Fire Drill Report

4
Laporan Perlaksanaan Latihan Kebakaran Siri Pertama SK Parit Ju Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran Kali Pertama Peringkat Sekolah Tahun 2016 1. Tarikh : 28 Mac 2016 2. Masa : 9.40 pagi hingga 10.00 pagi 3. Tempat : Padang SK Parit Ju 4. Dikendalikan oleh : Unit HEM Sekolah 5. Jumlah penyertaan : Murid 93 orang murid 6. Jumlah penyertaan : Warga Pendidik 13 orang guru, 8 anggota sokongan. 8. Senarai Aktiviti Utama: Latihan Kebakaran . 9. Aktiviti sokongan : Taklimat tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terdengar loceng panjang. Sekiranya berlaku kebakaran di Sekolah, rumah atau tempat-tempat lain. 10 Cadangan/Ulasan: Latihan kebakaran berjalan lancar. Masa

description

laporan latihan kebakaran

Transcript of Fire Drill Report

Page 1: Fire Drill Report

Laporan Perlaksanaan Latihan Kebakaran Siri Pertama SK Parit Ju

Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran Kali Pertama

Peringkat Sekolah Tahun 2016

1. Tarikh : 28  Mac 20162. Masa : 9.40 pagi  hingga 10.00 pagi                                                 3. Tempat : Padang SK Parit Ju4. Dikendalikan oleh : Unit HEM Sekolah5. Jumlah penyertaan :

Murid 93 orang murid

6. Jumlah penyertaan :Warga Pendidik

13 orang guru, 8 anggota sokongan.

8. Senarai Aktiviti Utama:      Latihan Kebakaran .

9. Aktiviti sokongan : Taklimat tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terdengar loceng panjang.Sekiranya berlaku kebakaran di Sekolah, rumah atau tempat-tempat lain.

10. Cadangan/Ulasan: Latihan kebakaran berjalan lancar. Masa diambil untuk berkumpul 2 minit 56 saat.

10.1     Pada 25 Mac yang lalu Sekolah Kebangsaan Parit Ju telah menjalankan latihan kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 9.40 pagi dan berakhir sekitar jam 10.00 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang disediakan pada setiap tahun  sebagai persedian dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua warga SK Parit Ju terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.              Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah.  Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. AJK Disiplin telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di dalam bangunan sekolah. Latihan

Page 2: Fire Drill Report

ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SK Parit JU sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti banjir dan ribut.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

10.2   Cadangan :

 Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perlu diperbaiki, antaranya ialah loceng yang dibunyikan kurang panjang menyebabkan ada beberapa guru kurang pasti samada ianya loceng kebakaran atau loceng rehat. Selain itu pengisian aktiviti perlu ditambah bagi lebih memberi impak kepada murid.

11. Panorama Latihan Kebakaran Siri Pertama 2014.

11.1 Murid berkumpul di padang

11.2 Murid bergerak dari kelas

Page 3: Fire Drill Report

11.3 Taklimat oleh gpk 1

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………… ……………… ………………(EN MOHD AZLIZAM ( PN SALMAH BINTI (PN HAMIDAH BINTI BIN RAHMAT) JAILANI) MAAROF)Penyelaras progam GPK HEM Guru Besar