FORUM 1 Sukan

4
fORUM 1 Posted By : Nalaini A/P Chelliah (D20102041560) Date posted : 23 Nov 2014 09:27:13 AM (24 read/s) Teori TGFU adalah melahirkan anak murid yang bukan sahaja mementingkan kemahiran bahkan juga memberi banyak ruang kepada anak murid untuk terus meneroka dan mengekalkan kecenderungan diri sendiri agar lebih seronok tanpa berasa bosan.Pendekatan TGFU boleh mengatasi kelemahan yang terdapat dalam kaedah pengajaran permainan secara tradisional yang menggunakan pendekatan teknikal.Maka ,TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Oleh sebab itu, TGFU lebih mengutamakan Pengajaran dan Pembelajaran Menjadi lebih seronok.TGFU sangat penting sebagai panduan dan hala tuju membimbing anak murid menceburi dirinya dalam sukan berpasukan. Anak murid akan lebih mudah melibatkan diri dalam sukan berpasukan setelah menguasai kemahiran asas.Justerunya, konsep TGFU adalah sangat bagus diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah.Oleh itu, anak murid akan memilik keupayaan dan kemahiran membuat keputusan yang lebih relevan dan berkesan dalam menghadapi sesuatu keadaan ketika berhadapan dengan pihak lawan semasa berlangsungnya sesuatu permainan. Posted By : Nalaini A/P Chelliah (D20102041560) Date posted : 23 Nov 2014 09:28:48 AM (11 read/s) TGFU telah menawarkan suatu cara yang memampukan murid untuk menghayati PJ dan keseronokan bermain sehingga mendorong keingginan melibatkan diri dalam kelas

description

students

Transcript of FORUM 1 Sukan

fORUM 1

Posted By : Nalaini A/P Chelliah (D20102041560) Date posted : 23 Nov 2014 09:27:13 AM (24 read/s)

Teori TGFU adalah melahirkan anak murid yang bukan sahaja mementingkan kemahiran bahkan juga memberi banyak ruang kepada anak murid untuk terus meneroka dan mengekalkan kecenderungan diri sendiri agar lebih seronok tanpa berasa bosan.Pendekatan TGFU boleh mengatasi kelemahan yang terdapat dalam kaedah pengajaran permainan secara tradisional yang menggunakan pendekatan teknikal.Maka ,TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Oleh sebab itu, TGFU lebih mengutamakan Pengajaran dan Pembelajaran Menjadi lebih seronok.TGFU sangat penting sebagai panduan dan hala tuju membimbing anak murid menceburi dirinya dalam sukan berpasukan. Anak murid akan lebih mudah melibatkan diri dalam sukan berpasukan setelah menguasai kemahiran asas.Justerunya, konsep TGFU adalah sangat bagus diperkenalkan pada peringkat sekolah rendah.Oleh itu, anak murid akan memilik keupayaan dan kemahiran membuat keputusan yang lebih relevan dan berkesan dalam menghadapi sesuatu keadaan ketika berhadapan dengan pihak lawan semasa berlangsungnya sesuatu permainan.

Posted By : Nalaini A/P Chelliah (D20102041560) Date posted : 23 Nov 2014 09:28:48 AM (11 read/s)

TGFU telah menawarkan suatu cara yang memampukan murid untuk menghayati PJ dan keseronokan bermain sehingga mendorong keingginan melibatkan diri dalam kelas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Teori Penilaian Kognitif (Deci&Ryan,1985) yang mengemukakan bahawa motivasi intrisik yang menyebabkan penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal. Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak.ia adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan ialah , mengekalkan penguasaan bola, persediaan untuk menghantar dan menjaringkan gol,mencari ruang dan menukar arah, serta melengahkan masa.Cara-cara menggelecek ialah:

Menggelecek longgar

Kemahiran menggelecek ini (open / loose dribble) digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat ,dengan tujuan melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan atau berlari dengan bola ke arah gol.Teknik menggelecek longgar seperti berikut, tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap keluar,siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan.Tangan kanan memegang tangan kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.

Menggelecek rapat

Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain sama ada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan. Mekanik Menggelecek rapat seperti berikut, tangan kiri dihujung kayu hoki dengan belakang tagan menghadap keluar ,siku dan pergelangan tangan kiri menghadap ke depan.Tangan kanan memegang tangan kayu hoki dengan tapak tangan menghadap keluar.

Menggelecek IndianMenggelecek Indian sangat berguna jika pemain hendak menukar arah daripada kanan kekiri atau sebaliknya,dan melalui caranini pemain boleh melarikan diri daripada pihak lawan.Teknik Menggelecek Indian seperti berikut,untuk kemahiran menggelecek Indian bola hoki diketuk secara pepenjuru di depan dan seberang badan dengan bertukar-tukar posisi tangan dan kayu hoki utuk melakukan pukulan depan (forehand) dan menterbalikkan kayu hoki (re Versed stick) apabila jari kayu hoki menghadap ke arah badan pemain.Bahagian kepala kayu hoki (blade) diputar di atas dan dekat bola oleh tangan kiri.

Posted By : Nalaini A/P Chelliah (D20102041560) Date posted : 23 Nov 2014 09:29:59 AM (8 read/s)

Salam sejahtera,

Prinsip-prinsip latihan dalam sukan amat penting.Ini kerana ia adalah amalan yang mempengaruhi proses pelaksanaan dan penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk menggelakkan kecederaan, kelesuan,kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada.Prinsip ansur maju menekankan bahawa setiap pertambahan tahap kesukaran atau bebanan dalam apa jua latihan perlulah dilakukan secara berperingkat atau sedikit demi sedikit.Pertambahan tahap kesukaran atau bebanan yang berat secara mengejut akan memberi bebanan lebih kepada tubuh pelatih dengan otot tangkanya tidak bersedia dan tidak mempu untuk menegkuarkan daya secukupnya bagi mengatasi penurunan motivasi dalam mengharungi latihan di hari-hari yang mendatang. Prinsip masa pula merujuk kepada kesesuaian masa latihan, dimana setiap latihan perlu dilakukan pada waktu bersesuaian.Waktu pagi selepas bangun dari tidur dimana tubuh baru sahaja berpuasa selama 6-8 jam (tidur) akan memberi kelebihan kepada program latihan yang lebih fokus kepada penurunan berat badan, sementara program latihan disebelah petang mungkin lebih sesuai untuk beteraskan pembinaan otot rangka kerana kehadiran harmon testoreone 9harmon lelaki yang menggalakkan lebih pembninaan otot(, yang mampu meningkatkan kesan positif latihan pembinaan otot rangka.