sukar dicapai.

Pengkaji etnografi mengenal dua reka bentuk kajian iaitu kajian kes dan multiple site dan subjek studies .Ia akan mencari keunikan budaya pada kawasan tertentu.Penyimpangan merupakan kes yang menarik dan kan menjadi sorotan penyelidik sedangkan muliple site dan subjek studies lebih cenderung untuk meneliti skop yang lebih luas. Dari dua reka bentuk demikian, dapat dinyatakan bahawa etnografi adalah salah satu model kajian budaya yang mengangkat hal-hal khusus.Kekhususan penelitian budaya adalah pada kemampuan memanfaatkan model etnografi sejelas yang mungkin.

Langkah-langkah EtnografiSebagai sebuah model, tentu saja etnografi mempunyai ciri-ciri dan langkah-langkah tersendiri. Langkah yang dimaksudkan adalah seperti yang dikemukakan oleh Spradley (1997) dalam buku Kaedah Etnografi, sebagai berikut:

1. menetapkan informan.- mempunyai lima syarat iaitu Enkulturasi penuh (mengetahui budaya miliknya dengan baik) Penglibatan langsung Suasana budaya yang tidak dikenali (akan menerima seadanya tanpa tokok tambah) Mempunyai masa yang cukup Non-analitisPenyelidik sekuarang-kurangnya mempunyai dua hingga tiga syarat dan penyelidik seharusnya tahu siapa yang layak menjadi informannya.2. Melakukan wawancara kepada informan.Dijalankan dengan penuh persahabatan.informan perlu diberitahu tentang tujuan etnografi (meliputi rakaman,model wawancara, masa dan dalam bahasa yang difahaminya), penjelasan soalan (meliputi soalan deskriptif, struktur, dan kontras).Wawancara hendaknya jangan sampai menimbulkan kecurigaan kepada informan.3. Membuat catatan etnografi - Catatan dapat berupa laporan ringkas, laporan yang diperluas, jurnal lapangan, dan perlu diberikan analisis atau interpretasi. Catatan ini juga sangat fleksibel, tidak harus menggunakan kertas ini itu atau buku ini itu, melainkan cukup sederhana saja.4. Mengajukan soalan deskriptif untuk menggambarkan keadaan tempatan.5. Melakukan analisis wawancara etnografis - Analisis dikaitkan dengan simbol dan makna yang disampaikan informan.Tugas penyelidik adalah memberi laluan simbol-simbol budaya serta mengenal pasti peraturan dan pengekodan6. Membuat analisis domain - penyelidik menggunakan istilah mencakupi apa yang dikatakan oleh informan7. Mengajukan soalan struktur - soalan untuk melengkapkan soalan deskriptif.Contoh apakah cara orang pekak berkomunikasi?8. Membuat analisi taksonomik - usaha pemfokusan soalan yang telah diajukan.Ada lima langkah iaitu:- pilih sebuah domain analisis taksonomi(contoh siapa-siapakah penghuni penjara) pengenalan kerangka substitusi yang tepat untuk analisis cari subset di antara beberapa istilah cari domain yang lebih besar buat taksonomi sementara9. mengajukan soalan kontras contoh sountuk mencari perbezaan wanita, gadis, perempuan, orang dewasa, perempuan simpanan10. Membuat analisis komponen- dilakukan ketika dan setelah di lapangan. Hal ini untuk mengelakkan manakala ada hal-hal yang masih perlu ditambah, akan dilakukan wawancara ulang kepada informan11. Mencari tema-tema budaya12. Menulis etnografi

Bagi penyelidik memang sukar untuk menentukan informan .Untuk itu informan mestilah orang yang tahu,dewasa, sihat jasmani dan rohani, tidak mempunyai kepentingan peribadi dan berpengetahuan luas.

Pemilihan InformanBoleh melalui empat cara iaitu:-i. Secara sampingan.Maknanya penyelidik menemui seseorang yang sama sekali belum diketahui pada salah satu wilayah penelitian.Penyelidik boleh menyamar sebagai pembeli atau penjual tertentu ke suatu wilayah.Yang penting, sikap dan perilaku penyelidik tidak menimbulkan kecurigaanii. Menggunakan orang-orang yang telah dikenal sebelumnya.Penyelidik berusaha menghubungi beberapa orang, mungkin melalui orang terdekat.Cara ini dipandang lebih efektif, kerana penyelidik boleh mengemukakan maksudnya dengan lebih selesa.Melalui orang dekat tersebut, penyelidik boleh meyakinkan bahawa kajiannya akan dihargai.iii. Sistem quota.Maknanya informan telah dirumuskan kriterianya, misalkan ketua organisasi, dukun dan sebagainya.iv. Secara snowball.Maknanya informan bermula dengan jumlah kecil (satu orang), kemudian atas cadangan orang tersebut, informan kunci menjajdi semakin besar sampai jumlah tertentu.Informer akan berkembang terus, sampai memperoleh data yang banyak.Dari cara-cara tersebut, penyelidik boleh memilih salah satu yang paling sesuai.Pemilihan berdasarkan pada aspek kemudahan penyelidik

Kelebihan dan kelemahan Etnografi

Secara ringkas kelebihan dan kelemahan etnografi boleh dilihat dari jadual dibawah:KelebihanKelemahan

Menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kerana yang dicari dalam penelitian ini bukan hal yang nanpak, melainkan yang terkandung dalam hal yang Nampak tersebut.Mengambil masa yang lama untuk mencari dan mengumpulkan data

Mendapatkan atau memperoleh data dari sumber utamaPerspektif pengkajian kemungkinan dipengaruhi oleh kecenderungan budaya peneliti

Mengasilkan deskripsi yang kaya dengan penjelasan yang spesifik dan terperinciPengaruh budaya yang diteliti dapat mempengaruhi psikologi pengkaji, ketika pengkaji hendak kembali kepada budayanya

Pengkaji berinteraksi langsung dengan masyarakat social yang akan ditelitiPengkaji yang tidak memiliki kemampuan sosialisasi, terdapat kemungkinan penolakkan dari masyarakat yang diteliti

Membantu kemampuan berinteraksi kerana membantu kemampuan bersosialisasi dalam budaya yang ia cuba untuk jelaskan.Mungkin seorang pengkaji yang memiliki latar belakang pengetahuan yang kuat, mengetahui dengan jelas subjek yang akan diteliti atau dipelajarinya.

http://adahawie.blogspot.com/2012/05/etnografi.htmlPengertian Etnografi

Etnografi adalah berasal dari kata ethnos yang berarti bangsa dan graphein yang berarti tulisan atau uraian. Jadi berdasarkan asal katanya, etnografi berarti tulisan tentang/ mengenai bangsa. Namun pengertian tentang etnografi tidak hanya sampai sebatas itu. Burhan Bungin ( 2008:220) mengatakan etnografi merupakan embrio dari antropologi. Artinya etnografi lahir dari antropologi di mana jika kita berbicara etnografi maka kita tidak lepas dari antropologi setidaknya kita sudah mempelajari dasar dari antropologi. Etnografi merupakan ciri khas antropologi artinya etnografi merupakan metode penelitian lapangan asli dari antropologi ( Marzali 2005:42).

Etnografi biasanya berisikan/menceritakan tentang suku bangsa atau suatu masyarakat yang biasanya diceritakan yaitu mengenai kebudayaan suku atau masyarakat tersebut. Dalam membuat sebuah etnografi, seorang penulis etnografi (etnografer) selalu hidup atau tinggal bersama dengan masyarakat yang ditelitinya yang lamanya tidak dapat dipastikan, ada yang berbulan-bulan dan ada juga sampai bertahun-tahun. Sewaktu meneliti masyarakat seorang etnografer biasanya melakukan pendekatan secara holistik dan mendiskripsikannya secara mendalam atau menditeil untuk memproleh natives point of view. Serta metode pengumpulan data yang digunakan biasanya wawancara mendalam ( depth interview) dan obserpasi partisipasi di mana metode pengumpulan data ini sangat sesuai dengan tujuan awal yaitu mendeskripsiakan secara mendalam.Membuat etnografi juga merupakan hal yang wajib dilakukan uuntuk para sarjana antropologi. Seperti yang ditulis oleh Marzali (2005: 42): Bagaimanapun, etnografi adalah pekerjaan tingkat awal dari seorang ahli antropologi yang propesional. Etnografi adalah satu pekerjaan inisiasi bagi yang ingin manjadi ahli antropologi professional. Seseorang tidak mungkin dapat diakui sebagai seorang ahli antropologi professional jika sebelumnya dia tidak melakukan sebuah etnografi, dan melaporkan hasil penelitiannya. Hasil penelitiannya ini harus dinilai kualitasnyaUntuk meningkat ke peringkat yang lebih tinggi makapekerjaan yang harus dilakukan selanjutnya adalah apa yang disebut sebagai comperative study, basik secara diakronis maupun secara sinkronisJika kita membaca tulisan tersebut, terlihat penulis ingin menekankan bahwa membuat etnografi itu merupakan suatu kewajiban. Sesorang sarjana antropologi wajib menghasilkan sebuah etnografi jika belum maka seseorang tersebut belum dikatakan seorang sarjana antropologi. Namun jika sudah maka seseorang tersebut berhak untuk dikatakan seorang sarjana antropologi namun belum bisa dikatakan sebagai ahli antropologi sesungguhnya ( ahli etnologi ). Seseorang dikatakan ahli etnologi apabila seseorang tersebut melakukan pekerjaan yang lebih tinggi yaitu comparative study dalam basic diakronis maupun sinkronis.

http://teoriantropologi.blogspot.com/2011/02/pengertian-etnografi.html

Marzali, Amri.2005. Antropologi dan Pembangunan Indonesia, Kencana, Jakarta.Bungin, Burhan.2008. Penelitian Kualitatif, Kencana, Jakarta.