Folio Karangan

18
BUKU SKRAP 2012 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD NAZRI KARANGAN TAHUN 5 PERANAN WARGA TUA DADAH GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA PENCEMARAN SUNGAI

Transcript of Folio Karangan

Page 1: Folio Karangan

BUKU SKRAP 2012

MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN

MOHD NAZRI

KARANGAN TAHUN 5

PERANAN WARGA TUA

DADAH

GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA

PENCEMARAN SUNGAI

Page 2: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

Peranan Warga Tua

Di  Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu

seperti warga emas atau golongan veteran.  Takrifan

‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun

ke atas.  Pada usia ini, orang selalu beranggapan

bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak

perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan

masyarakat sekeliling.  Ini merupakan satu

tanggapan yang salah.  Walaupun tua, mereka

sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar

dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara

dan bangsa.  

Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. 

Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak

lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.  Tanggapan sebegini haruslah

dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini.  Semua

agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik

golongan tua.  Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada

ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita.

Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini?  Sebenarnya banyak

perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. 

Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan

menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama

ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia

di sekeliling kita.

Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam

memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh

mencabar ini.  Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah

2

Page 3: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat.  Jika ini

berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat.  Oleh itu, golongan tua hendaklah

terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup

golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.  

Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan

melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.  Contohnya,

seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan

kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang

bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh

masyarakat umum.  Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar

bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya.  Bagi yang mempunyai

kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan

kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan.  Beberapa contoh yang disebutkan di

atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk

terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama. 

Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka

sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka.  Walaupun

sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa

rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu

bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana

sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari.

Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua

ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan

anak-anak.  Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya

mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu

amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara. 

Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu

berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’.  Untuk menjamin sumbangan yang lebih

3

Page 4: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian.  Di samping itu,

penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. 

Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan

menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran

seseorang.  Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap

terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar

percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan

berkesan.  

Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi.  Tidak ada sesiapa

pun yang dapat lari daripada proses ini.  Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita

masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama

dan negara.  Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan

penuh gemilang.

4

Page 5: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

Dadah

Apabila anda merdengar ungkapan “Enam

Jahanam”, apakah yang mungkin anda

fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik

P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah

yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya,

ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah

yang harus diberi perhatian serius kerana

penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin.

Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita  berada pada tahap yang

berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar

umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.Apakah sebenarnya dadah ?

Dadah yang fungsi asalnya ialah bahan perubatan merupakan bahan kimia psikoaktif

yang mempunyai kesan ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan khayal,

ketagihan dan gangguan tingkahlaku. Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan

kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.  

Pada akhir tahun 1960-an, negara  kita   mulai  mengalami  masalah  dadah   Golongan

remaja  dipengaruhi oleh kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika  yang  melancong

ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan dadah telah

merebak ke seluruh negara. Golongan  muda  yang  terlibat  dalam  penagihan  dadah

merupakan  pemuda- pemudi  harapan  bangsa  dan  negara   dan  terjerumusnya  mereka 

dalam alam khayalan ini mengakibatkan  mereka bukan sahaja tidak berguna kepada 

masyarakat  bahkan diri  mereka sendiri. Memandangkan  hakikat inilah,  kerajaan  telah 

mengambil  sikap tegas terhadap pengedaran  dadah,  dan  mengambil  langkah-langkah

yang perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang  amat  ketat.

Tetapi, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukan

undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas

5

Page 6: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Oleh itu, kerajaan telah  melancarkan  kempen  antidadah  di  seluruh  negara  secara 

meluas.  Namun demikian,  tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya  kita 

pikul  bersama.

Tindakan   pencegahan   dadah   yang   berkesan memerlukan  penglibatan semua

golongan masyarakat. Pada zaman moden ini, golngan muda lebih  bebas,  terdedah 

kepada pengaruh asing dan mereka  lebih mengutamakan pandangan rakan sebaya.

Dengan ini, mereka mudah terlibat dengan kegiatan yang  tidak  sihat. Untuk  disanjung 

oleh  kawan, mereka menunjukkan keberanian dengan  menghisap  rokok  dan  dadah.

Sekali  mereka   bermula,   maka   amat  sukar  bagi  mereka memberhentikan amalan

buruk ini.   Masyarakat harus dididik  sejak kecil lagi bahawa dadah itu najis, benda yang

kotor dan tidak boleh disentuh.  Sekiranya kita berjaya menyemai nilai ini dalam  hati 

sanubari  mereka, sebahagian daripada kejayaan pencegahan dadah akan tercapai. Kita 

harus sedar bahawa tindakan kita ke arah matlamat mencegah penyalahgunaan dadah ini

adalah untuk menyelamatkan bukan sahaja keluarga kita sendiri bahkan generasi muda

untuk  mewujudkan  satu bangsa yang bermaruah dan dihormati.

Sebahagian  besar penagih-penagih dadah  di  negara  kita  terdiri  daripada golongan

remaja antara 15-29 tahun.  Antara  sebab-sebab utama  mereka  ini menjadi penagih

ialah kerana keseronokan, sikap ingin tahu, pengaruh  persekitaran  terutamanya

pengaruh rakan sebaya, tekanan emosi disebabkan oleh sama ada kegagalan, tidak

mendapat kasih sayang  ibu  bapa atau kerana kemewahan. Hal ini menunjukkan, sekolah

boleh memainkan peranan penting dalam membasmi bencana dadah. Pada tahun 2005

ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melancarkan program pencegahan

penagihan dadah besar-besaran tahun ini dengan sasaran utama terhadap golongan belia

terutama pelajar sekolah. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak

pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Menurut laporan agensi itu, sehingga

Oktober tahun 2004, daripada sejumlah 30,659 penagih dadah, sebanyak 15,292 orang

adalah penagih baru manakala sebanyak 15,667 adalah penagih berulang. Data ini jelas

menunjukkan kita perlu bersungguh-sungguh dengan program pencegahan kerana

6

Page 7: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

program pemulihan dan rawatan sukar menghalang penagih-penagih ini mengulangi

kegiatan mereka.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kegiatan penagihan dadah lazimnya

bermula dengan tabiat menghisap rokok. Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur

nikotin dalam rokok. Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan, mereka beralih

kepada ganja dan sekiranya ganja juga tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih

kepada heroin dan morfin. Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam

memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap dorongan untuk mendapatkan

dadah.    

Masyarakat harus sama-sama menyedari akan kesan pengambilan dadah. Dengan

berfikiran rasional,  mereka tentu tidak sanggup menerima risikonya yang menakutkan.

Antara kesan-kesannya ialah mendapat penyakit meningitis, penyakit jangkitan jantung,

AIDS, Hepatitis B, C, dan D, kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut dan

berkemungkinan lumpuh. Kesan fizikal pula ialah apabila sekiranya bekalan dadah tidak

diperoleh mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Jelasnya mereka

akan berperang dengan kematian kerana terdedah dengan penyakit terutamanya penyakit

AIDS yang amat digeruni.  

Kesimpulannya, kita harus bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi

dadah. Najis dadah akan kita kuburkan dan wujudlah suasana dadah sifar. Marilah kita

sama-sama menghapuskan najis dadah yang “menjahanamkan” masyarakat daripada

terus hadir di Malaysia.  Kita tiada pilihan melainkan hanya satu slogan di hati dan di

minda pada setiap masa iaitu “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

7

Page 8: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk

mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam

tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa

pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri

Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian

meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya

satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat

merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang

merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga

menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering,

dan sungguh menakutkan.

Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen,

surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok. Para remaja

yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberi kesedaran mengenai

8

Page 9: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melalui pengiklanan golongan

sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dan kadar perokok dapat

dikurangkan.

Kempen antimerokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang lalu di

seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untuk

membuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesan

buruk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.

Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untuk berhenti

merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji. Harapan

kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok dan mengurangkan

jumlah perokok khususnya remaja.

Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untuk menghapuskan

tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan dan intensif ditambah

dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya.

9

Page 10: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

Pencemaran Sungai

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam

negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan

mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai

kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid 

melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap

keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang

mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga

penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah

dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara

membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting

sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan

cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami adalah milik

10

Page 11: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan

menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya

daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda

pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk

hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan

Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya

semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau

Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke

tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi

setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai

dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar

meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk

tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak

diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002

bertambah baik setahun kemudian.  

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak

ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai

dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat

negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada

mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan

keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik

setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis

dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang

didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika

itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika

pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran

sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak

dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

11

Page 12: Folio Karangan

KARANGAN TAHUN 5 2012

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah

segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini

seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan sungai dan

prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi supaya

apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam

sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran

orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran

dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab

ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak

berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran didedahkan

media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun

yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan.

Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara berterusan membuang sisa

dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah diambil? Sebenarnya

kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi

bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan

pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman

dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian

tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.

12