Fakta - Faedah televisyen

2
“Faedah Menonton Televisyen”. Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat. Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui isu semasa serta peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita bolehmenonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlakudi luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahuiperistiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara. Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna.Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusitelevisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga. Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskandengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihatkerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya dengan bermanfaat. Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedahkepada manusia itu. Kebanyakan

description

upsr

Transcript of Fakta - Faedah televisyen

Page 1: Fakta - Faedah televisyen

“Faedah Menonton Televisyen”.

Televisyen merupakan salah satu media elektronik yang begitu meluas penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita kini. Hampir setiap rumah pasti memiliki satu atau mungkin dua televisyen. Jadi, keadaan ini membuktikan bahawa ada banyak faedah menonton televisyen kepada masyarakat.

Faedah yang pertama ialah seseorang itu dapat mengetahui isu semasa serta peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di seluruh dunia dengan mudah dan cepat. Kita bolehmenonton siaran berita yang memaparkan kejadian-kejadian penting yang berlakudi luar negara. Jelaslah, televisyen menjadikan seseorang itu lebih mengetahuiperistiwa semasa yang sedang berlaku di dalam dan di luar negara.

Selain itu, televisyen juga boleh dijadikan sebagai alat pendidikan yang berguna.Sudah ada banyak program berunsur pendidikan yang disiarkan menerusitelevisyen bersama-sama program dokumentari dan sains yang boleh memberi informasi kepada pelajar tentang sesuatu ilmu pengetahuan itu. Maka, pelajar boleh mempelajari tentang pelajarannya menerusi program televisyen juga.

Malah, menonton televisyen menjadikan masa lapang seseorang itu dihabiskandengan begitu berfaedah. Seseorang itu tidak akan terbabit dalam gejala tidak sihatkerana mereka tidak perlu keluar dari rumah untuk menonton televisyen. Oleh itu,tindakan menonton televisyen memastikan seseorang itu menghabiskan masanya dengan bermanfaat.

Kesimpulannya, menonton televisyen merupakan satu tindakan yang berfaedahkepada manusia itu. Kebanyakan siaran televisyen berupaya untuk menjanapemikiran seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Cuma kita perlu mengawalnyaagar sikap menonton ini tidak keterlaluan atau terlalu lama untuk satu tempoh tertentu pula.