Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan...
Transcript of Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan...
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN
TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN TANGAN
OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI CHENDERING
TERENGGANU
Nafiza Azira Bt Mohd Naru
12484
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni) 2007
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN
TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN TANGAN
OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI CHENDERING
TERENGGANU
NAFIZA AZIRA BINTI MOHD NARU
Projek ini merupakan salah satu keperluan
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
JUDUL: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN
TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN
TANGAN OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI
CHENDERING TERENGGANU
SESI PENGAJIAN : 2004 - 2007
Saya NAFIZA AZIRA BINTI MOHD NARU
Mengaku membenarkan tesis / Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
Disahkan
____________________ ______________________
Tarikh : Tarikh :
Alamat tetap
144 FELDA TENANG
22010 JERTEH
TERENGGANU
Catatan : * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisas berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD.
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentinganseperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat Terhad yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan
i
PENGAKUAN
Projek bertajuk “Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alat Tenun Tangan Tradisional
Dalam Menghasilkan Sutera Tenun Tangan oleh Permint SuteraSemai Sdn.Bhd di
Chendering Terengganu” telah disediakan oleh Nafiza Azira Binti Mohd Naru dan
telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi
syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Pengurusan
Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
...............................................
Puan Noria Tugang
Penyelia Program Pengurusan Seni
Tarikh:
___________________
ii
PENGHARGAAN
Bismillahirahmannirahim
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Penyelidikan dan Projek
Tahun Akhir (PTA) ini dapat disiapkan tepat pada masa yang telah ditentukan.
Walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa saya hadapi namun akhirnya saya
berjaya. Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan
Kepujian (Pengurusan Seni) bagi keperluan untuk bergraduat.
Penyelidikan ini banyak menggunakan dan mengadaptasikan bahan-bahan dari
sumber lain sebagai bahan untuk memantapkan penjelasan dan huraian tentang perkara-
perkara yang dibincangkan dalam memelihara dan memulihara alat tenun tradisional
sebagai khazanah warisan negeri Terengganu iaitu alat tenun „kei‟ atau „kek
tenun‟. Dengan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak
yang terlibat dalam menjayakan dan membantu menyiapkan hasil kerja penyelidikan ini.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penyelia projek penyelidikan saya, Puan Noria Tugang yang banyak memberikan tunjuk
ajar dan kerjasama dalam menyiapkan penyelidikan tentang “Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alat Tenun Tangan Tradisional Dalam Menghasilkan Sutera Tenun
Tangan Oleh Permint SuteraSemai Sdn.Bhd”. Jasa dan pengorbanan beliau amatlah
dihargai.
iii
Tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah Pengurusan Seni iaitu Puan Qistina
Donna Lee Abdullah, Cik Karen Audrey Samy, Puan Rahah Hj Hasan dan Cik
Emma Shuhada yang banyak membantu memberi komen-komen yang membina dan
berguna semasa pembentangan dan dalam menyiapkan penyelidikan dan projek tahun
akhir ini. Segala bantuan dan pengorbanan mereka akan dikenang selamanya.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pengawai Permint
SuteraSemai Sdn.Bhd, Puan Idawati Jaafar dan Encik Sorita B. Ngah kerana telah
memberi kerjasama dalam menyumbangkan maklumat yang berkaitan dengan
penyelidikan ini. Perhargaan juga buat pegawai di kilang tenun Tersat Terengganu
yang memberi maklumat berkaitan dengan alat tenun tangan tradisional iaitu Encik
Iberahim Bin Mohd, Encik Saipudin Taib, Habibah Embung dan Mohd Azam
Bin Abdullah.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih ditujukan khas buat kedua ibubapa saya,
Mohd Naru B. Omar yang banyak membantu saya semasa menyiapkan penyelidikan
ini. Selain itu ibu, Zainong Bt Husin yang banyak memberi peransang dan semangat
dalam menyiapkan penyelidikan ini. Di samping itu, mereka juga banyak memberi
nasihat agar saya tidak berputus asa. Ucapan terima kasih juga kepada sahabat baik
saya Mohd Azran Bt Jusoh yang banyak membantu dalam menyiapkan kajian
ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan yang banyak memberi komen membina, di samping membantu
iv
dalam proses pembinaan idea, bantuan fizikal dan mental serta kata-kata semangat.
Kenangan bersama kalian di UNIMAS merupakan pengalaman yang paling manis dan
akan dikenangi selamanya. Semoga kita semua akan berjaya dalam hidup.
Wassalam
v
Isi kandungan HALAMAN
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Sejarah Penubuhan Permint SuteraSemai Sdn.Bhd 7
1.1.2 Sejarah penubuhan Terengganu 10
1.1.3 Matlamat dan misi Permint SuteraSemai Sdn.Bhd 12
1.1.4 Objektif Syarikat 13
1.2 Definisi 14
1.3 Objektif kajian 19
1.4 Hipotesis 20
1.5 Skop kajian 21
1.6 Permasalahan kajian 23
1.7 Kepentingan kajian 25
1.8 Kesimpulan 28
vi
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 29
(Maklumat bibliografi / rujukan) 30-99
Kandungan Umum
Kaitan dengan kajian
2.2 Kesimpulan 100
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 102
3.2 Lokasi Kajian 105
3.3 Sumber Data 107
3.3.1 Data Primer 109
3.3.2 Data Sekunder 113
3.4 Populasi 115
3.5 Persampelan 116
3.6 Instrumen Kajian 118
3.7 Limitasi Kajian 120
3.8 Kesimpulan 122
vii
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 124
4.2 Penganalisaan data
4.2.1 Borang Soal Selidik 125
4.2.2 Temuramah 149
Pegawai Permint SuteraSemai Sdn.Bhd
Pegawai Kilang Tenun, Tersat Terengganu
Temuramah dengan pekerja di Kilang Tenun
Temuramah dengan penenun sambilan
4.3 Pemerhatian 166
4.4 Kesimpulan 167
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 168
5.2 Rumusan kajian 170
5.3 Cadangan 173
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 187
5.5 Kesimpulan 188
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
viii
ABSTRAK
Kei atau kek tenun merupakan salah satu alat tenunan tangan tradisional
orang Melayu yang sangat berharga. Menyedari hakikat ini pengkaji cuba
mengkaji usaha Permint SuteraSemai Sdn.Bhd dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun dan
memperkenalkan alat tenun tangan ini kepada masyarakat. Di samping itu,
pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun penting demi memastikan alat tenun
terus wujud dan digunakan sekaligus menjadikannya alat tenun kraftangan
tradisional orang Melayu yang masih kekal.
ix
ABSTRACT
Preservation and conservation of the traditional weaving tool to produce
silk fabrics by Permint SuteraSemai Sdn.Bhd in Chendering Terengganu. The
“Kei” or “Kek” loom is one of the valuable tools in Malay traditional handicraft.
This research investigates the efforts of Permint SuteraSemai Sdn.Bhd in
conserving this traditional weaving tool to produce better silk fabrics, as well as
their efforts to introduce this tool to society. Preservation and conservation are
very important to ensure the tool‟s continued survival.
1
BAB SATU: PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Perkembangan pesat sektor ekonomi negara menjadi pemangkin dalam
mewujudkan masyarakat yang maju dan membangun. Perkembangan semula
sektor ekonomi ini dilihat memungkinkan hasrat untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju. Pelbagai langkah terus diperkasa bagi memelihara
dan memulihara alat tenun tangan tradisional ini. Bagi mencerminkan sesebuah
kehidupan masyarakat terutamanya apabila kita melihat dari segi keunikkan
material yang dihasilkan oleh alat tenun tangan tradisional tersebut mampu
memberikan kepuasan disebabkan hasil yang halus serta lembut. Penggunaan alat
tenun tangan ini memerlukan idea dan kepakaran untuk menghasilkan kain tenun
tangan yang berkualiti.
Menurut kajian pengkaji, latar belakang alat tenun amat sukar diperoleh.
“Peringkat awal agar sukar untuk menentukan asal usul peralatan tenun yang di
gunakan oleh manusia” (p.19). “Memang tidak ada catatan rasmi tentang tarikh
awal penggunaan, peralatan tenun kei ( Loom )” (p.23). “Dari dua jenis tenunan
yang dihasilkan itu jelas bahawa peralatan tenun duduk lebih awal digunakan
dengan teknologi purba sebelum budaya Dongson (Siti Zainon Ismail, 1994,
Tekstil Tenunan Melayu Keindahan Budaya Tradisional Nusantara).
2
Walaupun asal usul peralatan tenun tersebut sukar diperoleh, tetapi
masyarakat Melayu masih lagi menggunakan alat tenun tradisional tersebut. Tetapi
dalam petikan tersebut turut menyatakan bahawa peralatan tenun duduk lebih
awal digunakan oleh masyarakat dulu. Oleh itu, alat tenun duduk yang digunakan
oleh masyarakat Melayu dahulu adalah alat tenun yang pertama dihasilkan. Di
sini pengkaji hendak mengkaji usaha pihak PSSB dalam memelihara dan
memulihara alat tenun tersebut agar terus dikekalkan dan digunakan.
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji peranan Permint SuteraSemai
Sdn.Bhd yang memainkan peranan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alat
tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan yang berkualiti.
Peranan yang dimainkan oleh syarikat ini adalah perlu supaya alat tenun ini
tidak pupus dan dikenali oleh masyarakat.
Selain itu, mengikut hasil kenyataan atau kapsyen yang terdapat di
Muzium Bukit Losong iaitu tentang sejarah wujudnya alat tenun tangan
tradisional ini ialah, “Industri penenunan bermula sejak pemerintahan Sultan
Mansur Syah Satu atau Almarhum Janggut ( 1733 – 1793 ) dua ratus tahun lalu.
Bermulanya pelabuhan sehingga terkenal tumpuan pedagang terutamanya dari
Eropah, Cina dan India yang membawa hasil dagang seperti emas, kapas dan
sutera. Barang tersebut ditukar dengan rempah, beras dan garam. Bahkan,
pedagang datang bukan sahaja membawa barang-barang dagangan bahkan
memperkenalkan teknik-teknik menenun kain menggunakan alat tenun kepada
penduduk tempatan. Menjelang kurun ke-19 industri penenunan menjadi semakin
3
pesat terutama di zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin Tiga @ Marhum
Haji (Tahun 1881-1918 )”.
Sekiranya usaha memperkenalkan alat tenun ini kepada masyarakat tidak
dilakukan dan pihak Permint SuteraSemai Sdn.Bhd (PSSB) mengambil sikap
sambil lewa tidak mustahil masyarakat tidak mengetahui kepentingannya. Dalam
kajian ini, pengkaji telah memilih satu syarikat yang masih mengamalkan alat
tenun secara manual, iaitu “kek tenun” atau “kei”. Malah, usaha PSSB dikuatkan
lagi dengan adanya alat tenun tangan mereka sendiri untuk menghasilkan kain
tenun. Buktinya pengkaji memetik daripada buku profil syarikat iaitu “PSSB
mempunyai 40 buah mesin Tenun Tangan di Tersat Terengganu termasuk 5 buah
di Chendering dan sebuah kilang batik sutera yang dianggarkan seluas kira-kira
50 meter persegi yang digunakan bagi memproses sutera batik canting dan blok”.
Selain itu, semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin Tiga industri
penenunan telah berkembang pesat. “Orang-orang Melayu Terengganu juga
membuat berjenis-jenis barang seperti bertenun kain, membuat barang-barang
daripada tembaga dan besi, dan ada pula yang membuat perahu”. “Mereka
yang bertenun itu menenun kain benang kapas dan benang sutera atau kain
benang kapas berbunga sutera dan perkerjaan bertenun kain itu terutama
dibuat oleh orang-orang perempuan dan besi itu”. ( Buyong bin Adil, 1982 ).
Malah untuk menghasilkan kain tenunan yang berkualiti penenun
hendaklah mempunyai kepakaran dalam aktiviti menenun dan menggunakan alat
4
tenun tradisional tersebut. Buku Songket Malaysia juga menyatakan “Pada zaman
dahulu, pengetahuan menenun merupakan suatu pengetahuan yang penting untuk
seseorang, kerana mereka perlu menenun kain untuk kegunaan sendiri”. (
Norwani Mohd. Nawawi, 2002 ).
Menurut buku The Tradisional Malay Handicraft Design “According to
history, Kelantan dan Terengganu were part of the Sriwijayan Empire in
Palembang. Beginning from the ninth century, this kingdom spread to
Langkasuka (the earliest Buddha-Malaya Kingdom in Kedah), Kelantan,
Terengganu and Pahang.R.O”. “Pada abad ke-19, Kelantan dan Terengganu
adalah sebahagian daripada tenunan yang berasal daripada Empayar Sriwijayan
di Palembang”.( Siti Zainon Ismail, (1997). Melalui kenyataan tersebut
menerangkan bahawa alat tenun kei wujud sejak dahulu lagi.
“Songket adalah hasil tenunan tangan tradisional orang melayu yang
sangat berharga”. “Ia ditenun dengan alat „Kek” yang menggunakan kaki
sebagai pengayuh”. Pernyataan tersebut menerangkan bahawa alat tenunan orang
Melayu dikenali sebagai “kek”. “Alat tenunan Melayu ( kek ) mempunyai rangka
empat persegi tepat dengan ketinggian tiang rangka setinggi empat kaki”. ( the
technique of songket weaving, (1997). Kenyataan tersebut menerangkan tentang
alat tenunan songket yang dipanggil kek, Oleh itu, hampir sama dengan alat
tenunan sutera.
“Di satu bahagian hujung terdapat tempat duduk penenun yang tingginya
dua kaki”. “Bertentangan dengan tempat ini iaitu di bahagian hujung hadapan
5
kek terdapat papan gulung benang (loseng) yang dimasukkan kedalam kayu
pasung”. “Kayu pasung digantungkan enam inci dari lantai”. “Sebarisan benang
loseng dipasang menegak ke atas hingga ke kayu pesa”. ( Norwani
Mohd.Nawawi, 2002 ).
Di sini pengkaji ingin membuat kajian tentang peranan pihak Permint
SuteraSemai Sdn.Bhd dalam menjaga, melindungi dan mengekalkan alat tenun
tangan tersebut. Kajian yang pengkaji kaji ialah “Pemeliharaan dan
Pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun
tangan oleh Permint SuteraSemai Sdn.Bhd di Chendering Terengganu”.
Walaupun dunia masa kini mengalami perubahan kepada alat-alat tenun
moden dan canggih seperti komputer dan mesin tenun elektrik tetapi pengkaji
memilih sebuah syarikat yang masih menggunakan alat tenun manual. Iaitu
syarikat PSSB masih menggunakan alat tenun manual ini untuk menghasilkan
kain sutera tenun tangan. Walaupun syarikat ini mampu untuk membeli alat
tenun elektrik tetapi syarikat berkenaan masih menggunakan alat tenun manual.
Kebaikan menggunakan alat tenun manual ini ialah sentuhan tangan
manusia menghasilkan kerja yang berkualiti, kemas dan disertai dengan nilai
kejiwaan. Ini berbeza dengan menggunakan mesin elektrik yang bergantung
sepenuhnya dengan mesin tersebut tanpa menitik beratkan kualiti kain tersebut.
Oleh itu, pengkaji memilih syarikat tersebut dalam penyelidikan ini kerana
pengkaji hendak membuat kajian tentang usaha yang dilakukan oleh pihak
6
Permint SuteraSemai Sdn.Bhd dalam memelihara dan memulihara alat tenun
tradisional (kei / kek tenun) ini. Di samping itu, pengkaji juga hendak
menggalakkan masyarakat untuk menjaga dan mengenali benda budaya ini.
Pemuliharaan terhadap benda budaya boleh disifatkan sebagai prinsip dalam
aspek penjagaan dan pengekalan kraftangan daripada dimusnah dan diubah tanpa
perancangan, pengawalan dan pengurusan yang sempurna serta sistematik.
7
1.1.1 SEJARAH PENUBUHAN PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD
PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD. ( PSSB ) merupakan sebuah Anak
Syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan telah
diperbadankan pada 20 November 1984 dengan modal berbayar sebanyak RM13
Juta. PSSB memulakan operasinya pada 1 Mac 1985 dan beribu pejabat di
Kawasan Perindustrian Chendering iaitu kira-kira lapan kilometer di selatan
bandar Kuala Terengganu.
Secara umumnya, “PSSB menjalankan dua aktiviti perniagaan utama
sebagaimana singkatan daripada nama syarikat iaitu Sutera dan Semai”. “Sutera
merujuk kepada aktiviti-aktiviti pembuatan dan pengeluaran produk kain sutera
dan batik manakala semaian pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti semaian dan
juga lanskap”. “Aktiviti semaian dan lanskap merupakan perniagaan utama
(core business) syarikat PSSB selain daripada pengeluaran sutera tulen dan batik
yang diusahakan bersama”. ( Kamisah Harun,2001)
Oleh yang demikian, PSSB terkenal sebagai sebuah syarikat hotrikultur
yang terkemuka di Negeri Terengganu khasnya dan juga di kawasan Pantai Timur
Malaysia. Dalam bidang hotrikultur, syarikat PSSB menjalankan aktiviti-aktiviti
seperti penanaman, pengeluaran dan pembekalan pokok-pokok hiasan kepada
pengguna. Segala aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di Tapak Semaian Lanskap
di Chendering Kuala Terengganu, Ketengah Jaya di Dungun dan juga Tersat di
8
Hulu Terengganu dengan keluasan kira-kira lapan hektar persegi (20 ekar)
kesemuanya.
Bahagian pengeluaran sutera dan batik, PSSB menetapkan sasaran
pasarannya di seluruh negara khususnya dan juga pelancong-pelancong asing yang
melawat ke PSSB. Manakala bagi produk lanskap dan semaian lebih tertumpu
kepada projek-projek dalam negeri dan juga seluruh negara.
PSSB juga telah membuat beberapa pendekatan bagi memajukan dan
mencapai misi syarikat. Diantaranya adalah “ Memperkembangkan lagi pasaran
dengan memperkenalkan beberapa “consignee” baru bagi produk batik dan
sutera”. “PSSB juga memperhebatkan lagi promosi produk keluaran dengan
menjadi penaja dalam rancangan-rancangan televisyen seperti rancangan
pengacara Jemputan Nona di TV3”. “Selain itu, PSSB juga banyak menyertai
pameran-pameran perdagangan dan jualan diseluruh negara”. (Profil Syarikat
Pemasaran, PSSB). Pendekatan-pendekatan ini dibuat bagi memperkenalkan dan
mempromosikan lagi syarikat PSSB sebagai sebuah syarikat yang maju dan
berdaya saing.
Di sini sutera lukisan tangan dan rekabentuk batik digabungkan untuk
menghasilkan sutera emas yang berkualiti. PSSB merupakan pengeluar utama
sutera di Malaysia. Ia mengintegrasikan proses pengeluaran sutera dari
pemeliharaan ulat sutera sehingga kain sutera. Produk utama syarikat termasuk
kain sutera tenun tangan, lukis tangan dan blok. Pada awal penubuhan PSSB,
9
“Syarikat menternak sendiri ulat sutera dan menanam pokok malbery (Sejenis
makanan ulat sutera)”. “Kerja-kerja menternak, memberi makan dan dari seluruh
proses dari benang sehingga menjadi kain akan dilakukan sendiri oleh pekerja
syarikat oleh kerana kos overheadnya terlalu tinggi, maka operasi ini terpaksa
dihentikan dan syarikat mengambil keputusan untuk mengimport terus benang
dari Negara Cina”. “Tapak ladang malbery di Tersat, terkini telah diganti
dengan tanaman kelapa sawit”.( Mohd Ali bin Awang, 2002 )
PSSB mengeluarkan pelbagai jenis produk sutera termasuk pakaian siap,
kemeja, tie, skaf, dan alas meja bagi memenuhi permintaan pelanggan. Semua
produk sutera di keluarkan di bawah jenama SUTERAMAS.
10
1.1.2 SEJARAH TERENGGANU
Terengganu terbentuk daripada beberapa daerah iaitu Besut, Dungun,
Kemaman, Kuala Berang atau Ulu Terengganu, Marang, dan Paka. “Ibu negeri
Terengganu ialah Kuala Terengganu” (Muhammad Yusoff Hashim, 1991). Sultan
Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
merupakan Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah negeri Terengganu
sekarang.
Terengganu sangat terkenal dengan dengan hasil fabrik seperti batik,
sutera, kain pasang dan songket. Selain itu, Terengganu juga terkenal dengan
pusat pelancongan yang menarik perhatian pelancong, contohnya Pulau Perhentian,
Pulau Redang, Tasik Kenyir dan Air Terjun. Kegiatan utama ekonomi di
Terengganu ialah perikanan. Selain itu, hasil petroleum menguatkan lagi ekonomi
negeri Terengganu ini.
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak
di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Malah kebanyakannya penduduk
Terengganu terdiri daripada masyarakat yang peribumi Melayu. Oleh itu,
kebanyakan masyarakat bekerja sebagai nelayan.
“Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan
lintang 4 hingga 5.50”. “Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan
dengan Kelantan; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula
bersempadan dengan Pahang”.
11
Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu.
Nama Terengganu berasal daripada “Terangnya ganu”, “Taring anu”, dan
“Terangan nu”. “Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar
Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri.
“Terangnya ganu‟ ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar
Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di
langit. Mereka menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke
Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".
Selain itu, Taring anu berasal daripada cerita semasa pemerintahan Sultan
Terengganu yang kesembilan, baginda Omar ( 1839-1876 ). Sebelum wujud nama
negeri Terengganu, satu rombangan Pahang telah datang memburu di kawasan
hulu. “Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai
Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang
taring”. “Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang
daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan
nama taring tersebut”. “Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam
rombongan ini dapat memburu seekor rusa”. Salah seorang daripada mereka
bertanya tempat rusa diburu dan mereka menyatakan berburu di “Taring anu”.
“Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya,
mereka menyatakan di "Taring anu". “Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu”.
(www.pmn.gov.my/terengganu/sejarahtrg.htm-45).
12
1.1.3 MATLAMAT DAN MISI PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD
MATLAMAT ORGANISASI
PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD ingin mencapai matlamat utama
iaitu menjadikan sebagai syarikat hortikultur dan landskap yang terunggul di
Terengganu, pantai timur dan di Malaysia. Di samping itu, PSSB juga sebagai
pengeluar sutera yang termasyur di Malaysia dan mampu bersaing dengan negara-
negara pengeluar sutera yang terkenal. Pelbagai usaha dan pendekatan yang
dibuat bagi mencapai matlamat tersebut. Selain itu, bahagian pemasaran akan
mempertingkatkan kualiti dan kuantiti produk supaya memenuhi citarasa pengguna
mengikut perkembangan semasa.
MISI
Misi PSSB ialah dengan adanya komitmen para pekerja yang berdedikasi
dan selaras dengan matlamat syarikat. PSSB bersedia memikul tugas dalam
memberi perkhidmatan dan produk yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan.