Etika Politik Dalam Islam

28
1 ETIKA POLITIK DALAM ISLAM Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Perlaksanaan politik Islam dalam sesuatu kepimpinan terikat kepada etika dan tatacara. Ini bermaksud, perlaku politik Islam juga tidak terkecuali terdedah kepada perlakuan politik ‘songsang’ yang merosakkan. Kajian kepustakaan ini melihat beberapa etika yang digariskan dalam perlaksanaan politik Islam. Penelitian mendapati, perlaksanaan politik Islam seharusnya selari dengan asas politik yang terdapat dalam Islam itu sendiri Kata kunci: Etika, Tatacara, Politik Islam, Kepimpinan, Sosial PENDAHULUAN Kursus Dakwah dan Politik Islam mempunyai pelbagai kupasan yang perlu diketengahkan. Antara tajuk yang mendapat perhatian ialah tajuk etika politik dalam Islam. Tajuk tersebut mempunyai pelbagai konsep yang masih perlu dihurai untuk menyedarkan masyarakat mengenai etika politik. Seringkali masyarakat bersikap optimis dalam pemikiran politik, akan tetapi mereka tidak menyedari bahwa sesuatu konsep politik dalam Islam itu adalah rentetan daripada etika politik yang menyeluruh dalam segenap bidang dakwah dan politik. Justeru melalui kajian ini, penulis-penulis akan mengupas topik-topik yang perlu diketengahkan bagi memberikan satu kefahaman yang jelas mengenai etika politik dalam Islam. Antara topik yang menarik ialah mengenai konsep etika politik dalam islam, definisinya menurut perspektif Islam, tujuan bidang politik, asas-asas etika politik Islam dan perlaksanaan politik dalam Islam melalui aspek etika pemimpin dan etika wanita Islam dalam politik. Selain itu, etika politik dalam Islam juga menjurus kepada pandangan cendekiawan unggul seperti Sayyid Qutb. Rentetan dari pandangan beliau, maka masyarakat dapat memahami pemikiran beliau dengan jelas dan memperhalusi bidang etika politik. Maka dengan itu jelaslah bahawa kepetingan etika politik

description

Dakwah dan Politik Islam

Transcript of Etika Politik Dalam Islam

19

ETIKA POLITIK DALAM ISLAMOleh

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Abstrak

Perlaksanaan politik Islam dalam sesuatu kepimpinan terikat kepada etika dan tatacara. Ini bermaksud, perlaku politik Islam juga tidak terkecuali terdedah kepada perlakuan politik songsang yang merosakkan. Kajian kepustakaan ini melihat beberapa etika yang digariskan dalam perlaksanaan politik Islam. Penelitian mendapati, perlaksanaan politik Islam seharusnya selari dengan asas politik yang terdapat dalam Islam itu sendiri

Kata kunci: Etika, Tatacara, Politik Islam, Kepimpinan, SosialPENDAHULUAN

Kursus Dakwah dan Politik Islam XE "Islam" mempunyai pelbagai kupasan yang perlu diketengahkan. Antara tajuk yang mendapat perhatian ialah tajuk etika politik XE "politik" dalam Islam. Tajuk tersebut mempunyai pelbagai konsep yang masih perlu dihurai untuk menyedarkan masyarakat mengenai etika politik. Seringkali masyarakat bersikap optimis dalam pemikiran politik, akan tetapi mereka tidak menyedari bahwa sesuatu konsep politik dalam Islam itu adalah rentetan daripada etika politik yang menyeluruh dalam segenap bidang dakwah XE "dakwah" dan politik.

Justeru melalui kajian ini, penulis-penulis akan mengupas topik-topik yang perlu diketengahkan bagi memberikan satu kefahaman yang jelas mengenai etika politik XE "politik" dalam Islam XE "Islam" . Antara topik yang menarik ialah mengenai konsep etika politik dalam islam, definisinya menurut perspektif Islam, tujuan bidang politik, asas-asas etika politik Islam dan perlaksanaan politik dalam Islam melalui aspek etika pemimpin dan etika wanita Islam dalam politik. Selain itu, etika politik dalam Islam juga menjurus kepada pandangan cendekiawan unggul seperti Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" . Rentetan dari pandangan beliau, maka masyarakat dapat memahami pemikiran beliau dengan jelas dan memperhalusi bidang etika politik. Maka dengan itu jelaslah bahawa kepetingan etika politik dalam Islam perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutama sekali larangan yang perlu dijauhi dalam etika politik Islam. Sekiranya semua pemimpin membudayakan konsep etika politik dalam Islam tentutnya daulah Islamiyyah akan terus berkembang pesat sejajar dengan pembangunan ummah dalam teras sistem kegemilangan. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu untuk membudayakan konsep politik menurut Islam sebagai satu langkah ke arah memartabatkan Islam di seluruh dunia.

KONSEP ETIKA POLITIK DALAM ISLAM

Etika politik XE "politik" merupakan sesuatu yang amat penting dalam Islam XE "Islam" kerana politik dipandang sebagai sebahagian daripada ibadah yang harus dilaksanakan oleh manusia. Oleh itu ia haruslah dilaksanakan dengan berdasarkan prinsip-prinsip ibadah seperti berpolitik dengan niat kerana Allah SWT dan melaksanakannya sebagai fardu yang dituntut dalam Islam. Etika politik ini juga penting kerana politik adalah berkaitan dengan hubungan antara masyarakat. Oleh itu, pelaksanaan politik tersebut haruslah dilaksanakan dengan mengikut prinsip-prinsip Islam seperti saling hormat menghormati, meghargai hak orang lain, saling menerima pendapat dan sebagainya.

Definisi Etika Politik.

Perkataan etika berasal daripada bahasa Inggeris iaitu ethic. Perkataan ethic itu pula diambil dari bahasa Greek iaitu ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

i. Normathic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.

ii. Mataethic yang terbahagi kepada dua iaitu analitic dan critical. Analitic berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat. Manakala critical pula berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika (Mustafa, 1996:3).

Etika juga merupakan teori berkaitan dengan tindakan-tindakan, hujah-hujah dan tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan. Ia juga dikenali sebagai falsafah moral yang tidak mengenai fakta atau fizikal manusia. Tetapi sebagai falsafah nilai yang mengambil kira tindakan atau tingkah laku manusia. Akhirnya ia merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral, dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Penyelidikan ilmu etika ialah kepada penentuan yang mana baik dan mana yang buruk yang dapat dilihat dalam perilaku manusia sejauh mana yang dapat diketahui dan digarap oleh akal manusia (Mustafa, 1996:3).

Dalam ayat yang ringkas, sarjana XE "sarjana" pengurusan mendefinisikan etika sebagai sains XE "sains" moral (science of moral) dan prinsip-prinsip moral (moral principles). Ia bertanggungjawab menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau buruk. Etika dalam erti kata yang lain ialah mematuhi nilai-nilai moral (Mustafa, 1996:3).

Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu siasah iatu ilmu tatanegara. Pengertian dan konsep politik XE "politik" atau siasah dalam islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam XE "Islam" . Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syariat bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai sahsiah untuk menerajui dan melaksanakan undang-undang XE "undang-undang" (Abu Urwah, 2000:101). Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, Dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan Yang menolongku".

Di atas landasan ini para ulama menyatakan bahawa Allah SWT menghapuskan segala perkara melalui kekuasaan dan negara XE "negara" apa yang tidak dihapuskan melaluiAl-Quran (Abu Urwah, 2000:101). Para sarjana XE "sarjana" Islam XE "Islam" sangat menyedari akan kepentingan ilmu siasah dalam kehidupan bernegara. Oleh itu kurdi ali menjelaskan keperluan bangsa kepada politik XE "politik" sama seperti keperluan manusia kepada air dan udara. Beliau telah mendefinisikan perkataan siasah sebagai ilmu pemerintahan yang harus dimiliki oleh para ahli yang betul-betul menguasai dasar-dasar pengetahuan dan peraturan dalam bernegara (Ahmad Redzuwan, 2001:71).Tujuan Bidang Politik

Politik yang dimaksudkan disini tidak hanya terbatas kepada lingkungan kegiatan di dalam parti politik XE "politik" tetapi adalah meliputi sebarang kegiatan yang menyentuh sistem dan pemerintahan serta pentadbiran XE "pentadbiran" negara XE "negara" yang tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Dengan pengertain yang luas ini, maka peranan kaum intelek Islam XE "Islam" baik yang berparti atau tidak berparti adalah sama perlu dan pentingnya bagi menegakkan keadilan masyarakat dan mengisi negara dengan kemakmuran yang diredhai Allah SWT dunia dan akhirat. Dalam hal ini, semangat Perlembagaan Neara yang menjadikan agama XE "agama" Islam sebagai agama rasmi dan juga pengakuan kerajaan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam, patutlah menjadi peransang kepada intelek-intelek Islam bagi melaksanakan ajaran-ajaran Islam yang suci ini :

Usaha di bidang politik XE "politik" penting ditumpukan kepada:

i. Menerapkan hukum XE "hukum" -hukum Islam XE "Islam" secara beransur-ansur ke dalam undang-undang XE "undang-undang" yang meliputi semua bidang undang-undang, dari undang-undang keluarga dan awam sehinggalah kepada undang-undang negara XE "negara" .

ii. Melaksanakan undang-undang XE "undang-undang" yang ada dengan tegas dan adil dalam usaha mencegah dan memerangi maksiat.

iii. Menasihati dan memperbetulkan sikap pemimpin-pemimpin Islam XE "Islam" yang menyeleweng dari ajaran Islam.

iv. Memudahkan cara yang boleh membawa kepada terlaksananya hukum XE "hukum" dan ajaran Islam XE "Islam" melalui budi bicara pentadbiran XE "pentadbiran" .

v. Mengambil daya usaha untuk mengurangkan dan menghapuskan perbezaan-perbezaan pendirian dan pendapat di antara pemimpin-pemimpin Islam XE "Islam" dalam pertubuhan-pertubuhan politik XE "politik" yang berlainan.

vi. Menjadikan parti atau kuasa XE "kuasa" politik XE "politik" sebagai alat atau wasilah untuk melaksanakan ajaran Islam XE "Islam" seluruhnya (Ahmad Redzuwan, 2001:71).

ASAS-ASAS ETIKA POLITIK ISLAM

Antara kepentingan dalam etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" ialah perlunya menerapkan asas-asas atau kemahiran dalam kepimpinan XE "kepimpinan" yang membawa amanah atau mandat daripada masyarakat menurut sistem politik. Oleh yang demikian terdapat tiga asas yang mempengaruhi asas etika politik Islam supaya konsep etika politik diberi pendedahan secara umum. Antara asas etika politik Islam yang ingin dikupas ialah:

Hakimiyyah Ilahiyyah melalui prinsip tauhid

Hakimiyyah boleh didefinisikan sebagai memberikan hak kuasa XE "kuasa" pengadilan atau kedaulatan hukum XE "hukum" tertinggi dalam sistem politik XE "politik" Islam XE "Islam" kepada hak mutlak Allah s.w.t. Pengadilan ini tidak mungkin dimiliki oleh sesiapapun selain Allah s.w.t. Justeru itu, tiada siapa yang boleh memperolehi suatu bahagian daripadanya melainkan dengan izin Allah s.w.t (Abu Urwah, 2001:102). Firman Allah maksudnya: dan tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya

Selain itu, hakimiyyah ilahiyyah juga membawa beberapa ciri yang menjurus kepada asas pembinaan etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" antaranya ialah:

i. Allah adalah pemelihara alam semesta di mana pada hakikatnya tuhan menjadi pemerhati setiap perbuatan yang dilakukan, maka tidak ada pilihan bagi manusia melainkan bersikap tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t dengan sifat ilahiyyah. Maka dengan itu di dalam etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" asas yang utama adalah pengadilan dari yang maha esa.

ii. Hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapapun kecuali Allah s.w.t. Oleh kerana itu manusia di muka bumi ini wajib taat kepadanya dan beribadat dengan sepenuh hati serta menjadikan politik XE "politik" sebagai salah satu etika dalam Islam XE "Islam" (Abu Urwah 2001:102). Firman Allah s.w.t yang bermaksud: dan dia lah Allah tiada tuhan melainkan dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat, dan hanyalah dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.Oleh yang demikian jelaslah bahawa hakimiyyah ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" adalah bersandarkan prinsip tauhid kepada Allah dari segi rububiyyah dan ilahiyyah (Abu Urwah, 2001:103). Prinsip tauhid dalam etika politik ini membatalkan hukum XE "hukum" dan politik daripada manusia baik secara individu mahupun secara kolektif. Berdasarkan hakikat inilah manusia harus menyerahkan hak dan kekuasaan untuk mengadakan undang-undang XE "undang-undang" yang boleh dimanfaatkan bagi mengatur hidup manusia khusnya dalam pembentukkan negara XE "negara" (Ahmad Redzuwan, 2001:72).

Risalah Kerasulan Muhammad

Menurut konsep kerasulan Muhammad, umat XE "umat" Islam XE "Islam" telah menerima dua perkara yang tidak ternilai harganya iaitu al-Quran dan al-Sunnah XE "Sunnah" . Maka dengan itu, peranan kedua-duanya adalah menyeru manusia supaya menegakkan pola daripada sistem hidup Islam dengan melaksanakan hukum XE "hukum" -hukum Islam melalui kombinasi yang dinamakan syariat (Ahmad Redzuwan, 2001:72-73). Dengan itu, jalan kehidupan rasul diiktiraf sebagai jalan petunjuk atau jalan hidayah berlandaskan kepada wahyu yang diturunkan untuk diri mereka dan umatnya. Dalam konteks ini, risalah membawa erti kerasulan yang diutuskan oleh Allah dalam menjadi asas kepada etika politik XE "politik" Islam (Abu Urwah, 2001:103).

Justeru, melalui risalah, Allah mengangkat martabat rasul dalam kehidupan manusia melalui sistem perundangan. Para rasul berperanan untuk mentafsir, menyampaikan dan menterjemah segala wahyu dengan ucapan dan perbuatan mereka. Maka dalam etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah XE "Rasulullah" s.a.w. Manusia diwajibkan untuk tunduk kepada perintah Rasulullah dan mengambil Rasulullah s.a.w sebagai hakim kepada segala perselisihan. Dengan itu, terbuktilah bahawa asas risalah ini mempunyai peranan yang penting dalam etika politik (Abu Urwah, 2001:103) sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: "dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.

Melalui risalah kerasulan ini, maka masyarakat harus sedar bahawa asas dan paksi etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" itu adalah melalui Nabi XE "Nabi" Muhammad dengan berpandukan wahyu yang diterima. Sekiranya Allah tidak memberikan kita hidayah dan petunjuk daripada al-Quran dan al-Sunnah XE "Sunnah" tentunya kehidupan di muka bumi akan kucar-kacir dengan pergolakan politik dan rusuhan reformasi yang sentiasa menakutkan manusia dengan keruntuhan akhlak dan etika politik yang tidak mengikut syariat.

Khilafah

Asas khilafah dalam etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" diertikan sebagai perwakilan Dengan kedudukan ini, manusia diciptakan di atas muka bumi sebagai wakil Allah s.w.t. Selain itu, asas khilafah juga memainkan peranan kepada manusia supaya melaksanakan undang-undang XE "undang-undang" di dalam batas-batas yang telah ditetapkan di atas kekuasaan yang telah diamanahkan. Maka manusia haruslah sedar bahawa dirinya bukanlah penguasa atau pemilik muka bumi tetapi dirinya adalah pemimpin yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan bumi dengan berlandaskan prinsip maqasid syariah (Abu Urwah, 2001:104). Sebagaimana firman Allah s.w.t, maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Islam XE "Islam" tidak menggariskan asas khilafah ini kepada orang tertentu sahaja tetapi Islam menyerahkan tanggungjawab ini kepada seluruh anggota masyarakat yang percaya kepada prinsip daripada tauhid dan risalah di samping mempunyai kecekapan dan persediaan untuk melaksanakan segala yang terkandung dari apa yang dikehendaki oleh perkataan dan hakikat khilafah itu sendiri (Ahmad Redzuwan, 2001:73).

Justeru, asas kepada khilafah adalah keyakinan mantap dengan semangat yang jitu untuk mempraktikkan nilai etika politik XE "politik" dalam sistem pentadbiran XE "pentadbiran" Islam XE "Islam" . Oleh yang demikian, masyarakat harus sedar daripada dibuai mimpi yang indah bahawa politik Islam bukan hanya sekadar kiasan kosong akan tetapi politik Islam mempunyai nilai dari sudut etika dan memainkan peranan dalam memberi kesejahteraan kepada masyarakat. (Ahmad Redzuwan, 2001:73). Perkara ini menjelaskan dengan satu pengertian bahawa semua khilafah hanya akan memegang amanah sebagai khilafatullah sekiranya mereka benar-benar menjalankan kewajipan dan mengikut hukum XE "hukum" -hukum Allah (Abu Urwah, 2001:105).

Oleh yang demikian, khilafah sebagai asas ketiga dalam etika politik XE "politik" Islam XE "Islam" menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang yang memenuhi syarat-syarat berikut. Antaranya ialah:

i. Mereka mestilah terdiri daripada orang yang benar-benar menerima dan mendukung prinsip-prinsip tanggungjawab yang terangkum dalam pengertian khilafah.

ii. Mereka tidak terdiri dari orang yang zalim, fasiq XE "fasiq" dan lalai terhadap Allah s.w.t serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan olehnya.

iii. Mereka mestilah terdiri daripada orang-orang yang berilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kearifan serta kemampuan intelek dan fizikal.

iv. Mereka mestilah terdiri dari orang-orang yang amanah sehingga dapat dipikul tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan (Abu Urwah, 2001: 105).

Pandangan Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" Dalam Etika Politik

Pandangan Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" berkaitan dengan etika politik XE "politik" dapat dibahagikan kepada beberapa perbahasan. Antaranya ialah:

a) Matlamat perjuangan

Tugas ahli politik XE "politik" Islam XE "Islam" adalah lebih berat berbanding dengan ahli politik bukan Islam. Ini kerana tugas mereka bukan sahaja memastikan rakyat XE "rakyat" mendapat hak dan pembelaan sewajarnya tetapi yang lebih penting ialah mengajak rakyat kembali kepada kebenaran. Menurut Qutb, kebenaran yang dimaksudkan di sini ialah menzahirkan dan menjelaskan Islam. Oleh itu, matlamat mereka adalah untuk memandu dan mengajak manusia ke arah menghayati cara hidup Islam. Ini kerana manusia pada hari ini, pada hakikatnya tidak lagi menghayati cara hidup Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mengajak manusia kembali menyembah dan beribadat sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan hakimiyyah, syariat, nilai dan ikutan hanya kepada Allah semata-mata dalam semua aspek kehidupan (Amir Husin, 2005: 75).

Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" mengingatkan ahli politik XE "politik" Islam XE "Islam" supaya perjuangan mereka mestilah jelas dan semata-mata kerana Allah dan Islam dan jangan sesekali mereka berjuang semata-mata kerana kepentingan dunia, kemuliaan diri, pangkat dan juga menyeru kepada kaum. Ini termasuk menyeru kepada parti masing-masing. Ini kerana ia akan menyebabkan ketaksuban dan ikutan membabi buta terhadap parti sekalipun tindakan yang diambil oleh parti salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sayyid Qutb membuktikan kata-kata beliau ini dalam kitabnya Fi Zilal al-Quran di mana perkataan al-Ikhwan al-Muslimun tidak disebut walau sekali dalam tafsir tersebut walaupun beliau merupakan tokoh terkenal pergerakan tersebut. Walau bagaimanapun tidak salah bagi mereka menyeru kepada parti jika itulah merupakan wasilah atau cara untuk masyarakat memahami ajaran Islam (Amir Husin, 2005: 76).

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa matlamat perjuangan mereka yang menceburi bidang politik XE "politik" ini adalah menyeru kepada Islam XE "Islam" . Ini mesti diutamakan berbanding perjuangan menyeru kepada parti dan jangan sekali-kali perjuangan itu kerana kepentingan dunia dan diri. Di samping itu, ahli politik perlu menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai prinsip asas dalam dalam tugas mereka. Menjaga dan memelihara masyarakat daripada faktor yang membawa kepada kerosakan. Mereka juga perlu menolak segala bentuk tolong-menolong dalam kejahatan sebaliknya mengutamakan bentuk tolong-menolong dalam kebaikan (Amir Husin, 2005: 76).

b) Antara Muamalah Shakhsiyyah dan Diniyyah

Oleh kerana ahli politik XE "politik" adalah juga berperanan sebagai seorang pendakwah, maka akhlak mereka sangat penting bagi menjalankan tugas mereka dengan berkesan terutama ketika ingin menyampaikan ajaran Islam XE "Islam" kepada masyarakat. Terdapat beberapa tempat di mana Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" telah membezakan etika ketika muamalah yang bersifat peribadi dan muamalah yang bersifat diniyyah atau keagamaan. Dalam muamalah bersifat peribadi yang melibatkan individu atau masyarakat maka seorang ahli politik harus mempunyai akhlak yang baik, pengasih dan lembut. Ini kerana manusia berhajatkan sifat kasih sayang dan lemah lembut kerana kedua-dua sifat yang menyebabkan seseorang dapat menerima kelemahan, kejahilan dan kekurangan mereka. Di samping itu, beliau berpendapat sifat tawaduk, memaaf dan memudahkan adalah akhlak yang perlu ada dalam muamalah sesama manusia. Jangan menuntut kesempurnaan, jangan membuat mereka terbeban dengan tanggungjawab dari sudut akhlak dan maafkan kesalahan, kekurangan dan kelemahan manusia dalam muamalat peribadi (Amir Husin, 2005: 77).

Dalam mentafsirkan ayat 125 surah al-Nahl yang bermaksud, Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan bijaksana, Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" menjelaskan keperluan ahli politik XE "politik" memahami prinsip hikmah dan bijaksana. Hikmah dengan memahami keadaan orang yang diseru. Jangan membebankan mereka dengan tanggungjawab sebelum mereka benar-benar bersedia untuk memikulnya. Kemudian mereka juga harus menyampaikan peringatan dengan cara yang baik yang mampu mengusik hati-hati yang lalai dengan cara yang lemah lembut. Bukan dengan cara yang kasar dan keras kepada mereka yang tidak mahu menerimanya. Bukan juga dengan mengaibkan orang yang bersalah yang disebabkan kejahilan dan ketidaksengajaan mereka (Amir Husin, 2005: 77).

Seterusnya Qutb juga mengingatkan ahli politik XE "politik" supaya menghormati (walaupun dia tidak meredhai) perbezaan yang terdapat sesama ahli politik lain. Perbezaan hendaknya jangan menyebabkan ahli politik mmengaibkan, memburuk-burukkan mereka yang berbeza tersebut. Perbahasan dan perdebatan hendaklah dijalankan untuk mencari kebenaran dan dengan jalan dan suasana yang harmonis. Bukan tujuan perdebatan dilakukan untuk mencari kemenangan tetapi ia adalah untuk mencari kebenaran. Qutb percaya bahawa dengan cara ini sahajalah ahli politik Islam XE "Islam" akan berjaya menawan hati manusia yang mempunyai sifat ego dan tidak mahu menerima kebenaran. Perbahasan dan perdebatan yang dijalankan dengan cara baik sahaja akan menjamin pendebat berasa terpelihara kehormatan mereka. Tugas ahli politik Islam ialah hanya ingin menjelaskan hakikat sebenar Islam dan memandunya ke jalan Allah. Ini adalah prinsip yang perlu dipegang oleh ahli politik Islam selama mana mereka berada dalam lingkungan dakwah XE "dakwah" dengan lisan dan perdebatan dengan hujah (Amir Husin, 2005: 78).

Dalam menjalankan tugas, sudah tentu ahli politik XE "politik" ini akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman dan kejahatan. Qutb menyarankan menolak kejahatan itu dengan kebaikan. Ini kerana dalam menghadapi kejahatan, kebaikan akan menukar hati yang keras kepada lembut. Ia juga menukar pertikaian dan permusuhan itu kepada saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati. Kalau dihadapi kekerasan dengan kekerasan maka musuh akan berasa megah dengan apa yang dilakukannya dan mereka terus teguh dengan pendirian yang salah itu. Tolak ansur ini hanya terbatas dalam keadaan keburukan itu dilemparkan kepada ahli politik dalam isu yang bersifat peribadi (Amir Husin, 2005: 78).

Walau bagaimanapun dalam masalah diniyyah dan kewajipan agama XE "agama" , Qutb menjelaskan bahawa tidak ada lemah lembut dan tolak ansur dan kita harus tegas dalam menyatakan kebenaran dan kemungkaran malah sampai ke peringkat marah. Beliau membawa contoh bagaimana Rasulullah XE "Rasulullah" yang menjadi pendidik dan penunjuk adalah orang yang paling bertolak ansur, lemah lembut dan memudahkan dalam masalah yang berkaitan dengan muamalah dengan baginda, tetapi dalam masalah agama Allah maka tidak ada orang yang mempunyai kemarahan mengatasi kemarahan Rasulullah s.a.w. Begitu juga jika terdapat permusuhan terhadap akidah XE "akidah" dan fitnah XE "fitnah" terhadap akidah orang mukmin. Dalam keadaan ini perlu mempertahankan dan berhadapan mengikut bentuk ancaman tersebut (Amir Husin, 2005: 78).

c) Antara kemaafan dan kezaliman

Allah melarang ahli politik XE "politik" untuk menyebarkan kata-kata penghinaan (al-jahr bil-su) yang berbentuk tuduhan, kutukan dan sebagainya. Ini kerana masyarakat Islam XE "Islam" ialah masyarakat yang mempunyai adab yang tinggi, setiap individu mempunyai kemuliaan yang perlu dipelihara. Tetapi sekiranya mereka dizalimi dibolehkan orang yang dizalimi itu mendedahkan orang yang melakukan kezaliman tersebut dan bentuk kezaliman yang dikenakan kepadanya. Walau bagaimanapun memaafkan adalah yang terbaik bagi mereka yang berkemampuan. (Amir Husin, 2005: 79).

d) Antara keamanan dan kekerasan

Sekiranya berlaku pencerobohan dan kekerasan terhadap ahli politik XE "politik" maka kedudukannya berbeza menurut Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" . Dalam situasi begini, konsep mempertahankan diri perlu diambil kira kerana ia seumpama kita mempertahankan kemuliaan hak itu sendiri. Ini kerana apa yang dibawa oleh ahli politik Islam XE "Islam" ialah kebenaran, maka jika ahli politik itu diceroboh dan diganggu dalam bentuk fizikal maka secara tidak langsung ia mengancam kebenaran dan ia sudah tentu tidak dapat disampaikan. Di samping itu, ahli politik Islam juga boleh bertindak membalas pencerobohan yang dilakukan ke atas mereka dengan kadar yang sama dan ia tidak melampaui had tersebut. Menurut Sayyid Qutb, ini merupakan sebahagian daripada perlembagaan dakwah XE "dakwah" (dustur al-dawah) demi mempertahankan kemuliaan dan ketinggian dakwah. Beliau berhujah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Sebagai orang yang menyeru kepada kebenaran, bagaimana mungkin mereka dianiaya sedangkan mereka tidak boleh menganiaya semula, begitu juga mereka diceroboh dan mereka tidak boleh menceroboh? Meskipun demikian, memaafkan dan sabar adalah lebih utama sekiranya mereka mampu menghadapi penyeksaan dan penganiyaan tersebut. Begitu juga sekiranya memaaf dan sabar itu lebih memberi banyak manfaat dan kesan berbanding mambalas tindakan yang diambil oleh musuh mereka. Tetapi sekiranya memaaf dan sabar tersebut hanya merugikan dan menghina dakwah XE "dakwah" maka cara membalas itu adalah lebih diutamakan. Jadi apa sahaja tindakan yang akan diambil mereka perlu menilai kemaslahatan dakwah. Ini ada kaitannya dengan konsep jihad yang mana ia berfungsi memelihara dakwah menurut Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" . Dalam kehidupan seorang ahli politik XE "politik" Islam XE "Islam" , jihad tidak boleh dipisahkan dan harus menjadi agenda penting dalam tugas mereka (Amir Husin, 2005: 80).

ETIKA PEMIMPIN DALAM ISLAM

Etika merupakan satu aliran ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan apa yang baik dan apa yang tidak baik dan ianya berhubung kait dengan kewajipan dan tanggungjawab moral. Dalam aspek kepimpinan XE "kepimpinan" , etika pemimpin berkait rapat dengan peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam mewujudkan sebuah Negara Islam XE "Islam" bebas dari pengaruh negatif. Terdapat tiga peranan penting yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin ialah :

i) Menegakkan keadilan

Keadilan merupakan prinsip penting dalam konteks politik XE "politik" Islam XE "Islam" . Keadilan bermaksud tidak tersasar dari dasar yang telah ditetapkan dalam sistem politik iaitu menunaikan tanggungjawab yang hak kepada mereka yang berhak dan tidak merampas hak orang lain (Mohd Izani, 2005:15). Selain itu, keadilan juga boleh didefinisikan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan mestilah dibuat dengan melayani setiap pihak dengan adil dan saksama. Ia akan memperlihatkan ciri-ciri dan sifat-sifat keadilan dalam diri pemimpin dan rakyat XE "rakyat" di bawah pentadbirannya (Ab. Aziz & Ahmad Bashir, 2008:286).

Dalam konteks keadilan terdapat beberapa kategori iaitu adil dari segi perkataan, adil dalam urusan peribadi, adil dalam menyelesaikan perselisihan, adil terhadap musuh dan adil ketika menjatuhkan hukuman XE "hukuman" (Ahmad Ibrahim, 1991:187). Perlaksanaan keadilan boleh dicapai melalui 2 cara iaitu menghalang dan menghapuskan kezaliman, menyelamat dan membantu mangsa kezaliman dengan kaedah menyekat kegiatan pencerobohan ke atas hak orang lain (Mohd Izani, 2005:15-16). Selain itu, ia juga boleh dicapai dengan menjamin hak dan kebebasan rakyat XE "rakyat" untuk menjalani kehidupan sebagai manusia yang merdeka dari segi hak bekerja, mencari harta, hak pendidikan, hak sosial, hak politik XE "politik" dan hak bersuara (Hussain, 2007: 9).

ii)Kebebasan

Prinsip ini menegaskan setiap muslim mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang terbaik bagi mereka dan sesiapapun tidak boleh menyekat kebebasan tersebut. Dalam konteks politik XE "politik" , Islam XE "Islam" melarang manusia memperhambakan diri terhadap pemimpin untuk kepentingan tertentu. Lebih-lebih lagi, perhambaan itu berlaku kepada pemimpin yang zalim. Oleh itu, mereka dianugerahkan kebebasan berfikir dan mengeluarkan pendapat. Selain itu, manusia diberikan hak untuk menentukan yang hak dan batil, kebebasan menyatakan pandangan juga merupakan hak manusia contohnya pada zaman Saidina Ali XE "Ali" bin Abi Talib, beliau pernah menolak desakan beberapa orang di antara sahabatnya yang menawarkan supaya dirinya memegang jawatan khalifah di Masjid Nabawi, Madinah XE "Madinah" (Mohd Izani, 2005:16-17).

Selain itu, elemen kebebasan merupakan asas kepada kejayaan sesebuah kerajaan. Dalam hal ehwal kemasyarakatan, manusia diberi hak untuk memilih pemimpin yang dikehendaki mereka. Islam XE "Islam" melarang sebarang unsur paksaan. Begitu juga bagi pemimpin, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk memaksa rakyat XE "rakyat" supaya menyokongnya (Mohd Izani, 2005:18). Jelaslah di sini bahawa Islam tidak memaksa seseorang untuk memilih kehendak masing-masing, malah Islam memberi kebebasan kepada umatnya supaya umatnya dapat berfikir dalam menilai sesuatu perkara (Mohd Izani, 2005:18-19).

iii)Mengamalkan prinsip syura

Syura merupakan perbincangan untuk mendapatkan kebenaran. Secara keseluruhanya, syura adalah perbincangan atau rundingan bertujuan untuk mengetahui pelbagai buah fikiran ke arah pencapaian sesuatu rumusan (Mohd Izani, 2005:19). Allah mewajibkan setiap orang yang menjadi ketua, supaya bermesyuarat dalam sebarang urusan mereka dengan kakitangan di bawah jagaannya. Begitu juga Rasulullah XE "Rasulullah" menggesa umatnya supaya bermesyuarat dalam setiap urusan sebelum membuat sesuatu keputusan. Konsep ini telah diterapkan oleh Rasulullah dalam pentadbiran XE "pentadbiran" Madinah XE "Madinah" (Ahmad Ibrahim, 1991:132).

Syura merupakan asas penting kejayaan sesebuah pemerintahan. Justeru itu, kepimpinan XE "kepimpinan" Islam XE "Islam" meletakkan syura sebagai intiproses dalam kerja-kerja pengurusan. Dalam syura, para pekerja diberi peluang untuk mengenal pasti masalah kerja dan memperbaiki hasil kerja mereka (Azman, 2001:57).Terdapat beberapa bidang kegiatan syura iaitu hal pentadbiran XE "pentadbiran" dan pengurusan hendaklah dikendalikan oleh pemimpin, urusan yang memerlukan keputusan yang pantas dan segera hendaklah ditangani oleh pemimpin dan dibentangkan kepada jemaah, ahli-ahli atau wakil hendaklah memeriksa dan mempersoalkan tindakan pemimpin secara bebas tanpa perasaan malu, dasar-dasar yang hendak diambil, objektif, dan keputusan yang penting mestilah dibuat oleh wakil yang dipilih. Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada pemimpin sahaja. Asas musyawarah yang paling utama ialah pemilihan ketua negara XE "negara" , orang yang menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah, cara pelaksanaan undang-undang XE "undang-undang" serta langkah-langkah bagi menentukan perkara-perkara baru melalui proses ijtihad (Ahmad Redzuwan, 2001:35). Selain itu, Tanggungjawab pemimpin juga termasuk dalam etika pemimpin dalam Islam. Tanggungjawab pemimpin dalam sesebuah negara amatlah besar dan luas. Antara tanggungjawab pemimpin ialah :

i) Memastikan perpaduan ummah terlaksana

Tugas utama pemimpin ialah mewujudkan ikatan silaturrahim, tolong menolong, bekerjasama, kasih sayang dan belas kasihan antara rakyat XE "rakyat" dalam sesebuah negara XE "negara" . Hal ini telah dilakukan oleh Rasulullah XE "Rasulullah" SAW, iaitu mempersaudarakan golongan ansar dan muhajirin setibanya baginda di Madinah XE "Madinah" . Selain itu, Rasulullah SAW juga telah mengusahakan perpaduan umat XE "umat" Islam XE "Islam" dengan orang Yahudi melalui perlembagaan di Madinah. Hal ini disebabkan oleh perpecahan yang akan membawa akibat kepada kelemahan dalam pelbagai sektor seperti politik XE "politik" , ekonomi, sosial yang boleh menghancurkan sesebuah masyarakat (Ahmad Redzuwan, 2001:41).

ii) Melindungi rakyat XE "rakyat" dan negara XE "negara" Kewajipan dan tanggungjawab pemimpin juga ialah membela rakyat XE "rakyat" yang di bawah kuasanya supaya berada di jalan yang hak dan benar, contohnya seperti melaksanakan undang-undang XE "undang-undang" dengan menjatuhkan hukuman XE "hukuman" yang adil berdasarkan syariat-Nya. Melindungi rakyat dan negara XE "negara" juga termasuk membela rakyat dengan merancang serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat iaitu dengan menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan seperti kemudahan pendidikan, pekerjaan dan keperluan asas seperti kemudahan bekalan air, elektrik, jalan raya dan sebagainya kepada rakyat dalam sesebuah Negara (Ahmad Redzuwan 2001:41).

Di samping itu, pemimpin juga bertanggungjawab menjamin kemerdekaan dan kesejahteraan negara XE "negara" daripada sebarang ancaman musuh. Justeru itu, ia bertanggungjawab membentuk satu pasukan keselamatan yang lengkap yang dapat menentang golongan pelampau yang menggugat nyawa dan harta rakyat XE "rakyat" . Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah negara yang aman (Ahmad Redzuwan, 2001:42).

iii) Melantik orang yang cekap dan amanah

Pemimpin juga bertanggungjawab melantik menteri-menteri, pegawai-pegawai tinggi dan penasihatnya yang berperanan membantu dalam pentadbiran XE "pentadbiran" negara XE "negara" . Ketika membuat perlantikan untuk jawatan tersebut, pemimpin haruslah mencari individu yang benar-benar layak, jujur dan amanah agar mereka dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Hal ini disebabkan jika sesuatu tugas yang diberikan kepada mereka yang tidak layak, ia akan menyebabkan runtuhnya sesebuah negara (Ahmad Redzuwan, 2001:40).

iv) Mengawasi orang bawahan

Pemimpin haruslah sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan taklimat atau kursus kepada para pekerja supaya mereka lebih berketrampilan, berakhlak mulia, sekaligus akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan menghasilkan produktiviti yang baik. Dengan memiliki sifat-sifat tersebut, ia akan menyebabkan rakyat XE "rakyat" berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan (Ahmad Redzuwan, 2001:40).

v) Pemimpin sebagai Role Model

Kita haruslah menjadikan pemimpin sebagai role model. Pemimpin seharusnya mempunyai keperibadian yang baik, sabar, sopan santun dapat menyenangkan keadaan, taqwa, serta memiliki segala ciri-ciri keunggulan yang lain, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara XE "negara" . Memiliki sifat dan sikap yang baik bukan sahaja menyebabkan dihormati malah menjadi tauladan kepada semua. Untuk menjadi contoh kepada rakyat XE "rakyat" , pemimpin dalam pentadbiran XE "pentadbiran" Islam XE "Islam" hendaklah menjadikan Rasulullah XE "Rasulullah" SAW sebagai Role Model dalam memimpin umat XE "umat" Islam (Ahmad Redzuwan, 2001:42).

Etika Wanita Islam XE "Islam" Dalam PolitikIslam XE "Islam" memberi hak kepada wanita untuk bersuara, memberi pendapat dan mentaati pemimpin. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat ayat yang menceritakan berkenaan dengan Bayah al-Nisa di mana wanita telah memberikan pengakuan taat setia kepada Rasulullah XE "Rasulullah" SAW sebagi pemimpin pada masa tersebut (Andek Masnah, 2005:271). Namun demikian, sejarah tidak mencatatkan adanya penglibatan wanita dalam urusan pentadbiran XE "pentadbiran" dan kepimpinan XE "kepimpinan" Negara pada awal kebangkitan Islam. Sejarah juga tidak mencatatkan kehadiran wanita Islam di Thaqifah Bani Saidah semasa mesyuarat untuk memilih pengganti Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Begitu juga dalam bayah Khalifah al-Rashidin tidak dicatatkan adanya penglibatan wanita Islam. Ulama berbeza pendapat dalam hal penglibatan wanita dalam bidang politik XE "politik" . Sama ada sebagai pengudi atau wakil rakyat XE "rakyat" (Andek Masnah, 2005:272).

Islam XE "Islam" memperakui kemanusiaan, kemuliaan dan keahlian wanita sama seperti lelaki. Islam juga memperakui hak wanita sesuai dengan fitrah dan risalah penciptaan mereka. Sehubungan dengan itu Islam juga memperakui adanya kepimpinan XE "kepimpinan" pada kaum wanita sama seperti kaum lelaki. Ini menunjukkan adanya kepimpinan wanita dalam masyarakat seiring dengan kaum lelaki. Mereka saling membantu antara satu sama lain pada perbuatan amal makruf dan nahi mungkar (Andek Masnah, 1999:51).

Untuk menjadi pemimpin, para pemimpin wanita haruslah persiapkan diri dengan iman XE "iman" yang teguh, beramal dengan kehidupan sebagai seorang muslimah untuk memahami dan menghayati Islam XE "Islam" itu sendiri agar kepimpinannya tidak terpesong kerana godaan syaitan dan kelemahan diri (Andek Masnah, 1999:55) .

Para kaum wanita yang berpolitik haruslah berilmu pengetahuan yang mantap, merangkumi fardu ain dan fardu kifayah. Selain itu, mereka juga perlu bersedia dan berwaspada terhadap sebarang tentangan dan halangan yang bakal menimpa. Yang seterusnya, mereka juga perlu mempunyai lakaran atau rangka tindakan yang menyeluruh. Dalam konteks ini, wanita boleh dianggap sebagai agen kepada perubahan sosial dalam kalangan masyarakat (Andek Masnah, 1999:58).Wanita memang diberikan tempat secara langsung dalam politik XE "politik" negara XE "negara" dan mewarnai corak pimpinan ummah. Namun, masih ada hadnya. Kaum hawa boleh berpolitik tetapi hanya dalam menentukan pimpinan, berbaiah dan menyuarakan teguran dan pandangan. Maka, dari sinilah kesedaran politik dalam kalangan wanita patut dimantapkan. Daripada kisah sejarah muslimah di zaman Rasulullah XE "Rasulullah" S.A.W dan juga zaman Khulafa Ar-Rasyidin, dapat kita ketahui betapa perjuangan mereka dalam politik dan kepimpinan XE "kepimpinan" Islam XE "Islam" terserlah namun dengan beberapa batasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Sesuai dengan sifat wanita itu sendiri yang dari azali memang lemah dari segi emosi dan fizikal jika dibandingkan dengan kaum adam (Al-Khuli, 1981:42). Bagi ahli politik wanita, penglibatan dalam politik adalah bersifat terikat, iaitu terikat dengan batas-batas syarak yang ditetapkan Allah SWT ke atas mereka. Contohnya seperti terikat dengan keizinan suami, terikat dengan hukum XE "hukum" hijab pada cara berpakaian dan bergaul serta terikat dengan fitrah kewanitaannya yang kadangkala memerlukannya tinggal di rumah (Andek Masnah, 2005:281). Ada sesetengah bidang dalam politik XE "politik" itu tidak dapat dipegang oleh wanita. Hal ini adalah khuatir akan berlaku perkara yang dapat meruntuhkan ummah dan negara XE "negara" . Sebetulnya, Islam XE "Islam" adalah agama XE "agama" yang terbuka dan tidak akan menyusahkan umatnya, baik lelaki ataupun wanita. Islam juga adalah agama yang adil kepada semua jantina dan peringkat umur(Al-Khuli, 1981:42).

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KRISIS DALAM POLITIK

Krisis yang wujud dalam politik XE "politik" biasanya merujuk kepada sahsiah seseorang pemimpin iaitu dalam aspek akhlak. Kemerosotan atau kerosakan budi pekerti yang sudah mencapai peringkat yang membimbangkan akan memberi kesan kepada kepimpinan XE "kepimpinan" dalam politik lantas membawa kepada ketidakstabilan dan lazimnya akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap pimpinannya. Ini sama sekali bercanggah dengan etika politik Islam XE "Islam" yang sebenar. Faktor ini meliputi dua keadaan yang utama iaitu dalaman dan luaran.

Faktor dalaman politik XE "politik" i. Krisis kejiwaan dalam menghadapi tekanan nafsu

Apabila seseorang pemimpin politik XE "politik" tidak mampu mengawal hawa nafsu daripada melakukan perbuatan tercemar, ia akan membawa kepada kegagalan mengawal diri. Keadaan ini disertai oleh pujukan perasaan dengan menggunakan kuasa XE "kuasa" atau kedudukan untuk melindungi perbuatan terkutuk tersebut. Ia akan tunduk kepada desakan keinginan nafsu buas yang akhirnya status dirinya sebagai pemimpin akan terjejas. Setinggi mana kuasa manusia tidak dapat menandingi kekuasaan Allah SWT yang sudah pasti rahsia ini akan terbongkar dan sampai kepada pengetahuan masyarakat. Masalah ini akan menyebabkan pemimpin politik dipandang rendah bahkan objektif sebenar tidak akan tercapai apabila pemimpin telah dikuasai kebendaan dan hawa nafsu. Kepimpinan seumpama ini tidak akan mampu mendaulatkan kebenaran dan membasmikan segala bentuk kemungkaran (Burhanundin, 1999:119).

ii. Kerakusan kuasa XE "kuasa" Akan sampai ke satu tahap apabila seseorang pemimpin yang lama berkuasa dengan tidak disertai keimanan akan menjadikan kuasa XE "kuasa" dan kedudukan sebagai miliknya. Dengan itu, ia sanggup melakukan sesuatu tanpa memiliki sifat bertimbang rasa. Kemungkinan besar akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan akan bertindak sewenang-wenangnya menindas rakyat XE "rakyat" . Akibatnya kepimpinan XE "kepimpinan" dalam politik XE "politik" akan menyebabkan berlakunya kecaman dan ancaman dengan pelbagai reaksi dari rakyat (Burhanundin, 1999:119).

iii. Pendustaan dan pembohongan

Pemimpin yang bersifat dusta dan selalu melakukan pembohongan dengan menuduh orang lain mengkhianati atau menentang kepimpinannya dan pentadbirannya demi untuk ia terus kekal dalam pucuk pimpinan. Sedangkan ia sendiri telah mengkhianati rakyat XE "rakyat" dengan tidak disedari oleh rakyat dimana hak rakyat tergadai dan dipergunakan sewenangnya untuk kepentingan sendiri atau kepimpinannya. Kepimpinan ini akan mengakibatkan rakyat membenci dan tidak mempercayainya lagi. Keadaan ini akan menimbulkan tindakan buruk atau huru hara yang akan menggoncangkan kestabilan sebuah bentuk politik XE "politik" (Burhanundin, 1999:119).

iv. Bongkak dan bangga diri

pemimpin politik XE "politik" yang tidak bersifat rendah diri adalah tergolong dalam memiliki sifat keji yang akan lupa tanggungjawab sebagai pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir negara XE "negara" , memimpin masyarakat dan menegakkan Islam XE "Islam" . Apabila ia dikuasai oleh sifat bongkak, dan sombong ia akan mempergunakan kesempatan kuasa XE "kuasa" dan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri. Ia memberi kesan kepada rakyat XE "rakyat" yang tidak mendapat pembelaan di mana ia akan bangun menentang serta menggulingkan sesebuah pemerintahan. Kepimpinan sebegini tidak akan bertahan lama (Burhanundin, 1999:120).

v. Mungkir Janji

kepimpinan XE "kepimpinan" politik XE "politik" menjadi perhatian seluruh rakyat XE "rakyat" . Setiap ungkapan yang disampaikan kepada rakyat dianggap sebagai janji dan amanah yang perlu diutamakan segera. Akan tetapi pemimpin yang ghairah, dengan mencari harta kekayaan sendiri dengan melupai amanah yang paling besar menyebabkan dia sanggup memungkiri janji. Keadaan kepimpinan ini akan menimbulkan rasa benci serta dipersendakan malahan akan dikutuk rakyat (Burhanundin, 1999:120).

vi. Islam XE "Islam" bukan matlamat politik XE "politik" dan pemerintahan

Kepimpinan yang memperjuangkan matlamat jahiliyyah atau selain dari Islam XE "Islam" akan menimbulkan krisis yang tidak akan pudar dan lupus dari ingatan masyarakat. Huru-hara, penganiayaan, kezaliman, permusuhan dan sebagainya akan berlaku dalam setiap genap kehidupan masyarakat. Ia berpunca daripada tidak menjadikan Islam sebagai matlamat, pentarbiahan yang tidak berasas atau tidak sempurna serta tidak menyedari tanggungjawab dan jihad. Kepimpinan ini membangunkan kebendaan dengan berlindung disebalik nama Islam itu sendiri sedangkan tuntutan XE "tuntutan" fardu kemasyarakatan seperti perundangan Islam tidak dilaksanakan. Tindakan ini akan menimbulkan krisis yang paling besar di kalangan umat XE "umat" Islam sendiri yang tidak menyedari hakikat kepimpinan XE "kepimpinan" Islam di atas penyelewangan yang telah dilakukan (Burhanundin, 1999:121).

Faktor Luaran Dalam Etika Politik

i. Keengganan melaksanakan hukum XE "hukum" Syariat Allah SWT

Perundangan Islam XE "Islam" adalah satu-satunya sistem perundangan yang adil dan sesuai untuk dilaksanakan oleh sesebuah kekuasaan politik XE "politik" dalam pemerintahan negara XE "negara" . Keengganan melaksanakan perundangan Islam ini menyebabkan keadilan dan kebajikan masyarakat tidak terjamin. Masyarakat akan hidup dalam suasana dendam, fitnah XE "fitnah" -memfitnah, orang yang zalim dan jahat akan bermaharajalela, manakala orang yang baik dan teraniaya terus ditindas dan dizalimi. Kepimpinan politik yang tidak melaksanakan hukum XE "hukum" syariat Allah SWT ini menjadi benteng untuk tidak menerima segala teguran, nasihat, tidak mempunyai prinsip Islam dan menghalang dari Islam difahami dengan jelas oleh rakyat XE "rakyat" . Mereka takuti rakyat akan sedar dan bangkit untuk mengguling kepimpinan XE "kepimpinan" politik mereka (Burhanundin, 1999:121).

ii. Menghalang gerakan dakwah XE "dakwah" Kepimpinan politik XE "politik" yang tidak memahami tanggungjawab gerakan dakwah XE "dakwah" dan tanggungjawab berdakwah akan dipandang hina oleh masyarakat Islam XE "Islam" dan tidak digeruni oleh musuh. Ia selalu diperlekehkan oleh rakyat XE "rakyat" dan masyarakat luar. Apabila kepimpinan XE "kepimpinan" yang tidak jelas perjuangannya untuk melaksanakan dakwah, segala bentuk penyebaran Islam akan terhalang dengan dibuat sekatan berdakwah ke atas guru-guru agama XE "agama" , para ulamak dan pejuang Islam yang lain. Kepimpinan seperti ini tidak sanggup melantik orang agama yang tegas dengan Islam untuk berada dalam barisan yang sama dengan mereka. Tindakan mengenepikan dakwah Islam ini akan menjadikan satu krisis politik antara pimpinan politik dan ulamak serta rakyat. Sokongan akan mula berpecah dan fitnah XE "fitnah" mula merebak sehingga sanggup fitnah dilemparkan kepada golongan ulamak dan rakyat yang tidak bersalah (Burhanundin, 1999:121).

iii. Tidak memanfaatkan kekuatan ahli

Para pemimpin perlu berinteraksi dengan ahli dan masyarakat untuk menentukan kekuatan yang ada dan mengatasi kelemahan yang dialami. Dengan rasa rendah diri, pimpinan perlu mendapatkan bantuan dan sokongan untuk melaksanakan tugas mengurus dan mentadbir. Sekiranya kepimpinan XE "kepimpinan" politik XE "politik" yang membelakangkan suara ahli dan kekuatannya, keadaan akan menjadi lumpuh, strategi politik akan pincang, rakyat XE "rakyat" mula mengumpul tenaga untuk menjatuhkannya dan pelbagai tindakan dari rakyat akan dilakukan diluar kawalan kepimpinan sehingga keadaan tidak menjadi seimbang antara kekuatan kepimpinan dengan kekuatan ahli dan rakyat (Burhanundin, 1999:122).

iv. Kegagalan bertindak pantas dan tegas dalam membuat keputusan

Kegagalan mengambil langkah wajar dan bertindak tegas dalam membuat keputusan akan mengakibatkan kepincangan dan kelembapan dalam kepimpinan XE "kepimpinan" politik XE "politik" . Kegagalan ini akan menimbulkan kekecewaan ahli dan masyarakat terutama apabila rakyat XE "rakyat" terpaksa menaggung beban dan karenah ketidak tegasan kepimpinan dalam menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan. Ia akan membawa kepada krisis hilang keyakinan kepada kewibawaan kepimpinan dalam politik (Burhanundin, 1999:122).

v. Tidak upaya menyampaikan matlamat siasahnya

Kepimpinan politik XE "politik" yang tidak mampu merumus dan menyampaikan matlamat politiknya akan membawa kepada perlaksanaan perancangan dan strategi yang bertaburan dan tidak mempunyai kesatuan. Akhirnya ia tidak dapat dikawal dan menghadapi satu keadaan keretakan dari dalam pentadbiran XE "pentadbiran" kepimpinan XE "kepimpinan" politik tersebut. Keretakan dan kegoncangan dalam kerjaya kepimpinan akan mendorong untuk membentuk kelompok-kelompok kecil dan serpihan yang mula berusaha merebut kuasa XE "kuasa" sehingga berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti rasuah, fitnah XE "fitnah" , pengkhianatan, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya (Burhanundin, 1999:124).

vi. Keruntuhan moral

Faktor keruntuhan moral akan menyebabkan berlakunya gejala sosial yang sukar untuk dihapus dan dikawal. Keruntuhan moral dikalangan pemimpin berpunca daripada sikap mengabaikan suruhan Allah. Mereka sanggup melakukan perbuatan dosa sehingga terbabit dengan penyelewengan kuasa XE "kuasa" . Gelagat mereka ini memungkinkan serta mengundang berlakunya gejala kemaksiatan yang sukar diatasi bahkan mereka sendiri mempunyai minat untuk terus bersama melakukannya. Tidak kurang pula yang mencari kesempatan dengan kelalaian rakyat XE "rakyat" untuk mempergunakan segala kemudahan yang ada untuk kepentingan, keuntungan dan kuasa sendiri (Burhanundin, 1999:123).

vii. Hidup berpoya-poya

Terdapat juga dikalangan pemimpin politik XE "politik" yang mula mencari peluang untuk hidup berpoya-poya setelah rakyat XE "rakyat" diselubungi dengan kelalaian, kemaksiatan, hilang pegangan ajaran Islam XE "Islam" dan kejahilan. Ia akan menimbulkan satu krisis yang paling besar yang timbul antara kepimpinan XE "kepimpinan" politik dengan ulamak, pejuang kebenaran, golongan pemikir dan sebagainya yang ingin mengembalikan keutuhan ummah. Pergolakan dalam politik akan berlaku selagi kuasa XE "kuasa" baru belum dibentuk atau selagi kekuasaan politik yang lalai dengan habuan dunia yang masih lagi berleluasa (Burhanundin, 1999:124).

viii. Rasuah

Apabila negara XE "negara" atau kekuasaan politik XE "politik" sesebuah negara terlalu lama memerintah dengan tidak mempunyai asas pegangan Islam XE "Islam" yang kuat, bibit-bibit rasuah akan mula menular akibat dari kekayaan yang terdapat dalam sesebuah negara. Mereka mencari peluang mendapatkan rasuah daripada pembangunan yang sedang pesat berlaku. Usaha ini untuk mengelak diri mereka dari dijatuhkan hukuman XE "hukuman" atau terlibat dengan kesalahan kuasa XE "kuasa" . Keadaan ini akan merugikan rakyat XE "rakyat" sendiri dan menyebabkan kuasa luar mula mencari peluang untuk menguasai segala kekayaan yang ada. Amalan rasuah ini akan menular di kalangan masyarakat yang cuba mencari kepentingan diri meskipun terpaksa menggadai hak kemanusiaan dan agama XE "agama" Islam sendiri (Burhanundin, 1999:124).

PENUTUPTajuk etika politik XE "politik" dalam Islam XE "Islam" merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan. Melalui konsep etika politik, dapatlah dilihat bahawa nilai etika sangat memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran XE "pentadbiran" dan perundangan khususnya bidang politik. Maka menurut perspektif Islam, etika politik mestilah berlandaskan hukum XE "hukum" -hukum syarak dan mempunyai teras prinsip ketauhidan kepada Allah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah XE "Sunnah" yang memberi petunjuk kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Oleh yang demikian manusia sebagai khalifah perlu menjalankan sistem etika politik berasaskan amr makruf nahi mungkar untuk memberi kesejahteraan dan kejayaan dalam mencapai matlamat di dunia dan akhirat. Selari dengan konsep itu, maka pemimpin perlulah bertindak tegas dengan melaksanakan etika politik dalam Islam meskipum pemimpin itu adalah wanita. Sebagai memenuhi tuntutan XE "tuntutan" dan matlamat syariat, umat XE "umat" Islam haruslah membuka minda dan bekerjasama untuk memahami semua aspek dalam dakwah XE "dakwah" dan politik kerana politik diibaratkan seperti air dan udara kepada manusia. Justeru, nilai etika politik berlandaskan Islam perlu diterapkan kepada generasi muda supaya mereka menyedari bahawa Islam itu merangkumi segenap aspek kehidupan.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Ahmad Bashir Aziz. 2008. Pengurusan Perniagaan Islam XE "Islam" : Konsep Isu & Pelaksanaan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Abu Urwah. 2001. Sistem-Sistem Islam XE "Islam" : Satu Analisis Perbandingan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Al-Idarah fi Islam XE "Islam" . Dlm. Terj. Abd. Rashid Ngah & Jusoh Kadir. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi danKepimpinan Islam XE "Islam" Satu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Amir Husin Mohd. Nor. 2005. Etika Politik Menurut Pandangan Sayyid Qutb XE "Sayyid Qutb" . Dlm. Zulkiple Abd Ghani & Mohd. SyukriYeoh Abdullah (pnyt.). Dakwah dan Etika Politik diMalaysia, hlm 70-83. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributors Sdn. Bhd.

Andek Masnah Andek Kelawa. 2005. Penglibatan Politik WanitaIslam XE "Islam" Malaysia:Hukum, Nilai Dan Etika. Dlm. ZulkipleAbd Ghani & Mohd. Syukri Yeoh Abdullah (pnyt.).Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

__________. 2001. Kepimpinan Wanita Dalam Islam XE "Islam" , Kedudukannya Dalam Syariah. Selangor: PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Azman Che Omar. 2001. Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam XE "Islam" . Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu al-Ala al- Maududi. 1967. Islamic Law And Constitution. Lahore: Islamic Publication

Abd al- Wahab Khallaf. 1977. Al- Siyasah Al- Syariyyah Wa Nizam Al Daulah. Qahirah: al- Mukhtar al-Islami

Abdul Rahman Mahmod, Jaffary Awang, Zakaria Stapa. 2009. Survival Politik Muslim Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi Selangor.

Abdul Aziz bin Saikh Maatok. 2003. Teori dan Amalan Politik Dalam Islam XE "Islam" . Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Karim Zaidan. 1978. Umat Dan Negara Dalam Islam XE "Islam" . terj. Kuwait: Internasional Islamic Federation of student Organisation

Abdul Monir Yaacob & Suzalie Mohamad (penyt). 2002. Etika dan Budaya Berpolitik dari Perspektif Islam XE "Islam" . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Atiyatullah. t.th. Qamus Al-Siyasi. Qahirah: Dar al- Nahdah Al- Misriyyah.

Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Pengurusan dalam Islam XE "Islam" . Ter. Abd Rashid Ngah & Jusoh Kadir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2001. Demokrasi dan Kepimpinan: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris. 1999. Bagaimana Islam XE "Islam" Berpolitik Dan Memerintah. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publisher: Abul Ala Al-Maududi XE "Al-Maududi" . 1993. Hukum Dan Konstitusi Sistem Politik Islam XE "Islam" . Bandung: Penerbit Mizan Khazanah Ilmu-Ilmu Islam

Ahmad Syafie Maarif. 1999. Islam XE "Islam" dan Politi: Upaya Membingkai Peradaban. Indonesia: Pustaka Dinamika Abdullah Gymnastiar. 2004. Amanah Manajemen Qolbu Untuk Kepemimpinan. Bandung : MQ Publishing.

Amran Kasimin. 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abbas Mahmoud Al-Akkad. 1979. Kedermawanan Khalifah Usman bin Affan. Jakarta : BulanBintang.

Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh. 1983. Detik Perang Saudara dan Penyebaran Islam XE "Islam" Zaman Kulafa Ar-Rasyidin. Kelantan : Pustaka Asa.

Abdul Latif Talib. 2010. Novel Sejarah Islam XE "Islam" :Khalifah Khalifah Yang Benar Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali XE "Ali" . Batu Caves Selangor: PTS Litera UtamaAl-Baladhuri, Ahmad bin Yahya bin Jabir. 1936. Asnab al-Ashraf. vol 5. Jeruselam:The University PressAhmad Amin. 1993. Islam XE "Islam" Dari Masa Ke Masa. Bandung : PT. Remaja Rodas Karya

Afzal Iqbal. 2000. Diplomasi Islam XE "Islam" . Terjemahan Samson Rahman. Jakarta: PustakaAl-Kautsar

Anwar Zainal Abidin & Wan Kamal Mujani. 1999. Sirat al-Rasul dan Khulafaal-Rashidun. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM.

Audah Ali XE "Ali" . 2003. Ali Bin Abi Thalib Sampai Kepada Hasan Dan Husain. Bogor : PT. Pustaka litera Antar Nusa

Asmaday Idris, Dzurizah Ibrahim & Rahminah Muharam. 2003.Isu-Isu Sains Sosial Dari Perspektif Islam XE "Islam" . Social Sciences Issues From The Islamic Perspective Kota Kinabalu Sabah, Universiti Malaysia Sabah.

Burhanundin Abdullah. 1999. Faktor-Faktor Kelemahan Dan KrisisKepimpinan Dalam Politik. Dlm. Zulkiple Abd Ghani &Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (pnyt.). KepimpinanDakwah dan Politik Islam XE "Islam" . Bangi: JabatanDakwah dan Kepimpinan UKM

Dusuki Hj. Ahmad. 1974. Ikhtisar Perkembangan Islam XE "Islam" . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hussain Othman (pnys.). 2007. Islam XE "Islam" dan PembangunanMasyarakat. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein OnnMalaysia.

Ibn Khaldun, abd al-Rahman bin Khaldun. 1981/1401H. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Maktabah al-Maarif.

__________. 1981. Muqaddimah Ibn Khaldun. Beirut: Dar Al-Marifah.

Ibn Taimiyyah, Taqiuddin. 1969. Al- Siyasah Al-Syariyyah Fi Islah Al- Rai Wa Al-Raiyyah. Beirut: Dar al-fikr

al- Jazairi, Syaikh Abdul Malik Ramadhan. 2002. Pandangan Tajam Terhadap Politik . Antara Haq dan Batil. Terj. Abu Ihsan al-Atsari. Solo: Pustaka Imam Bukhari.

Kamus Dewan. 1993. Ed. Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Khuli, al-Bahi. 1981. Sikap Wanita Islam XE "Islam" Kini. Terj. Mohd Yusof Ahmad. KualaLumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia.

Al-Kharbutuli, Hassan. 1969. Al-Islam XE "Islam" wa al-Khilafah. Beirut:Dar Beirut.

Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam XE "Islam" Dan Demokrasi: Cabaran Politik Muslim Kontemporari Di Malaysia. KualaLumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mustafa Haji Daud. 1996. Etika Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Al- Mawardi, al-Basri, Abu al- Hassan bin Muhammad bin Habib. 1966. Al-Ahkam Al- Sultaniyyah. Mesir: Mustafa Al-Bab Al-Halabi.

Muhammad Abdel Qadir Abu Faris. 2000. Pemerintahan Negara Islam XE "Islam" Yang Sebenar. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise, Mumtaz Ahmad. 1986. Masalah-Masalah Teori Politik Islam XE "Islam" . Terj. Ena Hadi & Ilyas Hasan(pnyt.). Bandung: Penerbit Mizan.

Nakhaei Ahmad. 1998. Kepimpinan Ilmu, Wanita Perlu Layakkan Diri. Muslimah. Sept.

Omardin Ashaari. 2008. Sistem Politik Dalam Islam XE "Islam" . Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia : Kuala Lumpur.

Osman Khalid. 1984. Politik dan Pentadbiran Di Dalam Islam XE "Islam" . Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa

Salim Ali XE "Ali" al- Bahansawi. Terj. Mustolah Maufur. 1996. Wawasan Sistem Politik Islam XE "Islam" . Jakarta: Pustaka al-KautsarSheikh Muhammad Naqyib Rahbah. terj. Al-Ustaz Hassan Salleh. 1986. Sistem Politik Dalam al-Quran. Pustaka al-Alami,W. Arnold, Thomas. 1967. The Caliphate. London: Routledge and Kegan Paul.

Yusuf al-Qaradhawy. Terj. Ibnu Sham. 2010. Agama dan Politik : Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-Liberal. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise Yatim Badri. Sejarah Peradaban Islam XE "Islam" Dirasah islamiyah II. Jakarta :PT Raja Grafindo Persada

Zafir al-Qasimi. 1980. Nizam Al-Hukm Fi Al-Syariah Wa Al-Tarikh Al-Islami. Ed. Ke 3. Beirut: Dar al- Nafatis

Zahazan Mohamed (pngr.). 2008. Sistem Politik Islam XE "Islam" : Menurut Pandangan Al-Quran, Al-Hadis dan Pendapat Ulama Salaf. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Zulkiple Abd.Ghani & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2005. Dakwah Dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.