F FFA AAKKKU UULLLTTTI II S SSAAIIN NNSS … · Mahasiswa juga akan didedahkan dengan proses...

21
1 F F A A K K U U L L T T I I S S A A I I N N S S G G U U N N A A A A N N Fakulti Sains Gunaan merupakan salah satu fakulti sains dan teknologi yang utama di Universiti Teknologi Mara. Fakulti ini berupaya menyediakan program akademik yang cemerlang dan berdaya saing daripada peringkat pra-diploma sehingga ke tahap kedoktoran. Pelbagai bidang pengajian dan penyelidikan ditawarkan melalui lima pusat pengajian: Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Pusat Pengajian Biologi, Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Pusat Pengajian Fizik dan Bahan dan Pusat Pengajian Teknologi Industri. Program-program akademik yang ditawarkan di fakulti ini telah dikaji selaras dengan perkembangan sains dan teknologi yang terkini. Penyelidikan tertumpu kepada pengukuhan bidang-bidang kecemerlangan. Ketika ini, fakulti mempunyai sebuah pusat kecemerlangan iaitu Institut Sains. Graduan dari fakulti ini turut menikmati prospek kerjaya yang baik. Di samping itu, sebilangan graduan ini turut melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah yang ditawarkan oleh fakulti. Fakulti Sains Gunaan sentiasa terus berusaha menyediakan persekitaran yang dinamik untuk memupuk inovasi akademik dan kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Kesemua aktiviti fakulti, iaitu pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat telah dirangka untuk beroperasi dengan pendekatan pandang ke hadapan yang berorientasikan kecemerlangan hasil kerja serta responsif kepada komuniti. Ini adalah usaha kami untuk merealisasikan wawasan fakulti untuk menjadi sebuah institusi terulung dalam bidang sains dan teknologi. UiTM Shah Alam UiTM Negeri Sembilan UiTM Pahang UiTM (Terengganu) UiTM Sabah UiTM (Sarawak) UiTM (Perlis) UiTM Pulau Pinang UiTM (Perak)

Transcript of F FFA AAKKKU UULLLTTTI II S SSAAIIN NNSS … · Mahasiswa juga akan didedahkan dengan proses...

1

FFFAAAKKKUUULLLTTTIII SSSAAAIIINNNSSS GGGUUUNNNAAAAAANNN

Fakulti Sains Gunaan merupakan salah satu fakulti sains dan teknologi yang utama di Universiti Teknologi Mara. Fakulti ini berupaya menyediakan program akademik yang cemerlang dan berdaya saing daripada peringkat pra-diploma sehingga ke tahap kedoktoran. Pelbagai bidang pengajian dan penyelidikan ditawarkan melalui lima pusat pengajian: Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Pusat Pengajian Biologi, Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran, Pusat Pengajian Fizik dan Bahan dan Pusat Pengajian Teknologi Industri. Program-program akademik yang ditawarkan di fakulti ini telah dikaji selaras dengan perkembangan sains dan teknologi yang terkini. Penyelidikan tertumpu kepada pengukuhan bidang-bidang kecemerlangan. Ketika ini, fakulti mempunyai sebuah pusat kecemerlangan iaitu Institut Sains. Graduan dari fakulti ini turut menikmati prospek kerjaya yang baik. Di samping itu, sebilangan graduan ini turut melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau doktor falsafah yang ditawarkan oleh fakulti.

Fakulti Sains Gunaan sentiasa terus berusaha menyediakan persekitaran yang dinamik untuk memupuk inovasi akademik dan kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Kesemua aktiviti fakulti, iaitu pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat telah dirangka untuk beroperasi dengan pendekatan pandang ke hadapan yang berorientasikan kecemerlangan hasil kerja serta responsif kepada komuniti. Ini adalah usaha kami untuk merealisasikan wawasan fakulti untuk menjadi sebuah institusi terulung dalam bidang sains dan teknologi.

UiTM Shah Alam

UiTM Negeri Sembilan

UiTM Pahang

UiTM (Terengganu)

UiTM Sabah

UiTM (Sarawak)

UiTM (Perlis)

UiTM Pulau Pinang

UiTM (Perak)

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI FAKULTI SAINS GUNAAN

2

PASCA SISWAZAH

AS 990 Doktor Falsafah (secara penyelidikan)

AS 780 Sarjana Sains (secara penyelidikan)

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)

AS 201 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi

AS 202 Sarjana Muda Sains (Kepujian] Kimia

AS 203 Sarjana Muda Sains (kepujian) Fizik

AS 223 Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi Polimer

AS 224 Sarjana Muda sains (Kepujian) Sains Biomolekul

AS 225 Sarjana Muda Sains (Kepujian] Kimia Gunaan

AS 226 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains & Teknologi Makanan

As 227 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Perabot

AS 228 Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi Tekstil

AS 229 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Persekitaran

AS 230 Sarjana Muda Sains (kepujian) Teknologi Bahan

AS 231 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik Perindustrian

AS 232 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Bio-Komposit

AS 233 Sarjana Muda Sains (kepujian) Kimia (Analisis Forensik)

AS 234 Sarjana muda Sains (Kepujian) Teknologi Marin

DIPLOMA

AS 113 Diploma Teknologi Polimer

AS 114 Diploma Mikrobiologi

AS 115 Diploma Kimia Perindustrian

AS 116 Diploma Teknologi Makanan

AS 117 Diploma Industri Perkayuan

AS 118 Diploma Teknologi Tekstil

AS 120 Diploma Sains

PRA-DIPLOMA

PD 008 Pra-Diploma (Sains)

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

3

PROGRAM PASCA SISWAZAH (SARJANA SAINS /DOKTOR FALSAFAH)

–SECARA PENYELIDIKAN

Fakulti Sains Gunaan menawarkan program penyelidikan pasca siswazah di dalam pelbagai bidang

termasuk sains tulen dan sains gunaan. Kemudahan penyelidikan yang terkini disediakan bagi

menghasilkan mutu penyelidikan yang berkualiti tinggi. Bidang-bidang yang menjadi teras

kekuatan penyelidikan terbahagi kepada beberapa kelompok berdasarkan setiap pusat pengajian

seperti berikut:

PUSAT PENGAJIAN BIOLOGI

Biologi dan Biologi Gunaan

Biologi Molekul dan Analisis DNA

Patogenisiti Mikrob

Proteomiks Bakteria

Mikrobiologi Gunaan

Mikrob Sumber Biologi dan Bioassai

Teknologi Penapaian

Biologi Reproduktif

Kumpulan Penyelidikan Fisiologi

Bioteknologi Tumbuhan

Genomik dan Imunologi Manusia

Bioinformatik

Biodiversiti dan Kelestarian

Bioteknologi Marin

Ekologi dan Ekosistem PUSAT PENGAJIAN KIMIA & PERSEKITARAN

Kimia Gunaan/Kimia

Radiokimia

Rawatan Air Kumbahan

Kimia Pemisahan

Pengurusan Sisa Pepejal

Elektrokimia

Kimia Analisis

Bahan Elektroenapan & Elektrokromik

Kimia Elektroanalisis

Kimia Koordinatan

Kimia Kakisan & Kejelekatan

Sintesis Enzim

Sintesis Organik

Kimia Organik Fizik

Kesan Racun Serangga Perosak Kepada Alam Sekitar

Kimia Persekitaran/Analisis

Kesihatan Alam Sekitar

Permodelan Alam Sekitar

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

4

Kimia Hasilan Semulajadi dan Sintesis

Kimia Hasilan Semulajadi

Sintesis Organik

Sintesis Tak Organik

Fitokimia

Fitoperubatan

Kelestarian Pembangunan

Tenaga

Biobahan Api

Arang Batu, Biojisim & Alam Sekitar

Sumber Tenaga

Ekologi & Sains Alam Sekitar / Pengurusan Pemantauan

Kimia/Analisis Persekitaran

Sains Alam Sekitar

Aplikasi Penderiaan Jauh

Sistem Maklumat Geografi

Pengurusan Sisa Pepejal

Penjerapan

PUSAT PENGAJIAN FIZIK & BAHAN

Bahan Termaju dan Nanoteknologi

Bahan Termaju

Bateri Bahan Termaju & Berstrukturnano

Seramik Oksida

Sebatian Polimer

Penglitup Polimer

Peranti dan Ion Fasa Pepejal

Semikonduktor

Superkonduktor

Bahan Dwielektrik

Komposit Termoplastik

Kaca, Bahan Laser & Optik

Komposit Matrik Logam

Teknologi Fotonik

Laser

Sensor Optik

Penguat arus

Peranti gelombang

Kajian Bahan

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

5

Tenaga

Tenaga dalam Bangunan

Tenaga dalam Bangunan - Tenaga Suria

Tenaga dalam Bangunan- Ventilasi Asli

Aplikasi Fotovolta dan Sistem Tenaga

Teknologi Solar

PUSAT PENGAJIAN TEKNOLOGI INDUSTRI

Pembuatan Bahan Termaju Teknologi Makanan

Analisis Makanan

Antioksida Makanan

Sains Berasaskan Daging

Pembungkusan Makanan/Pengawetan Makanan /Kajian Tempoh Hayat

Pemprosesan Makanan

Kimia Minyak/Lemak Makanan

Pembangunan Produk Makanan

Makanan Fungsian

Teknologi Perisa

Pengekstrakan Minyak Herba & Ikan

Teknologi Penstabilan Makanan

Teknologi Tekstil

Pencelupan & Percetakan Tekstil

Kemasan Tekstil

Komposit Tekstil

Penilaian Produk Tekstil

Air Kumbahan Tekstil

Tenunan

Fabrik Balistik

Mekanik Tekstil

Prestasi Produk Tekstil

Teknologi Polimer

Fabrikasi/Pencirian

Sebatian Polimer

Penglitup Polimer

Komposit Polimer

Fizik & Teknologi Getah

Kimia Polimer

Polimer Pengalir

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

6

Sains & Teknologi Kayu

Pengurusan Sumber Hutan

Rekabentuk & Kejuruteraan Perabot

Teknologi Perabot

Termoplastik & Komposit Kayu

Rekabentuk & Kejuruteraan Kayu

Kimia Perkayuan

Produk Panel Kayu

Perlindungan / Pemeliharaan Kayu

Penilaian Kualiti, Rawatan & Penambahbaikan Kayu

Sains Perkayuan

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN

AS 201 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi

Program sepenuh masa selama tiga tahun ini dijalankan di UiTM Shah Alam, UiTM Negeri Sembilan, UiTM (Perlis) dan UiTM Sabah. Ia memberi tumpuan kepada kajian biologi dan aplikasinya (bidang sains yang menjadi asas kepada biologi moden). Program ini menggabungkan pengetahuan asas dalam bidang biologi sel, biomolekul, biokimia, kepelbagaian haiwan dan tumbuhan, fisiologi haiwan dan tumbuhan, genetik, ekologi, mikrobiologi, parasitologi, imunologi dan neurobiologi. Projek penyelidikan tahun akhir dalam bidang terkini juga akan mendedahkan para pelajar kepada cara mengaplikasikan ilmu di dalam penyelidikan. Beberapa mata pelajaran elektif dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan IT juga disediakan untuk meluaskan skop mahasiswa dan menyediakan mereka sebagai usahawan tekno. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang biologi dan yang berkaitan dengannya, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Guru Biologi

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

7

AS 202 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia

Program sepenuh masa tiga (3) tahun ini dijalankan di UiTM Shah Alam, UiTM Pahang dan UiTM Perlis. Ia menyediakan mahasiswa dengan prisip-prinsip asas dalam bidang analisis, kimia tak organik, organik dan fizikal. Kursus minor yang ditawarkan dalam bidang pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pengurusan dan kewangan akan melengkapkan mahasiswa dengan kebolehan pengurusan kewangan dan syarikat. Mahasiswa juga akan diajar kemahiran yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran teknologi yang sentiasa berubah selepas tamat pengajian. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang kimia dan yang berkaitan dengannya, di antaranya:

• Pegawai Penyelidik • Ahli Kimia • Pensyarah • Guru Kimia • Pegawai Sains • Pegawai Kawalan Mutu • Pegawai Bank • Pengurus Syarikat/Projek • Ahli Korporat • Usahawan • Perunding

AS 203 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik

Program yang dijalankan di UiTM Shah Alam, UiTM Pahang dan UiTM Perlis ini mengambil masa

selama tiga (3) tahun. Ia memberi tumpuan kepada pelajar yang ingin menguasai konsep-konsep

utama asas fizik termasuk mekanik, haba, elektrik dan magnetik serta konsep-konsep optik. Untuk

memantapkan pemahaman teori, pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran teknikal di makmal.

Pelajar juga dipersiapkan dengan matapelajaran matematik bagi meningkatkan kefahaman fizik

mereka. Program ini juga menawarkan kursus pengurusan sebagai satu kursus elektif bagi

memastikan pelajar menjadi lebih berjaya di pasaran pekerjaan. Graduan juga boleh melanjutkan

pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan

profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

8

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang fizik dan yang berkaitan dengannya, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Guru Fizik

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pegawai Ujian Tanpa Musnah (NDT)

Jurutera Rekabentuk

Pengurus Syarikat/Projek

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

AS 223 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Polimer

Program tiga tahun ini dijalankan di UiTM Shah Alam. Ia memberi penekanan kepada teknik penghasilan bahan polimer sintetik serta produk-produk berasaskan polimer dengan menggunakan teknologi pembuatan terkini. Kursus asas berkaitan teknik serta proses pempolimeran (penghasilan bahan polimer) dikukuhkan dengan ilmu pencirian bahan polimer tersebut. Pelajar seterusnya akan diberi pendedahan berkenaan teknologi semasa merangkumi kaedah menghasilkan produk plastik (kegunaan domestik dan kejuruteraan) seperti komponen kenderaan dan penghasilan berasaskan getah seperti pembuatan tayar dan sebagainya.Teknologi yang dipelajari akan disesuaikan dengan teknologi semasa yang digunakan oleh industri.

Mahasiswa juga akan didedahkan dengan proses pembuatan komposit seperti gantian kaca dan karbon yang banyak digunakan dalam pembuatan kapal layar dan industri permotoran. Bagi menambah daya saing, mahasiswa akan diajar dan didedahkan dengan perisian-perisian terkini dalam merekabentuk produk-produk dari bahan polimer seperti SolidWorks dan CAD-Mould/MouldFlow. Bagi melengkapkan program ini, pendedahan awal tatacara penyelidikan akan diberikan kepada mahasiswa sebagai persiapan untuk menempuhi alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana ataupun Doktor Falsafah.

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang polimer, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu Produk Polimer

Eksekutif/Pengurus Pengeluaran

Perekabentuk Acuan Produk Polimer

Perekabentuk Produk Polimer

Pengurus Syarikat/Projek

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

9

AS 224 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Biomolekul

Program sepenuh masa selama tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini memberi

tumpuan kepada kajian biomolekul dan aplikasinya (bidang sains yang menjadi asas kepada

bioteknologi moden). Program ini menggabungkan pengetahuan asas dalam bidang biologi sel,

biokimia, genetik dan kemahiran makmal dalam biomolekul bagi menyediakan pelajar dengan asas

yang kukuh sebagai langkah persediaan ke arah R & D bioteknologi. Beberapa mata pelajaran elektif

dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan IT juga disediakan untuk meluaskan skop mahasiswa

dan menyediakan mereka sebagai usahawan tekno. Mahasiswa juga akan diperkenalkan kepada

bidang baru seperti genomik dan proteomik. Mahasiswa akan didedahkan dengan latihan industri di

agensi awam atau swasta selama 3 bulan sebagai pendedahan kepada alam pekerjaan. Graduan juga

boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk

menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja

semasa.

PROSPEK KERJAYA:

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang bioteknologi, farmaseutikal dan kesihatan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Guru Biologi

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

AS 225 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Gunaan

Program tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam dan UiTM Perlis ini mengintegrasikan

pengetahuan asas dan penggunaan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi permintaan

industri. Program ini berteraskan analisis kimia dan peralatan dengan pelbagai aplikasi dalam bidang

teknologi kimia, polimer, makanan dan kimia persekitaran. Mahasiswa juga akan didedahkan kepada

bidang kawalan dan jaminan kualiti, pengurusan pengeluaran, pemasaran dan keselamatan. Senario

sebenar alam pekerjaan dapat dirasai melalui latihan industri selama 10 minggu. Graduan juga boleh

melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi

kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

10

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri kimia, di antaranya:

• Pegawai Penyelidik • Ahli Kimia • Pensyarah • Guru Kimia • Pegawai Sains • Pegawai Analis Peralatan • Pegawai Kawalan Mutu • Jurutera Proses • Pengurus Syarikat/Projek • Ahli Korporat • Usahawan • Perunding

AS 226 Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains & Teknologi Makanan

Program empat (4) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini menawarkan dua minor iaitu Keselamatan dan Kualiti Makanan, dan Perundangan Makanan Islam. Kandungan kurikulum digubal selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang sains dan teknologi makanan yang merangkumi penggunaan pengetahuan seperti kimia makanan, pemprosesan makanan, kejuruteraan makanan, sensori dan perkembangan produk makanan, analisis makanan, sanitasi dan perundangan makanan serta aspek halal. Pelajar juga didedahkan kepada latihan industri di agensi kerajaan atau industri makanan sama ada di dalam atau luar negara selama 4 bulan. Program ini juga menghasilkan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran kerja, aspirasi

negara, inovatif, serba boleh serta mempunyai kelebihan berdaya saing. Ini dapat memangkinkan

pembangunan industri makanan melalui penglibatan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan

Teknologi Makanan dalam sektor kerajaan dan swasta.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri makanan, di antaranya: • Pegawai Teknologi Makanan • Pegawai Kawalan Mutu Makanan • Pegawai Analisis Makanan • Pegawai Keselamatan Makanan • Pegawai Penyelidik • Pegawai Penguatkuasa Makanan Halal • Pegawai Pemasaran Makanan

• Pegawai Pengeluaran Makanan • Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Produk Makanan • Ahli korporat

Usahawan

Perunding

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

11

AS 227 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Perabot

Program tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Pahang ini distrukturkan ke arah pembuatan perabot.

Program ini termasuk pengurusan bahan mentah, reka bentuk perabot menggunakan CAD/CAM.

Proses pembuatan perabot, ujian kualiti perabot serta kursus-kursus pengurusan dan pemasaran.

Graduan mempunyai peluang untuk bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan atau untuk

memulakan perniagaan sendiri atau usaha sama dalam perniagaan pembuatan perabot atau

pemasaran. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan

Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri makanan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Ahli Teknologi Perabot

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat Perabot

Pengurus Makmal Teknologi Perabot

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

AS 228 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Tekstil

Program tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini menjurus ke arah industri tekstil dan

apparel. Kursus ini berkaitan dengan teknologi penghasilan tekstil seperti serat, yarn dan juga fabrik.

Kombinasi teknologi apparel termasuk CAD/CAM, kaedah pemasaran, peruncitan dan perdagangan

dan kursus-kursus lain, seperti pengaturcaraan dan kesedaran alam sekitar juga diajar secara teratur.

Pelajar dalam program ini juga akan menjalani latihan industri untuk pendedahan pada pekerja dan

mereka dikehendaki untuk menyiapkan projek tahun akhir untuk mengukuhkan teori mereka beserta

dengan kemahiran praktikal. Program ini telah diiktiraf oleh Insitut Tekstil United Kingdom dan

graduan program ini akan dianugerahkan The Associateship of Textile Insitute (ATI).

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

12

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di sektor swasta atau kerajaan sama ada dalam bidang tekstil dan apparel atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Ahli Teknologi Tekstil

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat Tekstil

Pengurus Makmal Teknologi Tekstil

Jurutera

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

AS 229 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Persekitaran

Program tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini melengkapkan mahasiswa dengan ilmu berkaitan dengan aplikasi teknologi persekitaran terutamanya dalam proses pemantauan dan kawalan pencemaran. Aplikasi teknologi ini berteraskan analisis ke atas elemen persekitaran mengguna analisis kimia, bioteknologi dan teknologi penderiaan jauh (contoh: teknologi satelit). Subjek analisis berbentuk visual dan pembinaan sistem pengkalan data alam sekitar ditawarkan, bagi membantu proses membuat keputusan (decision-maker) dalam pemantauan dan pengawalan pencemaran alam sekitar secara menyeluruh. Komponen pengurusan persekitaran serta keselamatan pekerjaan juga ditawarkan. Komponen minor/elektif pula ditawarkan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam aplikasi ICT, pengurusan sumber dan kualiti, keusahawanan serta aplikasi teknologi hijau. Kerja amali didedahkan kepada pelajar bagi setiap subjek yang ditawarkan. Pendedahan kepada alam pekerjaan disediakan di dalam Latihan Industri selama 8-10 minggu.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di sektor swasta atau kerajaan sama ada dalam bidang sains persekitaran atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Alam Sekitar

Perunding

Pengurus Syarikat

Eksekutif Teknologi Persekitaran

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

13

AS230 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Bahan

Program yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini menawarkan pengajian selama tiga (3) tahun.

Graduan program ini akan didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan yang berasaskan kepada

industri seperti logam, aloi, seramik, polimer dan elektronik. Selari dengan teori sebahagian pelajar

juga dilengkapkan dengan kemahiran dan teknik menguji dan memproses bahan-bahan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri pembuatan bahan atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Jurutera Bahan/Pengeluaran

Perekabentuk Bahan & Ujian Perincian

Eksekutif Pemasaran

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

AS 231 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik Industri

Program yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini mengambil masa selama tiga (3) tahun. Ia

menyediakan pelajar dengan pengetahuan fizik gunaan yang diperlukan di industri pada masa kini.

Selain daripada bidang-bidang fizik, ia juga akan mendedahkan kepada elektronik, ujian tanpa

musnah (NDT), fabrikasi, semikonduktor dan pengawalan kualiti.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri pembuatan bahan atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Guru Fizik

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Penyelia Pengeluaran

Jurutera Rekabentuk

Eksekutif Pemasaran

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

14

AS 232 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Bio-Komposit

Kurikulum Teknologi Bio-komposit direkabentuk bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi kerjaya yang mencabar dalam pengeluaran dan pembuatan bahan berasaskan bio-gentian. Program tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam dan UiTM Pahang ini merangkumi asas-asas sains, kelapa sawit, kenaf, dan gentian pertanian lain. Sifat-sifat termasuk aspek fizikal, kimia dan mekanikal (ujian musnah dan tanpa-musnah) bahan tersebut yang merupakan aset dan gentian pertanian lain. Sifat-sifat termasuk aspek fizikal, kimia dan mekanikal (ujian musnah dan tanpa-musnah) bahan tersebut yang merupakan aset dan kajian utama program ini. Kurikulum juga meliputi kursus-kursus teknologi seperti kemerosotan dan perlindungan bahan bio-gentian, teknologi perekat dan penglitup, dan teknologi bahan bio-komposit. Kursus-kursus teknologi bahan bio-komposit termasuk pengeluaran komposit kayupadu, bahan-bahan terubahsuai, produk berlaminasi, produk berasaskan partikel, produk berasaskan gentian dan komposit bahan-bahan serbuk beracuan. Mahasiswa diberi pilihan mata pelajaran elektif seperti teknologi pulpa dan kertas, CAD/CAM, mekanik bahan, statistik, kawalan kualiti, sistem pembuatan perindustrian, perakaunan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan pengeluaran dan pemasaran. Mahasiswa juga akan didedahkan kepada aktiviti kurikulum tambahan untuk menghargai sumber semulajadi seperti perkhemahan hutan dan lawatan akademik. Projek tahun akhir akan membolehkan mahasiswa menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyelidikan tertentu mengenai gentian semulajadi yang banyak terdapat di Malaysia. Sebelum menamatkan pengajian, mahasiswa akan didedahkan kepada persekitaran kerja dalam industri melalui penempatan latihan praktik ke industri-industri berkaitan bagi tempoh yang tertentu. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri pembuatan bahan atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Pegawai Sains

Pegawai Pembangunan Produk

Pegawai Penguatkuasa Industri

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Penyelia Pengeluaran

Pegawai Perhubungan

Perekabentuk Produk

Eksekutif Pemasaran/Perolehan/Pengeluaran

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

15

AS 233 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia (Analisis Forensik)

Kurikulum program selama tiga (3) tahun yang dijalankan di UiTM Shah Alam ini dirangka untuk memberi asas kimia yang kukuh dengan penekanan khusus dalam kaedah analisis yang digunakan dalam makmal forensik. Pelajar akan diberi pendedahan kepada bidang-bidang tertentu sains forensik termasuk analisis arson, bahan letupan dan sokumen, analisis serologi dan DNA forensik, serta toksikologi. Mahasiswa akan didedahkan kepada prosedur pengumpulan bahan bukti dari tempat kejadian untuk dibentangkan di mahkamah. Lima kursus elektif ditawarkan iaitu criminology and criminal justice, criminal law and evidence, toxicology, environmental chemistry atau atmospheric chemistry dan food chemistry atau principles of biotehnology. Mahasiswa berpeluang untuk memperoleh pengalaman kerja melalui latihan industri selama empat (4) bulan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam industri kimia atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Ahli Kimia di Makmal Forensik

Pegawai Sains

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Penyelia Pengeluaran

Jurutera Rekabentuk

Eksekutif Pemasaran

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding

AS 234 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Marin

Kursus yang dijalankan di UiTM (Perlis) ini adalah program tiga tahun yang melibatkan disiplin ilmu dalam bidang sains asas, sains marin dan teknologi, perniagaan, pemasaran dan undang-undang. Program ini menyediakan pelajar dengan peluang yang unik untuk mendapatkan asas yang meluas dalam pelbagai disiplin yang termasuk teknik menangkap ikan moden yang melibatkan satelit dan komputer, berenang dan menyelam skuba. Pelajar akan didedahkan kepada seminar, projek penyelidikan, latihan industri pada semester akhir dan kuliah oleh pensyarah luar bagi melahirkan siswazah yang intelektual, mampu untuk berfikir secara kritis, dan bertanggungjawab. Kursus dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan akan menyediakan graduan untuk menjadi usahawan di masa hadapan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor

Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja semasa.

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

16

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam sains marin atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pegawai Penyelidik

Pensyarah

Ahli Teknologi Marin

Pegawai Sains Teknologi Marin

Pegawai Kawalan Mutu

Pengurus Syarikat/Projek

Ahli Korporat

Usahawan

Perunding Nota : Calon tidak boleh seorang kurang upaya yang mungkin menghadapi kesukaran dalam melaksanakan kerja-kerja praktikal.

DIPLOMA

AS 113 Diploma Teknologi Polimer

Program diploma selama tiga tahun ini dijalankan di UiTM Perlis. Ia bertujuan untuk menyediakan

pelajar dengan kemahiran serta latihan dalam teknologi polimer di peringkat semi-profesional. Ia

meliputi prinsip dan kemahiran operasi mesin dan peralatan yang berkaitan dengan teknologi

fabrikasi bahan polimer untuk menghasilkan produk plastik dan produk getah. Teknologi yang di

ajar adalah diselaraskan dengan teknologi terkini yang diguna pakai oleh industri. Program ini juga

merangkumi kursus-kursus seperti pencirian polimer dan ujian polimer dengan pengalaman sampel

sebenar seperti duguna pakai dimakmal-makmal R&D. Pada akhir program, pelajar akan dikehendaki

untuk menjalani latihan praktikal dalam industri berasaskan polimer sebagai persediaan dan

pendedahan awal kepada pelajar berkaitan industri polimer.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam industri teknologi atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Penolong Pengurus Makmal Teknologi Polimer

Penolong Pengurus Pengeluaran

Usahawan

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

17

AS 114 Diploma Mikrobiologi

Program tiga tahun ini dijalankan di UiTM Negeri Sembilan. Ia meliputi kajian mikroorganisma dan kepentingan mereka kepada manusia dan lain-lain hidupan. Bidang-bidang pengajian termasuk mikologi, virologi, bakteriologi, mikrobiologi makanan, biokimia dan bidang lain yang berkaitan. Beberapa mata pelajaran elektif dalam pengurusan perniagaan, pemasaran dan IT juga disediakan untuk meluaskan skop mahasiswa dan menyediakan mereka sebagai usahawan tekno. Mahasiswa akan didedahkan dengan latihan industri di agensi awam dan swasta selama 3 bulan sebagai pendedahan kepada alam pekerjaan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam bidang farmaseutikal, penjagaan kesihatan, makanan, industri bioteknologi atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik

Penolong Pegawai Sains

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Usahawan

AS 115 Diploma Kimia Perindustrian

Fokus bagi program tiga tahun ini adalah bidang Kimia dan Kejuruteraan Kimia untuk mempersiapkan mahasiswa dengan keperluan industri. Kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis ini termasuk Kimia Organik, Kimia Tak Organik, Kimia Fizikal dan Kimia Analisis. Kursus asas dalam Kejuruteraan Kimia merangkumi Unit Operasi, Proses Kawalan, Proses Industri, Mekanik Bendalir, Pemindahan Haba dan Termodinamik. Latihan industri dijalankan selama tiga bulan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri kimia atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Juruteknik Kimia

Penolong Pegawai Penyelidik

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Penolong Pegawai Sains

Penolong Jurutera

Usahawan

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

18

AS 116 Diploma Teknologi Makanan

Program tiga tahun yang ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan ini direkabentuk bagi melahirkan graduan semi profesional dalam bidang sains dan teknologi makanan. Kurikulum program ini merangkumi sains asas, matematik, statistik, komputer, asas keusahawanan, serta kursus-kursus berkaitan makanan seperti prinsip kejuruteraan makanan, sanitasi dan perundangan makanan, pengawetan makanan, asas pemakanan, analisis makanan, pengenalan kimia makanan, perkembangan hasil makanan dan analisis sensori, pemprosesan makanan, dan mikrobiologi makanan. Pelajar juga didedahkan kepada latihan industri di agensi kerajaan atau industri makanan selama 4 bulan. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri makanan atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya: • Penolong Pegawai Teknologi Makanan • Penolong Pegawai Sains • Penolong Pegawai Penyelidik • Penolong Pengurus Makmal Teknologi Makanan • Penolong Penguatkuasa Makanan Halal • Penyelia Pengeluaran Makanan • Penyelia Kawalan Mutu Makanan • Penolong Eksekutif dan Pembangunan Produk Makanan • Penolong Pegawai Pemasaran • Usahawan

AS 117 Diploma Industri Perkayuan

Diploma Industri Perkayuan yang ditawarkan di UiTM Pahang ini merupakan satu program enam semester atau tiga tahun. Sebagai tambahan kepada teori dan kerja makmal yang dipelajari di universiti, pelajar juga dikehendaki untuk menjalani Latihan Praktikal di industri berasaskan perkayuan. Ini adalah untuk membolehkan pelajar untuk mengintegrasikan prinsip akademik yang mereka telah dipelajari dengan amalan industri yang sebenar dan juga membiasakan diri dengan persekitaran kerja.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

19

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri makanan atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik

Penolong Pegawai Sains

Penolong Pegawai

Penolong Pengurus Makmal

Usahawan

AS 118 Diploma Teknologi Tekstil

Program diploma selama tiga tahun yang dijalankan di UiTM Negeri Sembilan ini meliputi teknologi

dalam pembuatan tekstil daripada bahan mentah. Program ini berkisar kepada pelbagai subjek dan

proses tekstil yang termasuk penghasilan serat sintetik, yarn, fabrik tenunan dan kaitan, pewarnaan,

pengujian dan pengawalan kualiti produk tekstil. Pelajar juga akan menjalani Latihan Industri sebagai

pendedahan kepada persekitaran pekerjaan. Program ini telah diiktiraf oleh Insitut Tekstil United

Kingdom dan graduan program ini akan dianugerahkan The Licentiateship of Textile Institute (LTI).

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri tekstil atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik

Penolong Pegawai Sains

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Penolong Pengurus Makmal

Pentadbir

Pekerja Teknikal

Pembantu Jurutera

Usahawan

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

20

AS 120 Diploma Sains

Program Diploma Sains ini ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan, UiTM Pahang, UiTM Perlis, UiTM Sabah, UiTM Sarawak dan UiTM Terengganu Kampus Cendering. Ia merupakan sebuah program tiga tahun yang memberi tumpuan dalam bidang Asas Sains dan Matematik. Program ini menawarkan kursus-kursus seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik. Kursus-kursus lain termasuk IT, Bahasa Inggeris, Pengajian Islam dan Keusahawanan juga ditawarkan.

Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam

bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam industri tekstil atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Penolong Pegawai Penyelidik

Penolong Pegawai Sains

Penolong Pegawai Kawalan Mutu

Penolong Pengurus Makmal

Usahawan

PRA DIPLOMA

PD 008 Pra-Diploma (Sains)

Program Pra-Diploma (Sains) ditawarkan di UiTM Negeri Sembilan, UiTM Pahang, UiTM Perak, UiTM Sabah, UiTM Sarawak, UiTM Pulau Pinang Kampus Bukit Mertajam, dan UiTM Terengganu Kampus Cendering. Program ini memberi tumpuan kepada Asas Sains dan Matematik. Tempoh minimum program ini adalah satu (1) semester yang boleh ditambah kepada dua (2) semester bergantung kepada prestasi mahasiswa. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Graduan adalah digalakkan melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Diploma dalam bidang

berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam dalam bidang sains atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

Pembantu Makmal

Juruteknik

SINOPSIS PROGRAM YANG DITAWARKAN

21

SYARAT KEMASUKAN

Sila Rujuk : http://www.uitm.edu.my / http://www.selangkah.uitm.edu.my / http://e-syarat.uitm.edu.my Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi

Dekan

Fakulti Sains Gunaan

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam Selangor

Tel.: 03-5544 4555

Fax: 03-5544 4562

Laman web: http://fsg.uitm.edu.my

catatan