forum 3

3
FORUM 3 Kenapakah pada pendapat anda pelajar mengalami banyak miskonsepsi mengenai matematik yang mereka pelajari. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelajar dan kaitan dengan pendekatan gaya pengajaran guru Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Ini amat jelas menerangkan bahawa pelajar umpama sehelai kertas putih, bagaimana kita mencorakkannya begitulah rupanya. Sekiranya ilmu yang bercanggah tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi ialah pemahaman konsep matematik oleh kanak- kanak secara salah atau tidak tepat, tetapi berlaku secara sistematik. Sistematik yang dinyatakan bermaksud kesalahan berlaku adalah seragam bagi sesuatu konsep dalam berbagai keadaan. Murid merasakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, walaupun sebenarnya kesalahan dilakukannya. Miskonsepsi berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu konsentrasi, minat, kefahaman dan juga cuai. Tambahan pula, murid-murid menghadapi kesukaran dalam memindah pengetahuan. Mereka kurang berkemahiran dalam pemindahan konsep matematik yang abstrak atau aspek konseptual dengan kenyataan. Kefahaman mengenai perwakilan simbol alam dunia

description

forum 3

Transcript of forum 3

FORUM 3 Kenapakah pada pendapat anda pelajar mengalami banyak miskonsepsi mengenai matematik yang mereka pelajari. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelajar dan kaitan dengan pendekatan gaya pengajaran guru

Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Ini amat jelas menerangkan bahawa pelajar umpama sehelai kertas putih, bagaimana kita mencorakkannya begitulah rupanya. Sekiranya ilmu yang bercanggah tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi ialah pemahaman konsep matematik oleh kanak-kanak secara salah atau tidak tepat, tetapi berlaku secara sistematik. Sistematik yang dinyatakan bermaksud kesalahan berlaku adalah seragam bagi sesuatu konsep dalam berbagai keadaan. Murid merasakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, walaupun sebenarnya kesalahan dilakukannya. Miskonsepsi berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu konsentrasi, minat, kefahaman dan juga cuai. Tambahan pula, murid-murid menghadapi kesukaran dalam memindah pengetahuan. Mereka kurang berkemahiran dalam pemindahan konsep matematik yang abstrak atau aspek konseptual dengan kenyataan. Kefahaman mengenai perwakilan simbol alam dunia yang fizikal adalah penting untuk bagaimana dan berapa mudahnya murid mengingati sesuatu konsep. Selain itu, murid-murid juga mengalami kesukaran untuk membuat perkaitan dalam pengalaman matematik. Contohnya, murid sukar membuat perkaitan antara nombor dengan kuantiti. Situasi ini mendedahkan murid tidak dapat diaplikasikan dalam situasi yang sebenar dalam kehidupan harian.Saya berpendapat bahawa masalah-masalah yang senaraikan di atas adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran seseorang guru. Menurut Champagne, Klopfer & Gunstune (1982), McDermott (1984) dan Resnick (1983) miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul. Maka miskonsepsi juga boleh terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul dan mengelirukan kefahaman murid, yang kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran Matematik, kebanyakkan guru tidak menitikberatkan konsep bagi sesuatu topik yang diajar. Mereka hanya berfokuskan cara penyelesaian bagi sesuatu soalan dan memberi banyak latihan supaya murid mahir dalam topik tersebut. Manakala murid hanya menghafal prosedur penyelesaian masalah dan tidak tahu konsepnya. Selain itu, guru juga mengajar Matematik seccara sambil lewa tanpa perancangan dan peralatan mengajar yang lengkap, besar kemungkinan pengajaran guru yang diterima oleh murid tadi tidak sempurna. Jika pengajaran guru kurang jelas tentang sesuatu isi atau konsep matematik yang diajarkan, maka akibatnya mungkin murid-murid akan membuat kesilapan. Sebagai seorang pendidik, kita haruslah peka akan kesilapan pelajar kita lakukan dan bertindak segera serta cuba membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka.

Jawapan Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yangmemperbetulkan konsep mereka.