Fal Safah

4
Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM,2001),Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Walaubagaimanapun,apa yang dilihat masih timbul pelbagai isu berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Isu pendidikan yang pertama adalah mengenai struktur pendidikan termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras dan kurang menetapi keperluan misalnya bilangan tahun persekolahan tidak sama dengan negara lain di dunia. Selain itu, wujud juga ketidakseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan. Seterusnya kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas SPM dan skop kurikulum Tingkatan 1 hinggan 6 sangat luas. Isu yang seterusnya adalah akses pendidikan. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana , pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT

description

tugasan

Transcript of Fal Safah

Page 1: Fal Safah

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM,2001),Kementerian Pelajaran

Malaysia(KPM) menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Dasar Pembangunan

hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan

khususnya dalam penyediaan infrastruktur,kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.

Walaubagaimanapun,apa yang dilihat masih timbul pelbagai isu berkaitan dengan

pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Isu pendidikan yang pertama adalah mengenai struktur pendidikan termasuklah struktur

pendidikan menengah yang tidak selaras dan kurang menetapi keperluan misalnya

bilangan tahun persekolahan tidak sama dengan negara lain di dunia. Selain itu, wujud

juga ketidakseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan

wujudnya pelbagai haluan. Seterusnya kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan

persekolahan mereka selepas SPM dan skop kurikulum Tingkatan 1 hinggan 6 sangat

luas.

Isu yang seterusnya adalah akses pendidikan. Selaras dengan perkembangan teknologi

semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

pendidikan yang meliputi aspek prasarana , pengisian dan latihan guru. KPM telah

melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama

penyediaan infrastruktur ICT. Namun terdapat isu dan masalah yang menjejaskan usaha

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut

adalah berkaitan dengan pembekalan computer yang tidak seimbang antara sekolah bandar

dan luar bandar. Masalah seterusnya adalah latihan dalam perkhidmatan untuk guru yang

kurang berkesan, dan bilangan guru yang terlatih dalam ICT agak kurang. Justeru adalah

menjadi satu cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh

computer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik IT.

Page 2: Fal Safah

Isu seterusnya yang timbul adalah ekuiti pendidikan. Dalam pelaksanaan Pembangunan

Pendidikan 2001-2010 , setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi

dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum kokurikulum yang berksean. Oleh itu, input

pendidikan yang meliputi guru,peruntukan kewangan,bahan dan peralatan pengajaran serta

program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang

perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung

( disadvantaged school ). Namun setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program

tersebut, masih terlalu banyak sekolah di Malaysia yang tidak dapat menikmati

kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan

dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan

prasarana yang diperlukan seperti bilik darjah yang mempunyai keperluan khusus

terutamanya sekolah-sekolah luar Bandar atau pedalaman. Selain itu,kemudahan buku teks

juga masih berkurangan.

Isu yang seterusnya adalah kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran. . Kebanyakan

sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang pengalaman atau kurang

latihan kerana pihak KPM menghadapi kesukaran untuk menempatkan guru perempuan di

kawasan pedalaman. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar

di sekolah berkenaan menjadi ‘bidan terjun’. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar

matapelajaran kritikal seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan

kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan gara-gara

kurangnya pengalaman dan pengetahuan guru tentang subjek berkenaan..

Isu seterusnya ialah Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI). Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek Sains dan

Matematik telah mendapat respon negatif dari pelajar. Penggunaan bahasa asing dalam

pembelajaran turut memusnahkan reputasi pelajar kerana mereka belajar menggunakan

Page 3: Fal Safah

medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah

tentu memberi kesan buruk.