Etika dalam perbezaan pendapat

15
ETIKA DALAM PERBEZAAN PENDAPAT

Transcript of Etika dalam perbezaan pendapat

Page 1: Etika dalam perbezaan pendapat

ETIKA DALAM PERBEZAAN PENDAPAT

Page 2: Etika dalam perbezaan pendapat

Perbezaan pendapat/Ikhtilaf

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat memiliki beberapa makna yang saling berdekatan, diantaranya ; tidak sepaham atau tidak sama. Boleh juga dikatakan khalaftuhu-mukhalafatan-wa khilaafan atau takhaalafa alqaumi wakhtalafuu apabila masing-masing berbeza pendapat dengan yang lainnya.

Jadi ikhtilaf  itu adalah perbezaan jalan, perbezaan pendapat atau perbezaan manhaj yang ditempuh oleh seseorang atau sekelompok orang dengan yang lainnya.

Page 3: Etika dalam perbezaan pendapat

Pandangan Ilmuwan (Khilaf/Ikhtilaf)

• Imam al-syatibi

- “ khilaf ” membawa makna yang lebih luas, iaitu percanggahan pandangan secara umum. Definisi ini merangkumi segala percanggahan pandangan walaupun ia bertitik tolak dari emosi, hawa nafsu tanpa ilmu yang jelas yang tidak dikehendaki oleh syarak.

- “ ikhtilaf ” pula adalah percanggahan pandangan yang berlandaskan garis panduan syarak mengikut disiplin ilmu Islam.

• Imam al-Raghib al-Asfahani

- “ khilaf ” bermaksud terdapat kebarangkalian wujudnya konfrontasi dan dendam antara pihak yang berbeza pandangan.- “ ikhtilaf ”pula perbezaan pandangan tanpa disusuli oleh konfrontasi dan dendam.

Page 4: Etika dalam perbezaan pendapat

• Imam al-Tahanawi

- “ khilaf ” sesuai digunakan apabila berlaku perbezaan pandangan yang tidak disandarkan kepada nas.

- “ ikhtilaf ” pula digunakan apabila berlaku perbezaan pandangan yang disandarkan dengan nas.

• Imam Abu al-Baqa’

- “ khilaf ” berlaku apabila mempunyai maksud dan jalan yang berbeza. Khilaf adalah sesuatu yang dilarang dan kesannya adalah bidaah.

- “ ikhtilaf ” pula perbezaan pandangan yang mempunyai maksud dan kesan konklusi yang satu..

Page 5: Etika dalam perbezaan pendapat

Terdapat sebilangan ulama’ yang berpandangan kalimah “ikhtilaf” sesuai digunakan apabila berlaku perbezaan pandangan antara dua kelompok yang berbeza.

Contoh :

Telah berlaku ikhtilaf antara ulama’ mazhab Syafi’i dan ulama’ mazhab Hanafi”. Manakala kalimah “khilaf” pula sesuai digunakan apabila berlaku percanggahan pandangan di dalam satu kelompok yang sama. Contohnya, telah berlaku khilaf antara ulama’ mazhab Hanafi”. Tetapi tidak tepat jika dikatakan, “telah berlaku ikhtilaf di antara ulama’ mazhab Hanafi”. Hal ini kerana mereka terdiri dari kelompok yang sama.

Page 6: Etika dalam perbezaan pendapat

Pembahagian istilah tersebut merujuk kepada penggunaanya di dalam al-Quran :

…. �ع"ن ه �م ن ه"اك" أ م"ا -ل"ى إ �م -ف"ك ال �خ" أ "ن أ �ر-يد

� أ …و"م"ا “…dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang…” (Hud ayat 88)

• Allah SWT menggunakan kalimah “khilaf” dalam menceritakan dakwah yang dilontarkan oleh Nabi Syuaib kepada kaumnya. Mereka adalah satu kelompok yang sama. Manakala dalam ayat lain, Allah SWT menggunakan kalimah “ikhtilaf” ketika menceritakan percanggahan yang berlaku antara pelbagai kelompok.

….. -ه-م "ي ن ب م-ن �اب "ح ز" األ "ل"ف" ت ف"اخ “…Maka berselisih pandanganlah antara mereka (Yahudi dan Nasrani…” (Maryam ayat 37)

Page 7: Etika dalam perbezaan pendapat

Meskipun perbezaan pendapat dibenarkan, namun tetap ada batasan dimana ia boleh berlaku. Jika berlaku diluar garis yang dibenarkan, maka perbezaan pendapat tersebut sudah tidak menjadi produktif lagi.

1) Masalah cabang dan bukan fundamental

Akidah – Contohnya mengenai perkara dasar, yang kita beriman bahawa Allah SWT bersifat Esa dan tidak berbilang dan tidak ada yang menyamai dirinya. Tetapi apabila berkaitan dengan nama dan sifat Allah seperti yang dimaksudkan dengan kursi Allah, termasuk masalah wajah, tangan , kaki dan lainnya. Para ulama dibenarkan untuk berbeza pendapat dalam cabang seperti ini dan tidak akan membuat mereka kafir atau masuk neraka.

Syariah – Contohnya perkara dasar dalam syariah seperti solat 5 waktu yang mana wajib bagi setiap Muslim. Manakala yang menjadi masalah furu’ adalah samada qunut yang dibaca semasa solat Subuh itu hukumnya sunnah atau bid’ah. Ulama dibolehkan berbeza pendapat mengenai doa qunut tapi tidak boleh berbeza pendapat mengenai pensyariatan solat 5 waktu yang wajib.

Page 8: Etika dalam perbezaan pendapat

2) Berbeza pendapat bukan perpecahan

Perkara inilah yang seringkali disalah erti oleh orang ramai dan masyarakat bahawa kesan perbezaan pendapat membawa kepada perpecahan. Sedangkan antara perbezaan pendapat dan perpecahan itu masih jauh.

Bagi mereka yang kurang ilmunya selalu salah faham atau menganggap perbezaan pendapat bermaksud perpecahan. Dibolehkan untuk berbeza pendapat dalam batas-batas yang dibenarkan tetapi untuk sampai tahap berpecah belah itu diharamkan.

Al-quran melarang perpecahan melalui ayatNya :

…. ق�وا Eف"ر" ت " و"ال ج"م-يعIا Mه- الل ب ل- -ح" ب "ص-م�وا و"اع تDan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. (QS. Ali Imran : 103)- Perpecahan di dalam masalah fundamental agama pernah dialami oleh umat sebelum kita, iaitu para ahli kitab, baik yahudi mahupun nasrani. Mereka adalah contoh yang tidak baik dan tidak boleh ditiru. 

Page 9: Etika dalam perbezaan pendapat

ع�ظ�يم� و ع�ذ�اب� م� ل�ه ئ�ك� لـ� و�أ و� ال�ب�ي+ن�ات اءه م ج� ا م� ب�ع�د� م�ن وا� ت�ل�ف و�اخ� وا� ق ر; ت�ف� ك�ال;ذ�ين� ت�ك ون وا� �ال�

“..Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat…”

(QS. Ali Imran : 105)

• Tugas para ulama adalah menegakkan agama Islam, oleh karena itu diharamkan bagi mereka berpecah-belah. Dan ini merupakan wasiat tiap nabi yang pernah turun, sebagaimana firman Allah SWT :

• يم� اه� �ب�ر� إ ب�ه� ي�ن�ا و�ص; ا و�م� �ل�ي�ك� إ ي�ن�ا و�ح�أ� ال;ذ�ي و� ا Hن وح ب�ه� و�ص;ى ا م� الد+ين� م+ن� ل�ك م ع� ر� ش�

يه� ف� وا ق ر; ت�ت�ف� و�ال� الد+ين� يم وا أ�ق� أ�ن� ى و�ع�يس� ى و�م وس�“..Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu : Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. 

(QS. Asy-Syura : 13)

م� ب�ي�ن�ه ب�غ�يHا ال�ع�ل�م اءه م ج� ا م� ب�ع�د� م�ن إ�ال; وا ق ر; ت�ف� ا و�م�“..Dan mereka tidak berpecah belah, kecuali setelah datang pada mereka ilmu pengetahuan, karena kedengkian di antara mereka...”

(QS. Asy-Syura : 14)

Page 10: Etika dalam perbezaan pendapat

3) Perbezaan pendapat bukan permusuhan

Perbedaan pendapat yang diharamkan adalah yang melahirkan permusuhan dengan sesama muslim, apalagi sesama para ulama dan pendakwah.

Kalau pun secara zahirnya berlaku perpisahan, contohnya tidak berada dalam satu kelompok atau jamaah, walaubagaimanapun mereka tetap tidak boleh bermusuhan. Sebab permusuhan itu akan sangat melemahkan umat, sebaliknya lawan akan nampak semakin kuat.

"ه�م "ي ن ب ح"م"اء �ر �فEار- ال ك ع"ل"ى دEاء "ش- أ �م"ع"ه Eذ-ين" و"ال Eه- الل �س�ول Eر WدEح"مXم

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. (QS. Al-Fath : 29)

Page 11: Etika dalam perbezaan pendapat

Oleh sebab itu, walau sehebat manapun berbezaan pendapat di antara sesama umat Islam, tidak boleh sampai terjadi permusuhan, dendam, atau pun tindakan-tindakan yang melampaui batas.

Contohnya :

Ketika Nabi Musa menarik rambut dan janggut saudaranya, Nabi Harun, alaihimassalam, beliau pun diingatkan untuk tidak melakukannya.

• "ي ن" ب ق ت" Eف"ر "ق�ول" ت "ن أ �خ"ش-يت [ي -ن إ أ س-ي -ر" ب و"ال" -ي "ت ي -ح -ل ب "أ خ�ذ ت ال" Eم� أ اب ن" "ا ي ق"ال"ق"و ل-ي ق�ب "ر ت "م و"ل -يل" ائ ر" -س إ -ي "ن ب

Harun menjawab,"Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan kepalaku. Sesungguhnya aku khawatir bahwa kamu akan berkata,"Kamu telah memecah antara Bani Israil dan kamu tidak memelihara amanatku".

(QS. Thaha : 94)

Page 12: Etika dalam perbezaan pendapat

4) Adab dan akhlak berbeza pendapat

Semakin hebat permusuhan itu , semakin perbedaan pendapat itu diwarnai pula dengan tindakan dan ucapan yang tidak terpuji. Maka kalau pun terpaksa harus berbeza pendapat, haram hukumnya untuk saling melempar cacian, hinaan, cemuhan, bahkan mendoakan keburukan dan tindakan-tindakan negatif lainnya.

ير� م� ال�ح� و�ت ل�ص� و�ات� ص�� األ� �نك�ر� أ إ�ن; ت�ك� و� ص� م�ن و�اغ�ض ض� ي�ك� م�ش� ف�ي د� ص� و�اق�

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. (QS. Luqman : 19)

ك م ب;ع�ض ي�غ�ت�ب و�ال� وا س س; ت�ج� و�ال� �ث�م� إ الظ;ن+ ب�ع�ض� إ�ن; الظ;ن+ م+ن� ا Hك�ث�ير ت�ن�ب وا اج� ن وا آم� ال;ذ�ين� ا �ي_ه� أ ي�ايم� ح� ر; ت�و;اب� الل;ه� إ�ن; الل;ه� وا ات;ق و� ت م وه ك�ر�ه� ف� ي�تHا م� يه� أ�خ� م� ل�ح� ي�أ�ك ل� أ�ن د ك م� أ�ح� ب_ �ي ح� أ ا Hض�ب�ع

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka , karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Hujurat : 12)

Page 13: Etika dalam perbezaan pendapat

a- Tidak Mencaci

Perilaku tidak terpuji dari mereka yang berbeza pendapat adalah melontarkan makian, hinaan dan cemuhan kepada pihak yang pendapatnya tidak sejalan dengan pendapat mereka. Ungkapan-ungkapan yang kurang baik dari mereka yang berbeda pendapat, contohnya :

• Pendapat ini tidak keluar kecuali dari mulut orang-orang yang bodoh, dungu dan tidak berilmu.• Mereka yang berpendapat seperti ini tidak lain hanyalah sekumpulan orang-orang bodoh, dungu, sesat,

tidak punya akal dan bodoh.• Pendapat ini tidak keluar kecuali dari orang-orang yang lemah iman, tidak punya keteguhan hati, serta

orang-orang yang jiwanya mudah terbawa oleh nafsu duniawi.

Di antara adab mulia yang wajib dilakukan oleh mereka yang berbeda pendapat adalah bukan dengan lmengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan, apalagi menghina. Masih ada begitu banyak ungkapan yang lebih sopan dan halus, contohnya : 

• Meski tidak menolak, namun saya lebih cenderung pada pendapat yang berbeda.• Pendapat ini tidak sepenuhnya salah, namun menurut hemat saya agak kurang sesuai dengan

situasinya. 

• Dalam masalah ini para ulama memang berbeda pendapat, ada yang berpendapat A, B atau C. 

• Tanpa mengurangi rasa hormat pada pendapat lain, saya agak cenderung sependapat dengan pendapat C.

Page 14: Etika dalam perbezaan pendapat

b- Tidak Mendominasi Kebenaran 

Akhirnya, barulah kita boleh memberikan penilaian yang bersifat subjektif, serta dilengkapi dengan ungkapan yang sopan dan beretika. Juga akan menjadi lebih baik bila kita sampaikan juga bahawa pendapat yang kita pilih ini bukan kebenaran yang bersifat mutlak, tetapi juga boleh salah. Sekiranya pendapat itu ditolak, bukan bermaksud pendapat itu salah atau menyesatkan. Pendapat itu boleh juga menjadi benar.

Page 15: Etika dalam perbezaan pendapat

Sekian……