KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015
LAPORAN BIRO AKTIVITI/ PERTANDINGAN
Pemilihan ahli jawatankuasa Karnival Permainan Tradisional telah diadakan
sebelum cuti bulan Mac. Disebabkan sebelum ini, kelas saya telah mengadakan
pemilihan ahli jawatankuasa, saya merupakan ahli biro aktiviti. Oleh yang demikian,
saya dicalonkan agar menjadi ahli biro aktiviti atau pertandingan semasa pemilihan AJK
induk karnival ini.
Disebabkan setiap kelas terdapat biro aktiviti atau pertandingan masing-masing,
maka saya telah menyenaraikan bidang tugas yang saya perlu lakukan. Ketika
mengadakan mesyuarat dengan AJK induk, saya turut mengadakan mesyuarat kecil
bersama dengan wakil biro aktiviti atau pertandingan setiap kelas. Dalam mesyuarat ini,
saya juga meminta ahli saya menyatakan jenis permainan yang akan dijalankan,
sasaran kumpulan yang dipilih dan tempat yang akan dilaksanakan. Tindakan ini
dilakukan adalah untuk menjamin tiada pemilihan permainan, peserta dan tempat yang
sama dalam kalangan kami. Selain itu, saya juga memberi peringatan kepada mereka
supaya tidak lewat menghantarkan borang penyertaan kepada peserta.
Sebelum dua hari permainan dilaksanakan, saya telah dimaklumkan bahawa
kelas kami perlu menukarkan lokasi kerana lokasi yang kami pilih tidak tertumpu dalam
satu kawasan. Oleh itu, saya menyampaikan maklumat tersebut kepada biro aktiviti
kelas PJ (C). Walau bagaimanapun, disebabkan kegagalan pemohonan khemah dan
kerusi atas sebab kedatangan UKCG, maka permainan kabaddi masih mengadakan
permainan di lokasi yang sama iaitu Astaka IPG Kampus Perlis. Selain itu, saya juga
memeriksa perkembangan biro aktiviti atau pertandingan daripada setiap kelas. Saya
juga meminta wakil biro aktiviti atau pertandingan menyerahkan senarai nama peserta
kepada saya untuk melakukan pemeriksaan supaya tiada peserta yang sama menyertai
lain daripada satu permainan tradisional.
Pada hari tersebut, sebelum memulakan perlaksanaan karnival ini, saya
melakukan rondaan terlebih dahulu untuk memeriksa penyediaan biro aktiviti atau
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015
pertandingan setiap kelas. Malah mereka dapat melaksanakan permainan masing-
masing.
Untuk memastikan majlis penutupan dapat dilaksanakan pada masa yang tepat,
maka permainan kabaddi yang perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang lama telah
mengubahkan durasi masa permainan. Selepas melaksanakan tugas sebagai referee
dalam permainan kabaddi, saya turut mengumpulkan keputusan setiap permainan
tradisional daripada biro aktiviti. Walau bagaimanapun, ketika saya mengumpulkan
keputusan daripada setiap permainan tradisional, permainan tradisional serak lidi masih
belum tamat. Oleh itu, saya menunggu sehingga semua permainan telah tamat dan
serah keputusan kepada biro hadiah.
Disediakan oleh:
…………………………
(HWANG CHING YING)
KETUA BIRO AKTIVITI
Karnival Permainan Tradisional Tahun 2015,
IPG kampus Perlis.