FAQ Tawaran Meleleh
description
Transcript of FAQ Tawaran Meleleh
Feedback dari Pembaca & Komen Saya.
Soalan #1 :
Komen : Isu prospek di luar musim gaji ialah tiada duit. Isu di pihak penjual pula ialah rugi duit iklan sebab tiada jualan. Jadi, kita perlu ubah tawaran. Tawaran ini diberikan semasa follow-‐up. Jika prospek menjawab : a) “ Saya tak ada duit sekarang. “ b) “ Tunggu gaji boleh. “ c) Dan seumpamanya.
Berikan tawaran berbunyi :
“ Oh, macam tu. Terima kasih bagitau.
Tuan, sebenarnya stok tak banyak. Nak tak kalau tuan lock stok ?
Cuma bayar RM20 sahaja hari ini. Baki tuan bayar time gaji nanti.
Kemudian saya pos. Nak tuan ? “
Jika prospek kata ‘Ya’, Anda terus beri nombor akaun bank. Kemudian selepas buat bayaran, hantar SMS pertanyaan:
“ Terima kasih tuan. Nanti hari gaji saya follow-‐up lagi boleh ?
Minta izin dulu takut ganggu nanti. “
Jika prospek kata “ Boleh “, Reply ucapan terima kasih. Kemudian ‘save’ nombor prospek untuk tujuan ‘follow-‐up’. Jika anda tak ada ‘mobile apps’ yang boleh asingkan prospek yang belum bayar dengan yang sudah bayar, tak perlu bimbang. Buat manual saja. Contoh: Save ‘ Gaji Sept 1 ‘ , ‘Gaji Sept 2 ‘ dan seterusnya bagi setiap prospek yang sudah bayar RM20. Bila hari gaji nanti, hanya search ‘Gaji Sept’ di ‘Contacts’ HP anda, kemudian follow-‐up mereka. NOTA: 1) Pastikan untuk arahkan prospek bayar sedikit pada waktu itu juga. Ini supaya mereka tak ada alasan untuk batalkan belian bila kita follow-‐up pada hari gaji.
2) RM20 tersebut hanya nilai contoh. Anda boleh guna nilai lain yang tuan & cikpuan fikirkan sesuai. Cuma jangan terlalu mahal kerana mereka kesuntukan wang.
Soalan #2 :
Komen : Benar. Kalau reply nampak macam robot, prospek senyap. Jadi, caranya ialah, Buat follow-‐up itu macam kita SMS kawan-‐kawan. Taip saja. Bahasa santai. Bayangkan seperti satu perbualan 1-‐on-‐1 secara berdepan. Elakkan guna perkataan ‘kami’. Guna perkataan saya atau ‘I’ supaya bunyinya lebih ‘personal’.
Soalan #3 :
Komen : Untuk produk RM100 ke atas, prinsipnya sama juga. Transaksi duit bertukar dengan nilai. Isunya ialah RM100 nilainya lebih tinggi daripada RM30,RM50 atau RM70. Kita perlu tawarkan sesuatu yang a) sama nilai dengan RM100 atau ; b) lebih bernilai daripada RM100 pada harga RM100.
Jadi, perlu cuba nampakkan yang RM100 itu bernilai, atau sebenarnya lebih murah daripada nilai penyelesaian yang kita ingin berikan. Antara cara yang bagus untuk buat produk itu nampak murah ialah beri ‘free gift’. Beli ini, percuma itu. Mudah dan berkesan untuk tingkatkan jualan produk RM100 ke atas.
Soalan #4
Komen : Isunya masih sama. Berikan tawaran yang menarik, yang buat prospek rasa rugi untuk tak bertindak segera. Tapi, untuk bisnes servis seperti ini, rasanya kurang sesuai guna SMS. Sebabnya, prospek ada banyak soalan mahu ditanya. Biasanya melalui telefon lebih ‘convert’. Interaksi antara pembeli dan penjual wujud. Kita boleh bersoal-‐jawab menjawab soalan prospek. ‘Close-‐sale’ jadi lebih mudah, berbanding SMS.
Soalan #5 :
Komen: Kenapa pembeli beli lagi dan lagi ? Sebab produknya pembeli sudah cuba dan pembeli puas hati untuk melabur duit lagi sekali. Pertama, Produk tersebut mesti produk yang bagus. Jika tidak, ‘repeat sales’ susah berlaku. Kedua, kita perlu pastikan yang prospek guna produk tersebut. Bukan setakat beli & simpan. Jadi, antara cara yang bagus untuk pastikan pembeli guna produk ialah, hubungi mereka setiap 5 hari selepas barang sampai. Tanyakan khabar. Tanyakan sama ada ada apa-‐apa masalah dengan produk atau tidak. Kemudian, hari ke-‐25, tanyakan sama ada mereka berminat untuk ‘repeat order’ atau tidak. Dengan cara ini, lebih mudah untuk ‘repeat sale’ itu terjadi,
sebab kita dari awal galakkan dia mencuba & habiskan produk tersebut. Bukannya tiba-‐tiba terus SMS untuk tanya mahu ‘repeat order’ bila dah cukup 25 hari. Pelanggan pun sudah lupa kita, kalau kita tak hubungi mereka. FAKTA : Ramai pembeli produk, tak guna pun produk yang mereka beli. Bukan mereka tak mahu ‘repeat order’, ‘order’ yang pertama pun belum habis. J
Soalan #6 :
Komen : Mohon rujuk Soalan #1 dalam ebook ini. Ia dapat dielakkan dengan merujuk komen saya pada soalan tersebut. Secara ringkas, arahkan prospek untuk bayar sedikit pada waktu itu juga, dan selebihnya dibayar pada hari gaji.
Soalan #7 :
Komen : Sangat sukar untuk memperkenalkan produk kepada orang yang belum kenal kita. Transaksi berlaku bila ada ‘trust’. Jadi, sukar untuk perkenalkan produk kepada yang bukan sahaja belum percaya, malah belum kenal kita. Saranan saya, perkenalkan produk lain kepada pelanggan sedia-‐ada sahaja. Sebab mereka ini sudah kenal, suka & percaya kepada kita. Mudah untuk menjual kepada kelompok pelanggan sedia-‐ada berbanding orang di luar yang belum kenal kita.
Soalan #8 :
Komen : Untuk Soalan No. 1 dalam gambar di atas, mohon rujuk komen saya untuk Soalan #1 dalam eBook ini. Soalan No. 2, biasanya nombor akaun yang diguna dalam SMS, nombor akaun syarikat lebih ‘convert’. Pun begitu, boleh juga yakinkan prospek dengan menunjukkan testimoni barang selamat sampai kepada pelanggan. Kalau tak percaya juga, telefon mereka. Biasanya, dari interaksi dalam telefon, mereka lebih percaya sebab mereka boleh bersoal-‐jawab secara peribadi.
< eBook Tamat >