Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia

2
8/8/2019 Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia http://slidepdf.com/reader/full/faedah-penggunaan-tenaga-alternatif-dan-risikonya-kepada-manusia 1/2 Soalan: Penemuan dan penggunaan tenaga alternatif memberi banyak faedah kepada manusia, namun penggunaan tenaga tersebut turut mempunyai risikonya. Bincangkan. Jawapan cadangan: Tenaga alternatif merupakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin, hidro elektrik, biogas, dan nuklear. Pen ggunaan tenaga alternatif memberi banyak faedah kepada manusia, namun tenaga alternatif turut mempunyai risikonya. Sumber tenaga alternatif boleh mengatasi masalah krisis tenaga. Hal ini berpunca daripada penggunaan sumber alternatif seperti tenaga solar yang dapat diperbaharui. Sumber-sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak dapat diperbaharui, maka sudah tentu suatu hari nanti sumber-sumber ini akan menghadapi kehausan. Manusia akan me nghadapi masalah krisis tenaga apabila manusia terlalu bergantung kepada sumber -sumber asli yang tidak dapat diperbaharui. Selain itu, sumber tenaga alternatif turut memberi kebaikan dalam bidang perubatan. Hal ini dapat dijelaskan apabila sumber tenaga alternatif khasnya sinaran gamma yang terhasil daripada tenaga nuklear dapat mencegah penyakit kanser. Sehubungan dengan itu, sinaran gamma juga dapat mengesan keadaan sistem organ dan tulang dalaman manusia. Hal ini dapat mengelakkan manusia daripada men ghidap penyakit barah yang berbahaya kerana rawatan perubatan dapat diambil sebelum penyakit memasuki peringkat yang serius. Antara risiko penggunaan sumber tenaga alternatif ialah pencemaran alam. Pencemaran air akan berlaku apabila benteng dibina untu k penjanaan kuasa hidro elektrik. Pembinaan benteng pertahanan air akan menjejaskan kualiti air semula jadi. Pencemaran air turut merebak ke kawasan lain seperti sungai, tasik dan laut. Bagi penjanaan kuasa melalui sumber tenaga nuklear dan biogas pula, kualiti dan keselamatan alam tergugat kerana bocoran yang berlaku semasa proses penjanaan kuasa berlaku.

Transcript of Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia

Page 1: Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia

8/8/2019 Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/faedah-penggunaan-tenaga-alternatif-dan-risikonya-kepada-manusia 1/2

Soalan: Penemuan dan penggunaan tenaga alternatif memberi banyak

faedah kepada manusia, namun penggunaan tenaga tersebut turut

mempunyai risikonya.

Bincangkan.

Jawapan cadangan:

Tenaga alternatif merupakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti

tenaga solar, angin, hidro elektrik, biogas, dan nuklear. Pen ggunaan tenaga

alternatif memberi banyak faedah kepada manusia, namun tenaga alternatif 

turut mempunyai risikonya.

Sumber tenaga alternatif boleh mengatasi masalah krisis tenaga. Hal ini

berpunca daripada penggunaan sumber alternatif seperti tenaga solar yang

dapat diperbaharui. Sumber-sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak

dapat diperbaharui, maka sudah tentu suatu hari nanti sumber-sumber ini

akan menghadapi kehausan. Manusia akan me nghadapi masalah krisis tenaga

apabila manusia terlalu bergantung kepada sumber -sumber asli yang tidak

dapat diperbaharui.

Selain itu, sumber tenaga alternatif turut memberi kebaikan dalam

bidang perubatan. Hal ini dapat dijelaskan apabila sumber tenaga alternatif 

khasnya sinaran gamma yang terhasil daripada tenaga nuklear dapat

mencegah penyakit kanser. Sehubungan dengan itu, sinaran gamma juga dapat

mengesan keadaan sistem organ dan tulang dalaman manusia. Hal ini dapat

mengelakkan manusia daripada men ghidap penyakit barah yang berbahaya

kerana rawatan perubatan dapat diambil sebelum penyakit memasuki

peringkat yang serius.

Antara risiko penggunaan sumber tenaga alternatif ialah pencemaranalam. Pencemaran air akan berlaku apabila benteng dibina untu k penjanaan

kuasa hidro elektrik. Pembinaan benteng pertahanan air akan menjejaskan

kualiti air semula jadi. Pencemaran air turut merebak ke kawasan lain seperti

sungai, tasik dan laut. Bagi penjanaan kuasa melalui sumber tenaga nuklear

dan biogas pula, kualiti dan keselamatan alam tergugat kerana bocoran yang

berlaku semasa proses penjanaan kuasa berlaku.

Page 2: Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia

8/8/2019 Faedah Penggunaan Tenaga Alternatif Dan Risikonya Kepada Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/faedah-penggunaan-tenaga-alternatif-dan-risikonya-kepada-manusia 2/2

 

Tambahan lagi, penggunaan sumber tenaga alternatif juga menjejaskan

kesihatan manusia. Penjanaan tenaga melalui biogas, hidro elektrik dan

nuklear akan mewujudkan pencemaran alam seperti pencemaran udara dan

air. Kesihatan manusia akan terjejas ekoran pencemaran alam yang berlaku.

Manusia bukan sahaja menghadapi risiko kesihatan malah mereka turut

terdedah kepada risiko menghidap penyakit barah seperti kanser kulit yang

disebabkan oleh bocoran sinaran tenaga nuklear.

Kesimpulannya, penggunaan sumber tenaga alternatif mendatangkan

banyak faedah kepada manusia, namun tenaga ini perlu diguna secara

terkawal.