Format Laporan Ajk Induk AKTIVITI

2
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015 LAPORAN BIRO AKTIVITI/ PERTANDINGAN Pemilihan ahli jawatankuasa Karnival Permainan Tradisional telah diadakan sebelum cuti bulan Mac. Disebabkan sebelum ini, kelas saya telah mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa, saya merupakan ahli biro aktiviti. Oleh yang demikian, saya dicalonkan agar menjadi ahli biro aktiviti atau pertandingan semasa pemilihan AJK induk karnival ini. Disebabkan setiap kelas terdapat biro aktiviti atau pertandingan masing-masing, maka saya telah menyenaraikan bidang tugas yang saya perlu lakukan. Ketika mengadakan mesyuarat dengan AJK induk, saya turut mengadakan mesyuarat kecil bersama dengan wakil biro aktiviti atau pertandingan setiap kelas. Dalam mesyuarat ini, saya juga meminta ahli saya menyatakan jenis permainan yang akan dijalankan, sasaran kumpulan yang dipilih dan tempat yang akan dilaksanakan. Tindakan ini dilakukan adalah untuk menjamin tiada pemilihan permainan, peserta dan tempat yang sama dalam kalangan kami. Selain itu, saya juga memberi peringatan kepada mereka supaya tidak lewat menghantarkan borang penyertaan kepada peserta. Sebelum dua hari permainan dilaksanakan, saya telah dimaklumkan bahawa kelas kami perlu menukarkan lokasi kerana lokasi yang kami pilih tidak tertumpu dalam satu kawasan. Oleh itu, saya menyampaikan maklumat tersebut kepada biro aktiviti kelas PJ (C). Walau bagaimanapun, disebabkan kegagalan pemohonan khemah dan kerusi atas sebab kedatangan UKCG, maka permainan kabaddi masih mengadakan permainan di lokasi yang sama iaitu Astaka IPG Kampus Perlis. Selain itu, saya juga memeriksa perkembangan biro aktiviti atau pertandingan daripada setiap kelas. Saya juga meminta wakil biro aktiviti atau pertandingan menyerahkan senarai nama peserta kepada saya untuk melakukan pemeriksaan supaya tiada peserta yang sama menyertai lain daripada satu permainan tradisional. Pada hari tersebut, sebelum memulakan perlaksanaan karnival ini, saya melakukan rondaan terlebih dahulu untuk memeriksa penyediaan biro

description

f

Transcript of Format Laporan Ajk Induk AKTIVITI

Page 1: Format Laporan Ajk Induk AKTIVITI

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015

LAPORAN BIRO AKTIVITI/ PERTANDINGAN

Pemilihan ahli jawatankuasa Karnival Permainan Tradisional telah diadakan

sebelum cuti bulan Mac. Disebabkan sebelum ini, kelas saya telah mengadakan

pemilihan ahli jawatankuasa, saya merupakan ahli biro aktiviti. Oleh yang demikian,

saya dicalonkan agar menjadi ahli biro aktiviti atau pertandingan semasa pemilihan AJK

induk karnival ini.

Disebabkan setiap kelas terdapat biro aktiviti atau pertandingan masing-masing,

maka saya telah menyenaraikan bidang tugas yang saya perlu lakukan. Ketika

mengadakan mesyuarat dengan AJK induk, saya turut mengadakan mesyuarat kecil

bersama dengan wakil biro aktiviti atau pertandingan setiap kelas. Dalam mesyuarat ini,

saya juga meminta ahli saya menyatakan jenis permainan yang akan dijalankan,

sasaran kumpulan yang dipilih dan tempat yang akan dilaksanakan. Tindakan ini

dilakukan adalah untuk menjamin tiada pemilihan permainan, peserta dan tempat yang

sama dalam kalangan kami. Selain itu, saya juga memberi peringatan kepada mereka

supaya tidak lewat menghantarkan borang penyertaan kepada peserta.

Sebelum dua hari permainan dilaksanakan, saya telah dimaklumkan bahawa

kelas kami perlu menukarkan lokasi kerana lokasi yang kami pilih tidak tertumpu dalam

satu kawasan. Oleh itu, saya menyampaikan maklumat tersebut kepada biro aktiviti

kelas PJ (C). Walau bagaimanapun, disebabkan kegagalan pemohonan khemah dan

kerusi atas sebab kedatangan UKCG, maka permainan kabaddi masih mengadakan

permainan di lokasi yang sama iaitu Astaka IPG Kampus Perlis. Selain itu, saya juga

memeriksa perkembangan biro aktiviti atau pertandingan daripada setiap kelas. Saya

juga meminta wakil biro aktiviti atau pertandingan menyerahkan senarai nama peserta

kepada saya untuk melakukan pemeriksaan supaya tiada peserta yang sama menyertai

lain daripada satu permainan tradisional.

Pada hari tersebut, sebelum memulakan perlaksanaan karnival ini, saya

melakukan rondaan terlebih dahulu untuk memeriksa penyediaan biro aktiviti atau

Page 2: Format Laporan Ajk Induk AKTIVITI

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015

pertandingan setiap kelas. Malah mereka dapat melaksanakan permainan masing-

masing.

Untuk memastikan majlis penutupan dapat dilaksanakan pada masa yang tepat,

maka permainan kabaddi yang perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang lama telah

mengubahkan durasi masa permainan. Selepas melaksanakan tugas sebagai referee

dalam permainan kabaddi, saya turut mengumpulkan keputusan setiap permainan

tradisional daripada biro aktiviti. Walau bagaimanapun, ketika saya mengumpulkan

keputusan daripada setiap permainan tradisional, permainan tradisional serak lidi masih

belum tamat. Oleh itu, saya menunggu sehingga semua permainan telah tamat dan

serah keputusan kepada biro hadiah.

Disediakan oleh:

…………………………

(HWANG CHING YING)

KETUA BIRO AKTIVITI

Karnival Permainan Tradisional Tahun 2015,

IPG kampus Perlis.