Format Karangan Jenis Ucapan

11
FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN (Ringkasan) RINGKASAN FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN

Transcript of Format Karangan Jenis Ucapan

Page 1: Format Karangan Jenis Ucapan

FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN (Ringkasan)

1. Kata alu-aluan kepada para

hadirin

2. Kata-kata penghadapan

contoh: "hadirin yang dihormati"

3. Isi-isi ucapan

4. Penutup

RINGKASAN FORMAT

KARANGAN

JENIS

UCAPAN

Page 2: Format Karangan Jenis Ucapan

FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN

1. Pengenalan

Dimulakan Dimulakan dengan kata-kata sambutan iaitu tidak banyak berbeza

daripada karangan jenis syarahan dan ceramah.

Kata-kata sambutan hendaklah mengikut protokol atau tingkat kedudukan

masing-masing.

Dimulakan dengan taraf kedudukan hadirin yang paling tinggi.

2. Isi

Isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat,

peringatan dan perangsang kepada hadirin.

Isi dimulakan dengan ucapan terima kasih, menyatakan tujuan ucapan dan

disusuli dengan isi-isi ucapan.

Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian. Seperti hadirin yang

dihormati sekalian.

Ucapan hendaklah juga diselitkan dengan kiasan, pantun, atau peribahasa

supaya ucapan itu menjadi lebih menarik.

3. Penutup

Penutup bertujuan menyatakan tanda penghargaan dan hasrat .

Penutup mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan,kesimpulan dan

disudahi dengan ucapan terima kasih dan salam kepada hadirin teristimewanya

tokoh yang diraikan.

Penutup juga boleh diakhiri dengan pantun,puisi dan kata-kata indah

Page 3: Format Karangan Jenis Ucapan

CONTOH SITUASI:

Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang

guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari

tersebut

1. Pendahuluan

Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir

Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang

saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang

Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan……………..guru-guru

serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

2. Isi

Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan

ucapan kepada guru yang akan bersara.

Isi-isi ucapan merangkumi :

- Latar belakang guru yang akan bersara.

- Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai.

- Pengalaman

- Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang

guru

Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi

baru.

Contoh :

– Hadirin yang dihormati

– Sudara-saudari sekalian

Page 4: Format Karangan Jenis Ucapan

3. Penutup

• Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam

hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang

dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian,terima kasih.

Page 5: Format Karangan Jenis Ucapan

Protokol Panggilan Hormat

PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda/Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar/Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri/Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat/Adun Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara/Senator Yang Berhormat Senator

Page 6: Format Karangan Jenis Ucapan

PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN

Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri

• Setiausaha Kerajaan Negeri

• Pegawai Kewangan Negeri

• Penasihat Undang-undang Negeri

Yang Berhormat

Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk

Hakim Besar/Hakim Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk

Mufti Sahibussamahah Tan Sri /Datuk

Kadi Sahibulfadilah Tuan Kadi

Haji/Hajjah Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah

Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia

Pengetua/Guru Besar Yang Berusaha

Profesor/Profesor Madya Yang Berbahagia

Page 7: Format Karangan Jenis Ucapan

Contoh Karangan Jenis Ucapan

Yang saya muliakan saudari Pengerusi Majlis, Yang berusaha pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, guru-guru, para ibu bapa dan hadirin

hadirat yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan

salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kita semua dapat berkumpul dalam dewan yang permai ini bersempena

dengan program “anak dan masa depan”. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan

jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana sudi menjemput saya untuk

menyampaikan ucapan mengenai sikap terlalu memilih kerjaya yang mengundang

kepada pengangguran.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kemantapan pemikiran bergantung kepada keteguhan hati dan sikap individu

tersebut. Pengangguran yang kian bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan

adalah berpunca daripada sikap keluarga itu sendiri. Ibu bapa adalah asas sesebuah

institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga adalah orang yang wajib kita hormati kerana tanpa

mereka siapalah kita? Tanpa ibu bapa yang mengasuh minda sejak kecil ke arah

kebaikan, dapatkah kita menikmati hidup sebagaimana kini? Majoroti penganggur amat

tertekan dengan sikap keluarga mereka yang terlalu menumpukan sesuatu perkara

tanpa memikirkan masa depan anak mereka sendiri. Ibu bapa yang terlalu memaksa

anaknya supaya mencari pekerjaan yang dipandang tinggi oleh orang lain

menyebabkan anaknya hilang daya untuk berfikir secara rasional. Seperti yang kita

maklum bahawa berfikiran secara rasional amat penting dalam menjamin masa depan

individu dan individu itu mampu mendukung negara ke peringkat antarabangsa dan

memartabatkan tanah air mereka. Hari ini kesalahan jenayah yang melibatkan golongan

penganggur mengikut statistik polis meningkat dengan mendadak. Masalah ni

sebenarnya berpunca daripada sikap dan peranan ibu bapa mereka sendiri yang bulat

hati dalam memilih pekerjaan untuk anaknya.

Sidang hadirin yang penuh visi,

Page 8: Format Karangan Jenis Ucapan

Selain itu, sistem politik negara juga menjadi punca kepada masalah

pengangguran. Melalui parti-parti politik yang ada dalam negara, ramai graduan yang

sanggup mengenepikan tawaran demi kepentingan parti politik yang lebih senangi.

Sistem politik sepatutnya tidak menyumbang masalah kepada negara kerana ia

hanyalah bertujuan untuk memantapkan sistem pentadbiran dan menegakkan hak-hak

rakyat. Individu tidak harus terlalu taksub dengan bidang politik. Jika ramai individu

pandai menjaga diri dan membawa diri dalam bidang ini, sudah pasti dapat

mengurangkan kadar pengangguran yang sentiasa menjadi masalah bagi negara ini.

Hadirin yang saya hormati,

Masalah dalam revolusi ekonomi yang tidak menentu juga menjadi penyebab

kepada meningkatnya masalah pengangguran. Ekonomi negara yang baik amat

diutamakan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Pengurusan yang tidak

sistematik boleh menyebabkan ramai orang ditimpa masalah. Bak kata pepatah,

“kerana nila setitik habis susu sebelanga”. Majikan yang terlalu inginkan kemewahan

sanggup mengenepikan graduan-graduan yang mempunyai kreadibiliti yang tinggi

dengan mengambil pekerja asing. Sikap ini seharusnya dielakkan bagi memberi jalan

kepada orang tempatan yang dibaratkan seperti melukut di tepi gantang, walaupun

berada di negara sendiri. Kita sepatutnya berpegang kepada yang benar dan hindarkan

diri dari sikap tamak.

Marilah kita berfikir sejenak sambil menimbau kembali pada zaman kita dijajah

oleh orang asing disebabkan oleh sikap masyarakat pada zaman dahulu yang kurang

berpangetahuan. Adakah anda semua terfikir betapa seksanya hidup di dalam negara

sendiri tetapi ditadbir oleh masyarakat asing. Ini amat berkaitan dengan sikap pihak

pengurusan pekerjaan yang mementingkan aliran wang masuk. Tidakkah kita berasa

kecewa dengan sikap segelintir orang seperti ini? Dapatkah anda rasakan semangat

orang-orang Melayu yang berikhtiar membebaskan diri daripada penjajah? Rujuk

semula kepada penganggur, dapatkah penganggur menempis semangat putus asa dan

menimba kembali semangat jati diri yang hampir dikaburi permasalahan yang pelbagai?

Tanpa gabungan peranan orang lain dan penganggur itu sendiri, semangat tersebut

Page 9: Format Karangan Jenis Ucapan

amat sukar dicapai. Bak kata pepatah, “kalau kail panjang sejengkal, jangan laut

hendak diduga”.

Hadirin yang saya kasihi,

Selain itu, prosedur untuk mendapatkan pekerjaan juga amat ,menyusahkan bagi

mereka yang tiada kecelakan hati. Sememangnya, kita harus memandang ke hadapan

dan tidak sama sekali menoleh ke belakang kerana jika menoleh ke belakang walaupun

hanya sekali dan untuk pertama kali, kita akan berada jauh daripada apa yang

diimpikan. Penganggur seharusnya tidak mudah putus asa dan rajinlah seperti semut

dalam mencari perkerjaan.

Oleh itu, kita seharusnya mewujudkan persefahaman dan saling bergantungan

antara satu sama lain seperti dakwat dengan keras. Dengan itu, wujudlah semangat

cintakan negara dan apabila wujudnya semangat tersebut, semestinya setiap individu

itu tidak mahu negara mereka ditmpa bencana.

Tuntasnya, saya berharap agar anda semua akan berusaha dengan lebih tekun

demi masa depan. Sebelum saya mengundur diri suka saya sampaikan serangkap

pantun.

Ramai penganggur hidup melata;

Kerana pendirian tidak tetap;

Sikap masyarakat bukan semata-mata;

Kerana banyak penyelesaian belum terungkap.

Sekian, terima kasih

Bibliografi

Page 10: Format Karangan Jenis Ucapan

http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

http://www.tutor.com.my/stpm/SukatanSTPM/

sukatan_pelajaran_bahasa_melayu_.htm

M. Isyah, R. A. Adnan, cetakan kedua, 2008, Contoh Karangan Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia PMR, Selangor.

S. Wahab, edisi kedua, 2005, Belajar Berucap, PTS Publication & Distributors

Sdn. Bhd, Pahang.

Page 11: Format Karangan Jenis Ucapan

REFLEKSI

Assalamualaikum....

Alhmandullillah. Bersyukur saya kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Teras Bahasa Melayu ini dengan baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Mazri selaku pensyarah Teras Bahasa Melayu yang telah banyak memberi idea dan tunjuk ajar yang menjadi panduan kepada saya dan rakan-rakan dalam menyempurnakan tugasan ini. Pelbagai kesulitan telah saya tempuhi sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Antaranya adalah kesulitan dalam membezakan jenis-jenis ucapan berdasarkan situasi yang berbeza. Selain daripada itu, saya juga megalami masalah dalam mencari kelemahan dan kekuatan sesuatu ucapan. Dengan penghasilan kerja kursus ini saya dapat menimba pelbagai ilmu baru yang amat berguna untuk masa hadapan. Ini juga membantu saya dalam melakukan persediaan untuk menempuh alam perguruan. Selain itu, daripada tugasan ini saya dapat menerokai dangan lebih mendalam mengenaicara melafazkan ucapan dengan betul dan membuat penyeusaian dengan sidang pendengar. Ini membantu saya dalam memantapkan kefahaman dan ilmu pengetahuan saya yang akan saya jadikan benteng untuk bertempur di medan peperiksaan akhir semester. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan manfaat kepada semua dalam menjalani kehidupan sebagai anak Malaysia.

Yang ikhlas,

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)