Etnik Intro

28
KULIAH 1 KULIAH 1 LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA

description

Hubungan Etnik

Transcript of Etnik Intro

  • KULIAH 1LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA

  • SEJARAH MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN MELAYU.

    Aspek Geo.budaya.

    Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa & Sumatera.

    Penduduk - masyarakat terawal ialah orang Melayu yg terdiri daripada pelbagai suku etnik & mempunyai pelbagai kepercayaan & cara hidup.

  • Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yg jelas antara satu suku dgn suku yg lain)

    Aspek Rumpun Bangsa.

    Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah kelompok Melayu yg bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu & beragama Islam.Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu (cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani)Suku asli - Jakun, Sakai, Senoi dll.

  • Sabah.

    Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai bumiputera.Sabah -lebih daripada 23 suku etnik: Kadazandusun, Murut, Bajau, Suluk, Brunei, Bisaya, Kedayan dll.Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat bumiputera Islam.Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.

  • Sarawak.

    Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai bumiputera.Sabah -lebih daripada 20 suku etnik: Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dll.Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat bumiputera Islam.Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.

  • Aspek Bahasa.

    Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia / dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di Kepulauan Melayu.Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit dalam BM kuno.Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah & Tasawuf)

  • BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

    Kerajaan Tradisi Melayu.Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja. Cth: Kerajaan Kedah Tua, Tun Sun, Chih Tu, Langkasuka, Srivijaya & Majapahit.Zaman Islam- kerajaan Melaka, Aceh.Selepas Melaka - kerajaan Johor-Riau, Brunei.

  • CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN MASYARAKAT MAJMUK

    Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda -1641.Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 & Singapura - 1826.Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.

  • Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946.Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946)Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka.Penjajahan - mengakibatkan penentangan tokoh/masyarakat tempatan.Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm politik, demografik & sosioekonomi T.Melayu.

  • LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUKBerkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum.

    Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian.Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2 pantai barat)

  • 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina berhijrah ke T.Melayu. 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org Cina.Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri & Bintulu.Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.

  • Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem KanganiBermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20.1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. & meningkat kpd 15% pd th 1921.Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan & kerja raya.

    Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian & tinggal di luar bandar.

  • -Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi & Ceylon.Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial masing-masing.British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kwalan ke atas imigran tersebut.Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan

  • Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg berbeza:Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar)Cina - perlombongan dan perdaganganIndia - perladangan dan kerja raya.Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi: Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional tidak seimbang.Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil.Hubungan kaum baik dalam konteks bercampur tetapi tidak bersatu.

  • PEMBENTUKAN NASION MALAYSIAKonsep Nasion / Nation berasal dari Barat. Ia berkait rapat dgn identiti nasional.Bangsa / kaum : sama maksud dari segi bahasa tetapi berbeza dari segi makna konotasi. (bangsa Malaysia - kaum Melayu, Cina dan India.Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama.

  • Suku : kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (suku Iban, Kadazan dll)Negara : mempunyai 4 elemen penting - Rakyat yg diperintah, wilayah yg dimiliki, kerajaan yg memerintah dan kedaulatan.Menurut Eric Hobsbawm: sesebuah nasion dikenal pasti melalui 2 sifat asas: 1. Kewarganegaraan - kedaulatan kolektif & penyertaan politik sepunya.2. Etnisiti : mempunyai ciri-ciri bahasa yg sepunya, sejarah yg sama & identiti budaya yg lebih luas yg dimiliki oleh anggota nasion itu.

  • Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme.

    -Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah.

    Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan negara berdaulat.

  • Nasionalisme adalah fenomena sejagat yg mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia utk menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya & menuntut kesetiaan unggul individu kpd negaranya.Negara yg pernah dijajah- memanifestasikan semangat nasionalisme dgn cara menamatkan penjajahan utk membina negara bangsa yg bebas & berdaulat.Negara yg tidak pernah dijajah-menggulingkan sistem kerajaan tradisional & menggantikannya dgn sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.

  • Konsep Nasion -Negara bangsa.

    Pembinaan negara bangsa umumnya boleh disamakan dgn integrasi nasional.

    Kepentingan pembentukan nasion:

    - untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera & tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yg memberikan kesetiaannya.

  • MODEL PEMBENTUKAN NASION1. Model Asimilasi.2. Model Integrasi.3. Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik. APAKAH MODEL YG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?- Malaysia - penduduknya terdiri drp pelbagai kaum. Sebelum merdeka, org Melayu, Cina & India tidak berkongsi satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau.- Kesan dasar pecah dan perintah oleh British, sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai.

  • - Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan.Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2) Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara.- Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

  • - Dasar integrasi dari segi sosial & politik hendaklah bercorak bumiputera iaitu berdasarkan masyarakat Melayu. Kebudayaan Melayu menjadi teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. Kebudayaan kaum lain yg sesuai boleh dicedok asalkan unsur2 kebudayaan tsb tidak bercanggah dgn prinsip Kongres Kebudayaan Nasional 1971 & Islam sbg agama rasmi.- Komposisi bangsa menjadi asas utk memahami keadaan politik, ekonomi & sosial di Malaysia. - Tidak semua permasalahan masyarakat majmuk boleh diselesaikan semata-mata dgn kaedah penyelesaian politik tetapi juga bergantung kpd

  • Faktor2 lain seperti kemajuan ekonomi, keadilan sosial & sosiobudaya. TERAS PEMBENTUKAN NASION MALAYSIA.- Malaysia membentuk nasion mengikut acuan sendiri: menggabungkan pendekatan politik, ekonomi & sosial.- Berpendirian pragmatik - keupayaan membuat penyesuaian, berani membuat keputusan, memiliki pemikiran & sikap pro-aktif serta berwawasan.- Berdasarkan DEB, DPN & Wawasan 2020.

  • Usaha pembentukan nasion Malaysia dilaksanakan melalui pelbagai strategi:1. Kerjasama & perkongsian politik. - Awal kemerdekaan - politik kompromi melalui Parti Perikatan (kerjasama & perkongsian elit pemerintah pelbagai kaum) - Selepas 13 Mei 1969 - formula Perikatan ubah pendekatan. Pendekatan baharu-Barisan Nasional dibentuk - pengukuhan kerjasama & perkongsian politik pelbagai kaum.- Kawalan politik utk kawal politiking yg berlebihan & utk menjamin kestabilan politik.

  • - Pindaan perlembagaan - cth: menghalang rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan, bahasa, dasar pendidikan kebangsaan, hak istimewa Melayu, Agama) - 1970 - Parlimen meluluskan Akta Hasutan, Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, DEB)2. Kerjasama & perkongsian ekonomi. - DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat kaum. Pencapaiannya mencetuskan peluang kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg saksama di kalangan penduduk.

  • -DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinana mutlak drp 49.3% (1970) kepada 15% (1990).- Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik.-Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden, pemilikan harta & melahirkan lebih ramai usahawan.- Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.

  • 3. Keadilan sosial. - Kesan drp kerjasama politik & ekonomi - pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar.4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan. - dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.5. Kebudayaan Kebangsaan. - keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup & budaya bersama.

  • 6. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai agama, etika & moral. Teras, Model dan usaha membentuk nasion Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah, sistem politik, ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar. (cth: Asimilasi berjaya dilaksanakan di Indonesia & Thailand tetapi model ini tidak dpt dilaksanakan di Malaysia kerana masalah komposisi penduduk yg berbeza)