FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI...

24
FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan seni ) 2014

Transcript of FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI...

Page 1: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak

Micheal Juan anak Guyang

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan seni ) 2014

Page 2: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING, SARAWAK

MICHEAL JUAN ANAK GUYANG

( 30986 )

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2014

Page 3: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

Dr. ANNA DURIN

Dr Anna Durin

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2014.

Student’s Declaration:

I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------

- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the

work entitled -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources

except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part

been written for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I ----------------------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work

entitled---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -------------

(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *

partial/fulfillment for the conferment of ------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned

work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ____________________________ Date: _____________

MICHEAL JUAN ANAK GUYANG, 30986, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS

PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING, SARAWAK

MICHEAL JUAN ANAK GUYANG

( 30986 )

BACHELOR OF

APPLIED ARTS WITH HONOURS

PENGURUSAN STUDIO TATU DI KUCHING, SARAWAK

(ARTS MANAGEMENT)

Page 4: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL(Contains confidential information under the Official Secret Act1972)*

RESTRICTED(Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall

be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: _____________

(2014) (2014)

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and

restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Kuching, Sarawak

Page 5: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

PENGESAHAN

Projek Tahun Akhir bertajuk Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak telah disediakan

oleh MICHEAL JUAN ANAK GUYANG dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan

dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

…………………………………………

Dr. Anna Durin

Penyelia Program Pengurusan Seni

Tarikh:

………………………………………….

Page 6: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir (PTA) yang bertajuk Pengurusan Studio Tatu di

Kuching, Sarawak adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ada sesetengah maklumat yang telah

saya petik dalam buku rujukan mahupun petikan maklumat dan sumber lain seperti internet.

Saya telah mengolah maklumat tersebut dan saya juga telah nyatakan sumbernya.

Yang Benar,

……...…………………………….

MICHEAL JUAN ANAK GUYANG

30986

Program Pengurusan Seni

Page 7: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

Penghargaan

Ucapan syukur kepada Tuhan yang berkuasa dengan segala keizinan dan keberkatan yang

diberikan sepanjang menjalankan Projek Tahun Akhir ini sehingga berjaya disiapkan dengan

sepenuhnya.

Terlebih dahulu setinggi-tinggi ucapan terima kasih kehadapan ayahanda dan ibunda

yang tercinta iaitu Encik Guyang anak Mun dan Puan Bangi anak Empurai. Tanpa sokongan

yang kuat daripada mereka, kajian ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga yang turut memberi sokongan

yang berterusan dalam menghasilkan kajian ini.

Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada pemilik Borneo Headhunters Tattoo and

Piercing Studio iaitu Encik Ernesto Kalum dan pembantunya Encik Robinson Unau serta pemilik

Borneo Tattoo Ink iaitu Encik John Bosco. Kerjasama yang diberikan sangat membantu dalam

menyelesaikan kajian ini dengan jayanya.

Sejuta penghargaan juga ditujukan kepada Dr Anna Durin selaku penyelia dan

pembimbing sepanjang proses penyelidikan ini dijalankan. Tunjuk ajar yang beliau berikan

sangat membantu dalam menghasilkan serta menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada

pensyarah-pensyarah program Pengurusan Seni yang telah banyak memberikan pendapat dan

komen yang berguna sepanjang kajian ini dilaksanakan. Jutaan terima kasih di atas segala

nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Akhir sekali ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan yang turut memberikan

sokongan dalam proses merealisasikan kajian ini.

Page 8: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

Abstrak

Kajian ini adalah mengenai Pengurusan Studio Tatu di Kuching Sarawak. Kajian ini

menfokuskan kepada seni tatu tradisional dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Objektif

kajian ini adalah mengenalpasti konsep seni tatu tradisional dalam kalangan masyarakat Iban dan

meneliti sistem pengurusan studio tatu dari segi pemeliharaan, pemasaran dan promosi tatu

tradisional Iban. Kajian ini juga turut mengkaji berkenaan dengan kerelevanan seni tatu

tradisional Iban pada masa kini. Terdapat dua buah studio tatu yang dipilih sebagai lokasi kajian

iaitu Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo Ink Studio. Kedua-dua

studio tatu ini terletak di Kuching, Sarawak dan dimiliki oleh artis tatu professional yang

berbangsa Iban. Secara keseluruhannya, , kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah

kualitatif. Kaedah-kaedah yang dijalankan adalah seperti pemerhatian, temu bual dan catatan

atau dokumentasi. Ketiga-tiga kaedah ini menjadi nadi utama dalam membentuk, membantu

serta menghasilkan kajian ini. Maklumat yang telah dianalisis telah dihuraikan dalam bab empat

dan dapat membuktikan kewujudan seni tatu tradisional dalam kalangan masyarakat Iban di

Sarawak.

Page 9: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

Abstract

The research is about Tattoo Studio Management in Kuching, Sarawak. The research is focusing

on traditional tattoo art among the Iban’s community in Sarawak. The objectives of this research

are to identify the concept of tattoo art among the Iban’s community and to scrutinize the way

they manage the tattoo studio. The management of the tattoo studio will be observed based on

how they preserved and promote the Iban’s traditional tattoo in addition to that, this research will

also study about the relevance of Iban’s tattoo art in this era. There are two tattoo studios that

have been chosen as the location for this research, namely Borneo Headhunters Tattoo and

Piercing Studio and also Borneo Tattoo Ink Studio. Both of this studio located at Kuching,

Sarawak and own by professional tattoo artist who comes from Iban ethic. As a whole, this

research are being conducted by using qualitative methods such as observation, interview and

documentation. All these three methods act as the main core in forming and completing this

research. All the gathered information is analysed and explained in Chapter 4 and can prove the

existence of traditional tattoo art amongst the Iban community.

Page 10: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

ISI KANDUNGAN

PENGESAHAN I

PENGAKUAN II

PENGHARGAAN III

ABSTRAK IV

ABSTRACT V

ISI KANDUNGAN

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Hipotesis 3

1.4 Permasalahan Kajian 4

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Soalan Kajian 6

1.7 Lokasi Kajian 6

1.8 Kerangka Kajian 7

1.9 Kepentingan Kajian 13

1.10 Skop Kajian 13

Page 11: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN 14

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 25

BAB 4 : DAPATAN KAJIAN 29

4.1 Pengenalan 29

4.2 Konsep Seni Tatu Tradisional Iban 30

4.3 Sistem Pengurusan Studio Tatu dalam Aspek Pemeliharaan,

Promosi dan Pemasaran Seni Tatu Tradisional Iban. 53

4.4 Kerelevanan Seni Tatu Tradisional Iban Diamalkan Pada Masa Kini 66

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN 69

5.1 Rumusan 69

5.2 Cadangan untuk Mengekalkan Tatu Tradisional Sebagai Identiti

Masyarakat Iban di Sarawak. 71

5.3 Cadangan untuk Kajian akan Datang 75

Bibliografi

Lampiran

Glosari

Page 12: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

1

BAB 1 : PENDAHULUAN

Pendahuluan

Kajian ini akan menfokus kepada tatu tradisional masyarakat Iban. Kajian yang

dijalankan melihat kepada pengurusan studio tatu di Kuching, Sarawak.

Tatu didefinisikan sebagai satu seni yang diukir pada tubuh badan. Tatu

merupakan salah satu budaya unik yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat Iban di

Sarawak. Tatu tradisional Iban sememangnya terkenal dengan kepelbagaian motif yang

penuh dengan nilai estetika dan pengaruhnya yang tersendiri. Antara contoh motif tatu

tradisional Iban termasuklah Pala Tumpa, Buah Klauh, Isi Ginti, Bungai Terung, Ukir

Rekung, Ukir Lingkang Tuang, Kala Pah, Tegulun, Buah Engkabang, Buah Terung,

Ketam Itit, Buah Andu, Suit, Embayar dan Kara Jangkam. Setiap tatu tersebut

mempunyai reka letak yang tersendiri pada setiap bahagian badan. ( John Bosco. “ A

Study on Iban Tribal Tattoo”. 2006 )

Pengurusan studio tatu yang dikaji melibatkan aspek pemeliharaan, promosi dan

pemasaran dalam sesebuah studio tatu. Pengurusan didefinisikan sebagai satu seni

untuk melaksanakan dan menguruskan kerja melalui usaha individu lain. Pengurus

berperanan dalam mengawal dan menyelaras kerja-kerja yang dilakukan oleh organisasi

bawahan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Page 13: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

2

Latar Belakang Kajian

Dalam menghasilkan kajian ini, terdapat dua buah studio tatu yang telah dipilih

sebagai sumber kajian dalam misi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Studio yang dimaksudkan adalah Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan

Borneo Tattoo Ink. Kedua-dua studio ini terletak di Kuching dan dimiliki sepenuhnya

oleh artis tatu yang berbangsa Iban.

Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio merupakan sebuah studio tatu

yang pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan tatu secara professional.

Hasil tatu studio ini diakui berkelas dunia. Borneo Headhunters Tattoo and Piercing

Studio ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Ernesto Kalum. Studio yang berpengkalan di

Kuching, Sarawak ini giat memperjuangkan seni tatu tradisional yang menjadi identiti

masyarakat Iban di Sarawak. Tatu merupakan satu kesenian yang unik dan sudah

sinonim dengan kehidupan masyarakat di Sarawak terutamanya dalam kalangan kaum

Iban. Kaum Iban percaya bahawa seni tatu mempunyai hubungan dengan upacara ritual.

Seni tatu dalam kesenian masyarakat Iban di Sarawak mempunyai hubungan dengan roh

dan semangat yang membantu Bujang Berani dalam upacara ngayau.

Studio tatu milik Ernesto Kalum berjaya mendapat pengiktirafan dari dalam dan

luar negara. Pelancong asing dari luar negara sanggup datang ke Kuching, Sarawak

semata-mata untuk membuat tatu di studio beliau. Reputasi yang dimiliki oleh beliau

sebagai seorang artis tatu yang berkelas antarabangsa menyebabkan beliau pernah

memenangi anugerah seperti Best Tribal 1st Prize during The 1st Annual Massachusetts

Page 14: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

3

Tattoo Festival in Boston, Massachusetts, U.S.A, H.R.Giger Award 1st Prize during The

6th Lausanne International Tattoo Show in Lausanne, Switzerland, Best Tribal 1st

Prize during the Tattoo The Earth in Chicago, Illinois, U.S.A, Best Traditional 1st

Prize during the Northern Ink Exposure in Toronto, Canada dan banyak lagi anugerah

lain.

Borneo Tattoo Ink juga merupakan antara salah satu studio tatu yang terkenal di

Sarawak. Studio ini telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh John Bosco anak Han

Anderson Medan. John Bosco merupakan seorang artis tatu professional yang giat

memperjuangkan seni tatu tradisional masyarakat Iban. Sebagai langkah dalam

mempertahankan keunikan seni tatu tradisional Iban, John Bosco hanya membuat tatu

yang bermotifkan tatu tradisional. Walaupun karier sebagai artis tatu professional bukan

merupakan karier sepenuh masa, John Bosco sanggup menghabiskan masa terluang

beliau mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan dengan seni tatu tradisional Iban.

Atas dasar minat yang mendalam terhadap seni tatu, beliau pernah menghasilkan satu

kajian yang bertajuk A Study On Iban Tribal Tatto pada tahun 2006. Beliau juga

menyimpan hasrat untuk menghasilkan sebuah buku berkenaan dengan seni tatu

tradisional Iban suatu hari nanti.

Page 15: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

4

Hipotesis

Pengurusan merupakan satu proses merancang dan membawa sesebuah

organisasi dalam mencapai matlamat. Dalam aspek pengurusan studio tatu, satu proses

perancangan yang sistematik haruslah diaplikasikan. Pengaplikasian 4 fungsi utama

pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan

membolehkan sesebuah studio tatu tersebut diuruskan dengan jayanya. Melalui

pengurusan yang sistematik, studio tatu lebih berpeluang dalam mengetengahkan aspek

pemeliharaan, promosi dan pemasaran seni tatu tradisional Iban. Dengan adanya

pengurusan yang sistematik, nescaya kedudukan seni tatu tradisional Iban dapat diiktiraf

serta diperkenalkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Permasalahan Kajian

Tatu adalah lambang peribadi, bukan untuk menunjukkan kekuatan atau simbol

kejahatan tetapi lebih kepada apresiasi seni. ( Ernesto Kalum, 2009 ) Seni tatu kini

dianggap sebagai fesyen dan semakin ramai orang yang cuba melakar tatu pada badan

mereka. Generasi Iban pada zaman sekarang lebih gemar mencacah badan mereka

dengan motif tatu moden. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan

minat terhadap motif tatu tradisional berbanding dengan motif kontemporari.

Berdasarkan isu-isu yang telah dikupas, satu langkah perlu dilaksanakan bagi

mengekalkan keunikan kesenian Iban ini. Penyelesaian isu ini haruslah dimulakan dari

akar umbi pembentukan tatu. Tatu dihasilkan oleh artis tatu dalam sebuah studio.

Page 16: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

5

Pengurusan studio tatu yang sistematik merupakan satu langkah utama dalam

memelihara, mempromosi dan memasarkan seni tatu tradisional Iban supaya tidak hilang

ditelan arus kemodenan. Isu kajian adalah sistem pengurusan dan peranan Borneo

Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo Ink dalam aspek

pemeliharaan, pemasaran dan promosi tatu tradisional Iban. Isu kajian juga turut

mengupas konsep seni tatu tradisional dan kerelevanan seni tatu pada masa kini.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang akan dikaji adalah:

a) Mengenalpasti konsep seni tatu tradisional Iban.

Konsep seni tatu yang hendak dikaji merangkumi definisi, asal usul dan

kepelbagaian motif serta maksud yang tersirat dan tersurat dalam motif tersebut.

Reka letak motif yang sesuai pada bahagian tubuh badan juga diberi penekanan

dalam kajian ini.

b) Meneliti sistem pengurusan Studio tatu dari segi pemeliharaan, pemasaran

dan promosi tatu tradisional Iban.

Pengurusan studio yang dikaji berdasarkan aspek pemeliharaan,

pemasaran dan promosi tatu tradisional Iban. Kajian ini turut menekankan

peranan dan tanggungjawab studio tatu dalam memastikan aspek pemeliharaan,

Page 17: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

6

pemasaran dan promosi tersebut mampu menyumbang terhadap pengekalan

keunikan seni tatu tradisional.

c) Mengkaji kerelevanan seni tatu tradisional Iban pada masa kini.

Aspek ini dikaji berdasarkan pendapat artis tatu profesional terhadap

kesesuaian seni tatu tradisional Iban diamalkan pada masa kini. Kerelevanan dan

kesesuaian budaya tatu tradisional perlu disesuaikan berdasarkan cara hidup

masa kini.

Soalan Kajian

Tatu sememangnya sinonim dengan kehidupan masyarakat Iban pada zaman

dahulu. Menurut kepercayaan mereka, tatu berasal daripada dewa-dewa yang bernama

Keling Gerasi Nading Bujang Berani Kempang, Laja Mirah Moa Nekang Jerenang,

Simpurai Muntigerai, Sepatu Manok Antu, Sempungga Lampong Nangga, Pandak

Segatak dan lain-lain. Kesemua mereka merupakan dewa perang yang tinggal di

Panggau Libau yang indah dan unik. ( Augustine Anggat Ganjing. “ Asas Ukiran Iban,

Batang Jalai Ngukir .” 1989 )

Tatu tradisional masyarakat Iban bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Setiap tatu tersebut mempunyai reka letak yang tersendiri pada setiap bahagian badan.

Menurut kepercayaan masyarakat Iban, motif tatu yang salah dibuat pada bahagian

badan yang sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu alah ayu. Keadaan ini boleh

Page 18: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

7

menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit dan kecelakaan. ( John Bosco. “

A Study on Iban Tribal Tattoo”. 2006)

Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dipilih adalah di Kuching, Sarawak. Kuching merupakan ibu

negeri Sarawak. Pembangunan pesat di sekitar bandaraya Kuching telah menjadikan

bandaraya tersebut menjadi tumpuan segala kegiatan kesenian dan kebudayaan.

Pemilihan bandaraya Kuching sebagai lokasi kajian yang utama sememangnya

bertepatan memandangkan terdapatnya banyak studio tatu yang ditubuhkan di sekitar

bandaraya tersebut. Lokasi kajian yang dipilih juga menempatkan dua buah studio tatu

yang terkenal iaitu Borneo Headhunters Tattoo and Piercing Studio dan Borneo Tattoo

Ink. Kedua-dua buah studio tatu ini merupakan milik artis tatu profesional yang

berdarah Iban. Kelebihan ini membolehkan kajian dijalankan dengan lebih mendalam

memandangkan hanya masyarakat yang berbangsa Iban sahaja lebih mengenali budaya

dan kesenian bangsa mereka. Kedua-dua artis tatu ini sememangnya giat

memperjuangkan seni tatu tradisional Iban. Studio tatu mereka sering kali mendapat

perhatian daripada peminat tatu dari dalam dan luar negara. Pemilihan kedua-dua buah

studio tatu tersebut sebagai lokasi kajian sememangnya bertepatan sebagai langkah

dalam mengekalkan keunikan serta mengembalikan kedudukan seni tatu tradisional

sebagai sebuah identity dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak.

Page 19: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

8

Kerangka Kajian

Kerangka kerja yang digunakan dalam kajian ini ialah konseptual teoritikal yang

diambil daripada pendapat pengkaji masa lampau. Konsep teori tersebut ialah berkaitan

dengan pengurusan disebabkan kajian ini berkenaan dengan pengurusan studio tatu di

kuching, Sarawak. Oleh yang demikian konsep yang dipilih adalah sangat sesuai

digunakan sebagai panduan untuk membantu dalam penyelesaian permasalahan kajian

dan seterusnya untuk membantu mencapai objektif kajian ini. Dalam pengurusan

terdapat beberapa perkara mengenai pengurusan yang berkaitan dengan kajian ini akan

dibincangkan dibawah ini seperti pengurusan perancangan, pengurusan fungsi sesuatu

organisasi.

a) Definisi dan Fungsi Pengurusan

Richard L. Daft ( 2010 ) menyatakan bahawa “Management is the attainment of

the organizational goals in the efficient manager through planning, organizing, leading

and controlling organizational sources.” Petikan dalam muka surat 4 tersebut

menunjukkan betapa besarnya peranan seorang individu yang bergelar pengurus.

Seorang pengurus yang berjaya mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Pengurus

tersebut akan mengetuai individu lain dalam melaksanakan tugas mereka demi mencapai

objektif organisasi yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, kejayaan sesebuah

pengurusan bergantung kepada pengurusnya. Kejayaan pengurus dapat dinilai melalui

pencapaian organisasi tersebut. Untuk mencapai kearah tersebut, seorang pengurus

Page 20: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

9

haruslah mempraktikkan 4 fungsi asas dalam pengurusan iaitu perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dalam menggunakan sumber organisasi.

4 fungsi tersebut haruslah disusuli nilai tanggungjawab dan disiplin yang tinggi pada

setiap individu dalam sesebuah organisasi.

P C Tripathi dan P N Reddy (2008) menjelaskan betapa pentingnya peranan

seorang pengurus dalam mentadbir sesebuah organisasi. Pengurusan yang berjaya akan

mengaplikasikan 4 sumber utama dalam pengurusan iaitu tenaga kerja, kewangan,

bahan-bahan dan teknologi. Keempat-empat sumber tersebut saling memerlukan antara

satu sama lain. Pengurus harus bijak dalam merancang pengurusan sumber organisasi

bagi memastikan objektif organisasi tercapai dengan jayanya. Sumber-sumber tersebut

dianggap sia-sia sahaja jika pengurusanya tidak sistematik dan jelas sekali akan

mencapai kegagalan.

Chuck Williams (2008) pada muka surat 4 menjelaskan bahawa “ Management is

getting work done through others. “ Menurut beliau, pengurus yang berjaya seharusnya

mengaplikasikan 5 fungsi utama dalam bidang pengurusan iaitu perancangan,

pengorganisasian, mengkoordinasi, pengarahan dan pengawalan. Kelima-lima fungsi

pengurusan ini begitu penting dipraktikkan bagi memastikan sesebuah organisasi berada

dalam landasan yang betul untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012) mentakrifkan pengurusan sebagai satu

proses mencapai matlamat organisasi melalui kerja orang lain dengan berpandukan

sumber organisasi. Seperti takrif pengurusan yang lain, Certo (2012) berpendapat

bahawa pengurusan memerlukan satu bentuk kerja yang memerlukan hasil kerja orang

Page 21: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

10

lain untuk mencapai matlamat. Beliau menerusi bukunya pada muka surat 7

menegaskan bahawa pengurusan mempunyai 4 fungsi utama. Fungsi-fungsi tersebut

adalah perancangan, pengorganisasian, pengaruh dan pengawalan. Setiap fungsi

tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam aktiviti pengurusan. Certo (2012)

juga berpendapat bahawa terdapat 4 sumber dalam pengurusan. Sumber-sumber yang

dimaksudkan adalah tenaga manusia, kewangan, bahan-bahan dan teknologi. Keempat-

empat sumber ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Tim Hannagan (2008) menyatakan bahawa “ Management is a process of

achieving organisational goals and objectives effectively and efficiently through

planning, organizing, leading and controlling the human, material and financial

resources available to it.” Berdasarkan petikan tersebut, Tim Hannagan (2008)

berpendapat bahawa pengurusan merupakan satu proses mencapai matlamat organisasi

berdasarkan perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan terhadap

sumber manusia, bahan-bahan dan sumber kewangan. Pada muka surat 7, beliau

menjelaskan tentang peranan dalam setiap proses pengurusan. Menurut beliau, pada

peringkat perancangan, pengurus haruslah menetapkan objektif atau matlamat dalam

sesebuah organisasi. Dalam proses ini juga, pengurus harus bijak dalam membuat

perancangan bagi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai dengan jayanya. Pada

peringkat kedua, melalui peringkat pengorganisasian pengurus harus berperanan dalam

membentuk pembahagian kerja dalam sesebuah organisasi. Pembahagian kerja ini

penting bagi mengelakkan pertindihan kerja. Pada peringkat kepimpinan, pengurus

seharusnya memberi arahan dengan berkesan terhadap semua ahli organisasi. Pengurus

Page 22: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

11

juga berperanan dalam memberi motivasi kepada orang bawahannya. Pada peringkat

pengawalan, pengurus harus pandai dalam mengawal keseluruhan organisasi bagi

memastikan organisasi tersebut berada pada landasan yang betul dalam mencapai

matlamat organisasi.

b) Sub Tajuk

a) Perancangan

Richard L. Daft (2010:4) menyatakan bahawa perancangan merupakan

satu fungsi asas dalam sesebuah pengurusan.

Chuck William (2008:4) turut menyokong bahawa pengurusan

memerlukan satu perancangan yang berkesan bagi mencapai objektif

yang ditetapkan.

Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) menyatakan bahawa

pengurusan memerlukan perancangan untuk mencapai matlamat.

Tim Hannagan (2008:7) menjelaskan bahawa pengurusan memerlukan

proses mencapai matlamat berdasarkan perancangan.

b) Pengorganisasian

Richard L. Daft (2010:4) menjelaskan bahawa untuk mencapai matlamat

organisasi haruslah memerlukan pengorganisasian yang efisien.

Chuck William (2008:4) menyatakan bahawa pengurusan bermaksud

melaksanakan kerja melalui orang lain.

Page 23: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

12

Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) bersetuju bahawa

pengurusan dalam sesebuah organisasi memerlukan fungsi dalam

pengorganisasian.

Tim Hannagan (2008:7) menjelaskan dalam peringkat pengorganisasian,

pembahagian kerja amat penting bagi mengelakan berlakunya pertindihan

kerja.

c) Kepimpinan

Richard L. Daft (2010:4) menjelaskan bahawa proses kepimpinan

merupakan fungsi yang keempat dalam prosese sesebuah pengurusan

organisasi.

Chuck William (2008:4) turut bersetuju bahawa pengawalan merupakan

fungsi pengurusan yang penting untuk dilaksanakan.

Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) berpendapat bahawa

kepimpinan merupakan fungsi ke empat dalam sesebuah pengurusan

organisasi.

Tim Hannagan (2008:7) menjelaskan bahawa pengurus merupakan

individu yang mempunyai peranan penting dalam peringkat kepimpinan.

d) Pengawalan

Richard L. Daft (2010:4) menjelaskan bahawa proses pengawalan

merupakan proses yang terakhir dalam fungsi sesebuah pengurusan.

Page 24: FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF - Universiti Malaysia … studio tatu di Kuching...FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak Micheal Juan anak Guyang

13

Chuck William (2008:4) juga bersetuju bahawa proses pengawalan

merupakan satu proses terakhir yang penting bagi memastikan matlamat

organisasi tercapai.

Samuel C. Certo & S. Trevis Certo (2012 : 7) menegaskan bahawa

proses pengawalan penting bagi memastikan organisasi sentiasa berada

pada landasan yang betul untuk mencapai matlamatnya.

Tim Hannagan (2008:7) turut menjelaskan bahawa pengurus berperanan

dalam mengawal keseluruhan organisasi.

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dijalankan untuk mengisi ruang kosong dalam kajian-kajian

lepas. Pengkaji-pengkaji lepas telah menjalankan kajian berkenaan dengan motif,

simbol, cara penghasilan ukiran dan asal usul tatu Iban. Pengkaji-pengkaji lepas

didapati masih belum mengkaji berkenaan dengan pengurusan. Ruangan kosong yang

ditinggalkan oleh pengkaji-pengkaji lepas membolehkan serta memberi ruangan kepada

pengkaji masa hadapan untuk menghasilkan kajian yang berkaitan dengan pengurusan

tatu. Oleh itu, Pengurusan Studio Tatu di Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai tajuk

kajian memandangkan kajian ini belum pernah dikaji. Pemilihan tajuk kajian memberi

pembaharuan terhadap kajian ilmiah yang berkaitan dengan tatu. Melalui kajian ini,

pengkaji dapat menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai pengurusan studio tatu di

samping hasil kajian yang dihasilkan dapat membantu dalam pemeliharaan seni tatu

tradisional Iban.