Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 ( KPM,2001),Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Dasar Pembangunan
hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan
khususnya dalam penyediaan infrastruktur,kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.
Walaubagaimanapun,apa yang dilihat masih timbul pelbagai isu berkaitan dengan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Isu pendidikan yang pertama adalah mengenai struktur pendidikan termasuklah struktur
pendidikan menengah yang tidak selaras dan kurang menetapi keperluan misalnya
bilangan tahun persekolahan tidak sama dengan negara lain di dunia. Selain itu, wujud
juga ketidakseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan
wujudnya pelbagai haluan. Seterusnya kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan
persekolahan mereka selepas SPM dan skop kurikulum Tingkatan 1 hinggan 6 sangat
luas.
Isu yang seterusnya adalah akses pendidikan. Selaras dengan perkembangan teknologi
semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana , pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun terdapat isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut
adalah berkaitan dengan pembekalan computer yang tidak seimbang antara sekolah bandar
dan luar bandar. Masalah seterusnya adalah latihan dalam perkhidmatan untuk guru yang
kurang berkesan, dan bilangan guru yang terlatih dalam ICT agak kurang. Justeru adalah
menjadi satu cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh
computer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik IT.
Isu seterusnya yang timbul adalah ekuiti pendidikan. Dalam pelaksanaan Pembangunan
Pendidikan 2001-2010 , setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi
dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum kokurikulum yang berksean. Oleh itu, input
pendidikan yang meliputi guru,peruntukan kewangan,bahan dan peralatan pengajaran serta
program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang
perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung
( disadvantaged school ). Namun setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program
tersebut, masih terlalu banyak sekolah di Malaysia yang tidak dapat menikmati
kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan
dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan
prasarana yang diperlukan seperti bilik darjah yang mempunyai keperluan khusus
terutamanya sekolah-sekolah luar Bandar atau pedalaman. Selain itu,kemudahan buku teks
juga masih berkurangan.
Isu yang seterusnya adalah kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran. . Kebanyakan
sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang pengalaman atau kurang
latihan kerana pihak KPM menghadapi kesukaran untuk menempatkan guru perempuan di
kawasan pedalaman. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar
di sekolah berkenaan menjadi ‘bidan terjun’. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar
matapelajaran kritikal seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan
kewibawaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan gara-gara
kurangnya pengalaman dan pengetahuan guru tentang subjek berkenaan..
Isu seterusnya ialah Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI). Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek Sains dan
Matematik telah mendapat respon negatif dari pelajar. Penggunaan bahasa asing dalam
pembelajaran turut memusnahkan reputasi pelajar kerana mereka belajar menggunakan
medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah
tentu memberi kesan buruk.
Top Related