Faqs Kimia Spm t4 2015

download Faqs Kimia Spm t4 2015

of 10

description

note

Transcript of Faqs Kimia Spm t4 2015

1 | Page

Chemistry SPM Quick Review F4

BAB 02 : STRUKTUR ATOMSoalan Lazim dalam SPMJawapan Piawai

1) Apakah itu katak lebur sesuatu bahan? adalah suhu di mana bahan itu pada perubahan keadaan pepejal kepada keadaan cecair pada tekanan tertentu.

2) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan isotop. adalah atom-atom yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron berlainan (@... dengan nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza).

3) Terangkan mengapa suhu tidak berubah semasa proses peleburan. Tenaga haba diserap oleh zarah digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul supaya pepejal boleh bertukar menjadi cecair.

4) Terangkan mengapa suhu tidak berubah semasa proses pembekuan. Haba yang hilang ke sekitaran diseimbangkan dengan tenaga haba yang dibebaskan apabila molekul menarik antara satu sama lain untuk membentuk pepejal.

5) Nyatakan zarah-zarah sub atom utama daripada suatu atom.

Bandingkan dan bezakan jisim atom relatif dan caj relatif zarah-zarah sub atom atom itu. Atom mengandungi 3 jenis zarah sub atom; proton, neutron and elektron.Zarah Subatom

Simbol

Jisim relatifCas relatifProton

p

1

+1

Elektron

e

1/1840

-1

Neutron

n

1

neutral

BAB 03 : FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

Soalan Lazim dalam SPMJawapan Piawai

6) Nyatakan maksud formula empirik. adalah formula yang menunjukkan nisbah nombor bulat teringkas atom-atom setiap unsur dalam sebatian.

7) Nyatakan makna bagi formula molekul. adalah formula yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom bagi setiap unsur yang terdapat di dalam molekul sebatian.

8) Mengapa kaedah untuk menentukan formula empirik kuprum(Il) oksida tidak boleh digunakan untuk menentukan formula empirik magnesium oksida ? kerana magnesium lebih reaktif daripada hidrogen.

Gas hidrogen tidak boleh menurunkan magnesium oksida kepada magnesium.

9) Mengapa kaedah untuk menentukan formula empirik magnesium oksida tidak boleh digunakan untuk menentukan formula empirik bagi kuprum(II) oksida ? kerana kuprum adalah logam kurang reaktif.

Ia bertindak balas perlahan dengan oksigen. Maka sukar untuk kuprum bertukar menjadi kuprum(II) oksida dengan lengkap.

BAB 04 : JADUAL PERKALAAN UNSUR

Soalan Lazim dalam SPMJawapan Piawai

10) Nyatakan sifat-sifat fizik unsur-unsur kumpulan 1 / logam alkali. Mengkonduksikan elektrik dan haba dengan sangat baik. Lembut dan mudah dipotong menggunakan pisau. Berpermukaan kelabu berkilau apabila baru dipotong. Takat lebur dan didih yang relatif rendah berbanding logam lain contohnya besi dengan takat lebur 1540oC. Berketumpatan rendah dan terapung dipermukaan air.

11) Nyatakan sifat-sifat fizik ahli-ahli kumpulan 17 / halogen. Wujud sebagai molekul dwiatom. Takat lebur dan didih yang rendah. Penebat elektrik yang baik. Konduktor haba yang sangat lemah.

12) Nyatakan perubahan sifat-sifat fizikal Kumpulan 17 apabila menuruni kumpulan. Keadaan fizik halogen berubah pada suhu bilik daripada gas kepada cecair, kemudian kepada pepejal.

Warna halogen menjadi semakin gelap.

13) Nyatakan empat sifat istimewa unsur-unsur peralihan. Unsur peralihan membentuk larutan ion berwarna.

Unsur peralihan menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza-beza dalam sebatiannya.

Unsur peralihan bertindak sebagai mangkin dalam tindak balas kimia tertentu.

Unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks.

14) Nyatakan kedudukan unsur dalam jadual Berkala Unsur. Terangkan jawapan anda.. Susunan elektron bagi atom X ialah 2.8.8.2

Atom X mempunyai 2 elektron valens. Oleh itu, ia adalah dalam kumpulan 2.

Atom X mempunyai 4 petala beisi elektron. Oleh itu, ia berada dalam kala 4.

15) Apabila merentasi kala 3 daripada natrium kepada argon, saiz atom-atom berkurangan. Terangkan mengapa.Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan ;

bilangan proton (nombor proton) dalam nukleus bertambah . Ini meningkatkan cas positif nukleus.

oleh itu, daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin kuat.

elektron valens ditarik lebih dekat dengan nukleus, menyebabkan saiz atom berkurangan.

16) Apabila merentasi kala 3 dari natrium hingga argon, keelektronegatifan unsur bertambah. Terangkan mengapa.Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan ; saiz atom berkurangan.

bilangan proton dalam nukleus bertambah. Ini meningkatkan cas positif nukleus.

akibatnya daya tarikan nukleus ke atas elektron pada petala paling luar semakin kuat.

ini meningkatkan kecenderungan untuk atom menarik elektron dan bertukar menjadi ion bercas negatif. oleh itu, keelektronegatifan bertambah.

17) Kereaktifan Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan. Terangkan mengapa. // Mengapa kalium adalah lebih reaktif berbanding natrium dan natrium lebih reaktif daripada litium ? Apabila menuruni kumpulan 1, nombor proton unsur-unsur meningkat.

Bilangan petala bertambah, saiz atom juga bertambah.

Elektron valens tunggal menjadi lebih jauh daripada nukleus.

Oleh itu, daya tarikan nukleus ke atas elektron valens menjadi semakin lemah.

Oleh itu, adalah lebih mudah untuk atom kehilangan elektron valens tunggal ini untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet.

18) Kereaktifan unsur-unsur kumpulan 17 berkurangan apabila menuruni kumpulan. Terangkan mengapa.Apabila menuruni kumpulan 17,

saiz atom meningkat.

petala paling luar setiap atom halogen menjadi lebih jauh daripada nukleus.

oleh itu, daya tarikan nukleus ke atas elektron menjadi lemah.

oleh itu adalah lebih sukar untuk menarik satu elektron ke petala terluarnya untukmembentuk ion bercas negatif.

19) Mengapakah gas helium adalah tidak reaktif secara kimia? Helium mempunyai 2 elektron valens dan mencapai susunan elektron duplet yang stabil. Ia tidak perlu untuk terima, derma atau berkongsi elektron dengan atom-atom unsur lain.

20) Natrium terbakar dalam oksigen dan hasilnya dilarutkan dalam air. Apakah sifat larutan yang terbentuk? Terangkan mengapa. Larutannya adalah bersifat alkali.

Natrium terbakar dalam oksigen untuk menghasilkan natrium oksida.

Serbuk natrium oksida larut dalam air untuk menghasilkan larutan alkali natrium hidroksida.

21) Gas klorin dilarutkan dalam air. Apakah yang anda boleh perhatikan jika sehelai kertas litmus biru direndam ke dalam larutan yang terbentuk ? Terangkan mengapa.

Kertas litmus biru bertukar merah dan kemudian dilunturkan.

Apabila gas klorin larut dalam air, ia membentuk asid hidroklorik , HCI dan asid hipoklorus , HOCl.

Asid hidroklorik adalah asid yang menukarkan kertas litmus biru ke merah manakala asid hipoklorus adalah agen peluntur yang melunturkan warna merah kertas litmus.

BAB 05 : IKATAN KIMIA

Soalan Lazim dalam SPMJawapan Piawai

22) Nyatakan dua sifat fizik sebatian ion. Takat lebur dan takat didih yang tinggi.

Mengkonduksi elektrik dalam larutan akueus & leburan.

Biasanya larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik.

23) Nyatakan dua sifat fizik sebatian kovalen.

Takat lebur dan takat didih yang rendah.

Penebat elektrik dalam semua keadaan.

Biasanya larut dalam pelarut organik seperti benzena tetapi tidak larut dalam air.

24) Terangkan mengapa natrium klorida boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan berair tetapi tidak boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal . Natrium klorida adalah sebatian ion.

Dalam keadaan pepejal, ion natrium dan ion klorida dipegang oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat dalam struktur kekisi.

Ion-ion berada dalam kedudukan yang tetap dan tidak boleh bergerak bebas. Oleh itu , sebatian ionik dalam keadaan pepejal tidak mengalirkan elektrik .

Dalam keadaan berair atau leburan, ion bebas bergerak membawa arus. Oleh itu sebatian boleh mengalirkan elektrik.

25) Magnesium klorida dan hidrogen klorida adalah dua sebatian klorin. Pada keadaan bilik, magnesium klorida wujud sebagai pepejal tetapi hidrogen klorida wujud sebagai gas. Terangkan mengapa. Magnesium klorida adalah sebatian ion manakala hidrogen klorida adalah sebatian kovalen.

Ion magnesium dan ion klorida ditarik bersama oleh daya elektrostatik yang kuat. Oleh itu, ia memerlukan tenaga haba yang tinggi untuk atasi daya ini dan ia wujud sebagai pepejal pada keadaan bilik .

Hidrogen klorida terdiri daripada molekul yang neutral.

Daya antara molekul-molekul lemah. Oleh itu, ia mempunyai takat lebur & takat didih yang rendah dan wujud sebagai gas pada keadaan bilik.

26) Terangkan pembentukan ikatan ion antara atom magnesium, , dan atom oksigen, Atom magnesium mempunyai susunan elektron 2.8.2

Ia menderma 2 elektron valensnya untuk mencapai susunan oktet elektron oktet yang stabil, 2.8.

Satu ion positif, Mg2+ terbentuk.

Atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6

Ia menerima 2 electron dari atom magnesium untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.

Satu ion negatif, O2- terbentuk

Ion positif , Mg2+ dan ion negatif, O2- , tertarik bersama oleh daya elektrostatik yang kuat untuk membentuk sebatian ion dengan formula MgO.

27) Terangkan pembentukan ikatan kovalen antara atom karbon, dan atom klorin, . Atom karbon mempunyai susunan elektron 2.4 manakala atom klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7

1 atom karbon menyumbang 4 elektron valens kepada 4 atom klorin.

4 atom klorin, menyumbang 1 elektron valens setiap satu kepada atom karbon.

1 atom C menyumbang 4 pasang elektron dengan 4 atom Cl untuk membentuk 4 ikatan kovalen tunggal.

Semua atom C dan Cl, mencapai susunan elektron oktet octet.

Satu sebatian kovalen dengan formula CCI4 terbentuk.

BAB 06 : EleKtroKIMIA

Soalan Lazim dalam SPMJawapan Piawai

28) Nyatakan maksud elektrolit. Elektrolit adalah bahan yang boleh mengalirkan elektrik dalam keadaan leburan atau akueus dan mengalami perubahan kimia.

29) Terangkan mengapa larutan hidrogen klorida dalam air boleh mengalirkan elektrik tetapi larutan hidrogen klorida dalam metilbenzena tidak boleh mengalirkan elektrik? Hidrogen klorida adalah sebatian kovalen.

Dalam metilbenzena, hidrogen klorida wujud sebagai molekul neutral. Oleh itu, ia tidak boleh mengalirkan elektrik.

Dalam air, hidrogen klorida mengion untuk menghasilkan ion hidrogen dan ion klorida yang bebas bergerak.

Oleh itu , ia boleh mengalirkan elektrik.

30) Terangkan bagaimana elektrod kuprum memberi kesan nyahcas ion di anod semasa elektrolisis kuprum(II) sulfat. Apabila elektrolisis larutan kuprum(ll) sulfat menggunakan elektrod kuprum, tiada ion dinyahcaskan di anod.

Sebaliknya, anod kuprum itu sendiri melarut (atom Cu mengion) untuk membentuk ion kuprum(ll). Cu (( Cu2+ + 2e

31) Terangkan bagaimana kepekatan ion dalam elektrolit memberi kesan nyahcas ion di anod semasa elektrolisis asid hidroklorik. Apabila menggunakan asid hidroklorik cair (